Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

"..."

"Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu."

[Risalah Khas Mursyidul Am IM - Dr Muhammad Badi']

"...we're nearing Ramadhan. it's been almost a year since that one night in Ramadhan..."

[some random email]


along:
8 minggu 2 hari

Tuesday, June 28, 2011

Sweet 21 :)

thank you DEAREST sisters ... for the celebration, for the gift, for the love, for the thoughts, for the wishes, for the du'a, for the ukhuwah...for everything. hope it'll still be like this during next year's celebration..really want it to be the same :)

this year is quite something..maybe because it's the last one...?

this year's present (hadiah paling ganas yg pernah dpt >.<)
guarding last year's present from my sweet buddy (lampu hijau yg best)
along with fyp guidelines -__-"
along: 79 to go

Sunday, July 25, 2010

Saya ada ramai kakak!

Salam penuh rasa kasih dan cinta buat semua,

Alhamdulillah sudah 7 minggu hidup merantau jauh dari ayah bonda di bumi Kedah Darul Aman ini. Haha, ayat gaya2 syahdu pula ye...macam lah selama ni duduk di UTP tu tak dikira merantau. Kadang-kadang tatkala sibuk di pejabat, atau ketika membasuh pinggan di rumah, atau saat mengemas rumah di pagi hari, atau bilamana terjaga waktu subuh...tak sangka yang kini anak sulung mama ayah ini sudah pandai hidup berdikari di rumah sewa jauh dari keluarga. Dah besar rupanya kan? -_-"

Alhamdulillah biarpun kadang-kala rasa rindu buat keluarga, buat kakak2 di UTP membuak-buak...Allah masih kurniakan saat-saat manis bersama mereka. Hujung minggu lepas antara saat dan detik yang mungkin sukar dilupakan. Kakak tersayang selamat diijabkabulkan dengan si dia yang tersayang. Tentulah kami geng SISMA tak ingin terlepas peluang melalui detik-detik manis itu bersama. 2 hari yang ana kira cukup mengembirakan ketemu kakak2 dan teman2 tersayang yang dirindui. Hari sabtu nikah, hari ahad kenduri..dan kami berkampung beramai-ramai di Ampang dengan kalut di pagi hari tak jauh beza dengan pagi raya sahaja lagaknya.

kak nola dikucup penuh kasih sayang oleh si suami

Diharapkan kasih sayang bersama kakak2 ini takkan pernah surut walaupun realitinya ana tahu, saat si kakak sudah bergelar isteri buat seorang lelaki...adakah masih ada waktu untuk kami bersama? Tentunya prioriti itu pada si suami. Entahlah, cuma mengharapkan kakak2 semua segera ke jinjang pelamin sementara ana masih belum bekerja dan dapat turut serta menempuh detik bahagia itu (kalau dah kerja, entahkan sempat entahkan tidak untuk ke kenduri yang jauh2 tu).

Bersyukur kerana dikurniakan kakak2 yang ramai.
Di mana lagi nak jumpa kakak yang sanggup sms awal pagi untuk pastikan adiknya selamat tiba?
Yang sanggup pagi-pagi hari lagi menjemput dari stesen lrt?
Yang tolong belikan tiket balik...sampai dua kali pulak tu?
Yang tolong suapkan nasi sebab adiknya ni malas nak ambil nasi sendiri?
Yang susah payah drive ke sana sini dalam masa 2 hari?
Yang pagi-pagi hari lagi jadi pakar jaga muka dan pakar fesyen tekun memberi nasihat?
Yang sanggup lengahkan waktu balik sebab nak teman tunggu keretapi sampai?
Yang sama-sama berdiri jaga pintu masuk dewan untuk tunjuk arah pada tetamu?
Yang bagi hadiah hari jadi banyak2 walaupun sudah lama berlalu?
Yang sanggup buat meeting di kenduri kahwin orang demi da'wah dan tarbiyyah?
Yang bila tengok muka pun dah boleh naik sebak?
Yang boleh buat ana nangis teresak-esak sambil baca doa rabithah seorang di sini?

