Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 3, 2008

Usrah Yang Lazat & Lemak Berkrim (^_^)

Assalamu'alaikum wrm wbt buat sesiapa yg sedang membaca =)


hukhuk..banyak jugak habuk kt blog ni ye..minta maaf..tapi sebenarnya tak kisah pun nk tinggal blog ni berhabuk lame2...sebab diri ini sedar blog ini tiada pembaca setia ;) (walaupun agak terkejut br tahu ada beberapa org lg yg tahu kewujudan blog ni...huhu). Lain la blog yg sgt best yg bila dh lama tak update ana pun mula la bising "cepat la update blog...nk tahu apa cerita hidup dia skrg/nk baca penulisan dia yg best2 tu"...hehe. Ini cubaan kedua untuk menulis entry ini...minggu lepas dah tulis nk siap dah cuma tak sempat nk post je...sekali hari ni masuk dh hilang ke mana draft hr tu...jadi kuatkan semangat dan menulis dari mula kembali..tak larat dh la nk karang ayat2 puitis mcm hr tu (erk..selama ni puitis ke along?) jadi ana redah je lah utk kali ni. (ada dua tiga lagi tajuk2 utk entry baru tgh terfikir skrg ni...best bila angin mengupdate blog sudah datang kembali).


Ana sudah ditag oleh dua orang dgn tag yg sgt best ni...oleh kak zahrah thru email kat gmail yg sampai sekarang ana tak reply lg (nnt lepas ni ana edit yg ni dan reply kt email tu pulak) dan oleh alkhudri. Jarang ana buat kerja menjawab tag orang ni...baca jwpn tag orang ana suka =). Kali terakhir ana jawab tag pun oleh Anis hujung 2007 lalu di kala blog ni sunyi sekian lama dan habuk makin bertimbun..mungkin Anis saja mahu lihat blog ini dibersihkan kembali. Serasanya alkhudri mungkin juga berniat sebegitu? Apapun mari kita lihat apa keistimewaan usrah yang lazat & lemak berkrim disukai ramai ni :D


[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?


kalau ikut pergi usrah tu sejak kecik kot? time still dalam perut mama kira usrah jugak tak? jawapan wajib bagi setiap pelajar musleh: ana dah ikut usrah sejak djh 4 lagi kt SRAH yg disayangi lagi dirindui tu. samada pg sabtu sebelum ko-kurikulum atau malam sabtu sebelum tidur waktu qiamullail kt sekolah...waktu tu dh guna buku "Maza Ya'ni..." tapi tak igt pun apa yg belajar...sampai djh 6 mcm tu la juga.


hujung 2002 tibalah ana di tanah orang..waktu ni mungkin masih belum mengerti kepentingan tarbiyah maka ana takdelah mencari usrah...bila makcik ajak join usrah dengan kakak2 ana ikut, tapi jarang la...sbb rasa tak berapa best disebabkan gap umur yg agak jauh. kadang2 kalau dh rindu sgt, ana tumpang sekaki dgr usrah mama...walaupun kadang2 ada je perbincangan2 yg budak bawah umur tak patut dgr :P


tahun 2004 usrah online anak2 remaja UK mula ditubuhkan atas inisiatif Kelab Remaja Islah MSM..alhamdulillah walaupun mungkin kurang efektif kerana tak dapat duduk bersama bertentang mata lutut bertemu lutut namun itulah yg termampu utk menghubungkan kami di serata UK ketika itu. kadang2 boleh dapat sampai 10 orang satu sesi usrah setiap Jumaat malam tu..2-3 jam jugak la bertapa depan laptop tu..marah para bapa yg nk siapkan thesis PhD masing2 bila anak masing2 conquer komputer ketika itu...dan biasanya usrah online brothers pulak keesokan harinya..jadi 2 malam berturut-turut la. Tapi ana yakin mak ayah kami semua ni tak kisah demi melihat anak2nya mencari sinaran nur, mengutip secebis ilmu di tanah org tika itu. Ana kira agak best jgk usrah waktu tu...walaupun kadang2 pengisian utamanya (owh..time ni cover maza ya'ni lagi dan hadith 40 dan tafsir) sejam je...perkongsian masalah selepas agenda utama tu yg lama....mmg problematic sungguh waktu tu..yelah..remaja sesama remaja...naqibahnya pun muda remaja jgk =)


dan usrah online tu pun bertahan sehinggalah ana balik ke m'sia semula pertengahan 2006 (waktu dh balik pun ana try jgk lg nk bwk usrah online tu...ana stay-up sampai 2 pg la jgk...tp lama2 terkubur bila dh makin ramai yg balik m'sia) dgn makin lama ana makin istiqamah dgn usrah kakak2 di sana. Cuma bezanya dulu ana ikut usrah online tu tp hujung 2005 ana pulak yg bwk ganti KK yg mula bawak usrah online aulad (ye...kami ada usrah online remaja utk 12+ dan usrah online aulad utk 5-11).


2006 barulah benar2 terasa kemanisan ukhwah yg lazat berkrim ni...sgt2 la seronok usrah waktu tu yg ana betul2 menghargai kepentingan tarbiyah. Kembali ke tanah bertuah m'sia dan an

a terkontang-kanting sekejap tanpa usrah sebelum join usrah makcik ina dan seterusnya ikada kat SMAH. Dan kini usrah di utp bersama kakak2 tersayang.


