Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, June 18, 2008

Perpisahan itu adat berjuang...

Assalamualaikum wrm wbt...

Dalam kebosanan mengharungi hari-hari cuti yg pjg amat ni rupa2nya masih tidak sempat mencoret di sini...pembetulan: bukan tak sempat, tiada mood mungkin? Lebih seronok menjelajah ke blog org, membaca catatan luahan dan segala jenis celoteh mereka-mereka di luar sana. Sudah terfikir mahu menulis entry ini sejak hari pertama cuti bermula..namun ana kerapkali membiarkan terlebih dahulu, tolak ketepi...kenapa? Sebab sebak seringkali meragut hati tatkala teringat kembali. Ana rindukan kakak-kakak ana nun di Manchester (samada yang sudah pulang ke Malaysia atau masih di sana...tiada bezanya kerana masih tak berkesempatan utk ketemu)...kakak-kakak UTP yg walau hanya seketika tak bersua tapi kuntum2 rindu sudah mula terbit.

Ana rasa pernah ana menulis entri sebegini kira-kira dua tahun lalu saat 'menghadapi' perpisahan dgn sisters almanchesteri..dan kini sekali lagi mencoret berkisarkan tema yang sama tapi isinya sedikit berbeza..ah, dejavu! Setuju tak jika ana katakan perpisahan itu adat berjuang? Dalam berjuang masakan bisa tetap berada di tempat yang sama...berjuang memerlukan seseorang yg bergelar 'pejuang' itu utk terus ke tempat2 lain...berjuang membutuhkan si ibu merelakan perpisahan dgn suami dan anak2 tercinta di atas nama perjuangan fi sabiliLlah..dan kerana perjuangan itu jugalah si ibu tetap tegar melepaskan mereka pergi..sungguh ana kagum dengan si ibu itu!

Kiranya..ana perlu belajar utk melepaskan kakak2 ini pergi...learning to let go, to move on...melepaskan mereka keluar ke medan amal yg pasti lebih perit dan sukar dari 'medan persediaan' di universiti ini. Percayalah~ cabaran yg menanti saat diri sudah bekerja nnt, sudah berumahtangga, sudah beranak-pinak...dan bermacam lagi 'sudah' bakal memerlukan semangat juang yg lebih lg. Walau kadangkala merasakan saat2 di zaman universiti ini sudah cukup getir, melelahkan dan memenatkan...but that is nothing compared to what lies ahead (huhu..ana jadi takut menulis semua ini..tak bersedia lagi menempuh alam luar itu). Dan kita yang masih tinggal di sini..jangan biarkan pemergian mereka itu sia2 sahaja kan? Kaut pengalaman dari mereka dan biarkan secebis semangat yg mereka tinggalkan itu tetap membara membakar sisa2 perjuangan di sini (apalah yg along tgh merepek ni? huh..).



Ini adalah dua antara sebilangan kecil kad yg boleh buat ana menangis instantly there and then saat membacanya. Kad pertama bermotifkan bunga tulip (yg sgt lawa!) daripada Kak A dan Kak Z dari tanah almanchesteri dan kad kedua berwarna merah jambu comel daripada Kak Z di bumi 'toronto' ini. (owh..jgn keliru ya...Kak Z yg pertama kini bergelar Dr. ZAAZ...Kak Z yg kedua mungkin suatu hari nnt bergelar Ir. ZMK?).



Kad daripada Kak A dan Kak ZAAZ ini ana terima pada 26 Jun 2006 sebelum ana masuk ke balai berlepas utk pulang ke tanah bertuah Malaysia. Ana pulang agak lambat (sebab final paper selesai 22 Jun...sedangkan sisters lain sudah selesai paper di universiti lebih kurang penghujung Mei/awal Jun) jadi tinggallah Kak A dan Kak ZAAZ sahaja ketika itu yg menghantar di airport dengan family makcik Fida. Setelah selesai segala prosedur 'peluk-cium-salam-gaya-mcm-tak-nk-lepas', Kak A dan Kak ZAAZ sempat lagi menyelitkan hadiah berbalut rapi beserta kad tersebut ke dalam beg yg dibawa. Yang peliknya saat tu kami tak menangis pun, cool jek ana jalan masuk boarding gate tu.