Ya Allah...engkau mengetahui sesungguhnya hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu...maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Semoga mereka kekal di sisi ketika hari bahagia itu tiba...
bilakah saatnya?
dan kekal bersama ke 'sana' kelak.
Allahumma ameen.

along: entri ini ditulis dengan air mata bergenang-genang. entah mengapa air mata murah pula sejak semalam...baca novel nangis, tengok cerekarama nangis, bersama Dia pun menangis.

Monday, May 3, 2010

Tautkanlah ikatannya

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah semalam ke Teluk Intan menghadiri walimah Che Wan dan pasangannya, Kak Salma. Semoga Allah thabatkan mereka dan kita semua di atas jalan ini sentiasa. Menarik juga kisah tawakkal 'alaLlah yang diaplikasikan Che Wan dalam urusan memilih jodoh ini. Dan sesungguhnya, pilihan dan ketetapan Allah itulah yang terbaik =) Kami warga Ipoh dan K-UTP memang gembira sangat bila dengar Che Wan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bertolak dari UTP kira2 jam 1230 bersama Kak Nola, Kak May, Izzati dan Farhin dengan menaiki Dinar (Myvi Kak Nola). Tiba di Teluk Intan pada jam 1310 dan terus ke Giant membeli hadiah pengantin. Selesai makan (makan, sembang, makan lagi, ambil gambar, bagi hadiah) dan solat di masjid berdekatan, kami memulakan perjalanan pulang ke UTP pada jam 1530.

dari kiri: cik izzati, cik may, cik nola, cik farhin

cik penulis makan di meja bersama makcik2 dr Ipoh

may Allah grant both of you with sakeenah, mawaddah wa rahmah

Dalam perjalanan pulang, sawah padi yang menghijau di kiri kanan jalan menggamit kami untuk berhenti sejenak mentadabbur alam (baca: bergambar sakan). Berhati-hati anak dara berlima dengan baju kurung berwarna-warni (maklumlah, baru balik kenduri) berjalan di batas antara petak sawah supaya tak terjatuh ke dalam air. Ana biarkan gambar berbicara pula ya?

kakak berdua ni tengah tunggu bas kot =)

subhanallah..hijau (plus oren sket, biru sket)

lambai opah tengah angkat kain kt rumah nun jauh di hujung sana
(candid ni! ktorg posing utk gmbr lain..tibe2 snap time ni)


kakak dan adik yang adik tu nak ambil aura dari kakak ke?

selamat tinggal! kami balik dulu~

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (Ali-Imran 3: 190)

Setelah beberapa ketika (agak lama juga tu), kami yang dah mula rasa muka macam nak terbakar dan tekak yang dah mula haus segera bergerak menuju ke kereta. Kira-kira sepuluh minit perjalanan kami berhenti menikmati air kelapa di tepi jalan.

kt tempat beli air pun sempat bergambar lagi -_-"

Alhamdulillah selamat tiba di UTP jam 1640.
Penat? Dengan akhawat tersayang, penat pun puas :)
Semoga Allah tautkan hati-hati kami ini supaya kekal thabat di atas jalan ini.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

p/s: lepas ni kita buat lagi waktu kenduri 18.07.2010 tu ye!

along: sangat teruja dengan gambar2 best yang ditangkap. walaupun dengan ketiadaan Alfi (DSLR Kak Hannan), dapat la juga gambar2 lawa yang layak buat desktop background :D this is my current desktop background..love it!


Tuesday, March 30, 2010

Berpesta di Pesta Buku?

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah...Sabtu lepas merupakan hari yang agak mengembirakan di celah-celah kesuraman hari-hari dalam hidup pelajar tahun tiga kejuruteraan kimia. Being among things I cherished and around those I loved.

Perancangan dibuat sebelum PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa KL) bermula lagi...namun dek kerana kesibukan masing-masing dan jadual yang tidak menentu, akhirnya perancangan tinggal perancangan. Plan last minute juga akhirnya yang berjaya :D

Mulanya kurang pasti juga samada dapat 'mengorbankan' seharian berpesta di pesta buku. Namun memikirkan keinginan yang memuncak...terus mengatakan 'ya' kepada kakak yang mengajak. Alhamdulillah, tak rugi la..puas hati sangat! Berdasarkan pengalaman di PBAKL 2008, perancangan dibuat dengan lebih teliti. Senarai buku yang hendak dibeli serta booth yang hendak disinggah semasa PBAKL ditulis di atas kertas. Sempat lagi bertanya beberapa orang teman samada ada buku yang hendak dititip dari sana. I know how it felt not to be able to go...especially if you're a book-lover...so I took the initiatives to ask.

Perjalanan bermula jam 9.15 pagi dari UTP dengan menaiki Najah (kereta Satria milik Kak Filzah) bersama Kak May, Kak Syamil, Kak Filzah dan Kak Suraya dari UiTM. Sepanjang perjalanan puas bercerita itu ini dan melayan lagu-lagu yang berkumandang....tiba satu saat semua diam (tidur la tu..) tinggal Kak Filzah sahaja di kerusi pemandu. Ana yang mulanya hendak bertahan menemani cik pemandu dengan membaca novel Artemis Fowl: The Time Paradox turut sama tumpas.


Sempat main 'kejar2' dengan Satria Maroon (waktu ni memang semua tak tidur la..concentrate memberi galakan -- jgn tiru perangai buruk ni ye) sebelum tiba di PWTC kira-kira jam 12 tengahari. Terus naik ke atas dan dari jauh terlihat logo Karangkraf di pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn. Ya Allah..ramainya manusia dalam tu! Terus ke rak buku mencari Cinta Sufi - RAM. Malangnya tiada di rak. Pusing-pusing mencari jalan keluar hendak menuju ke rak buku lain ternampak akak pekerja Karangkraf membawa banyak novel Cinta Sufi di tangan. Terus capai dua buah buku. Cabaran seterusnya, bagaimana hendak bergerak ke kaunter pembayaran? Tak sistematik langsung...semua orang datang dari semua arah sampai tak boleh bergerak ke mana-mana. Kak May dan Kak Suraya awal-awal lagi sudah hilang ditelan manusia, Kak Filzah dan Kak Syamil masih berada di sisi. Pegang tangan kuat-kuat tak nak terpisah..haha. Terfikir...agaknya begini keadaan menunaikan ibadah haji kot. Segera mencari jalan keluar dan meminta kakak berdua tunggu di tepi sementara ana membuat pembayaran. Kesian Kak Filzah yang ada asma dikelilingi manusia yang ramai tu. Nak bayar tiga novel pun beratur punyalah lama! Makcik depan tu je borong segala macam jenis majalah Wanita, MIDI, Keluarga dan seangkatan dengannya sampai 20 buah.

Selesai pembayaran dan keluar masing-masing segera tekad "Ok, tak nak masuk dah dalam tu...menakutkan". Kami menuju ke Bilik Kedah memandangkan Kak Filzah mahu ketemu kawannya yang merupakan seorang penulis juga. Selesai sesi peluk, cium, update ringkas dan berjanji untuk ketemu semula sedikit masa lagi (Kak Ainunl tengah jadi MC event waktu tu) kami terus mengorak langkah ke Dewan Tun Razak 3 untuk ke booth Jemari Seni ketemu Kak Su, Kak Yah dan entah siapa lagi (Kak Filzah je yang kenal semua ni...hehe). Di situ ana capai Versus (4 buah!) dan Damai. Senang ada senarai ni...lagipun takde masa nak belek-belek lama2 pilih buku. Ambil buku macam beli roti kat kedai v5 je. Sempat minta Kak Su dan Kak Syud tandatangan Damai (novel 3 dalam 1 karya Noor Suraya, Syud dan Saidatul Saffaa).

