Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Monday, May 31, 2010

Teruskan menembak doa!!

Salam,

Larian hati kencang sejak pagi tadi kira-kira jam 10.30 pagi waktu Malaysia bila mendapat tahu Kapal Mavi Marmara diserang pihak Zionis Israel. Tika itu disahkan dua orang terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera.

Kini..

Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara, Syeikh Raed Solah Syahid

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUANPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

news in english here: http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

Teruskan menembak doa buat mereka di sana. Bagi yang enak dibuai mimpi sebelum ini dan berpandangan endah tidak endah tentang konvoi ini...ini masanya untuk anda bangkit dan sedar! Hulurkan doa, sebarkan kepada yang lain....Allah, hanya kepadaMu kami berharap.

Terasa sangat useless di sini. Apa yang mampu kita buat? Keep everyone updated and alert. Berdoa..kerana doa itu senjata mukmin!

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: perjuangan kecil menghadapi paper terakhir yang tidak seberapa dibandingkan dengan mereka di sana. semoga mereka menang atau syahid.

keep updated through:
- twitter: http://twitter.com/sahabatalaqsha
- facebook: http://www.facebook.com/aqsa.syarif
- main website: http://www.lifeline4gaza.org
- IHH livestream: http://www.livestream.com/insaniyardim
- google news: here

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Sempat lagi tu nk update blog :D Hari ini hari guru. Terima kasih pada cikgu, muallim, muallimah, teachers, miss, sir, Dr, Prof...dan tentunya pendidik pertama ana, mama dan ayah. Tak dilupakan para murabbi ana sepanjang ana bertapak di atas jalan ini. Muallimah di Al-Hidayah, kakak2 di bumi UK terutamanya tanah al-Manchesteri ;) dan tentunya Kak Dzilal diikuti Kak Tah di sini.

Menunggu anak2 murid Muallimah Rufaidah wish Selamat Hari Guru ni~ :P
Anak usrah dah ucapkan Selamat Hari Murabbi/Naqibah.
Hari tu Mother's Day pun dapat wish dari anak usrah untuk "mak usrahnya" ni. Sweet eh? Benarlah menjadi seorang murabbi itu bukanlah mudah....dialah guru (pendidik), dialah ibu, dialah teman.

hasil JK Media K-UTP sesi Jan2010
thanks sbb sudi buat last minute


Tanpa para guru, para murabbi yang sudi mengajar, mendidik, membimbing...siapalah kita kan? Semoga mereka sentiasa di dalam redhaNya. Doakan segala ilmu yang mereka berikan bermanfaat sehingga ke akhir hayat. Semoga inilah yang menjadi saham mereka di sana kelak.

Sekadar coretan ringkas. Peperiksaan akhir bakal bermula Rabu ini (19 Mei 2010) diikuti 21 Mei, 24 Mei dan 2 Jun. Sama-sama kita usaha kemudian berserah padaNya ya. Let's strive for the best!

Wassalamu'alaikum wrm.

along: bila anak-anak usrah ada anak masing2 pulak...maknanya dah boleh jadi nenek ek?
along 2: sebenarnya nk cerita pasal Farewell Dinner CJ7: Internship Version yang diadakan 2 hari lepas...tapi mood tak kunjung tiba lagi. CJ7ians lain pun sibuk study, takde yg update cerita lg.

Thursday, May 13, 2010

Wida' Akhawat

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah Sabtu lepas, 8 Mei 2010, berjaya diadakan Wida' SISMA K-UTP. Seramai 9 orang akan ke latihan industri dan Kak Filzah akan tamat belajar. 10 orang akan tiada di UTP semester hadapan :'(

Tahniah buat Kak May and the team atas perlaksanaan wida' yang berbeza dari kebiasaan semester-semester sebelum ini. Minta maaf tak dapat nak kongsi dengan lebih lagi. Disertakan sajak nukilan Kak Najwa dari Geng CRA (crunchy red apples -- tanya mak usrahnya kenapa nama usrah epal).

