Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Monday, December 27, 2004

cerpen?

[note written on 28/05/09: owh man...rasa nk tergelak~]


Assalamualaikum..kite jumpe lagi yer.



kali ni kak long bagi korang yg malang ni bace kak long nyer first cerpen. x best ar...seblom ni x penah tulis cerpen tau. ana x reti pun nak bermadah indah meluah rasa...so mintak maap kalau mem'boring'kan korang sumer. nanti lpas bace korang leh letak kritik byk2 tau...ana x kesah. okey ar nak klua rumah nak bwat snowman...huhuhu..bes semalam snow kat cni. thn lpas snow lambat sket mcm bln january/february baru snow...dis year awal jugak. nanti ana taruk picture kalau snowman tu dah siap k. jumpe lg...n try to njoy cerpen tu...cian korg.


nUk¦L@n h@T¦ Se0r@NG ''@Ku"


Sesungguhnya hatiku tika ini tiada arah tuju. Aku berbelah bagi antara dua keputusan yg akan menjadi penjamin masa depanku untuk ke menara gading yang telah aku impikan semenjak aku menjejakkan kaki di sekolah rendah lagi.


Segala keputusan samada kami sekeluarga akan meninggalkan bumi perantauan UK ini tahun hadapan atau di pertengahan 2006 sedikit sebanyak terletak di bahuku.


Jikalau study ayahku berjalan seperti yg dirancang, kami akan kembali ke tanah air tercinta hujung tahun hadapan. Ini bermakna yang aku hanya perlu menahan rasa rinduku buat teman-teman dan sanak saudara di Malaysia buat lebih kurang setahun lagi.


Oh Tuhanku yang Maha Mengetahui, hanya Engkau jualah yang mempunyai pengetahuan bagaimana deritanya rindu yang kurasakan buat teman-teman dan sahabat handai; bagaimana aku rasa bersalah kerana aku tiada di sana membantu mereka melalui cabaran dan krisis hidup seorang remaja; hanya Engkau yang mengetahui sejauh mana keinginanku untuk melalui alam remaja ini bersama teman-teman tersayang dan teman-teman yang mengenali diri ini…teman-teman yang kurasa senang untuk kuceritakan suka dan duka hidup ini. Walaupun diri ini masih banyak yang jahil tentang teman-temanku itu, kurasakan seperti merekalah orang yang paling memahami…mungkin lebih memahami dari ibubapaku sendiri.


Entahlah… rahsia hidupku ini masih banyak yang belum diketahui mereka, mana mungkin mereka mahu mahu berkongsi rahsia mereka denganku. Biarlah… setiap insan mempunyai hak untuk menyembunyikan sedikit sebanyak cebisan hidup mereka hanya kepada diri sendiri. Aku sendiri belum bersedia untuk meluahkan sebahagian rahsia diri pada mereka dan kurasa akan kusimpan rahsia-rahsia ini buat diriku tanpa pengetahuan yang lain. Hanya diriku. Ya, aku rasa itulah yang terbaik buat detik ketika ini.


Ah! Aku hanya bermonolog sendirian; semua ini hanyalah luahan hatiku sahaja…apa yang aku fikirkan, apa yang aku nukilkan, apa yang aku harapkan. Aku tidak tahu dengan sebenar-benarnya apa yang mereka fikirkan tentang diriku ini. Apa pandangan teman-temanku sendiri pada diri yang dirasakan begitu kerdil ini? Adakah mereka hanya berkawan di atas dasar kasihan dan simpati kepadaku atau di atas dasar persahabatan ukhuwah islamiah yang suci, persahabatan yang diharap dapat berkekalan ke akhirat sana?


Sia-siakah perasaan yang kurasakan buat mereka? Adakah ianya hanya satu permainan untuk membuat perantauanku di UK ini terasa seperti sekelip mata? Ianya tidak bagiku…perasaan rindu ini bukanlah satu permainan untuk melalikan aku dengan masa di tanah asing ini. Tetapi sesungguhnya aku rindu…rindu pada teman-teman, rindu pada keluarga dan sanak saudara, rindu pada suasana di negara sendiri, rindu pada kemesraan yang pernah aku lalui suatu masa dulu. Yang mampu kuharap ialah rinduku untuk mengecapi cinta dan rahmat dari Ilahi mengatasi segala rindu yang ada.

Cukuplah aku berkata-kata sendirian…aku sudah penat untuk mengenangkan perasaan hati sahabat yang tak mungkin aku tahu. Hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersorok di dasar sudut hati mereka. Andainya aku tahu. Tetapi biarlah aku menangis air mata darah sekalipun, yang telah berlaku adalah perkara lalu dan yang akan berlaku telah ditetapkan Tuhan. Aku sendiri tidak mahu mempersoalkan takdir ketetapan Tuhan…setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri dalam persahabatan yang telah dibina ini.


**********


Jikalau aku memilih untuk pulang ke Malaysia dalam tempoh masa terdekat ini sudah tentu aku dapat pulang ke pangkuan teman-teman tercinta, tetapi satu lagi ujian hidup pasti menanti kehadiranku di sebalik jalan. SPM…mengenang peperiksaan akhir itu boleh membuat aku resah dan menangis mengingatkan nasib diri. Terasa sungguh berat ujian Tuhan ke atas diriku…tak tertanggung rasanya pabila pelbagai masalah menimpa diri remajaku ini.


Namun aku terkedu bila teringat firman Allah s.w.t. dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah.

"Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya"


Astaghfirullahal'azim…Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah hambaMu ini kerana mempersoalkan ujian-ujian yang telah Kau berikan kepadaku. Aku sedar yang Engkau tidak pernah sekali-kali menguji hamba-hambaMu lebih dari apa yang dapat mereka tanggung. Aku patut sedar yang semakin usia meningkat semakin banyak liku yang melanda hidup, tanda Engkau mahu menguji sejauh mana tahap keimanan hambaMu…sebagai tanda Kau sayangkan kami. Sepatutnya aku pasrah melalui ranjau dan liku hidup kerana jalan kebenaran itu tak kan selamanya sepi. Cinta kasih sayangNya tidak bertepi dan Diakan tetap menanti kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah.


Kepulanganku ke Malaysia di hujung tahun hadapan bermakna yang aku akan memulakan sesi persekolahan 2006 sebagai seorang pelajar Tingkatan 4. Terasa muda pula sedangkan jika aku mengambil keputusan untuk menetap di bumi UK ini buat hanya tujuh bulan lagi aku akan bergelut dengan tahun terakhir di high school dan diriku ini akan hanyut bergelumang bersama bebanan peperiksaan GCSE.


Di antara SPM dan GCSE, yang mana pilihan terbaik buat diri ini tidak kutahu. Andainya SPM yang menjadi pilihanku, aku harus bekerja keras untuk kembali ke prestasiku yang dulu. SPM bukannya senang tetapi ibuku yakin jika aku gunakan dua tahun masaku sebelum SPM di sekolah berasrama penuh seperti MRSM, impianku untuk berjaya dengan cemerlang semasa SPM akan tercapai. Aku sendiri memang teringin untuk hidup berdikari bersama rakan di sekolah asrama. Pasti banyak kenangan dan pengalaman yang bakal kutimba sepanjang masaku di asrama buat panduan hidup yang akan datang. Sudah banyak cerita yang kudengar tentang suka dan duka di sekolah berasrama penuh…sudah ramai teman kukenali yang menuntut ilmu di sana. Ingin kulalui pengalaman dan kenangan itu sendiri, buat memori sepanjang hidupku nanti.


Walaubagaimanapun, aku sedar jikalau aku pulang ke Malaysia untuk menimba ilmu buat bekalan menghadapi SPM, segalanya tak mungkin terjadi seperti yang selalu kuharap, seperti yang selalu kuimpikan. Teman-temanku tersayang tidak akan berada di sisi seperti di bangku sekolah rendah dahulu. Mereka akan berada di dunia mereka sendiri mengejar impian hidup sendiri, bersama rakan-rakan baru, menuntut ilmu buat bekalan hidup sendiri; sekarang dan di akhirat kelak.


Walaupun aku akan berada di Malaysia, segalanya tak mungkin seperti yang kumahu; semua teman-temanku sudah tercampak ke sekitar negeri…tidak bersama seperti dulu lagi. Mana mungkin aku dapat bersua empat mata dengan mereka di dalam lingkungan cuti sekolah yang pendek. Mereka sendiri akan sibuk dengan urusan masing-masing bersama keluarga tercinta. Semua ini menyedarkanku yang pokok pangkalnya dalam setiap sesuatu yang aku sebagai hambaNya buat mestilah disertai dengan niat ikhlas kerana Allah. Bukannya kerana kawan dan teman ataupun kerana kehendak keluarga. Kalau tidak disertakan dengan niat ikhlas itu tiada guna aku bersusah payah menyiksa diri melalui semua ini. Sepatutnya niat aku untuk menghadapi SPM itu ikhlas kerana Tuhan yang satu bukannya kerana keiginanku untuk bersama disamping teman-teman. Barulah hasilnya tidak bertukar menjadi sebuah luka yang dalam apabila apa yang aku mahu tidak tercapai.


Ah! Aku sendiri tidak faham…semakin dewasa diri ini, semakin sibuk aku dengan urusan dunia. Dan aku berharap bekalanku untuk akhirat nanti tidak kulupakan di sebalik kesibukan diri di dunia fana ini. Sepatutnya sebagai seorang yang matang umur dan pemikirannya, aku sudah perlu tahu mengurus masaku yang terhad ini. Tetapi sebaliknya yang berlaku; kurasakan seperti tiada masa yang cukup buat diriku ini. Jika masa boleh dibeli, sudah lama aku habiskan berjuta ringgit berbuat begitu. Sesetengah orang ada mengatakan yang 'Masa itu emas'…bagiku masa itu bukan emas, masa itu sebenarnya lebih berharga dari emas. Sekurang-kurangnya walaupun ianya sangat berharga, emas itu masih boleh dijual beli. Tetapi masa itu tidak mungkin dapat dijual beli, masa yang telah berlalu tidak boleh didapati semula.


Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa "Demi masa…Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - ".

Entahlah…andai masa boleh diputar kembali ke bangku persekolahan rendah dahulu, ingin aku berhentikan masa di situ buat selamanya. Aku mahu tinggal di alam sekolah rendah yang dirasakan begitu 'selamat', terkawal dan protective. Walaupun guru-guruku di waktu itu dirasakan seperti mahu mengongkong hidup, ingin aku kembali ke zaman yang telah berlalu itu…zaman yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam menuju alam remaja. Sesungguhnya kini aku mengerti yang segala yang dilakukan pendidikku itu hanyalah untuk yang terbaik buat diriku. Aku berharap segala yang sedang kualami saat ini akan kufahami sebab kejadiaannya di masa hadapan. Aku pasti setiap yang buruk itu ada baiknya.


Di zaman persekolahan dulu aku tidak perlu bimbang mengenang nasib hidup. Semua perkara seperti terkawal dan berada di tempat yang sepatutnya. Tetapi kini duniaku dirasakan seperti kapal terbalik. Segalanya di luar kawalanku dan aku tidak tahu apa yang perlu kubuat untuk meletakkannya di tempat yang betul. Aku menyesal kerana tidak menggunakan masaku di alam persekolahan dahulu dengan bijak. Sesungguhnya ada banyak perkara yang kurasa hampa melakukannya. "Alangkah rugi…'' keluh hatiku setiap kali mengenangkannya. Mahupun begitu, ada sedikit sebanyak kenangan suka dan duka yang akan sentiasa terpahat segar di hati dan memoriku ini. Kenangan yang akan sentiasa mempengaruhi hidup ini…kenangan yang akan menghantui hidup ini…kenangan yang akan menemani hidup ini.


