Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Friday, June 27, 2008

18 years and counting...

Assalamualaikum wrm wbt...

AlhamduliLlah diberi peluang oleh Allah ta'ala menarik dan menghembuskan nafas tanpa henti sejak 18 tahun yang lalu...masih dipinjamkan nyawa daripadaNya buat mencari bekal yg diperlukan sebelum dipanggil menghadap Ilahi. Setahun lagi bertambah usia ana kini dan bermakna setahun lagilah juga berkurangnya masa ana di atas muka bumi fana ini. Ya Allah sudah cukupkah ilmu, iman dan amalku bertambah seiring dengan umur yg makin meningkat?

Apa yang telah ana sumbangkan utk Islam pada usia ini ya? Sedangkan para sahabat dan 'alim ulama' telah banyak yang menyumbang pada usia yg lebih muda dari ini? Hurm...mode muhasabah buat diri sendiri.


obviously not mine :P kek wida' akhawat yg sgt sedap~

Terima kasih buat semua yg masih ingat akan pertambahan usia ana ni...hehe. Keluarga yang wish selepas maghrib..termasuk ayah yang call dari US =). Kak Baizura K-Sar kakak pertama yg wish melalui YM. Tepat jam 12.00 tgh mlm, Kak May mula menitipkan message lewat handphone ana diikuti beberapa org lagi dari big family K-Perak...(ada siap tulis kt blog lagi..huhu)...sayang antum semua. Terima kasih =) Tak dilupakan juga teman2 lain dr UTP yg sibuk wish melalui gtalk (ni semua org busy2 yang balik utp awal)...friendster...call dan mcm2 lagi. Terharu la jgk ana ni ;)

Hari ini 18 tahun lalu ana dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan tepat jam 6.32 pagi..lahirlah puteri sulung mama dan ayah.
Hari ini 10 tahun lalu mama hantar kek ke sekolah...ana celebrate birthday kat sekolah bersama kawan2 sekelas...byk sgt dpt hadiah..hehe :D
Hari ini 9 tahun lalu ana buat majlis kecil-kecilan di rumah...ajak banat sekelas, ajak jiran2 berdekatan....kek coklat mama buat, spaghetti, air oren, gula2...dan kami main sembunyi2 keliling rumah ana.
Hari ini 8 tahun lalu ana sambut birthday sehari lebih awal pada 26 Jun 2000..kongsi dgn sahabat sekelas, Anis yang hari lahirnya jatuh pada 25 Jun...jadi kami buat sambutan pada 26 Jun. Sehari selepas birthday Anis dan sehari sebelum birthday ana....Anis bawa kek, ana bawa gula2 dan air...
Hari ini 5 tahun lalu ana di Manchester..
Hari ini 4 tahun lalu ana buat kek coklat makan kat sekolah dgn kawan2 Manchester Academy..lepas tu semua org suruh ana buatkan kek coklat utk birthday derg :P
Hari ini 3 tahun lalu baru ana tahu ana ada 'kembar'...Rachael Nightingale sama birthday dgn ana..anak penolong kanan..sekelas dgn ana...mcm2 'krisis' dgn dia mula2 tu..huhu.
Hari ini 2 tahun lalu ana menjejakkan kaki ke Malaysia kembali...saja je pilih flight balik pada 26 Jun supaya dapat 'meraikan' hari jadi ke-16 di Malaysia..
Hari ini 1 tahun yang lalu ana dapat kembar baru lagi...tapi Nazliah coursemate ana tu tua setahun la. Waktu ni ana baru je sehari selesai kertas SPM (U) BM....baru je 3 hari pulang dari bertemu kakak2 di KONSIS'07.

Dan esok awal2 pagi ke KL pula...utk apa? celebrate birthday kat sana ke? (yeah right~) ada 'misi' yang perlu diselesaikan..hehe. Jadi ana berhenti di sini sahaja utk kali ini. Mungkin akan menulis lagi sekembalinya dari sana nanti. Kena tidur awal malam ni kalau tak nak terlepas bas pagi esok.

Kita sama2 berdoa ye supaya kita semua sentiasa berada dalam kurniaan rahmatNya dan semoga umur kita dipanjangkan lagi utk menyumbang sesuatu demi Deen ini. Wallahu'alam.

Wassalamu'alaikum wrm wbt.

currently wondering: what will I be doing on my 19th? hurmm...

No comments: