Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Sunday, April 23, 2006

ujian adalah tarbiyyah dari Allah

Asssalamualaikumwrm,

mmg betul kan? ujian adalah tarbiyyah dr Allah..apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya? begitulah antara yg ditangkap dek telinga sambil mata sibuk berlari meniti baris2 kata dlm blog akak2 ana. seronok sgt dgr lagu Kehidupan... In-Team feat Nazrey Raihan. mmg kena kot sgt2 utk hati tika ini. kemudian seketika saja hati kembali sayu pabila terdengarkan lagu Pemergianmu...terkenang akan 'guru' kami barangkali. tak sangka...semasa saat menghantarnya di airport minggu lepas hati tekad menyatakan yg ia tidak berperasaan tika itu..tp lama-kelamaan bila kenyataan mula mengheyak diri..bila kenyataan mula mengetuk kepala...baru ana sedar yg ada sekelumit rasa sedih itu. mungkin kesedihan itu lebih berpunca dr melihat kakak2 ana yg bagai putus cinta saja lagaknya..mulut mereka nian mengatakan yg mereka tiada apa2..namun mata ini masih mampu menafsir dr gerak reaksi mereka sendiri.

saat2 bahagia bermain buaian bak anak2 kecil...mungkin cuba lari tanggungjawab seorg yg dewasa tika itu....mungkin ana nk lari dr memikirkan realiti hati dan perasaan tika itu. tapi kenangan bersama 'ayah' kami dan sisters tetap tak jemu kunjung tiba..dgn hati leka menghayati nasyid2 perjuangan, dakwah dan ukhuwwah dr mobile oren di atas lantai di sebelah kami. bak kata akak tersebut, bila dgr Segenggam Tabah dan Jalan Dakwah terigt padanya..tp bila dgr Saujana dan Satu Tekad kenangan berlayar pergi mendapatkan memori bersama kakak2 di jalan ini...yg secara tak langsung juga menggamit rindu pada 'ayah' kami itu. harap dia gembira dapat kembali ke pangkuan keluarganya...kami juga tumpang gembira.

hr2 yg dilalui dua tiga hari lepas penuh pengalaman...ingin dicatat semua di sini..namun tidak berkesempatan malah hati masih malu mahu menzahirkan apa yg dirasa barangkali. jari2 seronok berlari mlm tadi...ana sedar jalan utk menjadi seorg wanita solehah itu tidak mudah..penuh cabaran. sebab itulah ganjaran yg bakal diterima drNya turut lumayan..sepadan dgn cabaran dan susur galur yg telah dilalui..yg telah ditempuh. benar...jalan ini..jalan yg ana lalui bersama kakak2 ana ini..bukan mudah. ianya tidak dihampari dgn permaidani merah, tidak penuh dgn kemudahan dan kesenangan..malah ianya penuh dgn onak duri dan mehnah. sbb itulah Allah dh berfirman "fainnama'al 'usri yusra....innama'al 'usri yusra" dlm surah al-insyiraah. bukan sekali..tp Dia ulang dua kali buat kita hambaNya yg kadangkala mudah alpa. ini semua sunnah perjuangan...begitu kata seorg kakak yg sempat berkongsi kasih 'ayah' kami di aussie...seronok berchatting dgnnya...bukti menunjukkan yg kita bkn keseorangan di atas jalan ini...kami di sini ada saudara2 di tmpt lain..yg juga pernah berkongsi kasih. walaupun dia tiada di sini lagi bersama-sama kami, tidak bermakna yg kami sudah tidak punya semangat utk bekerja utk islam..semangat itu sepatutnya tetap sentiasa ada..membara panas dan terasa dek semua org. itulah yg harapnya 'guru' kami telah tinggalkan buat kami di sini. sunnah perjuangan..setiap pertemuan pasti ada perpisahan. sepatutnya bila bertemu kita sudah mempersiapkan diri utk menempuh perpisahan yg bakal tiba...tak pernah lupa. lgpun, org mukmin bila bertemu tidak jemu..berpisah pula tidak gelisah. insyaAllah, harapnya biarlah hati2 kami ini sentiasa terikat bersama di atas jalan ini..mungkin suatu hari nnt jasad kami tak dapat bersama tapi biarlah semangat dan kenangan yg ada bisa mengikat tautan di antara hati2 kami ini di antara satu sama lain...biar kami sentiasa bersama, insyaAllah.