**********


Kembaliku ke Malaysia untuk menghadapi SPM akan bermakna kembalinya aku kepada cara pembelajaran yang telah menjadi asing bagiku. Aku masih belum bersedia untuk kembali kepada cara pembelajaran di Malaysia. Ini akan menambahkan lagi beban usaha aku untuk meraih keputusan SPM yang sering diidam-idamkan. Cara pembelajaran di negara empat musim yang relax dan easy-going ini amat mudah mempengaruhi aku. Aku sedar untuk kembali semula kepada rutin belajar yang dahulu akan mengambil sedikit masa.


Apatah lagi aku bimbang jika pabila aku kembali semula ke tanah melayu itu English yang telah aku pelajari dan petahkan lidah berkata di sini akan hilang begitu sahaja hari demi hari. Rugi kata orang…dah belajar elok-elok English di luar negara dan bila balik Malaysia disia-siakan saja. Aku tahu yang di Malaysia sekarang ini sudah meluas kegunaan English dalam pembelajaran; Matematik dan Sains pun sudah diajar dalam bahasa antarabangsa ini. Tetapi dengan perkara seperti bahasa ini bukannya sekadar menggunakannya dalam penulisan sahaja, kena guna dalam percakapan sehari hari…kalau tidak memang ter'bazir' saja masa yang digunakan untuk mempelajarinya. Lagipun, kepulanganku ke Malaysia akan bermakna yang aku diharapkan untuk menguasai kembali Bahasa Melayu buat peperiksaan SPM aku nanti. Bukannya suatu perkara senang untuk kulakukanapabila aku berada di bawah stress yang maha hebat dari subjek-subjek SPM lain.


Ya Allah, Ya Tuhanku…bantulah hambamu ini. Aku memang teringin yang amat sangat untuk menghadapi SPM seperti rakan-rakan yang lain tetapi ia juga bermakna yang aku terpaksa mensia-siakan setahun masaku di alam persekolahan. Jika aku tinggal di sini aku hanya perlu belajar di sekolah menengah hingga ke usia 16 tahun, kemudian bolehlah aku melanjutkan pelajaranku ke peringkat A-Level di kolej sesudah itu. Namun di Malaysia, aku terpaksa belajar setahun lagi sehingga ke usia 17 tahun untuk 'merdeka' dari sekolah. Aduh, berbelit-belit juga masalah aku ini!


Jikalau GCSE yang kupilih, bukan sahaja aku terpaksa menahan rindu di hati ini buat seketika lagi malah akan terlepaslah peluangku untuk belajar berdikari di sekolah berasrama penuh. Lagipun GCSE bukanlah semudah yang kusangka selama ini…bukannya senang nak dapat A* dalam subjek-subjek itu. Hancurlah impianku untuk beroleh keputusan cemerlang yang akan menunjukkan bahawa anak melayu sepertiku boleh berjaya setanding atau lebih baik lagi dari mereka yang telah membesar seumur hidup mereka di negara eropah ini.

Belajar untuk GCSE ini berkonsepkan belajar sendiri…aku perlu mengerah segala tenaga dan kesungguhan yang ada untuk menyiapkan courseworks dan assignments yang bertimbun, tak lupa juga pada ulangkaji seharian. Guru-guru di sini tidak akan sentiasa mengerah kami untuk menyiapkan courseworks kerana ianya adalah pilihan sendiri. Tiada lagi guru yang akan spoon-feed segala maklumat yang diperlukan. Kalau hendak berjaya terpaksalah berkerja keras…guru-guru tak akan sentiasa berada di sisi memberi nasihat dan dorongan setiap detik dan ketika. Kena berusaha sendirilah kalau kejayaan yang ingin digapai…guru-guru di sekolah tak boleh buat apa-apa untuk kejayaanku selain memberitahu apa yang perlu kulakukn.