Berjalan ke booth Al-Ameen dengan hajat untuk membeli beberapa karya FT (termasuk yang dititip teman). Namun memandangkan FT tiada di booth kami berhajat untuk ke situ semula beberapa jam lagi...demi untuk mendapatkan tandatangannya (hehe..bukan saya ye). Berhampiran dengan booth Jemari Seni kelihatan booth Pustaka Salam. Sempat singgah mencari buku yang diperlukan untuk usrah namun harga yang ditawarkan semacam tidak betul. Setahu kami (kami pernah jual buku-buku tu..) harga Kitab Tauhid tersebut RM26.50 sahaja...RM32.00 itu harga untuk buku hardcover.

Berhadapan booth Pustaka Salam, kelihatan offer menarik dari booth Jahabersa; 5 buku untuk RM10. Kisah serikandi islam, pahlawan islam dan kisah2 sahabat lain. Untuk 'membunuh' perasaan bersalah kerana buku untuk adik-adik tiada dalam senarai, ana capai 10 buah buku dari siri pahlawan islam. RM20 semuanya untuk buku berwarna-warni penuh cerita itu (ada 3 cerita untuk setiap buku...bayangkan dapat baca cerita 30 sahabat dengan RM20 sahaja!). Terfikir juga, menarik jika buku tersebut digunakan untuk pengisian usrah =) Sebenarnya berbelah bahagi samada nak beli buku siri pahlawan islam atau serikandi islam...namun akhirnya Kak Syamil bersetuju untuk membeli 10 buah buku dari siri serikandi islam. Lepas ni boleh kongsi2 ;)

kisah pahlawan islam..
tak sabar nak baca sebelum bawa balik rumah bagi adik


Ketemu Kak Hannan juga di sini. Seterusnya Kak Filzah mengajak kami berempat ke Bilik Perhentian untuk minum pagi (dah tengahari dah padahal..). Kak Ainunl ajak makan free katanya. Asal makan percuma kami setuju sahaja. Dalam perjalanan ke Bilik Perhentian terfikir juga kenapa tiada ramai orang sepanjang koridor ke situ, siap ada penghalang lagi di hujung koridor...rupa-rupanya, kami ni 'crash' join sesi minum pagi bersama penulis2 dan orang2 besar ITNM T_T. Malu juga mulanya mahu melangkah masuk ke bilik penuh dengan penulis-penulis hebat yang sedang berbincang perkara-perkara ilmiah sambil menghirup kopi dan mengunyah popia. Tiba-tiba empat orang gadis dengan beg plastik penuh di tangan serta beg di bahu sarat dengan buku datang menyibuk sama di salah satu meja bulat yang ada...hehe. Rasa macam tak patut berada di situ dan mahu keluar kembali pada mulanya...tapi sebab Kak Filzah memujuk dan Kak Ainunl beriya mengajak...kami stay.

Nak kata bersembang dengan penulis-penulis...tidak la juga (sebenarnya tak kenal pun siapa yang satu meja dengan kami tu). Jadi sementara Kak Filzah sibuk catch-up update semasa dengan Kak Ainunl...kami bertiga (ana, Kak Syamil dan Kak Hannan) buat hal sendiri membincangkan gosip2 terkini :D. Dengan perut yang kenyang kami mengucapkan terima kasih dan segera bergerak ke Ruang Legar Putra. Kak Filzah tak sabar mahu ke pelancaran buku FT di pentas utama. Sebelum jam tiga petang, kami sempat singgah ke booth Readnetwork (JIMedia) menjenguk andai ada ikhwah akhawat yang dikenali yang sedang menjaga booth. Tangan mencapai buku Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus (untuk diri sendiri sudah dibeli bulan 2 lalu, yang ini sebagai hadiah) dan bayaran terus dibuat. Destinasi seterusnya booth GISB selang beberapa booth dari situ. Dua buah novel Sinergi diambil beserta buku Secangkir Teh Pengubat Letih (tak pasti lagi nak buat apa buku ni...isi-isinya banyak yang sudah dibaca dari internet...buku yang dibeli sebab cover lawa dan saja nak buat koleksi untuk keluarga baca di rumah :D).