terigt kata2 kakak ana mlm td..."akak rasa along la girl yg berumur 15thn yg paling matang fikiran yg akak pernah jumpa. ye la.. akak pun selalu rasa along ni guide akak. tapi mungkin sbb org sekeliling along sumenya besar2 belake, along rasa cam x fit in. we love you for who you are.. not for who you feel you have to be.." thanks akak. along pun sayang sgt dgn akak..dgn sisters lain sekali. usrah remaja khamis lalu...kami berbincang tentang tafsir surah quraisy..bagaimana kita patut mengambil pengajaran dari situ. Allah dh kurniakan sgt byk nikmat buat hamba2Nya...tapi adakah cukup apa yg telah kita syukuri. kalau kita tgk semula..parents yg Allah dh kurniakan utk kita tu pun dh kira satu nikmat...alhamdulillah kita diberi parents yg baik yg mampu memberikan kita pendidikan agama setanding dgn dunia sehingga kita mampu berada di mana kita berdiri skrg ini. ana sengaja bergurau dgn adik2 remaja tika itu...bersyukurlah sebab mereka masih bersama parents mereka di sini...nnt kalau dh mcm ana ni..berjauhan dari parents baru sedar betapa kita amat memerlukan mereka w/pun kadangkala terasa sangat terkonkong dan terhimpit dgn batasan yg ditetap mereka.alhamdulillah, adik remaja ana faham ana rasa denai dakwah ini bila dia membalas kata2 ana dgn menyenangkan hati ana kembali..."tapi Allah kurniakan along kakak2 kat sini buat along, kan?"...saat itu lidah mengucap tahmid...membawa ana supaya bersyukur dgn Allah walauapapun keadaan dan suasana yg Allah beri pada kita.

alhamdulillah, ana dikelilingi mereka yg memahami onak dan duri jalan ini..mereka yg memahami gugusan ganjaran di akhir tujuan jalan ini, insyaAllah. doa rabitah acap kali diulang...begitulah jua pengharapan hati ini. ya Allah, eratkanlah ikatan hati2 ini...kekalkan kemesraan antara hati2 kami ini akan jlnMu. insyaAllah,sampai di sini sahaja ana rasa buat kali ini..ingin keluar membeli barang dapur bersama kakak2 yg dirindui...benarlah, dlm ukhuwwah ini, biar sekerap mana pun bertemu...hati tak pernah jemu. selepas ni musim exam bakal melanda lagi..stok dapur rumah perlu dipenuhkan dgn mknn segera barangkali..hehehe. insyaAllah, moga kita kan ketemu lagi..assalamualaikumwrm.

currently looking at lyrics: Untukmu Teman - Brothers

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Wednesday, April 19, 2006

first time

Asssalamualaikumwrm,

alhamdulillah hari ni satu lagi pengalaman baru utk ditambah dlm koleksi lipatan hidup. hari ni belajar lg ttg hakikat kejadian Allah...ttg hakikat bahawa setiap apa yg berlaku tu ada hikmah di sebaliknya. dari niat yg satu utk membantu my dear sis berakhir pula dgn satu lagi pengalaman baru hidup. mmg ana ni sgt lah muda, setahun jagung mungkin..sgt lah naif nk menilai lekok dan liku hidup..bak kata org baru je nk kenal dunia kan. sungguh ana tak tahu mcm mana boleh berlaku....mungkin kerana ana ni pun jenis yg tak biasa kan. jarang sekali ana bercakap dgn lelaki...lg2 yg lebih tua. ya, hr ni ana belajar hakikat kaum yang lagi satu tu, kaum adam.

"tapi belajar2 la jugak ttg lelaki ni ye along...kadang2 lelaki ni ego sikit...sesetengah mmg tak boleh diberi nasihat camtu...apetah lagi dari perempuan". ya, ana belajar hakikat itu malam ni. ana belajar lelaki ni mmg ego...mmg kita tak tahu apa yg mereka fikir, rasa, harap, etc kan? ana sedar cara ana mungkin salah di situ..cuma ana x betah berlembut dgn lelaki..tak biasa..jarang. ana mmg rasa sgt bersalah tika ini...selepas salam diucap terus saja connection terhenti..offline. ana cuba husnuz zhoon...mmg ana cuba. bkn sbb ana tp sbb dia dh mengantuk..dh lewat di sana. tp bila selepas satu demi satu websites diteliti..tiada yg 'masuk'..tiada yg betul2 dapat ana hadam...ana sedar yg mungkin dia terasa hati. mungkin? mungkin ana dh melangkah satu garisan tu. mungkinkah? sebak hadir tanpa sedar...ana dh berdosa dgn dia ke? ikhlaskah dia menerima kata maaf ana tadi?

seketika terasa sgt malu...malu dgn diri sendiri. air itu jatuh sbb perkara remeh mcm ni? mungkin tak seremeh yang ana sangka...mungkin ada hikmahnya di situ. Allah boleh ajar kite dgn byk cara...salah satu mcm ni...dari pengalaman hidup...ambil hikmah dr situ rufaidah! anti jgn lah mcm ni ye? anti kan bukan mcm ni. kadang2 mmg ramai yg sangka ana ni kuat...ana x sekuat itu. kadang2 mmg ramai yg sangka ana ni matang...ana x sematang tu. malah ana ni sgt lemah, sgt keanak-anakan...mudah tewas. ana baru je nk kenal dunia...and that is the truth. mane pernah ana lalui semua ni....setakat gaduh2 dgn aulad djh 6 dulu. waktu tu tak suka aulad sbb derg suka kacau..skrg baru fhm yg derg tu sgt ego...sgt2. diri ini tak sedewasa yang disangka...diri ini tak sekuat yang disangkan. ana boleh je tolong sisters ana, 'on-call' utk derg sepanjang masa..tapi siapa yg akan 'on-call' utk ana nnt? ana tahu..derg ada. tp ana susah sgt sebnanyer nk meluah ni...mana ada yg fhm susahnya hidup tanpa teman2 sebaya di samping..melalui onak ranjau hidup remaja bersama..mungkin mereka boleh menasihat. tp itu semua tak mungkin serupa, tak mungkin sama. ana perlukan sahabat2 yg memahami...mereka memahami dari sudut yg berbeza..dari sudut yg sudah melalui. ya Allah, ampunkanlah dosaku andai kata aku tidak bersyukur dgn keadaan yg telah Engkau tetapkan utk diriku ini...aku sgt bersyukur ya Allah. tanpa semua ni tak mungkin ana dapat bersama mereka di atas jln ni. alhamdulillah wa syukrillah.~

mungkin ramai yg akan sangka ana ni mampu utk bangun sendiri...ana bukan begitu sebenarnya. masih seorg gadis belasan tahun..masih. masih terlalu byk lg pengalaman hidup yg perlu ana kutip, buat pengajaran dan panduan dlm lipatan kemas hidup ini. andai kata ada yg terguris hati mlm ini...ana minta maaf seikhlas hati. malam ini ana belajar pelajaran hidup..bahawa lelaki itu ego. tp ana juga dapat 'mengulang kaji' pelajaran bahawa perempuan itu sgt sensitif. perkara kecil mudah mengguris hati...perkara remeh senang mengundang air mata. harap selepas ni tak perlu lagi mengulang kaji pelajaran yg sama...harap di situlah hikmah di sebalik mlm ni.