Panjangnya jawapan....jawapan pendek ialah:
Menyertai usrah dah nak masuk 8 thn....benar2 merasai kemanisan usrah dan menyedari kepentingan tarbiyah mungkin 3 thn...alhamdulillah disedarkan lebih awal.


[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?


Usrah SRAH: wajib...takkan nk ponteng kot..dh la jadi ketua usrah..huhu
Usrah online remaja: inisiatif krim =) dan pakcik makcik yg tak nk lihat anak2nya terus leka
Usrah kakak2: kakak2 ajak
Usrah sementara SMAH: wajib sbb kt sekolah....lagi satu sbb kakak2 stam ajak
Usrah utp: nama diforward...hehe....kalau nama tak diforward pun ana mmg akan lapor diri jgk utk usrah



[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Kenapa saya suka usrah saya? Sebab dia best~ (baca dgn gaya iklan: kenapa saya suka rumah saya?)

Mencari diri yang hilang di tengah2 kekacauan manusia sekeliling...menyedari tanggungjawab sebagai seorang seperti dalam 2: 30 dan 51: 56 yang mana usrah merupakan salah satu medan utk mencari bekal dan teman di atas jalan ini.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

  1. rasa disayangi...rasa kebersamaan...rasa ana bukan seorang di atas jalan ini...raaamai lg org lain serata dunia melalui tarbiyah yang sama
  2. rasa nak ajak seramai mungkin org utk turut merasai ke'best'an usrah tersebut
  3. rasa pelik kalau lebih seminggu takde usrah (mcm perasaan sekarang ni)…rasa kering kontang dan tak tentu arah tanpa usrah yg dh jadi perkara wajib dalam hidup tu


[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

  1. ilmu yg sgt banyak yg perlu diamalkan dan dipraktikkan dan dikongsi bersama yang lain
  2. persaudaraan sesama Islam yang tak pernah ana jumpa di tempat lain sebelum ini...yang mana kalau pergi usrah dgn muka monyok and kepala kusut sekalipun...balik dari usrah mesti rasa sgt lega dan tenang setelah berkongsi dgn ahli2 usrah hurun-hadid ;) (dalam erti kata lain: ukhwah liLlahi ta'ala)
  3. kesedaran dari lena yang panjang dibuai mimpi indah tak berpenghujung...kembali ke realiti yang penuh masalah umat
  4. pelbagai cara kreatif dan efektif utk berdakwah yg tidak sempit kepada cara2 tertentu sahaja...dakwah penuh kasih sayang...dakwah kerana sayangkan saudara kita yang melakukan dosa itu bukan dakwah semata-mata kerana perasaan benci terhadap dosa tersebut.
  5. makan best2~ makan jambu dan roti dalam usrah pun boleh rasa sedap yg amat sebab makan bersama =) dan macam biasa dalam usrah sendiri bilamana waktu berkemas-kemas usai usrah dan ada makanan lebih: "siapa nak suami soleh cepat habiskan..." dan confirm habis semuanya..hehe

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan
-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Memandangkan sisters almanchesteri sudah ditag Kak Yana, jadi ana tag mereka2 ini:

  1. Iya (memandangkan kak wan maryam dan kak tim sudah ditag ramai...ana tag adiknya pulak)
  2. Kak Alah (sama seperti di atas)
  3. Kak Iffah
  4. Kak Kausar
  5. Anis
  6. Abang (hoho...sudah ada blog jgk rupanya)

Kakak-kakak tersayang,
Sesungguhnya jalan ini memang sukar amat...penuh dengan duri di jalanan yang tiada berpenghujung....tiada permaidani merah yang menghampari menyambut langkah-langkah kita. Namun, ukhwah yang manis bersama kakak-kakak tersayang serasanya cukup sebagai bekalan menghadapi jalan penuh ranjau ini. Tak lupa bekal-bekal ilmu iman dan da'wah hadiah dari naqibah tersayang. Terima kasih kerana berada di sini...kerana masih setia...atas segalanya.

Banyak lagi perkara lain menanti kerana benarlah pesan Imam Hassan Al-Banna dalam 10 wasiatnya: tanggungjawab yang terpikul melebihi masa yang ada. jadi ayuh...jangan buang masa lagi. Moga ketemu lagi dalam entry seterusnya...kalau dah nampak gaya2 berhabuk tu buat la bising lagi...insyaAllah lepas tu ana update la ;)

"Allahummah dinaa, wahdi binaa, wahdin naasa jami'a, waj'alna sababan limanih tadaa"
Ya Allah berilah petunjuk kepada kami, berilah petunjuk dengan adanya kami, berilah petunjuk utk setiap manusia dan jadikanlah kami sbg sebab bg orang yang menerima petunjuk.


Doa yang diajar salah seorang dari murabbiah ana ;)

Wassalamualaikum wrm wbt...

p/s: terima kasih atas pelawaan ke adelaide tu..kak siti la belanja along tiket g sana..hehe

currently thinking of: saat2 wida' akhawat 2 minggu lepas

No comments: