Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Thursday, August 31, 2006

selepas ini...?

Asssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

rindu..mmg rindu yg amat pada blog yg satu ni. sebenarnya mmg dh lama terasa nak meluah di sini cuma hati kerap mengajak diri supaya bertangguh dahulu. sgt byk yg hendak diceritakan..tak tahu di mana ana patut mula.

saat ini ada berbagai perasaan bersarang di hati...dgn kepulangan kakak2 ke malaysia yg entah bila ana kan ketemu lagi..dgn packing yg tak siap-siap lagi...dgn high school yg dh habis...dgn ujian yg kakak di sheffield sedang hadapi...dgn hari ana bakal meninggalkan bumi manchester ini buat selamanya
(mungkin ya, mungkin tidak..harapnya tidak) makin hampir..dgn hal adik2 usrah remaja...dgn memikirkan tanggungjawab dan pengaruh besar yg menanti di malaysia nnt. mampukah ana?

terlebih dahulu ana ingin meminta maaf andai ada mana-mana pihak yg terasa bila baca entry ana kali ini tapi sungguh ana rasa saat ini ana tidak betah lagi mahu menulis berkias-kias...saat ini yg perlu hanyalah utk hati ini meluah apa yg ada dan tinggalkan perasaan itu di sini...biar ia tidak mampu menyemakkan fikiran dah hati lagi.

terus-terang ana katakan apa yg ana takut selama ini akan berlaku telah pun berlaku...benarlah cuti summer ni boleh jadi salah satu siku-siku jalan da'wah ini juga..mengapa? sebab di malaysia kita mudah futur dgn suasana...kita juga boleh bersemangat lg utk tetap di atas jalan ini melihat suasana sekeliling. cuti summer boleh menaikkan rasa ingin berjuang di atas jalan ini setinggi-tingginya dan ia juga mampu merendahkan rasa itu serendah-rendahnya. ana harap bg ana ia mampu menaikkan lagi rasa itu apatah lagi dgn gejala remaja liar malaysia lewat ini. tapi...mmg byk cabaran kan di malaysia nnt? mmg mudah utk kita ada mind-set summer ni utk cuti, utk beristirehat dgn keluarga yg dh lama tak ketemu, utk berjumpa balik dgn kawan2 lama, utk ambil lesen kereta, utk balik kampung, utk segalanya lah. tak salah semua tu...ana bukannya nk kata tak boleh buat semua tu waktu summer ni..betul juga cuti summer ni utk semua tu. mmg cuti..tp cuti utk meluangkan masa lagi utk mendalami ilmu2 Allah setelah berbulan-bulan terikat dgn ilmu akademik, utk eratkan balik hubungan kekeluargaan (sedangkan keluarga kita itulah segalanya buat kita..mesti kita nk mereka faham apa yg kita buat juga kan?), utk mencari potential mad'u and insyaAllah da'ie dr kalangan rakan2 kita itu juga, utk belajar memandu supaya nnt kembali ke sini semula masing2 boleh menyumbang dr segi transportation pula (hehe...lepas ni boleh la akak2 beli kereta...senang nk gi program kan? *winks*), utk lebih rapat dgn masyarakat sekeliling supaya nnt senanglah kita nk berda'wah dgn mereka.

tapi janganlah pula sampai kita leka dgn semua ini...tarbiyah dr UK tu mesti diteruskan supaya..mcm ana katakan tadi..kita tidak futur. at least 'kerja rumah' yg diberi mestilah dibuat dan difahami biar lekat di hati walau mungkin tak mampu nk menghadirkan diri di program2 semasa cuti ini. sekurang-kurangnya selalulah contact2 naqibah usrah di malaysia ataupun teman2 seperjuangan di sini. biar hati tak mudah lupa akan tarbiyah yg pernah dilalui...biar hati tak rasa payah utk kembali berjuang di atas jalan ini sekembalinya dr cuti summer yg amat panjang itu. mungkin lain org memerlukan cara tarbiyah yg berbeza..tapi tarbiyah yg telah dimula di sini mesti diteruskan juga sedikit sebyk sbb kepada tarbiyah itulah yg akan kita kembali sementelah cuti ini. kena letakkan mind-set awal2 lg "cuti kali ini bukan utk aku relaks2 sahaja...ada satu tujuan yg lebih utama demi agama ini...hafazan bertimbun aku nk kena buat..buku byk aku kena baca..byk perkara yg aku kena betul2 fahamkan dgn hati supaya aku mampu bercerita pada yg lain selepas ini...terlampau byk potential mad'u di luar sana yg perlu aku tangkap...ada byk program yg aku perlu hadiri utk memantapkan lagi diri ini...ilmu aku masih terlalu sedikit, amal aku masih terlalu kurang, iman aku masih terlalu rendah utk aku duduk di rumah goyang kaki sahaja."

