Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Monday, May 3, 2010

Tautkanlah ikatannya

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah semalam ke Teluk Intan menghadiri walimah Che Wan dan pasangannya, Kak Salma. Semoga Allah thabatkan mereka dan kita semua di atas jalan ini sentiasa. Menarik juga kisah tawakkal 'alaLlah yang diaplikasikan Che Wan dalam urusan memilih jodoh ini. Dan sesungguhnya, pilihan dan ketetapan Allah itulah yang terbaik =) Kami warga Ipoh dan K-UTP memang gembira sangat bila dengar Che Wan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bertolak dari UTP kira2 jam 1230 bersama Kak Nola, Kak May, Izzati dan Farhin dengan menaiki Dinar (Myvi Kak Nola). Tiba di Teluk Intan pada jam 1310 dan terus ke Giant membeli hadiah pengantin. Selesai makan (makan, sembang, makan lagi, ambil gambar, bagi hadiah) dan solat di masjid berdekatan, kami memulakan perjalanan pulang ke UTP pada jam 1530.

dari kiri: cik izzati, cik may, cik nola, cik farhin

cik penulis makan di meja bersama makcik2 dr Ipoh

may Allah grant both of you with sakeenah, mawaddah wa rahmah

Dalam perjalanan pulang, sawah padi yang menghijau di kiri kanan jalan menggamit kami untuk berhenti sejenak mentadabbur alam (baca: bergambar sakan). Berhati-hati anak dara berlima dengan baju kurung berwarna-warni (maklumlah, baru balik kenduri) berjalan di batas antara petak sawah supaya tak terjatuh ke dalam air. Ana biarkan gambar berbicara pula ya?

kakak berdua ni tengah tunggu bas kot =)

subhanallah..hijau (plus oren sket, biru sket)

lambai opah tengah angkat kain kt rumah nun jauh di hujung sana
(candid ni! ktorg posing utk gmbr lain..tibe2 snap time ni)


kakak dan adik yang adik tu nak ambil aura dari kakak ke?

selamat tinggal! kami balik dulu~

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (Ali-Imran 3: 190)

Setelah beberapa ketika (agak lama juga tu), kami yang dah mula rasa muka macam nak terbakar dan tekak yang dah mula haus segera bergerak menuju ke kereta. Kira-kira sepuluh minit perjalanan kami berhenti menikmati air kelapa di tepi jalan.

kt tempat beli air pun sempat bergambar lagi -_-"

Alhamdulillah selamat tiba di UTP jam 1640.
Penat? Dengan akhawat tersayang, penat pun puas :)
Semoga Allah tautkan hati-hati kami ini supaya kekal thabat di atas jalan ini.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

p/s: lepas ni kita buat lagi waktu kenduri 18.07.2010 tu ye!

along: sangat teruja dengan gambar2 best yang ditangkap. walaupun dengan ketiadaan Alfi (DSLR Kak Hannan), dapat la juga gambar2 lawa yang layak buat desktop background :D this is my current desktop background..love it!


12 comments:

[ acabond ] said...

dah lama tak mencekik nasik minyak haha papepun cantik semart kacak gila gambar

~izzati amri~ said...

yup~!

of course...

semoga aura tu cepatlah meresap =P

along rufaidah said...

acab: wah...menyinggah ke sini jgk acab. cepat pulak tu comment. bila org terer fotografi komen lawa, rasa berbangga la jgk :D

izzati: kena igt tujuan kawen utk apa. kahwin mmg senang..utk kekal berkahwin..a different story altogether. rasanya ramai org tak sabar nk kawen pk part best2 tu je.

k e r e p e k t e m p e said...

haha aku pembaca tegar dalam senyap, silent reader...
takdelah terer fotografi..suka2 saja n dah lama rasa nak amek gambar atas bendang view tu mmg cantik

Hazwan Arif said...

mcm dlm citer Nur Kasih..hehe

mrs camillo said...

cantek.. sgt cantek... :')

along rufaidah said...

kerepektempe/acab: silent reader ek? hehe. lepas ni boleh la buat trip ke bendang tu..dekat je dr utp. otw nk g kg gajah, teluk intan dan yg sama waktu dengannya. kiri kanan jalan je..tak yah masuk ke dlm pun.

hazwan: ktorg pun perasan mcm tu jgk waktu amek gmbr ni :D cerita nur kasih + aliff firdaus (yg lepas nur kasih tu).

mrs camillo/zai: thanksss (:

penaberkala said...

aih, tengok bendang tringat kat kampung,haha

rudygoeslow said...

hadoi..bila baca komen org tua2 ni serabut pale eden..along, u layan cite mlayu??? huhu~

Amin Baek said...

tp aku rasa gmbr pling cantik,yg ada bendang + rumah tu..

subhanallah..aku cilok gmbr tu eh..wt wallpaper gak..kang cilok ada gmbr2 korg ni,timbul fitnah plak..hahahha..kidding2..

along rufaidah said...

penaberkala/nuar: o0o...dekat rumah ada bendang jgk ek? kalau kg kt belah kelantan takde la ape2 sgt..sbb bandar. kalau belah johor, ada kelapa sawit and nenas...dan mcm2 lg keliling rumah atuk.

rudy/tika: org2 tua ke? haha. takde la matang sgt perbincangan kami ni. i layan nur kasih je...crite tu best kot. tiap2 hari sabtu bukak wireless tgk nur kasih kt website tv3...sanggup tu sbb takde tv. kalau cerekarama ke along layan jgk..sbb best. kalau filem2 melayu lain..erk..tak layan.

aminbaek: aah...mmg suke gambar yg tu jgk. nk cilok silekan. tak sure yg tu original size ke tak. gmbr lain takleh cilok. heh.

Anonymous said...

along....cantek bangat..jeles2x
kak noni =)