Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, March 30, 2010

Berpesta di Pesta Buku?

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah...Sabtu lepas merupakan hari yang agak mengembirakan di celah-celah kesuraman hari-hari dalam hidup pelajar tahun tiga kejuruteraan kimia. Being among things I cherished and around those I loved.

Perancangan dibuat sebelum PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa KL) bermula lagi...namun dek kerana kesibukan masing-masing dan jadual yang tidak menentu, akhirnya perancangan tinggal perancangan. Plan last minute juga akhirnya yang berjaya :D

Mulanya kurang pasti juga samada dapat 'mengorbankan' seharian berpesta di pesta buku. Namun memikirkan keinginan yang memuncak...terus mengatakan 'ya' kepada kakak yang mengajak. Alhamdulillah, tak rugi la..puas hati sangat! Berdasarkan pengalaman di PBAKL 2008, perancangan dibuat dengan lebih teliti. Senarai buku yang hendak dibeli serta booth yang hendak disinggah semasa PBAKL ditulis di atas kertas. Sempat lagi bertanya beberapa orang teman samada ada buku yang hendak dititip dari sana. I know how it felt not to be able to go...especially if you're a book-lover...so I took the initiatives to ask.

Perjalanan bermula jam 9.15 pagi dari UTP dengan menaiki Najah (kereta Satria milik Kak Filzah) bersama Kak May, Kak Syamil, Kak Filzah dan Kak Suraya dari UiTM. Sepanjang perjalanan puas bercerita itu ini dan melayan lagu-lagu yang berkumandang....tiba satu saat semua diam (tidur la tu..) tinggal Kak Filzah sahaja di kerusi pemandu. Ana yang mulanya hendak bertahan menemani cik pemandu dengan membaca novel Artemis Fowl: The Time Paradox turut sama tumpas.


Sempat main 'kejar2' dengan Satria Maroon (waktu ni memang semua tak tidur la..concentrate memberi galakan -- jgn tiru perangai buruk ni ye) sebelum tiba di PWTC kira-kira jam 12 tengahari. Terus naik ke atas dan dari jauh terlihat logo Karangkraf di pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn. Ya Allah..ramainya manusia dalam tu! Terus ke rak buku mencari Cinta Sufi - RAM. Malangnya tiada di rak. Pusing-pusing mencari jalan keluar hendak menuju ke rak buku lain ternampak akak pekerja Karangkraf membawa banyak novel Cinta Sufi di tangan. Terus capai dua buah buku. Cabaran seterusnya, bagaimana hendak bergerak ke kaunter pembayaran? Tak sistematik langsung...semua orang datang dari semua arah sampai tak boleh bergerak ke mana-mana. Kak May dan Kak Suraya awal-awal lagi sudah hilang ditelan manusia, Kak Filzah dan Kak Syamil masih berada di sisi. Pegang tangan kuat-kuat tak nak terpisah..haha. Terfikir...agaknya begini keadaan menunaikan ibadah haji kot. Segera mencari jalan keluar dan meminta kakak berdua tunggu di tepi sementara ana membuat pembayaran. Kesian Kak Filzah yang ada asma dikelilingi manusia yang ramai tu. Nak bayar tiga novel pun beratur punyalah lama! Makcik depan tu je borong segala macam jenis majalah Wanita, MIDI, Keluarga dan seangkatan dengannya sampai 20 buah.

Selesai pembayaran dan keluar masing-masing segera tekad "Ok, tak nak masuk dah dalam tu...menakutkan". Kami menuju ke Bilik Kedah memandangkan Kak Filzah mahu ketemu kawannya yang merupakan seorang penulis juga. Selesai sesi peluk, cium, update ringkas dan berjanji untuk ketemu semula sedikit masa lagi (Kak Ainunl tengah jadi MC event waktu tu) kami terus mengorak langkah ke Dewan Tun Razak 3 untuk ke booth Jemari Seni ketemu Kak Su, Kak Yah dan entah siapa lagi (Kak Filzah je yang kenal semua ni...hehe). Di situ ana capai Versus (4 buah!) dan Damai. Senang ada senarai ni...lagipun takde masa nak belek-belek lama2 pilih buku. Ambil buku macam beli roti kat kedai v5 je. Sempat minta Kak Su dan Kak Syud tandatangan Damai (novel 3 dalam 1 karya Noor Suraya, Syud dan Saidatul Saffaa).