malam ni sgt byk air mata yg 'dibazirkan' keluar....minta maaf semua...ana minta maaf sgt2...ana xnk berdosa dgn korg. ana nk mintak maaf juga kalau2 ada yg terasa bersalah. my sis, ana x kisah...jgn rasa bersalah...terima kasih sbb kasi menangis atas bahu akak...terima kasih sbb kasi basahkan baju ni dgn tangis kanak2 ana. ana minta maaf..

assalamualaikumwrm...

currently feeling: i've learnt something new...sgt keanak-anakan mlm ni

Thursday, April 13, 2006

sisters

[note on 28/05/09: penulisan yg lebih matang setelah hampir setahun menyepi~ wow]

Asssalamualaikumwrm,

ermm...how should i start. astagfirullahal azim, mmg dh lame sgt ana x update blog ni kan. dlm masa 9 bln lebih kurang ana x update ni mmg dh mcm2 bende yg berlaku. mmg dalam masa ni lah ana betul2 belajar memahami yg kita merancang, Allah pun merancang...and He is truly the best Planner. there is none other than Him alone. insyaAllah, ana plan dlm mode yg sgt2 ingin meluah ni, dlm lingkup umur yg sgt emotionally-driven ni...ana akan cube utk memanfaatkan blog yg ade ni. ntah larr sbb ape tp sbb dh lame sgt x meluah, baik di sini atau dlm diari lg satu tu, mlm td ana tersedu sedan mengadu pada Yang Esa.yup...mmg Dia aje pendengar setia ana selama ni. saat ni hati sgt ingin dibimbing...sgt ingin dilimpahi kata2 peransang...sgt ingin diberi makan makanan rohaniah. the fact that i haven't seen my sisters for ages, the fact that i have missed out on a lot this past week had really starting to take a toll on me. ya Allah ya tuhan...tenangkanlah hatiku, tolonglah ya Allah. berilah daku kekuatan sbb mmg x dpt nk get through all this alone, by myself.

semalam adalah hari yg ktorg dh bg title sbg 'Hari JR Sedunia'..ape tu? well, you would have to work it out urself =]. seronok sgt beramai-ramai kat dapur tu masak nasi kerabu..terasa kelopak-kelopak rindu yg dulu berputik sudah mula gugur kembali...diganti dgn kuntuman-kuntuman cinta sesama mereka yg bersama di atas jln ini...inni uhibbukunna fillah. Allahummaghfirli wali ukhti~. ya Allah ampunkanlah dosaku dan juga dosa2 saudara perempuanku - doa yg sgt best yg ustazah ajar.

bila semua dh balik hati meronta-meronta tak nak digamit kesunyian kembali...mmg sungguh2 waktu ini ana nk manfaatkan seboleh mungkin masa yg ade dgn sisters tersayang. lepas ni entah bila kan ketemu lagi...perancangan Allah ana x tahu..ana x tahu selepas ni Allah nk letak ana kat mane. ana bukan berputus asa pada merancang tp ana cuma merasakan saat ini ana akan terima dgn redha apa saja yg Dia ada dlm perancangan utk ana. mmg ukhuwah yg ada ni saat kuat..ukhuwah yg berlandaskan tautan akidah..hati kami ni sebenarnya dah terikat sejak azali lg..cume bila sudah dewasa, sudah bertemu kembali...baru tersedar akan hakikat ukhuwah islamiyyah yg wujud antara kami. ya Allah tetapkanlah hati2 kami di atas jalan ini. itulah yg ana ulang beribu kali semalam...utk itulah yg ana menangis tersedu sedan mlm td. sbb apa? ana sendiri x tahu, truthfully mmg ana sendiri tak tahu. cuma bila kemanisan ukhuwah tu kita kecapi, mmg kita akan rasa sgt takut kalau ianya hilang begitu shj. (fhm ke? x fhm leh tanya ana balik nnt.)