Aku tahu aku bukanlah jenis yang pandai memotivasikan diri…setiap kerja yang kubuat pasti akan tertangguh-tangguh hingga ke saat akhir. Dengan attitude yang sedemikian tidak kupasti sama ada akan dapat kulalui hari-hari dalam membuat persediaan untuk GCSE. Sekurang-kurangnya di Malaysia pembelajaran yang lebih mementingkan konsep membaca dan mengingati serta menghafal maklumat dapat sedikit sebanyak memastikan yang aku akan membuat persediaan untuk peperiksaan aku nanti. Tambahan lagi, guru-guru di Malaysia akan sentiasa meluangkan masa untuk kelas-kelas tambahan buat anak didik mereka. Dengan cara guru-guru di sini tidak aku tahu sama ada aku akan mempunyai kehendak diri yang kuat untuk mengerah diri sendiri meghadapi cabaran 'hidup' sebagai seorang pelajar di rantau orang ini.


Aku tidak mahu diri ini hanyut dibawa ombak hidup sehingga aku leka dan lalai akan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar. Sesungguhnya diri ini pernah hanyut sekali sehingga aku melupakan peranan aku sebagai pelajar. Tidak kuingin perkara yang sama untuk berulang lagi; tidak kumahu untuk pisang berbuah dua kali. Kerana jika itu yang berlaku dalam persediaan aku untuk peperiksaan GCSE aku nanti, alamat gagallah aku dalam ujian akhirku itu, musnahlah segala harapan, punahlah segala cita-cita.


**********


Aduhai…dilema hati ini. Aku betul-betul tak tahu keputusan mana yang harus kuambil tapi aku tahu sebenarnya keputusan itu telah sentiasa ada. I haven't got any choice really walaupun pada mulanya nampak macam aku ni boleh buat keputusan sendiri. Contohnya kalau aku balik Malaysia untuk hadapi SPM, tak tertanggung rasanya beban pelajaran kelak. Lagipun untuk peperiksaan SPM nanti ada lebih banyak lagi subjek yang perlu kuambil, dengan syllables yang berbeza memang kurasa sukar untuk catch-up dalam jangka masa singkat dua tahun itu. Bukankah rugi untuk tinggalkan course GCSEku separuh jalan untuk kembali ke Malaysia hujung tahun hadapan. Untuk kembali ke tanah kelahiranku itu sebelum aku memulakan course GCSE dapat memberiku masa yang lebih panjang lagi untuk bersedia menghadapi SPM. Tetapi memulakan sesi persekolahan di dalam Tingkatan 3 akan bermakna yang aku harus menghadapi PMR, satu cabaran dan masalah yang aku tidak mahu sentuh buat selamanya. Tambahan lagi aku tak fikir yang aku dapat berpisah dengan keluarga selama setahun lamanya tanpa bersua muka, aku masih belum bersedia untuk itu.


Akan kucuba harungi GCSE walaupun SPM masih melambai-lambai padaku. Untuk pulang ke Malaysia sekarang seperti mengaku kalah dengan dugaan di negara orang…akan kucekalkan hati; manalah tahu ianya dapat menjadi persediaan untuk hidup sebagai seorang undergraduate di universiti nanti. Aku hanya mampu berdo'a pada Yang Esa. Ingatanku melayang pada firmanNya dalam Surah Al-Baqarah.



"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu megenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a kepadaKu.'' [Ayat 186]



Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Engkaulah yang Maha Mengetahui Tuhanku, bantulah hambaMu yang tak berdaya lagi ini. Berikanlah aku petunjuk yang terbaik… boleh jadi aku benci pada sesuatu padahal ia baik bagiku, dan boleh jadi aku suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagiku. Hanya Engkau jualah, Ya Rabbul Izzati, yang tahu apa yang paling baik buat diriku. InsyaAllah dengan Nur cahaya kasihmu sebagai penunjuk jalan aku akan membuat keputusan yang sesuai dengan keadaan.



"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Pembantu kami; oleh itu, bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Al- Baqarah: 286


[futher note on 28/05/09: wants to know what happens next? here I am nearly 5 years later having done with my GCSE...stayed a further 6 monts in Manchester after my family went back to Malaysia just to complete my GCSE and alhamdulillah i got 12As for that~ currently just completed my 2nd Year 1st Semester in UTP, taking (guess what?) Chemical Engineering..huhu]

Thursday, December 23, 2004

Salam perkenalan...