Berjalan ke booth Al-Ameen dengan hajat untuk membeli beberapa karya FT (termasuk yang dititip teman). Namun memandangkan FT tiada di booth kami berhajat untuk ke situ semula beberapa jam lagi...demi untuk mendapatkan tandatangannya (hehe..bukan saya ye). Berhampiran dengan booth Jemari Seni kelihatan booth Pustaka Salam. Sempat singgah mencari buku yang diperlukan untuk usrah namun harga yang ditawarkan semacam tidak betul. Setahu kami (kami pernah jual buku-buku tu..) harga Kitab Tauhid tersebut RM26.50 sahaja...RM32.00 itu harga untuk buku hardcover.

Berhadapan booth Pustaka Salam, kelihatan offer menarik dari booth Jahabersa; 5 buku untuk RM10. Kisah serikandi islam, pahlawan islam dan kisah2 sahabat lain. Untuk 'membunuh' perasaan bersalah kerana buku untuk adik-adik tiada dalam senarai, ana capai 10 buah buku dari siri pahlawan islam. RM20 semuanya untuk buku berwarna-warni penuh cerita itu (ada 3 cerita untuk setiap buku...bayangkan dapat baca cerita 30 sahabat dengan RM20 sahaja!). Terfikir juga, menarik jika buku tersebut digunakan untuk pengisian usrah =) Sebenarnya berbelah bahagi samada nak beli buku siri pahlawan islam atau serikandi islam...namun akhirnya Kak Syamil bersetuju untuk membeli 10 buah buku dari siri serikandi islam. Lepas ni boleh kongsi2 ;)

kisah pahlawan islam..
tak sabar nak baca sebelum bawa balik rumah bagi adik


Ketemu Kak Hannan juga di sini. Seterusnya Kak Filzah mengajak kami berempat ke Bilik Perhentian untuk minum pagi (dah tengahari dah padahal..). Kak Ainunl ajak makan free katanya. Asal makan percuma kami setuju sahaja. Dalam perjalanan ke Bilik Perhentian terfikir juga kenapa tiada ramai orang sepanjang koridor ke situ, siap ada penghalang lagi di hujung koridor...rupa-rupanya, kami ni 'crash' join sesi minum pagi bersama penulis2 dan orang2 besar ITNM T_T. Malu juga mulanya mahu melangkah masuk ke bilik penuh dengan penulis-penulis hebat yang sedang berbincang perkara-perkara ilmiah sambil menghirup kopi dan mengunyah popia. Tiba-tiba empat orang gadis dengan beg plastik penuh di tangan serta beg di bahu sarat dengan buku datang menyibuk sama di salah satu meja bulat yang ada...hehe. Rasa macam tak patut berada di situ dan mahu keluar kembali pada mulanya...tapi sebab Kak Filzah memujuk dan Kak Ainunl beriya mengajak...kami stay.

Nak kata bersembang dengan penulis-penulis...tidak la juga (sebenarnya tak kenal pun siapa yang satu meja dengan kami tu). Jadi sementara Kak Filzah sibuk catch-up update semasa dengan Kak Ainunl...kami bertiga (ana, Kak Syamil dan Kak Hannan) buat hal sendiri membincangkan gosip2 terkini :D. Dengan perut yang kenyang kami mengucapkan terima kasih dan segera bergerak ke Ruang Legar Putra. Kak Filzah tak sabar mahu ke pelancaran buku FT di pentas utama. Sebelum jam tiga petang, kami sempat singgah ke booth Readnetwork (JIMedia) menjenguk andai ada ikhwah akhawat yang dikenali yang sedang menjaga booth. Tangan mencapai buku Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus (untuk diri sendiri sudah dibeli bulan 2 lalu, yang ini sebagai hadiah) dan bayaran terus dibuat. Destinasi seterusnya booth GISB selang beberapa booth dari situ. Dua buah novel Sinergi diambil beserta buku Secangkir Teh Pengubat Letih (tak pasti lagi nak buat apa buku ni...isi-isinya banyak yang sudah dibaca dari internet...buku yang dibeli sebab cover lawa dan saja nak buat koleksi untuk keluarga baca di rumah :D).

Bahu sudah bagai mahu patah membawa buku...tangan sudah mula terasa sakit memegang banyak plastik, maka kami segera mencari kerusi di hadapan pentas utama menanti pelancaran bermula jam 3. Sambil menanti sempat lagi menyusun buku-buku yang dibeli serta membuat senarai ringkas buku beserta duit yang telah dibelanjakan. Sekejap je duit habis tanpa sedar. Pengalaman yang agak menarik mendengar dan melihat (penting ni! Kak Filzah je faham :D) sendiri FT mendeklamasikan salah satu puisi dari kompilasi puisinya "Ingin Jadi Nasrallah".

