Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

Saya ada ramai kakak!

Salam penuh rasa kasih dan cinta buat semua,

Alhamdulillah sudah 7 minggu hidup merantau jauh dari ayah bonda di bumi Kedah Darul Aman ini. Haha, ayat gaya2 syahdu pula ye...macam lah selama ni duduk di UTP tu tak dikira merantau. Kadang-kadang tatkala sibuk di pejabat, atau ketika membasuh pinggan di rumah, atau saat mengemas rumah di pagi hari, atau bilamana terjaga waktu subuh...tak sangka yang kini anak sulung mama ayah ini sudah pandai hidup berdikari di rumah sewa jauh dari keluarga. Dah besar rupanya kan? -_-"

Alhamdulillah biarpun kadang-kala rasa rindu buat keluarga, buat kakak2 di UTP membuak-buak...Allah masih kurniakan saat-saat manis bersama mereka. Hujung minggu lepas antara saat dan detik yang mungkin sukar dilupakan. Kakak tersayang selamat diijabkabulkan dengan si dia yang tersayang. Tentulah kami geng SISMA tak ingin terlepas peluang melalui detik-detik manis itu bersama. 2 hari yang ana kira cukup mengembirakan ketemu kakak2 dan teman2 tersayang yang dirindui. Hari sabtu nikah, hari ahad kenduri..dan kami berkampung beramai-ramai di Ampang dengan kalut di pagi hari tak jauh beza dengan pagi raya sahaja lagaknya.

kak nola dikucup penuh kasih sayang oleh si suami

Diharapkan kasih sayang bersama kakak2 ini takkan pernah surut walaupun realitinya ana tahu, saat si kakak sudah bergelar isteri buat seorang lelaki...adakah masih ada waktu untuk kami bersama? Tentunya prioriti itu pada si suami. Entahlah, cuma mengharapkan kakak2 semua segera ke jinjang pelamin sementara ana masih belum bekerja dan dapat turut serta menempuh detik bahagia itu (kalau dah kerja, entahkan sempat entahkan tidak untuk ke kenduri yang jauh2 tu).

Bersyukur kerana dikurniakan kakak2 yang ramai.
Di mana lagi nak jumpa kakak yang sanggup sms awal pagi untuk pastikan adiknya selamat tiba?
Yang sanggup pagi-pagi hari lagi menjemput dari stesen lrt?
Yang tolong belikan tiket balik...sampai dua kali pulak tu?
Yang tolong suapkan nasi sebab adiknya ni malas nak ambil nasi sendiri?
Yang susah payah drive ke sana sini dalam masa 2 hari?
Yang pagi-pagi hari lagi jadi pakar jaga muka dan pakar fesyen tekun memberi nasihat?
Yang sanggup lengahkan waktu balik sebab nak teman tunggu keretapi sampai?
Yang sama-sama berdiri jaga pintu masuk dewan untuk tunjuk arah pada tetamu?
Yang bagi hadiah hari jadi banyak2 walaupun sudah lama berlalu?
Yang sanggup buat meeting di kenduri kahwin orang demi da'wah dan tarbiyyah?
Yang bila tengok muka pun dah boleh naik sebak?
Yang boleh buat ana nangis teresak-esak sambil baca doa rabithah seorang di sini?

Ya Allah...engkau mengetahui sesungguhnya hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu...maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Semoga mereka kekal di sisi ketika hari bahagia itu tiba...
bilakah saatnya?
dan kekal bersama ke 'sana' kelak.
Allahumma ameen.

along: entri ini ditulis dengan air mata bergenang-genang. entah mengapa air mata murah pula sejak semalam...baca novel nangis, tengok cerekarama nangis, bersama Dia pun menangis.