[note written on 28/05/09: this entry was written when i was still 14...so try to ignore the rather childish language...and this was written in my previous shared blog hosted at blogdrive..that's why there's a mention of Sya here]


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (ni first time kak long hanta n3 kat blog so bg salam pjg sket ar…nanti lepas2 nie kang asyik gune shortform jek)


hmm…nak tulis ape ntah kat blog ni first eva entry. sebenarnye bukan blog ana pun…Sya yg ajak suh share tulih dlm blog die. seblom ni x penah tepikir pun nak bwat blog, tahu bace org punye aje ;p. tuan punye blog ni pun satu, blog die biar ah die tulis first…ni pi suruh ana gaks…xpelah ana kan tetamu aje kat cni buat jelah ape Sya suruh…hihihi [anti jgn terasa tau, tuan punye blog. biaser arr kakak tua seminggu ni nak nyakat org jeh].


seblom kak long berceloteh pjg lagi, meh ana kenalkan diri dulu. ana sebenarnye skang nih kat manchester, uk [yeah…support Man U – not! benci sgt kat football…dah naik jemu]. name ana 'kak long'…huh? yelah tu mcm lah korang phm sgt…tp korang yg dari mesia lg kenal ana tahu arr ape name ana kan…yg x kenal nanti lelame bace blog nie musti ter'bongkar' jugak name ana akhirnyer. sabar jelah ngan ana nih…ahaks! kalau korang x tahu umo ana kena guess sendrik eh…nak ana bg klu? ermmm…ana ni hidup kat dunia x sampai 2 dekad lagi…masih muda remaja [yelah tu…perah santan]. and one more thing ana nie gadis cancer…so jgn lupe bg hadiah tau.


nak tahu ape lg pasal ana? suke mkn ape…ana suke mkn laksa penang…nasib baik kat cni still boleh masak laksa penang…kalau tak kempunan ana. tp ade lg satu mknn kegemaran yg xleh bwat kat uk nih…nasi mkn dgn ikan tenggiri masak lemak kuning dgn ikan kering dgn sambal belacan dgn daun ulam raja dgn kacang botol dgn timun…habis kecur air liur dah 2 thn lebey x mkn tu tau. korang pun mcm ape mende arr yg kak long ni dok tulis…ulam raja arr kacang botol arr…kalau korang x tahu pe mendenyer x yah tanye ana…ana pun x reti nak xplain. pastukan ana suka minum air tebu ataupun air soya campur ngan air cincau…mimpilah ana mlm ni teringat mknn m'sia…dahlah ana skrg ni tgh ganti puase tau, x nak ar cite psl mknn dah.


jom change topik…ana suke kaler biru n subjek yg ana suke are maths dan chemistry…huhuhu btol ker? ntah arr rase summer subjek ok je kot…tp subjek yg kengkadang bengang sket ialah physics…most of da time ok aje physics nie sebenarnyer…lgpun kalau nak masuk chemical engineering mane boleh hate physics…khuwang3. igt lagi waktu djh satu cikgu tanye nak jadi ape bila besar…hmmm waktu tu jawab nak jadi cikgu…hahaha…haru kelas kalau ana jadi cikgu, mesti fail exam sumer anak didikku nanti…pastu bile masuk darjah 3 mcm x nak arr jadik cikgu x bess…kalau ajar sek rendah nanti budak kecik x reti bahase ana marah pulak kat derang…naya aje…ana ni xleh thn sgt marah dgn budak nakal2 nih…huhuhu…kalau ajar sek menengah lg teruk kan…dgn remaja yg baru 'nak kenal dunia' ni musti susah kan nak control…ana tahu arr sbb ana kan remaja jugak. tu yg syg sgt kat cikgu tuh…jasa derang besar giler2…tanpe derang yg bersabar dgn ana nie x tahu arr ape jadi. pastu igt nak jd doctor [sebab parents suruh] tp kan ana nie mcm xleh tgk darah tau, rase mcm nak pitam…so xnaklah. so dr lebey kurang darjah empat sampai skrg ana punye cite2 nak jd seorang pensyarah mcm ayah ana tu…hehehe. actually setahun lepas igt nak tuka nak jd accountant tau…tp ayah ckp ape tau…hahaha ade ke nak jadi akauntan, xdek gune tau…hish nanti along x suke jadi akauntan, along x minat punye…byk sgt nombor2 dgn tax lah ape lagi…x yah arr amek accounting kang nyesal jek…mule2 ayah ckp mcm tu kecik hati dahlah siap gelak lg…cam ape arr ayah ni x supportive langsung. mama ok aje sbb mama tupun cikgu maths. rasenye kan ayah xnak anak die jadik akauntan sbb ayah rase akauntan ni xleh bwat pape utk masyarakat…ade ke patut ckp camtu. sorilah kakak2, abg2, makcik2, pakcik2 out there yg masuk jurusan accounting…jgn kecik hati tau…I haven't got anything against accounting really. tp bile dah pikir punye pikir ana pun amek keputusan nak buat engineering arr bila besar nanti…kalau ana x suka accounting tu camne nak blaja properly…at least engineering nih nampak cam ok je [yerker?…baru tgk buku eng. dah kate senang…tp at least kalau buat engineering boleh tanye ayah atau kwn2 lecturer ayah tu bile x phm…kan dah ade advantage dah tu]. x nak arr ckp pasal ni lg…kt tukar topik again nak.