pernah satu ketika dulu, sewaktu mendengar ustaz kasi talk kat dpn...seorg akak consult ana pasal sesuatu. "along, akak selalu rasa org akan look down on akak bila akak buat kerja2 ni. org lain akan kata akak ni bkn nyer baik sgt tp nk tunjuk lagak pulak dpn org buat kerja2 camni". waktu tu apa sgt lah yg mampu ana kata selain dr secebis kata2 perangsang...ana pun bukanlah the best person to ask about mende2 camni tp bila mengenangkan yg akak tu perlu akan seseorg utk boost balik semangat dia..ana cuba sedaya upaya ana.

then semalam seorg lg my sister - "along, akak ade mende sket nk bg tahu along...." sambil merenung dlm mata ana..barangkali melihat samada ana boleh dipercayai sbg seorg adik yg sudi mendengar. selepas tu ana hanya mampu tergamam mendengar cerita drnya...hanya mampu mengangguk kepala di tempat yg sepatutnya dan bersuara di tempat yg sepatutnya, ana tahu akak tu mengharap pada satu jalan penyelesaian dr ana...tp ana sendiri tak tahu, tak pernah berada dlm situasi yg sama. hanya mampu memberi kata2 yg rasional menurut pemikiran 'bwh umur' ni. then pg tadi...mobile ana berbunyi tanda ade msg yg diterima...tersenyum melihat nama akak tu. msg dibaca..gembira kakak ana dh kembali ok. gembira dgn ucapan akhirnya "uhibbukunna fillah". hati berbunga riang kembali sesudah itu, alhamdulillah. ya Allah, engkau kurniakanlah ketenangan dan kesenangan ke atas mereka2 yg aku sayangi keranaMu ini.

di sebelah petang, akak2 bakal doktor yg baru saja habis exam kami jemput ke rumah. mengenangkan yg mereka mungkin belum masak di rumah dan mereka akan travel pula ke selatan pada sebelah malamnya, kami sepakat menjamu mereka nasi kerabu yg masih byk lebih. ukhuwah itu sekali lg terasa pabila kami saling bertukar cerita dan mengusik manja sesama kami, x ubah spt adik-beradik sendiri. kemudian akak2 yg lain berangkat pulang...nk beli 'jubah tak tabarruj' kata salah seorg drnya.

mlmnya pula ana luangkan masa mendengar cerita, memberi pendapat utk seorg akak serumah. sementara sibuk membuang gambar2 yg terlalu menunjukkan diri ana di friendster kakak tu menegur di YM.

********* (11/04/2006 20:37:21): Assalamualaikum wrt
********* (11/04/2006 20:37:21): along!!!
along_rm5404 (11/04/2006 20:37:32): wslmwrm, ye..
********* (11/04/2006 20:37:42): along.. saye -----------

dan dari situ lebih sejam kami berchatting...berbincang akan penyelesaian terbaik. sungguh, mmg semalam byk mengajar akan betapa halusnya perancangan Ilahi. kita mungkin merasa begini, sedangkan hanya sebentar kemudian kita mudah bertukar hati. diri terasa lemah, tak berdaya hendak membantu lebih dari yg terdaya. penyelesaian akhir berbalik pd yg Esa jua..."akak buat sembahyang istikharah dulu lar ye". itu aje yg mampu ana katakan pd saat akhir 'perbincangan' kami.