Bahu sudah bagai mahu patah membawa buku...tangan sudah mula terasa sakit memegang banyak plastik, maka kami segera mencari kerusi di hadapan pentas utama menanti pelancaran bermula jam 3. Sambil menanti sempat lagi menyusun buku-buku yang dibeli serta membuat senarai ringkas buku beserta duit yang telah dibelanjakan. Sekejap je duit habis tanpa sedar. Pengalaman yang agak menarik mendengar dan melihat (penting ni! Kak Filzah je faham :D) sendiri FT mendeklamasikan salah satu puisi dari kompilasi puisinya "Ingin Jadi Nasrallah".

Selesai sesi kami bergerak menuju ke bank...duit memang dah tinggal RM100 je lagi. Tak cukup untuk selamat tiba ke UTP memikirkan ada beberapa buah buku lagi yang harus dibeli. Malangnya ATM CIMB rosak =( Maknanya tak dapat la membeli mengikut nafsu lagi selepas itu. Kelihatan dari jauh beberapa orang peminat FT mendapatkan tandatangannya serta bergambar sakan. Kami? Malu. Jadi melihat dari jauh sahaja. Tambahan pula kami masih belum mendapatkan buku-bukunya untuk ditandatangani. Kami (sekarang ini kami tinggal dua sahaja = ana dan Kak Filzah, kerana yang lain sudah bergerak ke The Mall menjauhkan diri dari kesesakan di PBAKL) menuju ke Dewan 2 di bahagian luar. Sekadar melihat-lihat kerana tiada buku dalam senarai untuk didapatkan di sini. Berhenti di booth PTS, Al-Hidayah, Yamien dan Rijal Media. Di booth Rijal Media kelihatan buku "Pahlawan Islam Kontemporari" dengan nama penulis Atriza Umar. Eh..ni Kak Atriza ke? Terus capai buku tersebut walaupun tak pasti lagi nak bagi hadiah untuk siapa2 atau dibuat bacaan sendiri sahaja. Ramai juga penulis yang dikenali ye? Saya bergaul dengan orang2 terkenal atau memang menjadi penulis itu tidak sukar?

Banyak sangat buku-buku menarik yang tiada dalam senarai di Dewan 2. Terpaksa duduk lama membelek-belek buku untuk ambil keputusan samada mahu membelinya atau tidak. Rasa rugi tak beli buku berjudul "Sakinah" tentang bagaimana mencari ketenangan dalam hidup. Juga judul2 lain yang sangat menarik. Sebelum akhirnya ke The Mall mencari mereka yang 4 yang lain..singgah ke booth Al-Ameen sekali lagi. Nah..itu dia FT sibuk menandatangani buku para peminat. Segera mengambil novel terbarunya, Bahlut, yang dipesan orang serta Surat2 Perempuan Johor (sebelum ni baca di rumah orang tapi tak sempat habiskan...sejak tahun 2008 lagi). Dengan muka malu-malu minta FT signkan novel Bahlut untuk Anis. Kak Filzah sibuk membeli baju Manikam Kalbu dan Ingin Jadi Nasrallah buat abangnya. Agak lawa.

