Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Thursday, September 2, 2010

Alhamdulillah =)

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua, Salam 1 Malaysia (errr? hehe..)

Alhamdulillah..masih mampu bernafas dan dapat melalui Ramadhan lagi untuk tahun ini. Kini berada di 10 malam terakhir (cepatnya masa berlalu....)...jom sama-sama kejar ganjaran berlipat kali ganda di bulan penuh kemuliaan ini.

Semalam antara hari yang agak mengembirakan sepanjang tempoh berpraktikal di bumi Kedah yang aman permai ni. Ada majlis Sambutan Merdeka @ PFK dengan tema "1 PFK 1 Malaysia Menjana Transformasi". Seminggu sebelum itu HSE Department sudah bertungkus-lumus menyiapkan Merdeka Corner, salah satu acara yang dipertandingkan antara jabatan2 di PFK. Tak terungkap rasa seronoknya bersama-sama potong gambar, lekat atas polystyrene, gantung itu dan ini, buat meriam buluh (oh..ini kerja pakcik2), pakaikan baju pada patung, letak atas basikal dll. Ada kemeriahan raya yang terselit bersama kemesraan sebuah keluarga :P. Alhamdulillah, walaupun boss mahu kami mengekalkan prestasi johan acara menghias pick-up tahun sebelumnya, kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Dapat voucher makan2 pizza bernilai RM200...ok la kan? :D -- makan lagi -_-" asyik makan je sejak masuk HSE ni

Ana, Kak Min (Trainee HRM) dan Atiqah (Trainee Finance) turut serta mendaftarkan diri untuk acara Merdeka Quiz. Kak Bad (Trainee Ammonia) dan Azizi (Trainee Utility) turut berentap bersama kami semalam dalam acara tersebut. Hasilnya? Kami sama2 dapat hadiah saguhati: hamper yang agak besar juga :D So tak payah gaduh la kan? Antara 12 soalan yang ditanya, kami salah jawab untuk 3 soalan: panjang jambatan Pulau Pinang, perdana menteri yang mengasaskan DEB dan prinsip Islam Hadhari. InsyaAllah lepas ni ingat sampai bila2 la.

Syazwan (Trainee Utility) turut membawa pulang voucher bernilai RM300 (ke RM400 ek?) hasil mendapat tempat pertama pertandingan Merdeka Montage. Sila refer blog beliau untuk montage tersebut, macam biasa la kan hasil tangan budak medtech. Untung kan? Pengajarannya: lain kali jangan lupa join acara2 atau event2 di tempat kerja anda :D Banyak boleh dapat.

Apa lagi ye yang gembira? Alhamdulillah, nasib agak baik semalam. Acara cabutan bertuah turut memeriahkan suasana. Pusingan pertama: Kak Nurul (Exec Utility) duduk selang 2 tempat dari ana dapat mangkut tingkat. Pusingan kedua: Kak Intan (Exec Ammonia..rasanya la) yang duduk di sebelah Kak Nurul pula dapat hadiah besar (ingat2 lupa apa hadiahnya). Pusingan ketiga: Kak Milah (Nurse HSE) yang duduk di hujung row kami dapat speaker warna hitam + hot pink..cun! Tak lama kemudian dengar nama sendiri dipanggil. Hadiah kecil, tapi berat. Segera kembali ke tempat duduk...buka pembalut dengan hati2. Tengok kat kotak..cuba teka dapat apa? Hand-mixer!!! Boleh buat kek dengan seronoknya lepas ni. Macam tahu-tahu je hobi ana :D Kakak2 HSE dah seronok sebab katanya "Yeay~ lepas ni Rufai boleh rajin2 buat kek lagi". Tak lama selepas itu Kak Bad (Trainee Ammonia) yang duduk sebelah ana di dewan tersebut dan juga housemate ana pula dipanggil. Dapat hot water dispenser 3.6L...cool or what?! Best sangat. Kesimpulannya: adakah row tempat duduk kami memang bertuah semalam? ^_~

Perasaan bahagia yang memang melimpah-ruah semalam. Ada lagi ke hadiah best yang dapat semalam? Ada (kalau benda tu boleh dikira hadiah). Apa dia? Ada la....

All in all, alhamdulillah for all the gifts I've received. Some are big, some are small, some are meaningful, some are impactful (does this word exist?). Only to Him I return all praises, for He is Ar-Rizq.

Jangan lupa bersyukur ye!

Moga ketemu lagi.

Wassalamu'alaikum wrm wbt.

along: jom buat sesi one-on-one with Him.

Monday, August 9, 2010

Random

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Just some random bits and pieces for the moment.

Spent last weekend in UTP with the beloved big family...can I go there every single weekend? It's not the place...it's the people. If only I can put UTP (and the people I love there) right next to PFK (with the nice working environment...and stress-free life -- so far) I would be pretty much satisfied :D

But...I still need to face up to reality. Snap out of it Rufaidah! Cannot stay in the comfort zone forever right.

As Kak Teh puts it...
"Jadilah seperti biji benih yang baik, campak di mana pun akan tumbuh subur. Dan biji benih yang baik tidak akan memilih tanah.

....................

Kita tak akan selalu bersama, dan bila keadaan itu tiba, yang memegang hati kita adalah Allah. Dan padaNya jualah kita harus percaya. Kita doa selalu agar dikuatkan iman diteguhkan hati di atas jalan ini.

...................

Minta maaf sebab tidak berada di samping Along saat Along memerlukan motivasi, semangat dan pendorong. I am not a good sister. I am so sorry for that. Tapi kita sama-sama diuji Tuhan,kan. Adakah kita mengaku kita orang beriman tetapi tidak pernah pula kita diuji?


I am sending to you a guardian angel to look after you thru my prayers and my du'a. And every breath that I took, I will always remember you and pray for you. Doakan senjata terkuat umat Islam. Dan doa Kak Teh di sini lebih hebat dari wireless streamyx atau broadband celcom sebab boleh sampai terus kepada Along di sana. Unlimited bandwidth. Tanpa ada distortion atau noise langsung! ^_^

Dan kita akan sentiasa doa mendoakan. Supaya Allah tautkan hati-hati kita dengan ikatanNya. Sampai ke syurga, insyaAllah."

Now tell me...how could you just not LOVE them. I'm blessed really. Thank you Allah. Now I appreciate the meaning of uhibbuki fillah/Allah temune saranghae/saya cinta kamu kerana Allah.

in front of Sis Filzah's house: pagi kenduri

Pray for me always...I'll always do so too in my prayers.
I know we will not be together forever. For after this, each one of us will move on with their own paths. But, I hope the time that we have left together...will be etched deep in our hearts in the sweet memories folder.

May we meet again.
Your sister,
Along

along: tangga kedua? :|

Sunday, July 25, 2010

Saya ada ramai kakak!

