Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Sunday, January 3, 2010

Kembali ke sekolah esok~

Salam buat semua,

Sebenarnya ada tulis post lain yang hendak dipublishkan dalam masa terdekat ni tetapi memandangkan post tersebut masih dalam proses penulisan-panjang-lebar (a review on how 2009 went) ana tulis tentang ini dulu ya.

InsyaAllah esok ana akan kembali ke sekolah...sebagai seorang guru! :D Setelah diberi tawaran oleh Adib anak Muallimah Zaiton untuk membantu di Sekolah Rendah Al-Hidayah menggantikannya (katanya dah malas mengajar dah..), Muallimah Kerisisiah (mak Kak Dzilal, Guru Besar SRAH) telah menghubungi mama ana untuk meminta persetujuan secara rasmi. Jadi insyaALlah bermula esok selama seminggu dah boleh panggil Muallimah Rufaidah la ye :D

Ana sendiri tak pasti apa tugasan yang perlu ana lakukan dalam tempoh seminggu tersebut. Sekadar membantu sementara pihak sekolah mencari guru ganti yang lebih berkaliber mungkin. Memandangkan ana mungkin akan kembali ke UTP dalam tengah bulan Januari ini, makanya ana tidak mampu untuk memberi komitmen penuh...setakat tolong2 muallimah boleh la :)

Sebetulnya ana sungguh teruja untuk kembali ke Al-Hidayah, biarpun kini sebagai seorang guru ganti (haha...seminggu je pun). Al-Hidayah banyak meyimpan kenangan manis ana sepanjang tempoh di sekolah rendah. Ana teringat kata-kata seorang pakcik yang ana dengar baru pagi tadi;
"Sekolah Al-Hidayah ni dah lama dah dengan kita...sejak 1989 lagi...anak-anak kita generasi awal dahulu pun kini dah bekerja, dah berumah tangga, dah mempunyai anak sendiri pun."
Al-Hidayah akan memasuki tahunnya yang ke-21 pada tahun ini. A very big number if you asked me :) Kalau kita, 21 tahun tu sudah dikira melangkah ke alam kematangan. Mengimbau kembali zaman awal penubuhan Sekolah Rendah Al-Hidayah pada tahun 1989, telah banyak yang sekolah dan ahli lembaga pengarah lalui. Syabas diucapkan atas usaha membentuk bakal pemimpin ummah ini.

tapak pertama sekolah :D

Seperti kebanyakan sekolah MUSLEH lain, al-Hidayah mula mengorak langkah di rumah sewa biasa di banglo No 2, Jalan Madrasah, Rapat Setia, Ipoh. Tahun demi tahun sekolah berkembang ke tiga buah rumah sehingga akhirnya pada tahun 1998 sekolah berpindah ke tapak kekal di Lot 2084, Persiaran Sepakat 7, Taman Indah Jaya sehingga kini (ana berpindah ke SRAH dari Terengganu pada tahun 1999 jadi tak pernah merasa zaman2 bersekolah di rumah sewa tu).

Tak sabar mahu ketemu muallim dan muallimah di sekolah esok. Kembali ke sekolah atas sebab apa sekalipun sering buat ana rasa terharu, muallim dan muallimah masih ramai yang mengingati ana. Sampai adik-adik ana di al-Hidayah sehingga kini masih mendapat teguran dari muallim/ah "ni adik Rufaidah kan? Kakak dah kat mana sekarang?". Minta maaf ya muallim/ah sebab ana jarang kembali ke sekolah. Diharapkan peluang-peluang untuk ana kembali berbakti sebegini akan lebih kerap kunjung tiba :)

Ok lah...cikgu dah nak kena siap-siap gosok tudung, gosok baju untuk ke sekolah esok. Kena masuk tidur awal supaya tak mengantuk esok, hehe. InsyaALlah dalam masa seminggu ini boleh cari ana di sini ya:

bangunan pejabat Sekolah Rendah Al-Hidayah

Berkatilah guru-guruku ya Allah.
Wassalamu'alaikum wrm wbt.

along: adik2 la orang yang paling excited bila dengar along nak jadi muallimah. siap bagi nasihat itu ini pada alongnya.

6 comments:

Mohamad Syazwan said...

wah..da jadi muallimah =D

Artdeep said...

hahaha..weih.mane dpt gmbr skola lame ni??cool gile..ahhaha..

beliamuda said...

selamat pagi cikgu~

along rufaidah said...

syazwan: hehe..comel la jgk budak2 tu panggil muallimah. jadi guru kelas tahun 1 pulak tu -_-"

ustaz adib dh merasa kt SRIH..ni muallim syazwan bile pulak? free2 dlm sebulan tu dtg la..sentiasa diperlukan cikgu ni. ni pun seminggu je la dpt tlg.

adib: encik google kasi gmbr tu~

beliamuda: oh...kt skolah hidayah takde "selamat pagi cikgu"...
masuk2 kelas ada "assalamualaikum ya muallimah...ahlan wasahlan ya muallimah"
bila nk keluar ada "assalamualaikum ya muallimah...jazakillahu khairan ya muallimah...ilal liqa' ya muallimah" << pjg betul

MamaHanan said...

Wahh..along jadi che gu rupanya..suspens je baca tajuk posting tu.ingatkan kembali ke sekolah(utp)emm..merasalah berada di dalam kasut seorang guru walaupun sekejap ya.Bukan senang nak didik insan kan..

along rufaidah said...

mamahannan: hehe...sudah bergelar guru. seronok jugak kt bilik guru dgn muallim/ah2 yg pernah ajar along dulu2.

betul...susah nk didik anak org ni. selalu rasa berdebar-debar takut salah ajar ke, ajar tak cukup ke..nnt kesian pulak hak budak tu tak dipenuhi.