sambil baring2 dan membelek novel 'daughters of arabia'...telinga masih boleh menangkap dendangan nasyid2 dr misg radio yg terpasang di laptop kepunyaan akak sebilik. tiba2 telinga menangkap ringtone mobile...hati terdetik "siapa pula yg call mlm2 ni?".butang 'accept call' ditekan..hati tersenyum bila terlihat akan nama akak sebilik tu. lembut suaranya bertanya khabar..kemudia suara berbunga concern "dh mkn ke belum ni?". ana sudah tersenyum.."dh..hr ni kan....ktorg masak nasi kerabu tau". tawa terpecah di situ jugak. kemudian terdengar di telinga celoteh kakak tersyg tu. "..amboi2, akak xde baru nk masak sedap2 ye. nnt akak balik korg kena masak pulak utk akak.....semua ok ke?....ye ke? astaghfirullah, biar betul....akak balik khamis ni. nnt maybe ade a few akhawat nk tumpang tido rumah kite. tolong bg tahu yg lain2 ye....baca quran byk2 ye....assalamualaikumwrm". itu antara yg ditafsir telinga ana...bila talian terhenti, hati kembali hiba. rasa ingin menangis kembali lg....mula berbaring atas katil. tertido tanpa sedar.

bila terjaga angka di jam laptop sudah merangkak ke 3.24 am. ya Allah, x perasan pun tertidur tadi. terlihat ade window YM yg berwarna oren...tanda ade msg yg belum dibaca. terus ditekan..mane larr tahu. mungkin ade perkara penting. tertera di situ "along.. esok tolong call akak pukul 7 am ya. please.. please..kejutkn akak pukul 7 esok tau.. ye ye ye..". ana tersenyum kecil disebalik mata yg masih kelat bekas tidur. laptop di'switch off' kan...jari mula menekan punat2 di atas mobile biru comel. accessories...alarm...set 6.30 am. kemudian tidur di sambung kembali. sebelum mata dipejam fikiran masih sempat menerawang pd hari sebelumnya....sepetang dihabiskan bersama akak tersebut. bergelak tawa di bilik 7, flat C, level 3. byk yg dikatakan..byk yg terkeluar saat itu..detik bahagia antara kami sbg sisters...=). pg td alarm berbunyi jam 6.30 pg....alarm trus di'off'kan..hati sedikit marah sbb kantuk masih berat bergayut di mata. penat hr semalam masih belum habis. kemudia terigt pesan akak semalam..."erm...xpelah kot awal setgh jam". tgn cekap mendail nombornya...miscall. kemudian tidur disambung lg memandangkan waktu tu ana tgh dlm cycle. pg td sesudah mandi dan segar..id akak tersebut di klik dlm YM list..."..akak bgn tak kul 7 pg td?" "bangun. thx along".

kerana semua inilah..kerana mereka inilah..kerana ukhuwah inilah yg ana menangis tersedu sedan mlm td..ya Allah tetapkan hati2 kami di atas jalan ini. allahummaghfirli wali ukhti.

back to routine yg normal...yg penuh kelalaian kadangkala. ya Allah..dh masuk hr ke-5 cuti tp kerja sekolah tak buat satu ape pun lg. tak mengapalah..ana belajar kerana Allah and because of Him alone. terigt kembali perbualan semalam dlm saat2 terakhir..dlm last resort utk menghalang dr hati ini terasa sunyi kembali. ana beria-ia mengajak akak berdua tu utk tidur shj di cni mlm tu...tp dia menjwb dgn penuh tanggungjawab yg menunjukkan dia belajar kerana Allah.."xpelah along..coursework ade 4 lagi akak belum buat". dlm hati terjentik sedikit...bagusnya, baru balik mlm tu jugak nk terus buat kerja sekolah. ana ni dh byk hr dh rest. insyaAllah moga sisters ana ni mampu menjadi contoh teladan yg baik buat diri yg masih muda dan mentah....yg masih merangkak...jatuh bangun dipimpin mereka. moga mereka mampu menunjukkan qudwah hasanah yg boleh ana contohi, moga mereka mampu terus bersama. insyaAllah....hanya engkau ya Allah yg berkuasa melaksana semua yg kuharap. perancanganMu maha halus, penuh hikmah.

insyaAllah...kalau ana hidup lagi selepas ni ana akan rajin lg buat postings dlm blog ni. assalamualaikum wrm. inni uhibbukum fillah.

currently listening to: wanita - durrani