FT menandatangani buku peminat dengan memakai tshirt Ingin Jadi Nasrallah
(gambar dari blog FT)


Oh ya! Ana juga membeli buku Nadrah karya Isa Kamari di sini. Ini merupakan versi Inggeris bagi novel Atas Nama Cinta oleh penulis yang sama. Ianya mengisahkan kisah Natrah @ Maria Hertogh dan perebutan antara dua agama. Kisah lanjut? Google je...banyak rujukan yang ada. Teringin membaca sendiri kisah yang banyak diceritakan ramai. Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata oleh Fatini Yaacob juga ana kira merupakan buku yang baik untuk dibaca.

kedua-dua buku di atas merupakan penceritaan tentang orang yang sama
i choose to get the english version..hehe :D


Kami singgah buat kali terakhir ke booth JS untuk mengucapkan selamat tinggal. Sempat juga menyampaikan salam daripada Anis buat Kak Su. Seterusnya ke surau untuk solat Zohor+Asar. Sangat packed! Nak ambil wudhu' je terpaksa beratur hampir 10 minit. Nasib baik kasut buaya (baca: crocs) tak hilang di celah-celah kasut yang banyak di luar surau tu. Waktu hendak mengambil wudhu' terperasan seorang kakak yang sudah lama ana menjadi silent reader blognya (fotopages sebenarnya)..tapi tak berani nak tegur. Rasanya kakak tu mengandung anak kedua, sebab itu agaknya sudah lama menyepi. Selesai solat kami menuruni tangga untuk ke luar seterusnya ke The Mall mendapatkan yang lain. Jumpa siapa pula di tangga? Ustaz Hasrizal. Tapi tak tegur dan minta tandatangannya lah pulak..hehe. Kira-kira jam 5.30 petang kami selamat keluar meninggalkan PBAKL 2010...semoga dapat bersua lagi untuk tahun 2011.

Di The Mall, kami melepaskan penat sambil minum-minum dan kongsi tunjuk buku apa yang masing2 beli. Kami terus bergerak menaiki LRT ke KL Central untuk makan malam dan solat Maghrib+Isyak. Keretapi yang dijadualkan pada jam 9.10 malam rupanya ditunda ke jam 10.45 malam. Terpaksa bersabar sahajalah menunggu dalam gelap (KL Central mengambil bahagian dalam Earth Hour) dan cahaya samar-samar. 1 jam setengah yang tak terasa dengan sembang2 serta membaca novel2 yang baru dibeli. Belum naik keretapi lagi dah ada yang tanya bila nak sampai. Haih..sabar saje la. Akhirnya kira2 jam 2 pagi selamat tiba di Stesen KTM Batu Gajah (hampir terlepas sebab tak perasan selepas Stesen KTM Kampar terus KTM Batu Gajah..ingatkan Kota Baharu tu ada)...menanti kelibat Kak Nola dan Kak Yasmin bersama Dina (Myvi Gold Kak Nola) sebelum akhirnya kami selamat tiba jam 2.45 pagi di UTP.

Puas =) Itu sahaja perkataan yang terkeluar saat menyusun buku-buku yang dibeli di tepi katil.
Dapat keluar bersama yang disayangi
Dapat sembang-sembang panjang dengan yang lama tidak ketemu
Dapat beli baaaannyaak buku

ini hasil 'tangkapan' Sabtu lepas...
oh, bukan semua saya punya ye..ini termasuk yang dipesan orang
tengok sahajalah Sinergi (2), Denyut Cinta Medik (2), Versus (4)

haa..yang ini baru ana punya
takdelah banyak sangat...8 buah buku je

Bak kata Kak Hannan, "Setahun sekali je ni Along...spend RM500 terus pun takpe". Kalau ikutkan hati, memang begitulah. Tapi memikirkan nanti tak makan pula bulan April karang...tak termasuk lagi bagaimana nak angkut RM500-worth of books. Total expenditure was around RM160++ on books only without taking into account the cost to KL, train ticket to Batu Gajah and the food eaten.

Semoga dapat kembali ke PBAKL untuk tahun 2011 pula.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: gambar di bawah mungkin berkait rapat dengan entri akan datang. mungkin.


Sunday, January 3, 2010

Kembali ke sekolah esok~

Salam buat semua,

Sebenarnya ada tulis post lain yang hendak dipublishkan dalam masa terdekat ni tetapi memandangkan post tersebut masih dalam proses penulisan-panjang-lebar (a review on how 2009 went) ana tulis tentang ini dulu ya.

