Seringkali terfikir itu dan ini lewat beberapa hari ini. Alhamdulillah, masa yang banyak memberi peluang utk ana 'bermuhasabah' tentang beberapa perkara. Benar jalan da'wah ini jalan panjang, jalan penuh duri kesusahan dan jalan yg sgt lambat bergerak. Masakan tidak, perjalanan da'wah yg bermula seawal zaman Rasulullah s.a.w hanya berjaya mencapai tamadun Islam beberapa ratus tahun kemudian ketika zaman Abassiyah berkat penerusan mereka2 yg tinggal tegar meneruskan perjalanan dan perjuangan ini. It's a never-ending story. Impak atau hasil atau natijah dari sesuatu yg diperjuangkan itu mana mungkin boleh dilihat dalam masa sehari dua, mungkin setelah kita tiada dan hanya dua tiga generasi seterusnya yg bakal merasai hasilnya....atau mungkin tidak di dunia, tetapi di sana....hasilnya dituntut di akhirat kelak.
Jalan yang penuh duri dgn pelbagai mehnah dakwah dan juga pembinaan insan utk dijadikan ar-rijal dan an-nisa' untuk diinfaqkan sebagai junduLlah tak boleh diperoleh dalam sekelip mata..percayalah~ walau ianya lambat sekalipun, kita tidak berhak meninggalkan jauh mereka2 yg bersama mengikut kita...mana mungkin 10 tahun akan datang mereka ditakdirkan jauh lebih hebat dari kita dan kita semudah itu meninggalkan mereka saat mereka masih memerlukan bimbingan suatu ketika dahulu (owh..jauhnya menyimpang dari topik asal~).
Cumanya ana kerap kali terfikir adakah ana akan tetap tsabat sehingga ke akhirnya (dan setiap kali itu ana memohon agar ditetapkan di atas jalan ini)? Terlalu ramai yg ana lihat gugur satu persatu, jabuh rebah tersungkur yang tiada bangunnya lagi...dalam erti kata mudah: futur. Ya Muqallibal quluub...thabbit qalbi 'ala deenik wa 'ala tha'atik wa 'ala sabiilik. Setiap kali usai sembahyang doa yg sama kerap kali diulang kerana kita tiada jaminan yg kita akan tetap di sini suatu hari nanti.
gambar hiasan: al-quran the best balm for every sore and pain
Teringat ana sesuatu yg ana baca dari blog Kak Fiza ex-Aussie yg ana jumpa buat kali pertamanya ketika KIBAR'06. Walau bersua sekali cuma (tapi dlm tempoh yg sgt lama...2 minggu bersama~) dan terus lost contact selepas itu...secara kebetulan dpt juga ana tahu yg dia sudah berumah tangga dan secara kebetulan juga dapat tahu dia baru melahirkan putera sulungnya Mei lalu. "Mohon doa akhawat supaya boleh ber"gerak" laju walaupun telah bergelar isteri dan ibu..
Kalau dulu sering melihat contoh2 akhawat yang sgt aku kagumi;Ukhti S pernah dijemput menjadi speaker utk satu program adik2..Kalau tak silap ana salah satu program AUSIS yang pernah ana handle satu tika dulu..Program forum perkongsian pengalaman..Dia hadir bersama Nu'man yang ketika itu masih dalam pantang dan tepat pada waktunya malah lebih awal..
Ukhti H pula boleh lagi pergi ke walimah ana walhal, dia on the way nak ke Hosp. untuk deliver babynya yg kedua, Miqdad..Siap minta sikit rasa kek pengantin turut aku kagumi kerana meletakkan ukhuwah di tempatnya..
Ukhti WR pula lebih lagi aku kagumi bila melihat kekentalannya menerajui akhawat dengan sentiasa mengendong ananknya yang masih kecil..Masih lagi boleh memberi penyampaian, memberi tarbiyah, etc..UBATNYA hanyalah satu iaitu kebergantungan kepada Allah secara TOTAL!"
Cukup kagum ana dengan mereka-mereka ini dan banyak lagi contoh2 lain yg ana lihat sekeliling ana. Ana mohon diberi kekuatan semangat seperti mereka ini pabila tiba saatnya nanti. Setelah mendengar pesanan Kak Anfaal semasa TITIAN'08 awal Jun lalu...memang benar...aktivisma dan gerak kerja akhawat semasa masih single dan masih bergelar pelajar ini nnt kelak berbeza saat sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak sendiri....ada extra baggage bak kata Kak Anfaal. Dan sesungguhnya memang benarlah ianya salah satu siku2 da'wah bagi para akhawat ini (huhu...saya lambat lagi ye...bukannya sudah berfikir sejauh itu cuma sekarang ni dikelilingi ramai yang mula melangkah ke tangga kedua dalam maratib 'amal dan sudah ramai juga yg dikurniakan mujahid kecil penerus perjuangan :D).
Mampukah ana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar secemerlang mungkin?
Mampukah ana menjaga hati saat terdapat bisikan2 di sana sini? (ye...hari tu ada org 'masuk meminang'...ana suka ayat klasikal tu..hehe)
Mampukah ana kelak masih tetap di jalan ini saat hambatan rutin kerja mula mengejar?
Mampukah ana kelak masih tetap setia ke sana ke mari saat sudah berumah tangga?
Mampukah ana kelak masih melayan kerenah anak2 usrah saat dikurnia anak2 sendiri?
Mampukah ana mendidik anak2 sebaiknya kelak? (huhu..diri sendiri pun tak terurus lagi nk fikir pasal anak la pulak along ni...hehe...thinking ahead ok)
Mampukah ana kelak menghantar suami dan anak2 ke medan jihad?
Mampukah ana melihat anak2 ana pula penerus perjuangan ini sesudah ana?
Mampukah ana tetap tegar menghasilkan yang menyinar hingga ke detik akhir nanti?
Mampukah itu...?
Mampukah ini...?
Dan persoalan tinggal persoalan kerana masa hadapan adalah rahsia buat diri kita...hanya Dia Yang Maha Mengetahui baik buruk kesudahan kita.
Kita hanya mampu menyipakan diri semampu mungkin buat bekalan penguat diri agar tidak mudah jatuh tersungkur kelak.
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)." (Al-Qasas 28: 56)
Doakan ana ya teman2.
Moga ketemu lagi dalam catatan seterusnya...masih mencari-cari mood menulis kebelakangan ini.
Wassalamu'alaikum wrm wbt.
currently doubting: mampukah aku lepas test jpj nnt nieh... ^_^
No comments:
Post a Comment