Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 4, 2009

Dah nak exam dah...?

Assalamua'laikum wrm wbt,

Rasanya hampir sebulan juga membiarkan blog ini terbengkalai kan? Terlalu sibuk dengan urusan akademik, tak termasuk lagi saban minggu membina kenangan bersama kakak2 tersayang. Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah kelas bagi semester Julai 2009 ini. Terlalu cepat masa berlalu...tahun 2009 ini lebih-lebih lagi. Masa ibarat berlari dalam larian pecut. Cepat, pantas, sekelip mata...sedar2 dah hampir melangkah ke tahun 2010. Fenomena akhir zaman agaknya...masa berlalu sepantas kilat. Ya Allah, apa yang telah aku buat sepanjang tahun ini ya Allah? Sepanjang hidupku?

Exam akan bermula Rabu hadapan. Persediaan ke arah itu? Hurmm..a point to ponder.
Tidak mahu berceloteh panjang, cuma mengharapkan yang terbaik untuk peperiksaan semester ini. Semoga berjaya melonjakkan kembali CGPA. Demi Allah, agama ini...terkenang harapan mama dan ayah. Semester ini merupakan antara semester yang agak unik. Nak dikatakan sibuk dengan event...tidak seberapa. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan rutin berevent. Cabaran dari segi tiada study week rasmi, soalan final yang tiada pilihan soalan seperti semester2 lepas, jadual exam yang agak rapat. Namun, mari menjadi hambaNya yang bersyukur. Walau tiada official study week, kelas kebanyakkannya berjaya dihabiskan sejak minggu lepas. Tinggal revision class sahaja yang masih berbaki minggu ini...lebih baik berbanding mereka2 yang masih sibuk dengan tests, assignments, quizzes and project submissions di minggu akhir ini! Jadual exam agak rapat? Bersyukur lagi kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang terpaksa menghabiskan 6 kertas dalam masa 3 hari (yup, pagi petang pagi petang pagi petang..habis~)!

Doakan saya ya? Saya akan sentiasa mendoakan kamu2 yang di luar sana ;)
Buat sisters tersayang yang banyak meluangkan masa demi da'wah ini, semoga ada ganjaran di atas masa2 yang diluangkan utk Islam itu (walau mungkin usaha kita itu tidaklah seberapa)...semoga ada keberkatan yang terselit di mana2. Tapi jangan lupa...usaha itu yang paling utama! Jangan berserah diri sebelum berusaha..usaha dulu barulah tawakkal kepada Allah Ta'ala. SunnatulLah alam...kejayaan Allah kurniakan pada yang gigih berusaha. Takdir itu di hujung usaha =] <-- motivasi untuk diri sendiri -_-"

Tiap kali exam datang menjengah..mesti ana letak gambar ni. Untuk kali ini, ana letak lagi.
Suit the moments ;)


edited at 8.36pm 5th november.
tambah gambar version lelaki la jugak (meraikan yg komen post ni yg semuanya lelaki so far..huhu):


InsyaAllah moga ketemu lagi.
Wassalamua'laikum warahmatullah.
May Allah bless you always.

along: bakal menghadapi 5 paper sem ini
11th Nov - Probability and Statistics
13th Nov - Process Safety and Loss Prevention
15th Nov - Chemical Reaction Engineering
16th Nov - Separation Process II
25th Nov - Process Instrumentation
banyak perkataan process..hehe

8 comments:

penaberkala said...

good luck and all the best!

along rufaidah said...

penaberkala: wah..cepat je comment. thanks~ to u too ;)

nifi a.k.a beliamuda said...

eh, sama la subjke kite.. huhu..

papepun, all the best tuk final kali ni.. doakan kita semua berjaya~

Hazwan Arif said...

5 subjek la..

all de best 4 final..
:)

along rufaidah said...

nifi a.k.a beliamuda: dush~ of course la same. sejak bile la pulak lain2 kelas kan?

insyaAllah, mudah-mudahan kejayaan milik bersama.

hazwan arif a.k.a beliau: eh..alamak~ terpengaruh dgn ayat dlm entry pasal 6 papers in 3 days. thanks betulkan. all the best too!

nifi a.k.a beliamuda said...

a'ah, ptt la sama kan.. haha~ :P

cik may said...

all the best!!!!
gambatte~~

along rufaidah said...

nifi a.k.a beliamuda: one more to go!

cik may: tenkiu2 cik may..hey, saya rindu kamu la =)