ayah ana dtg uk nih utk sambung study dlm corrosion di peringkat PhD [harap2 ana pun dpt buat PhD jugak…amin~]…so kitaorg satu family ikut arr ayah dtg cni. sebenarnyer ayah nak sambung study dr thn 2000 lg tp ana x nak arr sbb ana nak buat UPSR dulu baru dtg uk [dah buang tebiat ke ape…ade ke nak buat exam…biasernye rase nak skip aje sumer exam tu]. in the end ana sefamili dtg cni bout three weeks after UPSR…baru nak rileks lepas exam kena pack barang pulak. ana igt lg ana sampai cni on the 26th of September 2002…rase nak nangis aje tau…diam x diam dah nak dekat 2 thn 3 bln ana dok kat negara org nie. rindunyer kat mesia…isk…isk…isk. best arr korang sumer dpt buat PMR lagi pastu dpt buat SPM…exam m'sia yg besar2 yg sempat ana buat are just UPKK waktu djh 5 dan UPSR + UPSRI aje tau. itupun x sempat nak habiskan UPSRI properly…ade satu subjek tu dpt D aje sbb x habes buat…frust sgt sbb yg lain2 tu alhamdulillah ana dpt A. muallim arr punye pasal…x buat yg amali kawad syabab tu awal2 [ish salahkan muallim pulak].


igt lg waktu last day tu muallimah sempat lg nak panggil ana buat hafazan qur'an…waktu tu baru je habis jamuan perpisahan…ana pun tgh hyper lg nak tangkap gamba aper sumer…pastu tetiba muallimah panggil suh masuk bilik guru…ana pun mcm glaba habes…terlupa trus sumer surah2 tu…ana pun mcm pujuk arr muallimah…muallimah, boleh tak ana buat hafazan tu sekejap lg dlm pukul 11 sbb ana nak kena recharge balik memori nie…hehehe, muallimah pun kesian agaknye pastu bg arr…yelah ana nie kira first person…org lain x yah buat lg until oktober… x aci tul. waktu tu hari jumaat…flight ana the next wednesday tu. mule2 muallim kate nak buat kawad tu dr hr isnin lg tp sampai hr jumaat x buat2 ana pun x larat arr nak layan…dahlah sibok sgt waktu tu.