sebenarnya apa yg ana katakan td semuanya utk diri ana sendiri....ana sgt2 takut andai ana mudah tewas dgn pengaruh di malaysia nnt...ana sgt2 takut andai ana futur dr jalan ini...ana sgt2 takut andai ana lupa akan segala yg pernah ana lalui di sini. kakak2 yg pulang utk cuti summer ni akan kembali ke sini semula...mereka masih ada peluang itu..tp ana? ana mmg tak tahu ke mana ana akan 'diletak' Allah selepas ini..mampukah ana utk bertahan nnt? ana taknak semua ini sia-sia sahaja..ana perlukan lanjutan tarbiyah dr situ. ana cuma harap utk summer ni ana mampu hadirkan diri utk walau satu program yg dianjur, ana mampu istiqamah dgn usrah dgn kakak naqibah di malaysia nnt, ana mampu habiskan bacaan buku-buku yg mmg dh lama memanggil ana dr atas rak buku kat rumah tu, ana mampu siapkan kerja rumah yg diberi kakak naqibah di sini, ana mampu mantapkan balik hafazan ana, ana mampu nk buat ISK dgn sahabat2 al-hidayah, ana mampu nk buat mereka2 tu faham hakikat syahadatul-haq, ana mampu nk conduct usrah remaja dr malaysia nnt....ya Allah, aku perlukan pertolonganMu..jangan biar semua ini tinggal kata2 yg diucap bibir sahaja.

terang2 ana katakan ana tak sedap hati bila kakak2 ni senyap sahaja...bukannya apa...ana faham yg mereka perlu utk meluangkan masa bersama keluarga yg sudah hampir setahun tak ketemu...cuma ana harap mereka tidak 'senyap' dr lambaian jalan ini..insyaAllah, tak...ana percayakan kakak2 ana ni. dan buat kakak2, ana ada satu pesanan utk kalian...andai kata kakak2 lihat ana senyap sahaja sekembalinya ana ke tanah air nnt..baik semasa cuti summer nnt ataupun bila ana dapat sambung masuk ke mana-mana sahajalah..tolonglah tegur ana...tolonglah ingatkan ana balik supaya tidak futur..tolonglah selalu2 beri ana secebis tazkirah sbg peringatan buat diri yg mudah alpa..tolonglah make sure yg ana istiqamah di atas jalan ini....tolonglah tanya apa yg ana dh buat dlm langkah da'wah ini...tolonglah tanya ana apa yg ana dh sumbang utk islam...tolonglah jangan tinggalkan ana di atas jalan ini walau ana sudah tidak bersama kalian nnt. itu sahaja kakak2ku..itu sahajalah yg ana pohon dr kakak2. ana tak kisah andai kakak2 lupa apa2 yg lain perihal diri ana asalkan akak2 tidak pernah lupa ingatkan ana akan tanggungjawab ana di atas jalan ini...ana rasa ana mampu lagi bertahan andai kata tiada lagi pertemuan di antara kita asalkan kita tetap bersama di atas jalan 'ila mardhatillah ini....asalkan ingatan kakak2 terhadap ana tidak pernah luput dlm doa kalian sehari-hari sbb imam ghazali pernah berpesan..."ukhuwah itu bukan terletak pd pertemuan, bukan pd manisnya ucapan di bibir, tetapi pd ingatan seseorg terhadap saudaranya di dlm doanya."

selingan satu ~ hmm...dh lame ana tak baca doa ni..."allahummaghfirli wa li ukhti"

ape2pun ana harap kakak2 tetap bersama di atas jalan ini walau sebanyak mana onak duri yg dilalui..walau sebanyak mana dugaan dan cubaan yg kunjung tiba..walau sepayah mana...sbb memang perjuangan ini menuntut pengorbanan dr kita kan?



credit: seni kehidupan

sekadar satu renungan buat diri ana yg sering alpa dan terlupa tanda diri ini hamba yg serba kekurangan...

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [9:41]

121. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. [9:121]

selingan dua ~ sedap juga lagu Menjemput Bidadari - Epicentrum ni ye..nasyid indon ni..kalau nk boleh right-click
sini dan 'save target as'

ana rasa sampai di sini sahaja buat kali ini..nampaknya masa mmg sungguh mencemburui ana...doakan ana utk satu lagi paper besok..paper statistics...kemudian berakhirlah satu jihad kecil insyaAllah. ana nk lg bercerita ttg malaysia dan cabaran yg menanti ana nnt..lebih2 lagi selepas membaca entry2 yg ditulis
Kak Kausar tp memandangkan ana pun nk kena bersiap-siap utk ke sheffield melawat Kak Jihan (oh ye...jangan lupa bawa buku statistics dgn tafsir fizilal suratul 'asr utk dibaca dlm kereta, rufaidah...besok ada statistics exam + kena present usrah terkahir di sini di sebelah petangnya utk adik2 tu) so kena tunggu entry ana yg seterusnya jelah ye. insyaAllah ada masa ber'update' juga blog ana ni nnt...paling kurang sebelum ana balik hr isnin depan. moga antum semua tsabat di atas jalan ini...wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: to a certain 'akak comei' yg tinggalkan jejak di tagboard tu..."mana ade dekat sebulan along tak update...tiga minggu pun x sampai..ooo..dh rindu along la tu ye =)"

currently my MSN Messenger status read: "high school's over...just college and uni to go through (to be read with sarcastic enthusiasm)" and a friend's reply was "the college and uni years will be gone just like how the 5 years in high school flew by" dan dalam hati ana terpaksa mengangguk tanda setuju