Salam penuh rasa kasih dan cinta buat semua,

Alhamdulillah sudah 7 minggu hidup merantau jauh dari ayah bonda di bumi Kedah Darul Aman ini. Haha, ayat gaya2 syahdu pula ye...macam lah selama ni duduk di UTP tu tak dikira merantau. Kadang-kadang tatkala sibuk di pejabat, atau ketika membasuh pinggan di rumah, atau saat mengemas rumah di pagi hari, atau bilamana terjaga waktu subuh...tak sangka yang kini anak sulung mama ayah ini sudah pandai hidup berdikari di rumah sewa jauh dari keluarga. Dah besar rupanya kan? -_-"

Alhamdulillah biarpun kadang-kala rasa rindu buat keluarga, buat kakak2 di UTP membuak-buak...Allah masih kurniakan saat-saat manis bersama mereka. Hujung minggu lepas antara saat dan detik yang mungkin sukar dilupakan. Kakak tersayang selamat diijabkabulkan dengan si dia yang tersayang. Tentulah kami geng SISMA tak ingin terlepas peluang melalui detik-detik manis itu bersama. 2 hari yang ana kira cukup mengembirakan ketemu kakak2 dan teman2 tersayang yang dirindui. Hari sabtu nikah, hari ahad kenduri..dan kami berkampung beramai-ramai di Ampang dengan kalut di pagi hari tak jauh beza dengan pagi raya sahaja lagaknya.

kak nola dikucup penuh kasih sayang oleh si suami

Diharapkan kasih sayang bersama kakak2 ini takkan pernah surut walaupun realitinya ana tahu, saat si kakak sudah bergelar isteri buat seorang lelaki...adakah masih ada waktu untuk kami bersama? Tentunya prioriti itu pada si suami. Entahlah, cuma mengharapkan kakak2 semua segera ke jinjang pelamin sementara ana masih belum bekerja dan dapat turut serta menempuh detik bahagia itu (kalau dah kerja, entahkan sempat entahkan tidak untuk ke kenduri yang jauh2 tu).

Bersyukur kerana dikurniakan kakak2 yang ramai.
Di mana lagi nak jumpa kakak yang sanggup sms awal pagi untuk pastikan adiknya selamat tiba?
Yang sanggup pagi-pagi hari lagi menjemput dari stesen lrt?
Yang tolong belikan tiket balik...sampai dua kali pulak tu?
Yang tolong suapkan nasi sebab adiknya ni malas nak ambil nasi sendiri?
Yang susah payah drive ke sana sini dalam masa 2 hari?
Yang pagi-pagi hari lagi jadi pakar jaga muka dan pakar fesyen tekun memberi nasihat?
Yang sanggup lengahkan waktu balik sebab nak teman tunggu keretapi sampai?
Yang sama-sama berdiri jaga pintu masuk dewan untuk tunjuk arah pada tetamu?
Yang bagi hadiah hari jadi banyak2 walaupun sudah lama berlalu?
Yang sanggup buat meeting di kenduri kahwin orang demi da'wah dan tarbiyyah?
Yang bila tengok muka pun dah boleh naik sebak?
Yang boleh buat ana nangis teresak-esak sambil baca doa rabithah seorang di sini?

Ya Allah...engkau mengetahui sesungguhnya hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu...maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Semoga mereka kekal di sisi ketika hari bahagia itu tiba...
bilakah saatnya?
dan kekal bersama ke 'sana' kelak.
Allahumma ameen.

along: entri ini ditulis dengan air mata bergenang-genang. entah mengapa air mata murah pula sejak semalam...baca novel nangis, tengok cerekarama nangis, bersama Dia pun menangis.

Sunday, June 13, 2010

Seminggu hidup bekerjaya =)

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Genap seminggu berada di bumi Kedah Darul Aman. Tiba di kampung tok Liza di Bukit Pinang ini Ahad lalu kira-kira jam 3 petang. Menumpang sementara di sini sebelum berpindah masuk ke rumah sewa di Taman Ria Mesra di Gurun minggu hadapan.

Seminggu bekerja...tak sangka berjaya melalui saat-saat cemas, cuak, berdebar, sedih, takut, gembira, teruja itu. Setiap hari melalui perjalanan hampir 40 minit melalui highway (RM 5.80 x 2 perjalanan, huhu) dari Bukit Pinang ke PFK di Gurun. Siap singgah breakfast di RnR Gurun ye...jauh tak jauh rumah dengan tempat kerja. Sedikit catatan hari 1 hingga hari 5 sepanjang seminggu di PFK.

Hari 1: Berdebar tak sudah

Malam sebelumnya tidur seawal jam 10 malam usai menggosok pakaian formal untuk hari pertama. Bangun jam 5.30 pagi bersiap mandi dan solat subuh. Kira-kira jam 6.40 pagi kami keluar dari rumah meredah hujan renyai-renyai dan sempat singgah membeli sarapan di RnR Gurun pada jam 7.10 pagi. Tiba di PFK lebih kurang jam 7.20 pagi dan duduk di kereta menunggu lelaki-lelaki daripada Sungai Petani untuk bersama-sama masuk ke Admin Building untuk report duty.

Disambut mesra oleh kakak2 HR dan dihidangkan dengan sarapan pagi :) Melalui beberapa sesi taklimat pagi itu..taklimat keselamatan, taklimat tentang PFK, taklimat HR. Sebelum makan tengahari kami menuju ke PPE store untuk mengambil basic PPE (personal protective equipment): coverall, safety helmet, safety shoes (saiz 4 pun longgar2 lagi!), safety glasses (yang agak smart compared to goggle kat lab), half-face mask, earplug dan pouch bag. Rasa macam baru balik shopping, penuh barang di tangan. Oh, pagi itu juga kami dikenalkan dengan dua orang lagi trainees yang baru memulakan sesi training mereka minggu sebelum kami, Kak Min UUM di HR dan Kak Ku Tiqah Uni of Notts Malaysia di Finance. Event pertama kami? Organise a farewell celebration for our seniors who are finishing their internship in July. Nice!

Waktu makan tengahari di kantin PFK (yang lawa!) ketemu Kak Che Nurul Hafizah. Pada mulanya masing-masing terkesima tidak terkata apa. Siapa kakak ni? Kak Nurul ni anak angkat mama ayah waktu dia belajar di Manchester dulu. Tak sangka akak ni kerja di PFK jugak! Alhamdulillah...perancangan Allah memang yang terbaik! Kak Nurul belanja makan tengahari pertama di bumi PFK tu. Selesai makan menuju ke surau. Sejuk hati mendengar tazkirah yang sangat menarik di waktu tengahari itu.