kebetulan weekend esoknye tu mmg muallim ade buat utk budak djh 6 mcm tido kat skola sbb derang nak kena revise balik sumer bende pasal syabab tu dgn kawad lg, ikatan lah, masakan arr, jahitan etc etc. pastu tetiba muallim ajak ana dtg skali sbb nanti boleh buat bende kawad tu…ana pun mcm …erks xleh arr muallim…umah tunggang langgang dgn packing xkan sesenang aje nak njoy pi camping ngan kawan. pastu kebetulan ade jugak syukbah [persatuan] hari sabtu esoknye tu…muallimah syukbah ana suh ana dtg gax hr sabtu tu sbb derang nak buat jamuan…mkn satay masak sendirik lagi…ana mmg rapat arr dgn mh tu dr djh 3 lagi so ana dtg jelah jugak. esoknye bile muallim nampak siap kena perli lg ana sbb mule2 xnak dtg pastu dtg gax…hihihi, ana gelak aje sbb ana pun dah x kesah sgt pasal amali kawad tuh…lantaklah [skrg nie dah nyesal pulak]. ana igt lg pg tue ana mmg dtg awal sket kul 8 pg ana dah dtg padahal syukbah start kul 10 pg. waktu tu derang tgh bz masak bihun utk breakfast…ana pun join arr skali…best ooo main masak2 kat luar camtu. bile dah siap ana pun tumpang sekaki mkn skali dgn derang…kebetulan mmg x sarapan pg tuh…jhtnye ana nie…hahaha. habis mkn tu ramai pulak yg beratur nak kena basuh kuali dgn pinggan2 lg…pastu derang kena leave tergesa-gesa pulak sbb muallim panggil suruh pi padang buat kawad pagi. ana cian kat group ana yg x sempat basuh periuk belanga derang tu…last2nyer ana yg baik hati [tol ker?] tolong arr basuhkan utk derang. riindunye camping mcm dulu2…uwahhh nak nangis pulak rase.


skrg nie ana dlm yr 10 [form 4]…tgh prepare utk GCSE arr kirenye. GCSE tu equivalent dgn SPM kat mesia…so nanti masuk yr 11 makin cbuk arr ana dgn exam preparation…ish takut arr. tp at least x yah buat PMR atau SPM walaupun teringin gak…hehehehe. bln mei lepas waktu ana dlm yr 9 ana dah buat uk punye equivalent to PMR…SATs tu senang je, ade 3 subjek aje[maths, science, english] kalau buat PMR ade 9 subjek…fullamak ana kesian sgt ngan korang kat mesia nie. lg kesian kat tuan punye blog nie, si Sya tu, anti kena buat dua2 skali kan Sya…mmg cian btol arr kat anti tau.


byk gie sebenarnye ana nak cite tp dah pjg dah nie…nanti boring pulak korang bace. tp satu je yg ana nak ckp kat korang tau…ana rindu sgt kat budak2 srah dulu dgn riiindu sgt kat m'sia…isk…isk…isk. kena off dah nie tau…kalau sesape yg bace ni yg ingin komen atau nak berkenalan lg boleh letak sebarang komen kat ruang 'comment' di bawah atau letak je kat shoutbox tu tau.


p/s: korang yg tak kenal ana lg seblom nie mesti igt ana ni mcm baik sgt…siap ckp ana/anti lg…ana nie jht sebenarnyer…hehehe…x caya? nanti arr bile2 ana cite kat blog nie. ana ckp camtu sbb dah biasa waktu kat srah dulu…sopan gak bunyiknye bila ckp mcm tu, hehehe. tp bile ana cakap 'anti/anta' ana x kate 'enti/enta' sbb kekok arr mcm tu…ckp 'anti/anta' lg bess…gune accent org mlayu, x reti arr nak buat care accent org arab. waktu kat sktj dulu dr djh 1 sampai djh 2 pun ckp kite/awak je…ckp care budak kecik…mane2 org ganu yg penah sekolah kat sktj, contact kite tau…kite skola dr thn 97 – 98. djh satu kat kelas 1 IM [ibnu majah] pastu djh 2 masuk kelas 2S [shafi'ie]. yg still contact kite skrg nie pong Irah aje…skrg ni awak pong dah masuk smkatj kan Irah…nanti dah dpt result PMR jgn lupe bg tahu kite. ok arr, td nak off lupe lak. nantikan n3 terbaru blog nie either from me or Sya.


salam ukhuwah fillah

wassalam~.

---'--;@