kau, aku, kita
sama tapi tak serupa
kau manusia
aku juga manusia
tapi hati kita berbeza
rasa yang ada pun tak sama
fikiran semua tak mampu diduga

kadang kata tidak seia
kadang sakit hati dirasa
namun kita tetap bersama
mencari arah sinar yang nyata

kita bertemu mencipta cerita
atas nama ukhuwah yang dibina
namun kini perpisahan menghampiri kita

redha dengan apa sahaja ketentuan dari Nya
segala kenangan tak mungkin di lupa
tulus rasa hati ingin berbicara

biar kita terpisah ke hujung dunia
kita tetap memandang langit yang sama
andai kau rebah
lelah ingin melangkah
aku kan tetap ada sedia memapah

walau apa pun dugaan melanda
walau apa pun keperitan yang dirasa
aku ada kau
kau ada aku
dan kita ada Dia..

Semoga kami kekal berbicara bahasa yang sama apabila ketemu semula kelak.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: sedih pulak nk pegi intern ni...

Monday, May 3, 2010

Tautkanlah ikatannya

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah semalam ke Teluk Intan menghadiri walimah Che Wan dan pasangannya, Kak Salma. Semoga Allah thabatkan mereka dan kita semua di atas jalan ini sentiasa. Menarik juga kisah tawakkal 'alaLlah yang diaplikasikan Che Wan dalam urusan memilih jodoh ini. Dan sesungguhnya, pilihan dan ketetapan Allah itulah yang terbaik =) Kami warga Ipoh dan K-UTP memang gembira sangat bila dengar Che Wan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bertolak dari UTP kira2 jam 1230 bersama Kak Nola, Kak May, Izzati dan Farhin dengan menaiki Dinar (Myvi Kak Nola). Tiba di Teluk Intan pada jam 1310 dan terus ke Giant membeli hadiah pengantin. Selesai makan (makan, sembang, makan lagi, ambil gambar, bagi hadiah) dan solat di masjid berdekatan, kami memulakan perjalanan pulang ke UTP pada jam 1530.

dari kiri: cik izzati, cik may, cik nola, cik farhin

cik penulis makan di meja bersama makcik2 dr Ipoh

may Allah grant both of you with sakeenah, mawaddah wa rahmah

Dalam perjalanan pulang, sawah padi yang menghijau di kiri kanan jalan menggamit kami untuk berhenti sejenak mentadabbur alam (baca: bergambar sakan). Berhati-hati anak dara berlima dengan baju kurung berwarna-warni (maklumlah, baru balik kenduri) berjalan di batas antara petak sawah supaya tak terjatuh ke dalam air. Ana biarkan gambar berbicara pula ya?

kakak berdua ni tengah tunggu bas kot =)

subhanallah..hijau (plus oren sket, biru sket)

lambai opah tengah angkat kain kt rumah nun jauh di hujung sana
(candid ni! ktorg posing utk gmbr lain..tibe2 snap time ni)


kakak dan adik yang adik tu nak ambil aura dari kakak ke?

selamat tinggal! kami balik dulu~

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (Ali-Imran 3: 190)

Setelah beberapa ketika (agak lama juga tu), kami yang dah mula rasa muka macam nak terbakar dan tekak yang dah mula haus segera bergerak menuju ke kereta. Kira-kira sepuluh minit perjalanan kami berhenti menikmati air kelapa di tepi jalan.

kt tempat beli air pun sempat bergambar lagi -_-"

Alhamdulillah selamat tiba di UTP jam 1640.
Penat? Dengan akhawat tersayang, penat pun puas :)
Semoga Allah tautkan hati-hati kami ini supaya kekal thabat di atas jalan ini.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

p/s: lepas ni kita buat lagi waktu kenduri 18.07.2010 tu ye!

along: sangat teruja dengan gambar2 best yang ditangkap. walaupun dengan ketiadaan Alfi (DSLR Kak Hannan), dapat la juga gambar2 lawa yang layak buat desktop background :D this is my current desktop background..love it!