Petang tersebut kami dikenalkan dengan beberapa orang SV yang ada serta diagihkan kepada beberapa department:
Zaki - Process
Syazwan - Operation (Urea)
Azizi - Operation (Utility)
Fahmi - Operation (Utility)
Baharuddin - Operation (Ammonia)
Haliza - Engineering (Electrical)
Rufaidah - HSE (Environment) :) :)

Taklimat tentang latihan industri tamat awal dan kami dipanggil meeting oleh Kak Min untuk membincangkan pembahagian tugas untuk event pertama kami itu....dan ada minum petang lagi usai mesyuarat (makan je kt PFK ni).

Hari 2: Macam mana awak goreng ikan masin?

Hari ini hari pertama mengenakan coverall. Kalau Zai jadi Po si Teletubbies merah, maka kami jadi Lala si Teletubbies kuning =] Melepak hampir sejam menunggu sesi Safety Briefing. Nasib baik ada sarapan pagi disediakan lagi. Taklimat tamat kira-kira jam 11.30 pagi dan kami duduk-duduk membuang masa menunggu jam 1 petang untuk makan tengahari! Seterusnya ke surau yang mendamaikan jiwa itu lagi. Ada tazkirah lain pula hari ini. Selesai solat, saya buat ini:

inilah coverall kami. kuning utk staff, hijau tua utk contractor, merah utk ERT
(abaikan poket yang nampak besar...suka poket banyak boleh letak segala benda)
cermin besar satu dinding yang sgt best di surau atas bench tu beg2 kami beserta safety helmet yang kami carry ke sana sini
kat mana2 pun ada doa: atas cermin tu ada doa melihat cermin, kt kantin ada doa sebelum/selepas makan, depan toilet doa masuk tandas.. alhamdulillah

Petang selesai solat kami ke Bilik Jejawi di Training Building untuk belajar tentang Ammonia Plant bersama Pak Tamren (orang indonesia - SV kepada Baha ni). Pak Tamren sangat best and sporting. Seronok belajar tentang reactants, products, processes and operations..kalaulah la belajar semua ni sebelum ambil PPD, confirm boleh buat Project Urea Plant Revamp tu! Waktu menerangkan tentang lean dan semi-lean carbon, Pak Tamren bertanya "Macam mana awak masak ikan masin?" Erk~! "Rendam dalam air dulu...?". Pak Tamren jawab "Salah tu..haa...tak pernah masak ni!" . Haha, tak pasal-pasal kena balik. Sepatutnya kena rendam dengan air yang diletak sedikit garam dahulu...ala-ala semi-lean la ni. Kenapa letak garam sedikit? Ada kena mengena dengan diffusion from high concentration to low concentration over diffusion gradient rasanya (huhu, science in the kitchen). Ada minum petang lagi di tengah-tengah tu..makan lagi.

Tak sempat nak belajar tentang Urea and Methanol Plant. InsyaAllah di lain waktu kata Pak Tamren. Banyak yang Pak Tamren pesan kepada kami. Jangan sombong, bergaul dengan orang. Kalau tiada kerja kena minta...jangan jadi goalie tunggu je bola datang..kena jadi striker sentiasa kejar bola (analogi sempena World Cup kot). Kalau tak faham, tanya..jangan malu nanti rugi. Kena sentiasa senyum..buat kerja dengan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab supaya apa yang kita dapat itu diberkati.

Hari 3: Penat tahan mengantuk

Pagi ini semangat pakai complete PPE, ingatkan kami semua dapat masuk plant terus. Rupanya pagi ini dihantar ke department masing2. Berpisah lah kami bertujuh. Memulakan hidup sendiri di department baru. Agak segan. Masuk HSE (Health, Safety and Environment) Department...alhamdullilah dapat workstation with PC. Diperkenalkan kepada SV dan rakan2 sekerja. Ada 4 perempuan sahaja di situ...yang lain semua lelaki ya! Cabaran sungguh. Meja saya di luar bilik SV di depan kaunter klinik berdekatan dengan lobi department. Nasib baik ada abang di meja sebelah. Kalau tak dah jadi gaya receptionist duduk situ sorang2.

Oh, saya ditempatkan di Environmental Section...tetapi nanti akan didedahkan juga tentang Fire and Safety dan Occupational Health/Industrial Hygiene. 8 bulan itu satu tempoh yang panjang..banyak boleh belajar.

Mungki ada yang tertanya-tanya dari awal...PFK itu apa? Ini dia:

Saya pula bertugas sebagai...?


SV meninggalkan saya untuk dibrief oleh Encik Shafiee. Macam-macam dia cerita. Kadang-kadang bila kena tanya cuak juga. Tak ingat dah apa yang belajar waktu HSE dulu2. CIMAH, USECHH, CPL dan lain-lain akta ni macam ingat-ingat lupa je. Hampir sejam juga dia bercerita tentang kepentingan HSE, akta yang ada dan general process di PFK ini. Kemudian saya ditinggalkan :'( Sirius tak tahu nak buat apa dari pukul 10.30 pagi sampai 5 petang tu. Membelek bahan-bahan yang ada untuk dibaca. ID untuk menggunakan PC tidak diberi lagi jadi agak boring dalam bilik yang sejuk tu. Tersengguk-sengguk tahan ngantuk sampai Kak Ija perasan "Dik, kalau ngantuk pi la pantry tu buat2 air". Malu :"). Apa yang dibaca pun dah tak ingat...tak sabar-sabar nak tunggu pukul 5 untuk balik.

Kira-kira jam 4.40 petang, pakcik Burn mula mengajak orang ke surau untuk solat Asar (Surau ar-Raudhah tu depan bangunan kami je). "Dah2 buat kerja...jom pi solat asar". Alhamdulillah..bagusnya. Bahagia sangat. Selesai..terus balik.

Hari 4: Dapat kerja..yeay!

Alhamdulillah...dapat kerja pagi tu! Excited dan tekun buat kerja sampai abang meja sebelah tegur "tak payah la serious sgt" huhu. Hari ni ada Majlis Tilawah PETRONAS Zon Pantai Barat...PFK jadi tuan rumah. Dari pagi lagi abang2 pakcik2 akak2 HSE Dept dah keluar untuk menghadiri majlis perasmian. Niat di hati memang mahu turut serta...mahu ketemu Ustazah Mashitah dan warga UTP lain juga (rindu lah!). Baru je siap2 nak bangun tinggalkan PC, SV datang jenguk. Terpaksa sambung buat kerja sambil-sambil buka GG CJ7. Akhirnya, pukul 12 tengahari baru keluar menuju ke Dewan Agrenas. Jumpa Kak Tah, Kak Tah belanja makanan2 ringan, makan tengahari free (ramai trainees turun waktu ni, makan free kan...). Sebelum ke surau, bawa Kak Tah ke HSE Dept. Tunjuk meja, tunjuk kerja, tunjuk pantry, tunjuk bilik SV, tunjuk bilik manager..semua nak tunjuk.