Selesai sesi kami bergerak menuju ke bank...duit memang dah tinggal RM100 je lagi. Tak cukup untuk selamat tiba ke UTP memikirkan ada beberapa buah buku lagi yang harus dibeli. Malangnya ATM CIMB rosak =( Maknanya tak dapat la membeli mengikut nafsu lagi selepas itu. Kelihatan dari jauh beberapa orang peminat FT mendapatkan tandatangannya serta bergambar sakan. Kami? Malu. Jadi melihat dari jauh sahaja. Tambahan pula kami masih belum mendapatkan buku-bukunya untuk ditandatangani. Kami (sekarang ini kami tinggal dua sahaja = ana dan Kak Filzah, kerana yang lain sudah bergerak ke The Mall menjauhkan diri dari kesesakan di PBAKL) menuju ke Dewan 2 di bahagian luar. Sekadar melihat-lihat kerana tiada buku dalam senarai untuk didapatkan di sini. Berhenti di booth PTS, Al-Hidayah, Yamien dan Rijal Media. Di booth Rijal Media kelihatan buku "Pahlawan Islam Kontemporari" dengan nama penulis Atriza Umar. Eh..ni Kak Atriza ke? Terus capai buku tersebut walaupun tak pasti lagi nak bagi hadiah untuk siapa2 atau dibuat bacaan sendiri sahaja. Ramai juga penulis yang dikenali ye? Saya bergaul dengan orang2 terkenal atau memang menjadi penulis itu tidak sukar?

Banyak sangat buku-buku menarik yang tiada dalam senarai di Dewan 2. Terpaksa duduk lama membelek-belek buku untuk ambil keputusan samada mahu membelinya atau tidak. Rasa rugi tak beli buku berjudul "Sakinah" tentang bagaimana mencari ketenangan dalam hidup. Juga judul2 lain yang sangat menarik. Sebelum akhirnya ke The Mall mencari mereka yang 4 yang lain..singgah ke booth Al-Ameen sekali lagi. Nah..itu dia FT sibuk menandatangani buku para peminat. Segera mengambil novel terbarunya, Bahlut, yang dipesan orang serta Surat2 Perempuan Johor (sebelum ni baca di rumah orang tapi tak sempat habiskan...sejak tahun 2008 lagi). Dengan muka malu-malu minta FT signkan novel Bahlut untuk Anis. Kak Filzah sibuk membeli baju Manikam Kalbu dan Ingin Jadi Nasrallah buat abangnya. Agak lawa.

FT menandatangani buku peminat dengan memakai tshirt Ingin Jadi Nasrallah
(gambar dari blog FT)


Oh ya! Ana juga membeli buku Nadrah karya Isa Kamari di sini. Ini merupakan versi Inggeris bagi novel Atas Nama Cinta oleh penulis yang sama. Ianya mengisahkan kisah Natrah @ Maria Hertogh dan perebutan antara dua agama. Kisah lanjut? Google je...banyak rujukan yang ada. Teringin membaca sendiri kisah yang banyak diceritakan ramai. Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata oleh Fatini Yaacob juga ana kira merupakan buku yang baik untuk dibaca.

kedua-dua buku di atas merupakan penceritaan tentang orang yang sama
i choose to get the english version..hehe :D


Kami singgah buat kali terakhir ke booth JS untuk mengucapkan selamat tinggal. Sempat juga menyampaikan salam daripada Anis buat Kak Su. Seterusnya ke surau untuk solat Zohor+Asar. Sangat packed! Nak ambil wudhu' je terpaksa beratur hampir 10 minit. Nasib baik kasut buaya (baca: crocs) tak hilang di celah-celah kasut yang banyak di luar surau tu. Waktu hendak mengambil wudhu' terperasan seorang kakak yang sudah lama ana menjadi silent reader blognya (fotopages sebenarnya)..tapi tak berani nak tegur. Rasanya kakak tu mengandung anak kedua, sebab itu agaknya sudah lama menyepi. Selesai solat kami menuruni tangga untuk ke luar seterusnya ke The Mall mendapatkan yang lain. Jumpa siapa pula di tangga? Ustaz Hasrizal. Tapi tak tegur dan minta tandatangannya lah pulak..hehe. Kira-kira jam 5.30 petang kami selamat keluar meninggalkan PBAKL 2010...semoga dapat bersua lagi untuk tahun 2011.

Di The Mall, kami melepaskan penat sambil minum-minum dan kongsi tunjuk buku apa yang masing2 beli. Kami terus bergerak menaiki LRT ke KL Central untuk makan malam dan solat Maghrib+Isyak. Keretapi yang dijadualkan pada jam 9.10 malam rupanya ditunda ke jam 10.45 malam. Terpaksa bersabar sahajalah menunggu dalam gelap (KL Central mengambil bahagian dalam Earth Hour) dan cahaya samar-samar. 1 jam setengah yang tak terasa dengan sembang2 serta membaca novel2 yang baru dibeli. Belum naik keretapi lagi dah ada yang tanya bila nak sampai. Haih..sabar saje la. Akhirnya kira2 jam 2 pagi selamat tiba di Stesen KTM Batu Gajah (hampir terlepas sebab tak perasan selepas Stesen KTM Kampar terus KTM Batu Gajah..ingatkan Kota Baharu tu ada)...menanti kelibat Kak Nola dan Kak Yasmin bersama Dina (Myvi Gold Kak Nola) sebelum akhirnya kami selamat tiba jam 2.45 pagi di UTP.

Puas =) Itu sahaja perkataan yang terkeluar saat menyusun buku-buku yang dibeli di tepi katil.
Dapat keluar bersama yang disayangi
Dapat sembang-sembang panjang dengan yang lama tidak ketemu
Dapat beli baaaannyaak buku

ini hasil 'tangkapan' Sabtu lepas...
oh, bukan semua saya punya ye..ini termasuk yang dipesan orang
tengok sahajalah Sinergi (2), Denyut Cinta Medik (2), Versus (4)

haa..yang ini baru ana punya
takdelah banyak sangat...8 buah buku je

Bak kata Kak Hannan, "Setahun sekali je ni Along...spend RM500 terus pun takpe". Kalau ikutkan hati, memang begitulah. Tapi memikirkan nanti tak makan pula bulan April karang...tak termasuk lagi bagaimana nak angkut RM500-worth of books. Total expenditure was around RM160++ on books only without taking into account the cost to KL, train ticket to Batu Gajah and the food eaten.

Semoga dapat kembali ke PBAKL untuk tahun 2011 pula.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: gambar di bawah mungkin berkait rapat dengan entri akan datang. mungkin.


10 comments:

beliamuda said...

panjang sekali entri kali ni.

tq sebab dapatkan novel Cinta Sufi tu. :)

dan tertarik dengan gambar last... :P

Amin Baek said...

gle banyak!!!

pling ganas aku pernah wt pun 3 4 bijik buku..haha

penaberkala said...

pembeli buku ke pemborong buku cik rufy,haha

~izzati amri~ said...

ok, excited tunggu next entry~


doakan i jugak berkesempatan untuk "memperkaitkan" diri dengan entry itu biarpun i most probably sudah di seberang laut ketika itu=)

MamaHanan said...

wahh..baanyaknya beli buku..
really miss klibf, hampir tiap tahun pergi tapi takde rezeki nak pergi kali ni..kalau pergi tak tahu lah berapa banyak rm habis :) akak pun pantang tengok buku-fikrah, recipes, parenting, children books etc

along rufaidah said...

beliamuda: sama2. gambar last? haha..saje buat suspense.

amin baek: takde la byk sgt sebenarnya...sbb pk2 balik tu jumlah yang biasa je. lgpun ada beli dgn niat nk hadiahkn kt org etc

penaberkala: kalau time bookfair tak jd pemborong buku rugi la kan? :D

izzati amri: book tiket awal2 utk turun semenanjung..hehe. (padahal baru je sebulan lebih start internship waktu tu)

MamaHanan: hehe..puas hati kak faiz. along pun seronok pegi KLIBF ni wpun baru 2nd time. next time kena ajak family (altho along rasa mama ayah mesti serabut sbb ramai sgt..adik2 nnt hbs kerjakan alongnya suruh belanja :P)

ainunl.muaiyanah said...

oh oh.. laporan sangat panjang ni. lain kali if ada event yang melibatkan FT, saya jemput filzah dan kawan-kawan datang termasuk awak ya.

Tak apa, mula-mula berteguran dengan penulis-penulis besar bersama saya. lepas itu boleh tegur sendiri-sendiri. saya dulu pun begitu juga..


selamat membaca :)

p/s : benda paling best di pesta buku, beli buku dengan diskaun yangbanyak dan ada tandatangan penulisnya :)

filz said...

yana, Kau sesat kat sini apa cer? haha..

terry bogart said...

yang novel "atas nama cinta" by isa kamari tu..ada kat irc..masa midsem lpas dah baca kat rumah.. crta pasal natrah..tapi gaya penulisan xmenrik.. tapi kalau utk input, ok je

along rufaidah said...

kak ainunl: yeah...sila la jemput. best jugak kenal penulis2 ni. kebykn yg sedia kenal skrg pun sbb mula2 start dgn baca e-novel je dulu. maklumlah, zaman2 di UK dulu.

and yep...bab diskaun tu mmg plg best la :D sampai skrg terasa kesannya berbelanja sakan time bookfair tu. hehe

kak filzah: takpe la..blog i kan femes :P

terry bogart: oo...gaya bahasa tak menarik ek? nasib baik beli in english. tak baca pun lg..nnt la buat bahan bacaan intern.