Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Friday, April 23, 2010

Melayari bahtera perkahwinan

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di celah-celah hidup yang asyik ditenggelamkan dengan urusan dunia. 2 minggu menyepi dan kembali dengan tajuk "hot" ini ye? :P Sebenarnya sekadar mahu berkongsi je hasil proses survey bersama kakak2 lain beberapa bulan lepas. Bukan untuk ana ye! Ada pulak yang ingat ana nak tunang dah (bila tengok gambar baju dalam last entry), siap nak merajuk sebab tak dijemput..hehe.

Melangkah ke gerbang perkahwinan itu sendiri bukanlah perkara yang mudah, apatah lagi melayari bahtera perkahwinan. Pengalaman melihat sendiri proses persiapan kadang-kala buat ana kecut perut memikirkan hari tersebut. Alhamdulillah my dear ukhti akan bergelar seorang isteri tidak lama lagi. Menyiapkan diri di celah-celah kesibukan sebagai seorang pelajar bukanlah perkara yang mudah. Hampir saban mingu pulang ke KL untuk membuat persiapan. Dari door gift-nya, tempahan caterer, mencari dewan yang sesuai, baju nikah, baju kenduri belah sini...baju kenduri belah sana dan yang paling penting sekali cincin :)

Usai satu program di Shah Alam bulan Februari lalu, kami langsung melencong ke PKNS Shah Alam. Sempat jalan-jalan keluar masuk kedai pakaian pengantin untuk survey harga serta design baju. Mahal! Haih...susah nak kawen rupanya. Boleh dikatakan lebih 5 kedai busana pengantin kami kunjungi. Mulanya mahu lihat cost untuk menyewa/membeli sepasang baju pengantin. Akhirnya, dapat idea untuk buat sendiri sahaja. Jubah-style...bahagian dalam jubah/dress labuh kain satin bewarna putih atau off-white atau cream. Luarnya baru beli kain kerawang2 sarat labuci mengikut warna tema maroon. Kita tunggu majlis kahwin nanti untuk tengok baju macam mana yang menjadi pilihan.

Cost untuk menyewa berbeza mengikut design. Ada yang dapat RM750 sepasang, ada yang RM1000 sepasang. Ada juga yang dapat dibeli dengan RM750, selendang included! Hehe. Yang pasti, saat itu tersedar...padan la beriya orang kumpul duit untuk majlis perkahwinan. Baju je dah nak dekat RM1000.

this one we like!
sepasang baju melayu + sampin dan baju kurung + selendang = RM750
not too heavy but yet elegant enough

Beberapa minggu kemudian di Ipoh pula. Keluar masuk kedai emas pula. Saja2 tengok2 cincin tanpa niat untuk membeli. Basic cincin emas boleh dapat dalam RM400, cukup la kalau nak buat syarat untuk kahwin. Kami sibuk membincangkan nilai emas putih dan platinum. Emas putih lebih mahal daripada emas biasa. Namun, ianya tidak boleh dijual...menjadikan emas putih sesuatu yang punyai nilai tersendiri. Priceless! Kalau platinum pula? Sediakan minimum RM1000 la ye :) ~ Oh ya, tambahan info lagi. Kami mendapati gadis-gadis zaman kini lebih menggemari design yang halus dengan permata satu. No need for something big and bulky.

susah2 sangat beli yang ni pun boleh
seringgit lebih je
dapat dua skali untuk si lelaki dan si perempuan
saiz jari lain2? dont'worry..adjustable :P


Kenapa ye tergerak hati mahu berbicara soal ini sedangkan diri sendiri belum lagi menginjak usia 20 tahun. Sekadar peringatan bagi mereka di luar sana yang asyik terbuai dengan anganan mahu kahwin segera...kahwin itu bukan perkara mudah. Perihal duit ini hanya satu aspek sahaja (yes...only one part of it. There's something more important). Diri sendiri juga harus disiapkan. Ilmu-ilmu rumahtangga, ilmu pendidikan anak-anak (tarbiyatul aulad), ilmu komunikasi berkesan...dan segala jenis ilmu lagi. Dalam mencari si dia yang soleh, kena pastikan diri sendiri menjadi solehah dahulu. Dalam mengimpikan anak-anak yang hafiz al-quran (contohnya), ummi ayahnya adakah seorang hafiz? Proses bagaimana kita mencari si dia sebagai pasangan hidup turut menyumbang kepada bagaimana kelak terbentuknya keluarga kita. Fuh, bukan senang ya~

Bagi yang berkata "Eh, aku nak kawen lambat lagi..takde kena-mengena dengan aku." Anda fikir bulan depan nak kahwin, hari ini sempat nak kumpul duit dan menyiapkan diri dengan segala ilmu? Malah rasanya tiada salahnya jika kita hendak mula mengulit buku-buku tarbiatul aulad dari sekarang. Jom, baiki diri supaya jadi lebih baik. Persiapkan diri untuk membina rumahtangga muslim (baca: baitul muslim) sebagai tangga untuk membina masyarakat Islam pula.

Sekadar pandangan...sudah tentu ada salah silapnya di mana-mana. Poin paling utama di sini: persediaan diri itu penting. Semoga kamu, kamu dan kamu dapat membina baitul muslim yang diimpi-impikan. Semoga lahir kelak anak-anak penyejuk mata yang terselamat dari segala gejala kurang sihat yang melanda ummah kini. Ameen~

Wassalamu'alaikum wrm wbt.

along: taip entri sambil dengar "Menjemput Bidadari - Epicentrum" =)

Bila yakin tlah tiba,
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff:
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menujuMu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

18 comments:

umairzulkefli said...

Igtkan ada couple baru tahun ni kt UTP..

beliamuda said...

umair kelihatannya sangat pantas kalau hal2 sebegini...

panjang juga yang Rufi tulis ni... ^_^

Hazwan said...

name pun umair..haha

erm,nice entry...=)

along rufaidah said...

umair: mmg ada...tapi orang lain la. next sem kalau nampak sorg kakak + sorg abang makan berdua kt cafe...mungkin la mereka tu.

beliamuda: panjang ek? standard je ni. tak sepanjang entry bookfair lah.

hazwan: yg penting pengajaran di sebaliknya. huhu. bajet pandai la pulak tulis entri2 mcm ni :|

umairzulkefli said...

abang?
rsenye batch kita ada nnt masa balik intern.

rumors are spreading very fast u know...

along rufaidah said...

umair: rumours apekah pulak? +_+
i'm talking about seniors ok. next sem kite semua takde pun..pegi intern. ni senior yg tgh intern skrg (lelaki). akak tu intern last sem (sbb course BIS). next sem derg final yr la.

Kay J said...

wah along?

tkpe blaja dr senior2 yg bakal =) lagi awl mendirikan masjid, lagi besar pahalanya kan?

beliamuda said...

Umair cakap pasal diri sendiri ke? ^_^

terry bogart said...

yg "cincin emas" tu macm menarik je.. aku tunggu rufy kawin..pastu aku nak suruh laki dia belikn "cincin emas" mcm tu..tengok nanti..dia senyum x, masa cameraman snap pic pengntin..he3

along rufaidah said...

kak kay: wah..lame tak jmpe akak. blog pun dh lama tak menyinggah. akak bila lg? jgn lupe jemput tau!

beliamuda: mungkin kot.

terry bogart: amboi..try la buat mcm tu. ada jgk yg beli cincin kawen sendiri nnt.

fye said...

stuju dengan entry ni.hehehe wlau apepon,sgt hepi untuk ukhti kita yg dah nk jadi isteriii tu,hehe seronok tgok dia sibuk kehulur kehilir buat preparation ;p

+rudygoeslow+ said...

along!!!

ha3!! tika bace post ni guling2..bila bace comment terry bogart uh lg laa..susah ek kawen?? setuju psl persediaan yg along ckp uh..igt sng ke nk didik ank..diri sendiri ni pun terhuyung-hayang ag..adeyh~

along, tika x rasa cm along twenty aw..cara dressing+cakap+gaya along cm akk2 umo 24-25 gitu..sng ckp cm mak org laa..pape pun tika doakan along dapat sum1 yg baik cm along..t ble dh nk knduri, inform awl ckit..leh la tlg2 buat hantaran etc..hehe ;p

love u long...

along rufaidah said...

kak fye: yep...sgt3 hepi utk ukhti yg seorang tu. tak sabar nk attend her happy day.

atikah: amboi pjg benor komen.
1. boleh pulak gelak bace entry along ni. btw, encik terry bogart tu mmg cmtu.

2.yep2...susah la nk didik anak. tgk je la dunia skrg ni. risau ape akan jd in the future karang.

3. bila tika ckp cmtu..along pun kdg2 baru terpiki "eh..aah kan..20 pun belum aku ni". maklumlah..kawan dgn org2 tua je sentiasa :P

4. cara dressing+cakap+gaya along cm akk2 umo 24-25 gitu << dressing pun ke? along dressing mcm mak org ke? haha. along rasa mcm biasa je.

5. ameen..ameen atas doanya. of course la kena inform awal. unless la time tu awak kt oversea jgk dh kan :D
along doakan yg terbaik jgk utk tika.

Anonymous said...

haha..
klu kt ovrc pun x slh inform awal..t buat hantaran kat sana then post ke mesia..huahuahua..

tu la sbb kwn dgn senior2 je..tu psl gaya pun ala2 senior gitu..pape pun nice je dressing along :) dun wory la..yg penting cun! ahahahaha..

Amin Baek said...

hahaha...nice gak cincin tu..aku awl2 tak clear mende apa tu..awt murah sgt..tgk 2 3 kali baru pasan..hahha..

otak pn da byk fikir da ni..tapi pkir kawen,psediaan fizikal,duit etc2,tp psediaan dalaman juga perlu seiring..(bukn batin maksd aku)..ruhiyah..takot2 ada yang tewas di alam rumahtangga..moga djauhkan..

smoga yang komen2 di sini,cepat bertemu jodohnya,moga berkembang baitul muslim dalam masyarakt,(tmasuk aku skali a..haha)

amin~

umairzulkefli said...

lambat pule reply...
mmg ada la batch kita..
tp kalo x silap la..
tunggu dn lihat..
yang penting bkn aminbaek
(^_^)

Amin Baek said...

umair.:aku cm leh agak je sapa..

lol..aku xleh ke??aish
haha

along rufaidah said...

atikah: mcm2 merepek~ :P kalau dah kt oversea, boleh la along minta hadiah kawen mahal2 :D

amin: tu benda nk ketatkan getah kt kepala paip tu..huhu. salah satu siku2 di jalan dakwah: perkahwinan. mungkin boleh lebih laju di atas jalan ini kerana ada si dia yg mendorong, yg menemani..boleh juga makin slow..kerana si dia yang tak faham dan masing2 lalai dgn keasyikan dunia.

cakap senang. doalah semoga baitul muslim yg kita2 ni bina tergolong dalam baitul muslim yang diredhaiNya, yg sama2 menuju redhaNya dan yang sama2 buat Dia redha akan hambaNya yang lain.

umair: anta ke?? wah3.