Surau penuh dengan peserta dan para hadirin majlis tilawah. Selesai solat...sambung kerja dengan tekun kembali. Kira-kira jam 4.30 petang terus kembali ke dewan melihat penyampaian hadiah. UTP memenangi beberapa kategori dan layak mewakili Zon Pantai Barat ke peringkat kebangsaan. Salam-salam dengan Kak Tah dan dengan berat hati kembali ke pejabat..kemas2 meja...ke surau untuk solat Asar dan seterusnya pulang ke rumah.

Hari 5: Masuk plant akhirnya!

Pagi-pagi lagi sudah melepak di pantry bermesra dengan warga HSE Dept yang lain. Seolah-olah mendapat semangat baru usai ketemu orang2 UTP hari sebelumnya supaya tidak lagi segan dan malu2. Kemudian bos besar i.e Manager of HSE Dept, panggil masuk bilik. Cuak ok. Ditanya soalan-soalan ala-ala sesi temuduga. Kemudian beliau memberikan beberapa pesanan supaya tidak malu dan menunggu orang bagi kerja sahaja. Kena proaktif dan turut serta dalam aktiviti2 luar juga.

Keluar daripada bilik manager, Abg Man meja sebelah ajak masuk plant. Akhirnya, tercapai hajat di hati. Masuk ke plant menaiki pick-up truck dan bukannya berbasikal atau berjalan kaki seperti trainees lain =) Kami memeriksa PPE cabinet untuk memastikan ianya kosong dari barang-barang lain. Singgah di mini lab untuk memulangkan measuring cylinder yang ditemui dalam kabinet. Kemudian Abg Man dan Abg Nan dengan baik hatinya ronda-ronda satu kawasan plant untuk menunjukkan segala storage tank, reformer, column, boiler, heat exchanger dan banyak lagi. Baru la nampak segala apa yang belajar dalam kelas tu kan :D

Kemudian Abg Man bawa pula ke bahagian belakang kawasan plant...di sinilah terletaknya bahagian penting untuk org2 Environment ;) Ada waste water treatment unit dan scheduled waste storage area. Scheduled waste ini merupakan waste yang perlu dilupuskan secara terkawal la...sebab ada bahan2 chemicals dalam waste tu. Bahan buangan terjadual (ini dalam bahasa melayunya) ni akan dihantar ke Kualiti Alam di Negeri Sembilan untuk dilupuskan. Banyak kos untuk waste treatment ni...ranging from RM900 to RM2000 per metric tonne. O_O

Balik semula ke ofis, Abg Nan ajak naik firetruck untuk ronda di kawasan luar PFK. Seronok sangat pengalaman pertama naik firetruck tu! Agak susah nak naik sebab tinggi..hehe. Kemudian balik ke pejabat, keluar ke lobby..Abg Man sudah menanti. Join HSE Management Walkabout...walkabout yang disertai wakil daripada beberapa department ni akan diadakan setiap bulan di zon berbeza. Kali ini dapat join di sekitar non-process area meliputi admin building, multipurpose hall, surau, dan cafe. Dapat naik ke tower atas admin building tu (lawa view dari sini!), dapat jadi ala2 pegawai kesihatan masuk dapur cafe, dapat buat apa yang trainee baru lain tak rasa lagi :D Hatta tak semua staff pun dapat rasa pengalaman macam tu.

Selepas lunch, ada sharing session sesama trainees. Ala2 kelas PCS kena present pasal department masing2...then trainees lain akan bagi feedbacks. Agak best la. Boleh rapatkan hubungan sesama trainees dan Kak Atiqah HR, boleh sembang2, boleh belajar tentang department lain, dapat makan free lagi ^_^ Sharing session ni insyaAllah akan dibuat setiap 2 minggu...jadi semua orang akan merasa present nanti :D

Sekadar itu sahaja catatan buat minggu pertama. Diharapkan akan ada lebih banyak pengalaman-pengalaman manis, masam dan menarik yang bakal ditimba nanti. Doakan saya ya!

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: entri ini mula ditulis seperti tarikh yang tertera...tapi lepas peram beberapa minggu..baru je siap tulis pada hari ahad, 25 julai (dah nk masuk week 8 of internship pun :P). but i've decided to still post it as 13 june.

Monday, May 31, 2010

Teruskan menembak doa!!

Salam,

Larian hati kencang sejak pagi tadi kira-kira jam 10.30 pagi waktu Malaysia bila mendapat tahu Kapal Mavi Marmara diserang pihak Zionis Israel. Tika itu disahkan dua orang terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera.

Kini..

Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara, Syeikh Raed Solah Syahid

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUANPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

news in english here: http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

Teruskan menembak doa buat mereka di sana. Bagi yang enak dibuai mimpi sebelum ini dan berpandangan endah tidak endah tentang konvoi ini...ini masanya untuk anda bangkit dan sedar! Hulurkan doa, sebarkan kepada yang lain....Allah, hanya kepadaMu kami berharap.

Terasa sangat useless di sini. Apa yang mampu kita buat? Keep everyone updated and alert. Berdoa..kerana doa itu senjata mukmin!

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: perjuangan kecil menghadapi paper terakhir yang tidak seberapa dibandingkan dengan mereka di sana. semoga mereka menang atau syahid.

keep updated through:
- twitter: http://twitter.com/sahabatalaqsha
- facebook: http://www.facebook.com/aqsa.syarif
- main website: http://www.lifeline4gaza.org
- IHH livestream: http://www.livestream.com/insaniyardim
- google news: here

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru!

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Sempat lagi tu nk update blog :D Hari ini hari guru. Terima kasih pada cikgu, muallim, muallimah, teachers, miss, sir, Dr, Prof...dan tentunya pendidik pertama ana, mama dan ayah. Tak dilupakan para murabbi ana sepanjang ana bertapak di atas jalan ini. Muallimah di Al-Hidayah, kakak2 di bumi UK terutamanya tanah al-Manchesteri ;) dan tentunya Kak Dzilal diikuti Kak Tah di sini.

Menunggu anak2 murid Muallimah Rufaidah wish Selamat Hari Guru ni~ :P
Anak usrah dah ucapkan Selamat Hari Murabbi/Naqibah.
Hari tu Mother's Day pun dapat wish dari anak usrah untuk "mak usrahnya" ni. Sweet eh? Benarlah menjadi seorang murabbi itu bukanlah mudah....dialah guru (pendidik), dialah ibu, dialah teman.

hasil JK Media K-UTP sesi Jan2010
thanks sbb sudi buat last minute


Tanpa para guru, para murabbi yang sudi mengajar, mendidik, membimbing...siapalah kita kan? Semoga mereka sentiasa di dalam redhaNya. Doakan segala ilmu yang mereka berikan bermanfaat sehingga ke akhir hayat. Semoga inilah yang menjadi saham mereka di sana kelak.

Sekadar coretan ringkas. Peperiksaan akhir bakal bermula Rabu ini (19 Mei 2010) diikuti 21 Mei, 24 Mei dan 2 Jun. Sama-sama kita usaha kemudian berserah padaNya ya. Let's strive for the best!

Wassalamu'alaikum wrm.

along: bila anak-anak usrah ada anak masing2 pulak...maknanya dah boleh jadi nenek ek?
along 2: sebenarnya nk cerita pasal Farewell Dinner CJ7: Internship Version yang diadakan 2 hari lepas...tapi mood tak kunjung tiba lagi. CJ7ians lain pun sibuk study, takde yg update cerita lg.

Thursday, May 13, 2010

Wida' Akhawat

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah Sabtu lepas, 8 Mei 2010, berjaya diadakan Wida' SISMA K-UTP. Seramai 9 orang akan ke latihan industri dan Kak Filzah akan tamat belajar. 10 orang akan tiada di UTP semester hadapan :'(

Tahniah buat Kak May and the team atas perlaksanaan wida' yang berbeza dari kebiasaan semester-semester sebelum ini. Minta maaf tak dapat nak kongsi dengan lebih lagi. Disertakan sajak nukilan Kak Najwa dari Geng CRA (crunchy red apples -- tanya mak usrahnya kenapa nama usrah epal).

kau, aku, kita
sama tapi tak serupa
kau manusia
aku juga manusia
tapi hati kita berbeza
rasa yang ada pun tak sama
fikiran semua tak mampu diduga

kadang kata tidak seia
kadang sakit hati dirasa
namun kita tetap bersama
mencari arah sinar yang nyata

kita bertemu mencipta cerita
atas nama ukhuwah yang dibina
namun kini perpisahan menghampiri kita

redha dengan apa sahaja ketentuan dari Nya
segala kenangan tak mungkin di lupa
tulus rasa hati ingin berbicara

biar kita terpisah ke hujung dunia
kita tetap memandang langit yang sama
andai kau rebah
lelah ingin melangkah
aku kan tetap ada sedia memapah

walau apa pun dugaan melanda
walau apa pun keperitan yang dirasa
aku ada kau
kau ada aku
dan kita ada Dia..

Semoga kami kekal berbicara bahasa yang sama apabila ketemu semula kelak.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: sedih pulak nk pegi intern ni...

Monday, May 3, 2010

Tautkanlah ikatannya

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah semalam ke Teluk Intan menghadiri walimah Che Wan dan pasangannya, Kak Salma. Semoga Allah thabatkan mereka dan kita semua di atas jalan ini sentiasa. Menarik juga kisah tawakkal 'alaLlah yang diaplikasikan Che Wan dalam urusan memilih jodoh ini. Dan sesungguhnya, pilihan dan ketetapan Allah itulah yang terbaik =) Kami warga Ipoh dan K-UTP memang gembira sangat bila dengar Che Wan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bertolak dari UTP kira2 jam 1230 bersama Kak Nola, Kak May, Izzati dan Farhin dengan menaiki Dinar (Myvi Kak Nola). Tiba di Teluk Intan pada jam 1310 dan terus ke Giant membeli hadiah pengantin. Selesai makan (makan, sembang, makan lagi, ambil gambar, bagi hadiah) dan solat di masjid berdekatan, kami memulakan perjalanan pulang ke UTP pada jam 1530.

dari kiri: cik izzati, cik may, cik nola, cik farhin

cik penulis makan di meja bersama makcik2 dr Ipoh

may Allah grant both of you with sakeenah, mawaddah wa rahmah

Dalam perjalanan pulang, sawah padi yang menghijau di kiri kanan jalan menggamit kami untuk berhenti sejenak mentadabbur alam (baca: bergambar sakan). Berhati-hati anak dara berlima dengan baju kurung berwarna-warni (maklumlah, baru balik kenduri) berjalan di batas antara petak sawah supaya tak terjatuh ke dalam air. Ana biarkan gambar berbicara pula ya?

kakak berdua ni tengah tunggu bas kot =)

subhanallah..hijau (plus oren sket, biru sket)

lambai opah tengah angkat kain kt rumah nun jauh di hujung sana
(candid ni! ktorg posing utk gmbr lain..tibe2 snap time ni)


kakak dan adik yang adik tu nak ambil aura dari kakak ke?

selamat tinggal! kami balik dulu~

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (Ali-Imran 3: 190)

Setelah beberapa ketika (agak lama juga tu), kami yang dah mula rasa muka macam nak terbakar dan tekak yang dah mula haus segera bergerak menuju ke kereta. Kira-kira sepuluh minit perjalanan kami berhenti menikmati air kelapa di tepi jalan.

kt tempat beli air pun sempat bergambar lagi -_-"

Alhamdulillah selamat tiba di UTP jam 1640.
Penat? Dengan akhawat tersayang, penat pun puas :)
Semoga Allah tautkan hati-hati kami ini supaya kekal thabat di atas jalan ini.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

p/s: lepas ni kita buat lagi waktu kenduri 18.07.2010 tu ye!

along: sangat teruja dengan gambar2 best yang ditangkap. walaupun dengan ketiadaan Alfi (DSLR Kak Hannan), dapat la juga gambar2 lawa yang layak buat desktop background :D this is my current desktop background..love it!


Friday, April 23, 2010

Melayari bahtera perkahwinan

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di celah-celah hidup yang asyik ditenggelamkan dengan urusan dunia. 2 minggu menyepi dan kembali dengan tajuk "hot" ini ye? :P Sebenarnya sekadar mahu berkongsi je hasil proses survey bersama kakak2 lain beberapa bulan lepas. Bukan untuk ana ye! Ada pulak yang ingat ana nak tunang dah (bila tengok gambar baju dalam last entry), siap nak merajuk sebab tak dijemput..hehe.

Melangkah ke gerbang perkahwinan itu sendiri bukanlah perkara yang mudah, apatah lagi melayari bahtera perkahwinan. Pengalaman melihat sendiri proses persiapan kadang-kala buat ana kecut perut memikirkan hari tersebut. Alhamdulillah my dear ukhti akan bergelar seorang isteri tidak lama lagi. Menyiapkan diri di celah-celah kesibukan sebagai seorang pelajar bukanlah perkara yang mudah. Hampir saban mingu pulang ke KL untuk membuat persiapan. Dari door gift-nya, tempahan caterer, mencari dewan yang sesuai, baju nikah, baju kenduri belah sini...baju kenduri belah sana dan yang paling penting sekali cincin :)

Usai satu program di Shah Alam bulan Februari lalu, kami langsung melencong ke PKNS Shah Alam. Sempat jalan-jalan keluar masuk kedai pakaian pengantin untuk survey harga serta design baju. Mahal! Haih...susah nak kawen rupanya. Boleh dikatakan lebih 5 kedai busana pengantin kami kunjungi. Mulanya mahu lihat cost untuk menyewa/membeli sepasang baju pengantin. Akhirnya, dapat idea untuk buat sendiri sahaja. Jubah-style...bahagian dalam jubah/dress labuh kain satin bewarna putih atau off-white atau cream. Luarnya baru beli kain kerawang2 sarat labuci mengikut warna tema maroon. Kita tunggu majlis kahwin nanti untuk tengok baju macam mana yang menjadi pilihan.

