Assalamualaikum wrm wbt, Seronok mengupdate blog tidak hilang lagi (tapi ana dapat merasakan semangat ini bakal pudar dua tiga hari lagi apabila diri ini kembali dibelenggu dengan pelbagai tuntutan). Cuma mungkin hanya entry pendek buat kali ini. Teringat MIN'08 @ UIAM awal Februari lepas (Muzakarah IPT Nasional 2008), semangat kejiranan antara zon banyak ditekankan oleh pihak pimpinan. Ana yang sememangnya suka mengadakan ziarah bilik ke bilik sem lepas (sem ini sesi ziarah ana agak berkurangan kerana pergerakan ana yang agak terbatas dgn bilik ana nun di tingkat 5...baca: ana malas naik turun tangga) sgt sgt menyahut seruan ini. Selain mengeratkan ukhuwah, byk yang boleh dipelajari dari sesi ziarah itu sendiri. Utk ziarah ke tempat yg lebih jauh, pengalaman dalam perjalanan bersama tentunya cukup manis. Banyak hikmah yg boleh didapati semasa bergerak bersama, makan bersama, tidur bersama dan segala-galanya bersama sepanjang jaulah tersebut.
Mac 2006 ana turut serta ke Galway, Ireland bersama sisters almanchesteri. Perjalanan dari rumah Oxney ke Manchester Airport diiringi kakak2 lain cukup seronok. Setibanya di lapangan terbang sementara menanti penerbangan berlepas juga dipenuhi gelak tawa bersama. Hampir 2 jam dalam penerbangan kami selamat tiba di Dublin. Setibanya di sana, kalut mencari kereta sewa dan seterusnya meneruskan perjalanan dalam kelam malam (kebetulan Jumaat malam maka ramai pemabuk-pemabuk Irish di jalanan agak merisaukan kami sisters sekereta tanpa brothers berdekatan) mencari rumah kakak di Dublin yang bakal kami tumpang utk malam itu. Hampir jam 2 pg kami selamat tiba...dan tidur lena berhimpit-himpit...indahnya ukhuwah. Keesokan paginya bertolak awal pagi dalam perjalanan pjg 5 jam ke Galway utk bersama sisters Eire lain menadah secangkir ilmu buat bekalan diri. Perjalanan panjang tidak terasa pabila masing2 mula membuka ceritera zaman dahulu kala...banyak yg boleh diambil pengajaran buat pedoman diri. Sesungguhnya saat2 sebeginilah yang ana rindui..yang kerap kali terbayang kembali di layar mata. Akhawat Perak kita bila lagi nk berjaulah sebegini? =)
Kerana itulah juga ana sgt menantikan saat ikhwah akhawat Perak mengadakan ziarah ke zon utara melawat ikhwah akhawat Penang dan Kedah. Tak sabar nk bertemu kembali dengan kakak2 Penang yg sgt baik hati dan kakak2 Kedah yg sgt peramah. Tidak terasa diri ini amat baru dan mentah saat bersama mereka di MIN tempoh hari. Jom kita eratkan lagi semangat kejiranan zon utara ye.. Juga sangat tak sabar utk ziarah IPT Khamis ini..mohon dengan amat agar tiada aral melintang di tgh jalan...agar tiada masalah yg melanda. Tak sabar nk bertemu ikhwah akhawat yang bakal mendominasikan fikrah islam di kampus masing2 ;)
Sambil itu jgn lupa teruskan ziarah bilik ke bilik melawat mad'u masing2...ingatan ini utk diri ana juga. Jangan rasa terbeban dengan tuntutan ini (jgn malas turun naik tangga)...apalah sangat dunia sementara yg ibarat tempat bermain ini nak dibandingkan dgn akhirat yang kekal abadi. Jom hayati hikmah kembara~ Moga sentiasa di bawah pandangan penuh rahmat dan kasih sayangNya..
Wassalamualaikum wrm wbt..
currently wanting: lots of ziarah sessions [^_^]
No comments:
Post a Comment