Monday, June 29, 2009

nineteen already ;)

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan utk terus bernafas di muka bumi Allah ini sebagai khalifah dan 'abidnya...takkan pernah lari dari dua tujuan utama kita dijadikan itu...yakni sebagai khalifah (refer 2: 30) dan sebagai 'abid (refer 51: 56). Dua hari lepas (27 Jun) ana melangkah ke umur sembilan belas tahun. Tak sangka sebegitu cepat masa berlalu, sebegitu pantas larian hidup hingga akhirnya ana makin dewasa (dan matang?). Rasanya baru sahaja mencoret entri birthday yang ke-18 setahun yang lalu. Kini ana di sini lagi mencoret perkara yang sama dalam situasi berbeza.

Di dalam entri tersebut ana ada meninggalkan tanda tanya
currently wondering: what will I be doing on my 19th? hurmm...
dan jawapannya....di saat ana melangkah ke angka sembilan belas ana kepenatan sekembalinya dari OBS yang berjalan selama seminggu dari 20 hingga 26 Jun (ya..OBS tamat sehari sebelum hari lahir ana, kalau tak mungkin sambut di sana sahaja). Di sebalik kepenatan pulang dari OBS, ada kerinduan juga yang terselit kepada kenangan yang telah berlalu (hehe...yg ni masuk entri lain nnt...terlalu byk yg ingin dicoret).

Apa2pun, terima kasih kepada rumet yang pertama sekali wish birthday tepat jam 12mlm...seterusnya teman2 lain dari utp. Tak lupa juga mereka2 yang hantar voice message menyanyikan lagu hari lahir (huhu~ terharu..), yg wish melalui friendster, gtalk, sms...dan juga big family BH (Beyond Horizon...event yang bakal berlangsung sem hadapan) yang bersama-sama wish di googlegroup. Terima kasih atas doa2 yang diberikan...semoga Allah membalas dgn yang lebih baik. Terima kasih juga kepada head family PnP, encik moh, yang dalam proses eksperimentasi video dan sempat menyiapkan ini:




Walau ada sekelumit rasa terkilan (sikitt je la) kerana keluarga sendiri dan juga the other big family tak teringat birthday along ni, tapi terubat juga dengan wish yang pelbagai dari teman2 di sekeliling. Lagipun, ana sendiri ada terlupa wish birthday adik2 dalam sem lepas dek kerana kesibukan di bumi UTP tu...so kira 0-0 la kan ;)

And for my beloved anak usrah Ibtisam (it means "smile") who have celebrated my birthday early (and unexpectedly -- because it was supposed to be for Kak Wanie's belated birthday and Kak Syamil who's going for internship ) right at the end of last semester, I thank you guys. I truly love you guys because of Allah, may we stay steadfast on this path until the end of our lives. Thanks for the present too, luv it~!

kek wida' yg agak ok la...it's the thought that counts ;)

Kadang-kala bila difikirkan kembali akan nikmat2 yang telah ana perolehi dalam hidup, betapa kurang bersyukurnya ana sebagai hambaNya. Dikelilingi mereka-mereka yang sgt menyayangi diri ini...dan kerap kali masih ada rungutan di sana sini kan? Fabiayyi alaa-i robbikumaa tukadzzibaan...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Jadi marilah kita bersyukur atas segala kurniaanNya dan gunakanlah segala pemberianNya itu utkNya kembali. Sesungguhnya kita tidak punya apa tanpaNya. Semoga ana tergolong dalam kalangan mereka yang menggunakan nikmat yang diberi utk Islam juga...semoga ana menjadi seorang yang solehah wa muslehah =) yang baik dan membaikkan. Doakan ana ya.

Bertemu di lain coret. Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: tahun depan dh nak masuk 20~ O_o

Friday, June 27, 2008

18 years and counting...

Assalamualaikum wrm wbt...

AlhamduliLlah diberi peluang oleh Allah ta'ala menarik dan menghembuskan nafas tanpa henti sejak 18 tahun yang lalu...masih dipinjamkan nyawa daripadaNya buat mencari bekal yg diperlukan sebelum dipanggil menghadap Ilahi. Setahun lagi bertambah usia ana kini dan bermakna setahun lagilah juga berkurangnya masa ana di atas muka bumi fana ini. Ya Allah sudah cukupkah ilmu, iman dan amalku bertambah seiring dengan umur yg makin meningkat?

Apa yang telah ana sumbangkan utk Islam pada usia ini ya? Sedangkan para sahabat dan 'alim ulama' telah banyak yang menyumbang pada usia yg lebih muda dari ini? Hurm...mode muhasabah buat diri sendiri.


obviously not mine :P kek wida' akhawat yg sgt sedap~

Terima kasih buat semua yg masih ingat akan pertambahan usia ana ni...hehe. Keluarga yang wish selepas maghrib..termasuk ayah yang call dari US =). Kak Baizura K-Sar kakak pertama yg wish melalui YM. Tepat jam 12.00 tgh mlm, Kak May mula menitipkan message lewat handphone ana diikuti beberapa org lagi dari big family K-Perak...(ada siap tulis kt blog lagi..huhu)...sayang antum semua. Terima kasih =) Tak dilupakan juga teman2 lain dr UTP yg sibuk wish melalui gtalk (ni semua org busy2 yang balik utp awal)...friendster...call dan mcm2 lagi. Terharu la jgk ana ni ;)

Hari ini 18 tahun lalu ana dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan tepat jam 6.32 pagi..lahirlah puteri sulung mama dan ayah.
Hari ini 10 tahun lalu mama hantar kek ke sekolah...ana celebrate birthday kat sekolah bersama kawan2 sekelas...byk sgt dpt hadiah..hehe :D
Hari ini 9 tahun lalu ana buat majlis kecil-kecilan di rumah...ajak banat sekelas, ajak jiran2 berdekatan....kek coklat mama buat, spaghetti, air oren, gula2...dan kami main sembunyi2 keliling rumah ana.
Hari ini 8 tahun lalu ana sambut birthday sehari lebih awal pada 26 Jun 2000..kongsi dgn sahabat sekelas, Anis yang hari lahirnya jatuh pada 25 Jun...jadi kami buat sambutan pada 26 Jun. Sehari selepas birthday Anis dan sehari sebelum birthday ana....Anis bawa kek, ana bawa gula2 dan air...
Hari ini 5 tahun lalu ana di Manchester..
Hari ini 4 tahun lalu ana buat kek coklat makan kat sekolah dgn kawan2 Manchester Academy..lepas tu semua org suruh ana buatkan kek coklat utk birthday derg :P
Hari ini 3 tahun lalu baru ana tahu ana ada 'kembar'...Rachael Nightingale sama birthday dgn ana..anak penolong kanan..sekelas dgn ana...mcm2 'krisis' dgn dia mula2 tu..huhu.
Hari ini 2 tahun lalu ana menjejakkan kaki ke Malaysia kembali...saja je pilih flight balik pada 26 Jun supaya dapat 'meraikan' hari jadi ke-16 di Malaysia..
Hari ini 1 tahun yang lalu ana dapat kembar baru lagi...tapi Nazliah coursemate ana tu tua setahun la. Waktu ni ana baru je sehari selesai kertas SPM (U) BM....baru je 3 hari pulang dari bertemu kakak2 di KONSIS'07.

Dan esok awal2 pagi ke KL pula...utk apa? celebrate birthday kat sana ke? (yeah right~) ada 'misi' yang perlu diselesaikan..hehe. Jadi ana berhenti di sini sahaja utk kali ini. Mungkin akan menulis lagi sekembalinya dari sana nanti. Kena tidur awal malam ni kalau tak nak terlepas bas pagi esok.

Kita sama2 berdoa ye supaya kita semua sentiasa berada dalam kurniaan rahmatNya dan semoga umur kita dipanjangkan lagi utk menyumbang sesuatu demi Deen ini. Wallahu'alam.

Wassalamu'alaikum wrm wbt.

currently wondering: what will I be doing on my 19th? hurmm...