Cost untuk menyewa berbeza mengikut design. Ada yang dapat RM750 sepasang, ada yang RM1000 sepasang. Ada juga yang dapat dibeli dengan RM750, selendang included! Hehe. Yang pasti, saat itu tersedar...padan la beriya orang kumpul duit untuk majlis perkahwinan. Baju je dah nak dekat RM1000.

this one we like!
sepasang baju melayu + sampin dan baju kurung + selendang = RM750
not too heavy but yet elegant enough

Beberapa minggu kemudian di Ipoh pula. Keluar masuk kedai emas pula. Saja2 tengok2 cincin tanpa niat untuk membeli. Basic cincin emas boleh dapat dalam RM400, cukup la kalau nak buat syarat untuk kahwin. Kami sibuk membincangkan nilai emas putih dan platinum. Emas putih lebih mahal daripada emas biasa. Namun, ianya tidak boleh dijual...menjadikan emas putih sesuatu yang punyai nilai tersendiri. Priceless! Kalau platinum pula? Sediakan minimum RM1000 la ye :) ~ Oh ya, tambahan info lagi. Kami mendapati gadis-gadis zaman kini lebih menggemari design yang halus dengan permata satu. No need for something big and bulky.

susah2 sangat beli yang ni pun boleh
seringgit lebih je
dapat dua skali untuk si lelaki dan si perempuan
saiz jari lain2? dont'worry..adjustable :P


Kenapa ye tergerak hati mahu berbicara soal ini sedangkan diri sendiri belum lagi menginjak usia 20 tahun. Sekadar peringatan bagi mereka di luar sana yang asyik terbuai dengan anganan mahu kahwin segera...kahwin itu bukan perkara mudah. Perihal duit ini hanya satu aspek sahaja (yes...only one part of it. There's something more important). Diri sendiri juga harus disiapkan. Ilmu-ilmu rumahtangga, ilmu pendidikan anak-anak (tarbiyatul aulad), ilmu komunikasi berkesan...dan segala jenis ilmu lagi. Dalam mencari si dia yang soleh, kena pastikan diri sendiri menjadi solehah dahulu. Dalam mengimpikan anak-anak yang hafiz al-quran (contohnya), ummi ayahnya adakah seorang hafiz? Proses bagaimana kita mencari si dia sebagai pasangan hidup turut menyumbang kepada bagaimana kelak terbentuknya keluarga kita. Fuh, bukan senang ya~

Bagi yang berkata "Eh, aku nak kawen lambat lagi..takde kena-mengena dengan aku." Anda fikir bulan depan nak kahwin, hari ini sempat nak kumpul duit dan menyiapkan diri dengan segala ilmu? Malah rasanya tiada salahnya jika kita hendak mula mengulit buku-buku tarbiatul aulad dari sekarang. Jom, baiki diri supaya jadi lebih baik. Persiapkan diri untuk membina rumahtangga muslim (baca: baitul muslim) sebagai tangga untuk membina masyarakat Islam pula.

Sekadar pandangan...sudah tentu ada salah silapnya di mana-mana. Poin paling utama di sini: persediaan diri itu penting. Semoga kamu, kamu dan kamu dapat membina baitul muslim yang diimpi-impikan. Semoga lahir kelak anak-anak penyejuk mata yang terselamat dari segala gejala kurang sihat yang melanda ummah kini. Ameen~

Wassalamu'alaikum wrm wbt.

along: taip entri sambil dengar "Menjemput Bidadari - Epicentrum" =)

Bila yakin tlah tiba,
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff:
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menujuMu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Tuesday, March 30, 2010

Berpesta di Pesta Buku?

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah...Sabtu lepas merupakan hari yang agak mengembirakan di celah-celah kesuraman hari-hari dalam hidup pelajar tahun tiga kejuruteraan kimia. Being among things I cherished and around those I loved.

Perancangan dibuat sebelum PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa KL) bermula lagi...namun dek kerana kesibukan masing-masing dan jadual yang tidak menentu, akhirnya perancangan tinggal perancangan. Plan last minute juga akhirnya yang berjaya :D

Mulanya kurang pasti juga samada dapat 'mengorbankan' seharian berpesta di pesta buku. Namun memikirkan keinginan yang memuncak...terus mengatakan 'ya' kepada kakak yang mengajak. Alhamdulillah, tak rugi la..puas hati sangat! Berdasarkan pengalaman di PBAKL 2008, perancangan dibuat dengan lebih teliti. Senarai buku yang hendak dibeli serta booth yang hendak disinggah semasa PBAKL ditulis di atas kertas. Sempat lagi bertanya beberapa orang teman samada ada buku yang hendak dititip dari sana. I know how it felt not to be able to go...especially if you're a book-lover...so I took the initiatives to ask.

Perjalanan bermula jam 9.15 pagi dari UTP dengan menaiki Najah (kereta Satria milik Kak Filzah) bersama Kak May, Kak Syamil, Kak Filzah dan Kak Suraya dari UiTM. Sepanjang perjalanan puas bercerita itu ini dan melayan lagu-lagu yang berkumandang....tiba satu saat semua diam (tidur la tu..) tinggal Kak Filzah sahaja di kerusi pemandu. Ana yang mulanya hendak bertahan menemani cik pemandu dengan membaca novel Artemis Fowl: The Time Paradox turut sama tumpas.


Sempat main 'kejar2' dengan Satria Maroon (waktu ni memang semua tak tidur la..concentrate memberi galakan -- jgn tiru perangai buruk ni ye) sebelum tiba di PWTC kira-kira jam 12 tengahari. Terus naik ke atas dan dari jauh terlihat logo Karangkraf di pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn. Ya Allah..ramainya manusia dalam tu! Terus ke rak buku mencari Cinta Sufi - RAM. Malangnya tiada di rak. Pusing-pusing mencari jalan keluar hendak menuju ke rak buku lain ternampak akak pekerja Karangkraf membawa banyak novel Cinta Sufi di tangan. Terus capai dua buah buku. Cabaran seterusnya, bagaimana hendak bergerak ke kaunter pembayaran? Tak sistematik langsung...semua orang datang dari semua arah sampai tak boleh bergerak ke mana-mana. Kak May dan Kak Suraya awal-awal lagi sudah hilang ditelan manusia, Kak Filzah dan Kak Syamil masih berada di sisi. Pegang tangan kuat-kuat tak nak terpisah..haha. Terfikir...agaknya begini keadaan menunaikan ibadah haji kot. Segera mencari jalan keluar dan meminta kakak berdua tunggu di tepi sementara ana membuat pembayaran. Kesian Kak Filzah yang ada asma dikelilingi manusia yang ramai tu. Nak bayar tiga novel pun beratur punyalah lama! Makcik depan tu je borong segala macam jenis majalah Wanita, MIDI, Keluarga dan seangkatan dengannya sampai 20 buah.

Selesai pembayaran dan keluar masing-masing segera tekad "Ok, tak nak masuk dah dalam tu...menakutkan". Kami menuju ke Bilik Kedah memandangkan Kak Filzah mahu ketemu kawannya yang merupakan seorang penulis juga. Selesai sesi peluk, cium, update ringkas dan berjanji untuk ketemu semula sedikit masa lagi (Kak Ainunl tengah jadi MC event waktu tu) kami terus mengorak langkah ke Dewan Tun Razak 3 untuk ke booth Jemari Seni ketemu Kak Su, Kak Yah dan entah siapa lagi (Kak Filzah je yang kenal semua ni...hehe). Di situ ana capai Versus (4 buah!) dan Damai. Senang ada senarai ni...lagipun takde masa nak belek-belek lama2 pilih buku. Ambil buku macam beli roti kat kedai v5 je. Sempat minta Kak Su dan Kak Syud tandatangan Damai (novel 3 dalam 1 karya Noor Suraya, Syud dan Saidatul Saffaa).

Berjalan ke booth Al-Ameen dengan hajat untuk membeli beberapa karya FT (termasuk yang dititip teman). Namun memandangkan FT tiada di booth kami berhajat untuk ke situ semula beberapa jam lagi...demi untuk mendapatkan tandatangannya (hehe..bukan saya ye). Berhampiran dengan booth Jemari Seni kelihatan booth Pustaka Salam. Sempat singgah mencari buku yang diperlukan untuk usrah namun harga yang ditawarkan semacam tidak betul. Setahu kami (kami pernah jual buku-buku tu..) harga Kitab Tauhid tersebut RM26.50 sahaja...RM32.00 itu harga untuk buku hardcover.

Berhadapan booth Pustaka Salam, kelihatan offer menarik dari booth Jahabersa; 5 buku untuk RM10. Kisah serikandi islam, pahlawan islam dan kisah2 sahabat lain. Untuk 'membunuh' perasaan bersalah kerana buku untuk adik-adik tiada dalam senarai, ana capai 10 buah buku dari siri pahlawan islam. RM20 semuanya untuk buku berwarna-warni penuh cerita itu (ada 3 cerita untuk setiap buku...bayangkan dapat baca cerita 30 sahabat dengan RM20 sahaja!). Terfikir juga, menarik jika buku tersebut digunakan untuk pengisian usrah =) Sebenarnya berbelah bahagi samada nak beli buku siri pahlawan islam atau serikandi islam...namun akhirnya Kak Syamil bersetuju untuk membeli 10 buah buku dari siri serikandi islam. Lepas ni boleh kongsi2 ;)

kisah pahlawan islam..
tak sabar nak baca sebelum bawa balik rumah bagi adik


Ketemu Kak Hannan juga di sini. Seterusnya Kak Filzah mengajak kami berempat ke Bilik Perhentian untuk minum pagi (dah tengahari dah padahal..). Kak Ainunl ajak makan free katanya. Asal makan percuma kami setuju sahaja. Dalam perjalanan ke Bilik Perhentian terfikir juga kenapa tiada ramai orang sepanjang koridor ke situ, siap ada penghalang lagi di hujung koridor...rupa-rupanya, kami ni 'crash' join sesi minum pagi bersama penulis2 dan orang2 besar ITNM T_T. Malu juga mulanya mahu melangkah masuk ke bilik penuh dengan penulis-penulis hebat yang sedang berbincang perkara-perkara ilmiah sambil menghirup kopi dan mengunyah popia. Tiba-tiba empat orang gadis dengan beg plastik penuh di tangan serta beg di bahu sarat dengan buku datang menyibuk sama di salah satu meja bulat yang ada...hehe. Rasa macam tak patut berada di situ dan mahu keluar kembali pada mulanya...tapi sebab Kak Filzah memujuk dan Kak Ainunl beriya mengajak...kami stay.

Nak kata bersembang dengan penulis-penulis...tidak la juga (sebenarnya tak kenal pun siapa yang satu meja dengan kami tu). Jadi sementara Kak Filzah sibuk catch-up update semasa dengan Kak Ainunl...kami bertiga (ana, Kak Syamil dan Kak Hannan) buat hal sendiri membincangkan gosip2 terkini :D. Dengan perut yang kenyang kami mengucapkan terima kasih dan segera bergerak ke Ruang Legar Putra. Kak Filzah tak sabar mahu ke pelancaran buku FT di pentas utama. Sebelum jam tiga petang, kami sempat singgah ke booth Readnetwork (JIMedia) menjenguk andai ada ikhwah akhawat yang dikenali yang sedang menjaga booth. Tangan mencapai buku Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus (untuk diri sendiri sudah dibeli bulan 2 lalu, yang ini sebagai hadiah) dan bayaran terus dibuat. Destinasi seterusnya booth GISB selang beberapa booth dari situ. Dua buah novel Sinergi diambil beserta buku Secangkir Teh Pengubat Letih (tak pasti lagi nak buat apa buku ni...isi-isinya banyak yang sudah dibaca dari internet...buku yang dibeli sebab cover lawa dan saja nak buat koleksi untuk keluarga baca di rumah :D).

Bahu sudah bagai mahu patah membawa buku...tangan sudah mula terasa sakit memegang banyak plastik, maka kami segera mencari kerusi di hadapan pentas utama menanti pelancaran bermula jam 3. Sambil menanti sempat lagi menyusun buku-buku yang dibeli serta membuat senarai ringkas buku beserta duit yang telah dibelanjakan. Sekejap je duit habis tanpa sedar. Pengalaman yang agak menarik mendengar dan melihat (penting ni! Kak Filzah je faham :D) sendiri FT mendeklamasikan salah satu puisi dari kompilasi puisinya "Ingin Jadi Nasrallah".

Selesai sesi kami bergerak menuju ke bank...duit memang dah tinggal RM100 je lagi. Tak cukup untuk selamat tiba ke UTP memikirkan ada beberapa buah buku lagi yang harus dibeli. Malangnya ATM CIMB rosak =( Maknanya tak dapat la membeli mengikut nafsu lagi selepas itu. Kelihatan dari jauh beberapa orang peminat FT mendapatkan tandatangannya serta bergambar sakan. Kami? Malu. Jadi melihat dari jauh sahaja. Tambahan pula kami masih belum mendapatkan buku-bukunya untuk ditandatangani. Kami (sekarang ini kami tinggal dua sahaja = ana dan Kak Filzah, kerana yang lain sudah bergerak ke The Mall menjauhkan diri dari kesesakan di PBAKL) menuju ke Dewan 2 di bahagian luar. Sekadar melihat-lihat kerana tiada buku dalam senarai untuk didapatkan di sini. Berhenti di booth PTS, Al-Hidayah, Yamien dan Rijal Media. Di booth Rijal Media kelihatan buku "Pahlawan Islam Kontemporari" dengan nama penulis Atriza Umar. Eh..ni Kak Atriza ke? Terus capai buku tersebut walaupun tak pasti lagi nak bagi hadiah untuk siapa2 atau dibuat bacaan sendiri sahaja. Ramai juga penulis yang dikenali ye? Saya bergaul dengan orang2 terkenal atau memang menjadi penulis itu tidak sukar?

Banyak sangat buku-buku menarik yang tiada dalam senarai di Dewan 2. Terpaksa duduk lama membelek-belek buku untuk ambil keputusan samada mahu membelinya atau tidak. Rasa rugi tak beli buku berjudul "Sakinah" tentang bagaimana mencari ketenangan dalam hidup. Juga judul2 lain yang sangat menarik. Sebelum akhirnya ke The Mall mencari mereka yang 4 yang lain..singgah ke booth Al-Ameen sekali lagi. Nah..itu dia FT sibuk menandatangani buku para peminat. Segera mengambil novel terbarunya, Bahlut, yang dipesan orang serta Surat2 Perempuan Johor (sebelum ni baca di rumah orang tapi tak sempat habiskan...sejak tahun 2008 lagi). Dengan muka malu-malu minta FT signkan novel Bahlut untuk Anis. Kak Filzah sibuk membeli baju Manikam Kalbu dan Ingin Jadi Nasrallah buat abangnya. Agak lawa.

FT menandatangani buku peminat dengan memakai tshirt Ingin Jadi Nasrallah
(gambar dari blog FT)


Oh ya! Ana juga membeli buku Nadrah karya Isa Kamari di sini. Ini merupakan versi Inggeris bagi novel Atas Nama Cinta oleh penulis yang sama. Ianya mengisahkan kisah Natrah @ Maria Hertogh dan perebutan antara dua agama. Kisah lanjut? Google je...banyak rujukan yang ada. Teringin membaca sendiri kisah yang banyak diceritakan ramai. Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata oleh Fatini Yaacob juga ana kira merupakan buku yang baik untuk dibaca.

kedua-dua buku di atas merupakan penceritaan tentang orang yang sama
i choose to get the english version..hehe :D


Kami singgah buat kali terakhir ke booth JS untuk mengucapkan selamat tinggal. Sempat juga menyampaikan salam daripada Anis buat Kak Su. Seterusnya ke surau untuk solat Zohor+Asar. Sangat packed! Nak ambil wudhu' je terpaksa beratur hampir 10 minit. Nasib baik kasut buaya (baca: crocs) tak hilang di celah-celah kasut yang banyak di luar surau tu. Waktu hendak mengambil wudhu' terperasan seorang kakak yang sudah lama ana menjadi silent reader blognya (fotopages sebenarnya)..tapi tak berani nak tegur. Rasanya kakak tu mengandung anak kedua, sebab itu agaknya sudah lama menyepi. Selesai solat kami menuruni tangga untuk ke luar seterusnya ke The Mall mendapatkan yang lain. Jumpa siapa pula di tangga? Ustaz Hasrizal. Tapi tak tegur dan minta tandatangannya lah pulak..hehe. Kira-kira jam 5.30 petang kami selamat keluar meninggalkan PBAKL 2010...semoga dapat bersua lagi untuk tahun 2011.

Di The Mall, kami melepaskan penat sambil minum-minum dan kongsi tunjuk buku apa yang masing2 beli. Kami terus bergerak menaiki LRT ke KL Central untuk makan malam dan solat Maghrib+Isyak. Keretapi yang dijadualkan pada jam 9.10 malam rupanya ditunda ke jam 10.45 malam. Terpaksa bersabar sahajalah menunggu dalam gelap (KL Central mengambil bahagian dalam Earth Hour) dan cahaya samar-samar. 1 jam setengah yang tak terasa dengan sembang2 serta membaca novel2 yang baru dibeli. Belum naik keretapi lagi dah ada yang tanya bila nak sampai. Haih..sabar saje la. Akhirnya kira2 jam 2 pagi selamat tiba di Stesen KTM Batu Gajah (hampir terlepas sebab tak perasan selepas Stesen KTM Kampar terus KTM Batu Gajah..ingatkan Kota Baharu tu ada)...menanti kelibat Kak Nola dan Kak Yasmin bersama Dina (Myvi Gold Kak Nola) sebelum akhirnya kami selamat tiba jam 2.45 pagi di UTP.

Puas =) Itu sahaja perkataan yang terkeluar saat menyusun buku-buku yang dibeli di tepi katil.
Dapat keluar bersama yang disayangi
Dapat sembang-sembang panjang dengan yang lama tidak ketemu
Dapat beli baaaannyaak buku

ini hasil 'tangkapan' Sabtu lepas...
oh, bukan semua saya punya ye..ini termasuk yang dipesan orang
tengok sahajalah Sinergi (2), Denyut Cinta Medik (2), Versus (4)

haa..yang ini baru ana punya
takdelah banyak sangat...8 buah buku je

Bak kata Kak Hannan, "Setahun sekali je ni Along...spend RM500 terus pun takpe". Kalau ikutkan hati, memang begitulah. Tapi memikirkan nanti tak makan pula bulan April karang...tak termasuk lagi bagaimana nak angkut RM500-worth of books. Total expenditure was around RM160++ on books only without taking into account the cost to KL, train ticket to Batu Gajah and the food eaten.

Semoga dapat kembali ke PBAKL untuk tahun 2011 pula.

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: gambar di bawah mungkin berkait rapat dengan entri akan datang. mungkin.


Friday, March 19, 2010

Lifeline 4 Gaza!

Salam,

Do come!
(click to enlarge)
MOHON KERJASAMA SEMUA UNTUK MENYEBARLUASKAN PERUBAHAN TERKINI INI.

PERUBAHAN TERKINI !!

Venue konsert telah ditukar ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA| Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur. Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!



KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI
LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC 2010

TARIKH:
26 Mac 2010


LOKASI:
DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm

SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulh arokah.com
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline 4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim. org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemala ysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook .com/pages/ Viva-Palestina- Malaysia/ 193531139517
Persatuan Aqsa Syarif & Gabungan NGO-NGO di Malaysia


TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat


JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Pandan Indah
Hudzaifah | 019 987 4594

Negeri Sembilan
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984


SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk
Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti


Sebarkan kepada rakan-rakan.
Semua dijemput hadir!



#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"

About Us

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:

* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)


http://www.lifeline 4gaza.org/
http://www.bernama. com/bernama/ v5/newsindex. php?id=476370
http://www.ihh. org.tr/13572/ en/
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249

along: ada test TP petang tu kan? hurmm....