Sementara menunggu di balai berlepas seorang diri...sebak mula hinggap dan saat membuka seterusnya membaca bait2 kata yg tertulis rapi dalam kad tersebut, ana mula menangis tersedu-sedan tanpa menghiraukan mata2 yg mungkin melihat di sekeliling tika itu (tapi tak kisah pun...someone crying is not a rare sight in the airport). Sungguh rasa ingin keluar kembali dan memeluk kakak berdua itu...terasa apalah sgt yg ana dh buat berbanding kakak2 yg jauh lebih ana kagumi itu. Sgt2 sayangkan mereka dan hingga kini masih belum sempat bersua dengan kakak doktor berdua itu..dan juga kakak2 yang dulunya dlm tahun pertama dan kini masing2 sudah grad~...igt lagi 'kite2'? =). Sempat lagi jari jemari bergerak menghantar message buat Kak A selepas itu sambil menanti saat boarding (it turned out that the flight was delayed due to bad weather at that time and I arrived quite late in London...rushing to change the terminal and finding the right gate before boarding the MAS flight and arriving safely in KLIA 13 hours later...and yeah, I was ALONE at that time..huhu) << ironically, bila dh balik M'sia ni..nak naik bas ekspress sorg2 pun parents tak bg...sana lagi selamat dari sini? :P



Kad kedua diterima memang secara tak diduga 25 Mei 2008 lalu sebelum Kak Z pulang ke Shah Alam...memang ana sudah dikhabarkan Kak Z akan pulang ke Shah Alam ptg tersebut cuma ana kira masih punya waktu utk ketemu Kak Z selepas itu jadi ana pun tak ke bawah menghantar Kak Z pulang...tahu2 je Kak Z datang mengetuk pintu bilik menghulurkan hadiah dan kad buat ana dan rumet...serta "yang ni utk Asma', utk Anis and utk Yana pun ada...akak tak sempat dh nk jumpa derg". Terkejut sedikit dan selepas bersalam dan berpelukan seperti biasa (sungguh tiada perasaan tika itu sebab asyik memikirkan..."nnt boleh jumpa lagi sebelum Kak Z balik for good"). Sedar-sedar je Kak Z sudah pulang dan ana bagaikan baru tersedar dari mimpi.."eh, bila pulak nk jumpa Kak Z semula? Kak Z balik utp nnt, ana dh ada kt rumah"...huhu.

Bila bukak hadiah frame pink yg cute (mula2 risau jugak kak Z tertukar hadiah ana dgn kak asma'...hehe..kan kak asma' yg suka pink~) ana tersenyum lebar dan cari gambar ana dan kak Z berdua...terus print on photo paper dan masukkan dalam frame...lawa~ Seterusnya kad dibuka dan dibaca berhati-hati...dan apa lagi, mengalir juga air mata ana baca ucapan2 dari Kak Z...sampai rumet dah 'risau'...."eh, xpelah rufaidah...xyah la nangis...nnt korg mesti jumpa lagi kan?". Seharian duduk tak tenang waktu tu...ke bilik Anis dan Yana bagi hadiah dari kak Z...masing2 terharu atas ingatan dari kak Z. Bila tgk status di gtalk...ada juga ahli usrah yg gaya mcm 'putus cinta'..status masing2 sedih2..huhu. Agak menyesal tak sembang puas2 dgn kak Z time tu.



Sebenarnya, ana sgt sgt kagum dgn kak Z...sgt sgt. Kak Z pandai menyentuh hati kami adik2nya ni..kalau tak masakan semua org boleh begitu sedih dan terasa akan 'pemergian' kak Z. Bertuah la kakak2 yg jadi anak usrah kak Z tu...mesti byk yg dpt kak Z bersama mereka dgn usrah2 yg sgt kreatif tu...padan la masing2 tak nak bertukar naqibah baru :D. Ana turut mengagumi sifat kak Z yg satu tu...sanggup berkorban..korbankan syifa' yg diguna utk pelbagai tujuan (ke program2, melatih kakak2 utk belajar driving, ke usrah, ke exam hall dan mcm2 lg), korbankan masanya, korbankan wang ringgitnya, korbankan tenaganya...bermacam jenis pengorbanan yg ana lihat. Dan ana ingin jadi sepemurah itu...sebaik itu...setegar itu.