InsyaAllah esok ana akan kembali ke sekolah...sebagai seorang guru! :D Setelah diberi tawaran oleh Adib anak Muallimah Zaiton untuk membantu di Sekolah Rendah Al-Hidayah menggantikannya (katanya dah malas mengajar dah..), Muallimah Kerisisiah (mak Kak Dzilal, Guru Besar SRAH) telah menghubungi mama ana untuk meminta persetujuan secara rasmi. Jadi insyaALlah bermula esok selama seminggu dah boleh panggil Muallimah Rufaidah la ye :D

Ana sendiri tak pasti apa tugasan yang perlu ana lakukan dalam tempoh seminggu tersebut. Sekadar membantu sementara pihak sekolah mencari guru ganti yang lebih berkaliber mungkin. Memandangkan ana mungkin akan kembali ke UTP dalam tengah bulan Januari ini, makanya ana tidak mampu untuk memberi komitmen penuh...setakat tolong2 muallimah boleh la :)

Sebetulnya ana sungguh teruja untuk kembali ke Al-Hidayah, biarpun kini sebagai seorang guru ganti (haha...seminggu je pun). Al-Hidayah banyak meyimpan kenangan manis ana sepanjang tempoh di sekolah rendah. Ana teringat kata-kata seorang pakcik yang ana dengar baru pagi tadi;
"Sekolah Al-Hidayah ni dah lama dah dengan kita...sejak 1989 lagi...anak-anak kita generasi awal dahulu pun kini dah bekerja, dah berumah tangga, dah mempunyai anak sendiri pun."
Al-Hidayah akan memasuki tahunnya yang ke-21 pada tahun ini. A very big number if you asked me :) Kalau kita, 21 tahun tu sudah dikira melangkah ke alam kematangan. Mengimbau kembali zaman awal penubuhan Sekolah Rendah Al-Hidayah pada tahun 1989, telah banyak yang sekolah dan ahli lembaga pengarah lalui. Syabas diucapkan atas usaha membentuk bakal pemimpin ummah ini.

tapak pertama sekolah :D

Seperti kebanyakan sekolah MUSLEH lain, al-Hidayah mula mengorak langkah di rumah sewa biasa di banglo No 2, Jalan Madrasah, Rapat Setia, Ipoh. Tahun demi tahun sekolah berkembang ke tiga buah rumah sehingga akhirnya pada tahun 1998 sekolah berpindah ke tapak kekal di Lot 2084, Persiaran Sepakat 7, Taman Indah Jaya sehingga kini (ana berpindah ke SRAH dari Terengganu pada tahun 1999 jadi tak pernah merasa zaman2 bersekolah di rumah sewa tu).

Tak sabar mahu ketemu muallim dan muallimah di sekolah esok. Kembali ke sekolah atas sebab apa sekalipun sering buat ana rasa terharu, muallim dan muallimah masih ramai yang mengingati ana. Sampai adik-adik ana di al-Hidayah sehingga kini masih mendapat teguran dari muallim/ah "ni adik Rufaidah kan? Kakak dah kat mana sekarang?". Minta maaf ya muallim/ah sebab ana jarang kembali ke sekolah. Diharapkan peluang-peluang untuk ana kembali berbakti sebegini akan lebih kerap kunjung tiba :)

Ok lah...cikgu dah nak kena siap-siap gosok tudung, gosok baju untuk ke sekolah esok. Kena masuk tidur awal supaya tak mengantuk esok, hehe. InsyaALlah dalam masa seminggu ini boleh cari ana di sini ya:

bangunan pejabat Sekolah Rendah Al-Hidayah

Berkatilah guru-guruku ya Allah.
Wassalamu'alaikum wrm wbt.

along: adik2 la orang yang paling excited bila dengar along nak jadi muallimah. siap bagi nasihat itu ini pada alongnya.