Satu lagi yang ana kagumi perihal Kak Z ialah sikap keterbukaannya...kak Z selalu pesan "awak try la dulu..bagi die can.." dan itu jugalah salah satu sebab kenapa org mudah 'masuk' dgn kak Z...senang kata org kurang 'fobia' la dgn kak Z...kata mereka "kak Z tu ok jgk ek...bagus bab2 agama ni..tp senang nk mix dgn org...ktorg pun tak rasa malu dgn die..bukan mcm sesetgh org". Itu yg ana tabik amat dgn kak Z...ingin jadi seperti itu, biar kita senang dekati org dan org pun tak kekok dgn kita. Apa guna punya byk ilmu yg ingin dikongsi namun tingkahlaku dan perwatakan kita buat org rasa kurang selasa, malu dan sebagainya.

Kak Z juga tak pernah mendiamkan diri andai ada yang perlu diperbetulkannya...dgn penuh hikmah dia akan berbicara sewajarnya dan dengan cara yang betul. Terima kasih kak Z atas teguran2 dan nasihat2 membina. Ana selalu 'merengek' risaukan saat2 tanpa kak Z dan kakak2 lain di sini kelak...dan kak Z seperti biasa "jgn cakap camtu...akak tak suka dgr awak ckp camtu...cuba optimistic sket~ percayalah, Allah akan permudahkan" (huhu..sebak...tgh tahan air mata). Alhamdulillah, kini mula melihat ruang2 cahaya di lorong yg disangka makin kelam ini. Moga kami terus kuat di sini. Doakan kami ya kak Z.

Byk sgt lagi yg ana belajar dari Kak Z...smgt kak Z yg sgt tinggi...himmah 'aaliyah. Sanggup lakukan semuanya demi kami ini...sanggup berulang-alik dgn Syifa'...sanggup luangkan masa utk ke daurah despite segalanya...yg tak pergi daurah sbb alasan2 kecik tu patut malu dgn diri sendiri, sedangkan kak Z student final year pun sanggup mengorbankan sedikit waktu! (bukan ayat marah, cuma kadangkala malu juga dgn diri sendiri). Turut kagum dgn businesswoman traits yg wujud dlm diri kak Z...hehe..tanpa kak Z entah berjalan atau tidak la projek dana akhawat ni. Siapa bakal menjadi apprentice kak Z..? penerus businesses yg pelbagai tu =) Penting tau tahu berniaga ni...lebih2 lagi di saat 'krisis' sebegini...semua ruang perniagaan yg ada itu wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih sekali lagi kak Z...moga Allah membalas segalanya.

Cumanya, kak Z kadangkala terlalu baik juga ana kira...dalam ketegasan kak Z itu ana tahu kak Z tak sampai hati juga kalau org dh minta kan? Sebab itulah Syifa' selalu menjadi hot favourite utk pinjaman ramai..huhu~ Kalau org minta tolong pun..jarang sekali kak Z menolak andai dia punya kemampuan utk membantu. Tapi jangan baik sgt ye kak Z, nnt org ambil kesempatan ;) Ana cuma mampu doakan agar urusan kak Z selepas ini dipermudahkan Allah....baik urusan kerja, dakwah n tarbiyyah, melangkah ke maratib 'amal yg kedua (oopss....isu sensitif :P) dan apa2 sahajalah lagi. May Allah help every step of the way. Moga segala yg kak Z curahkan kepada kami di sini bakal menjadi pembakar semangat kami semua...bak kata kak Asma', "may ur advices live on and may ur effort cherished".

Alhamdulillah ana sempat ketemu kak Z Jumaat lepas dan bersembang-sembang pjg sambil tgk gmbr2 lama mlm tu selepas berjalan-jalan ke Rapat Setia =) Moga ketemu lagi kak Z dalam masa terdekat ini, insyaAllah.

Sesungguhnya ukhuwah itu indah bila berlandaskan iman dan taqwa...kerana dakwah ini ianya menjadi manis....dan semoga berkekalan sehingga ke sana. Bila berukhuwah di atas jalan ini..andai berpisah tak gelisah dan bertemu juga tak jemu.

Moga ketemu lagi. Wassalamu'alaikum wrm wbt.

currently feeling: so teary and sooo sleepy~

No comments: