Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Sunday, September 27, 2009

Raya datang lagi... (II)

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah...masih diberi peluang utk bernafas di dunia ini. Kadangkala ujian yang kunjung tiba buat kita rasa cukuplah hidup di dunia ini..terlalu banyak kesengsaraan, kesakitan, keresahan, ketidakadilan....namun, mengenangkan pahala yang tak seberapa dibandingkan dengan dosa yang menggunung tinggi, mengenangkan fainnama'al 'usri yusraa...hati dikuatkan dan langkah kaki di denai kehidupan diteruskan.

Raya kali ini kurang meriahnya berbanding tahun-tahun dulu. Adakah diri yang sudah makin dewasa membuatkan semangat menyambut Aildilfitri itu semakin berkurangan? Tiada lagi saat2 seronok tolong buat biskut raya, main bunga api, sibuk pilih baju raya. Aidilfitri kali ini penuh sesalan di dada...sesal kerana sepatutnya 1 Syawal merupakan saat diri kembali kepada fitrah yang asal usai sebulan ditarbiyah madrasah Ramadhan. Namun, ana rasa Ramadhan yang lalu tidak dimanfaatkan sebaik Ramadhan sebelumnya...kurang penghayatan...kurang rohnya. Tidak tahu mengapa...mungkin diri yang asyik disibukkan perihal duniawi agaknya.

Jikalau Ramadhan diibaratkan sebagai University of Tarbiyyah maka ana merupakan salah seorang pelajarnya yang tidak tergolong dalam kalangan mereka yang menerima first class honour...salah seorang yang tidak dapat mengecapi erti kejayaan sebenar di hari graduasinya. Terasa kosong di pagi 1 Syawal...sayu menghenyak diri pabila terkenang andai kata tiada lagi Ramadhan yang bakal ditempuhi tahun hadapan. Semoga ana tidak terus alpa andai diberi peluang bertemu Ramadhan lagi kelak...dan semoga diri terus kuat menghadapi 11 bulan yang akan datang ini.

Syawal 1430H disambut di kampung sebelah ayah di Ketereh, Kelantan. Alhamdulillah..dapat ketemu semua pakcik makcik dan sepupu dari sebelah ayah. Adik beradik ayah 9 org semuanya (tolak Ayah Su yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu) dengan bilangan cucu keluarga Allahyarham Tok Ayah seramai 22 org. I'll let the pictures do the talking from this point onwards ok.

juadah pagi raya:
nasi dagang with gulai ikan, gulai ayam, gulai daging, telur rebus, sambal udang
ketupat palas + lemang with serunding
tapai

berbaju maroon di sebelah kereta maroon (kebetulan warna tema sama dgn warna kereta)
my 3 guys: abang, ayah, luqman

kakak dan adik2 perempuan ayah:
che su (adik bongsu ayah), che pah (kakak atas che su), umi (adik bawah ayah), mama no (kakak ayah..anak ke-2), che chik (kakak atas che nie), che nie (kakak atas che pah)

family umi zaharah + pa zulkarnain:
zikru rahmat (with spec), zulilham (cucu sulung... in purple), amirul hakim (in red with kopiah), iman daniel (in red with songkok)
syahmi in yellow (anak che pah) + aliff in blue (anak che nie) interframe

family che nie + pakcik norman in blue:
aisyah natirah, aliff najmi, afifah nisrina
(a= anie, n = norman..sweet kan?)

family che pah + ayoh li in royal yellow ;) :
syahmi rahimi, shasha rabihah
(s = sharipah, r = razali..cute jgk)

family che su + pakcik bob in purple:
nur adlina...panggil 'dina' (sangat petah bercakap!)
adik dina dalam perut ummi

family ayoh ngoh + che ngoh in maroon merah:
belakang > luqman, qilah, mama, ayah, abang, najihah
depan > along, idah

tiada gambar keluarga:
family ayah chik + che ti with firdaus, kak ngah (tak igt nama..huhu), alisa, ayuni
family ayah (abg sulung ayah) + ibu with nazreen and nasaruddin
mama no (short for 'nora') and che chik tidak berkeluarga


That's about it I think for this post. Had fun knowing my family from the Kelantan side? This is considered small compared to the Johor side. I wont be able to do the same post for the Johor side with 2 major reasons: I cant recall all of their names AND most of my cousins are already married with their own families...I dont even know my cousins' spouses + their children properly yet (it keeps increasing each year..hehe). This is because my dad is the 3rd son out of 10 siblings...so I am one of the oldest among all my cousins. I pretty much can still keep track of all the little ones.

As for my mom, she's the youngest out of 6 siblings. All her brothers and sisters got more than 6 children each (it's already hard trying to remember all their names) and since they are all a lot older, we rarely spend time together doing kid's stuff (main parit, tangkap ikan etc) when I was little. And now most of them are married (huhu...sepupu2 ni semua jenis kawen awal....20, 21, 22 semua dh selamat dah) with their own children which I dont even get to meet most of them yet. The only way to identify whose children is this and that is by looking at their baju raya. "Ahaa...she's wearing purple, this must be Kak Comel's daughter. That one is wearing red same as Kak Aishah..." and so on. Only my mom (i'm oldest) and her older sister (the oldest is Iwan, only 2 years older than me) are left without any
menantu + cucu yet...huhu.

Selesai kisah raya dan sanak saudara. Ana rasa itu je yang paling best saat hari raya ni...dapat ketemu makcik pakcik sepupu yang mmg jarang berjumpa kalau bukan waktu raya. Jangan sampai tak kenal sedara sendiri pulak nnt kan. Rasanya dengan big family Karisma (SISMA especially :D) lagi rapat kot dari big family sendiri. Itulah indahnya ukhuwah di jalan ini.

Semoga ketemu lagi.
Wassalamu'alaikum wrm wbt.

along: best kan buat baju warna tema ikut family. baru tahun ketiga family ana buat mcm ni (sblm ni tak pernah teringin pulak)..tahun 2007 purple, tahun 2008 hijau, tahun 2009 maroon (+ merah2 yg sesat)...tahun depan biru?

5 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

itulah kegunaannya warna tema yg sama..bila bekumpul family besar2..senang nak identify siapa dari keluarga mana.

tapi kalau ada 2-3 keluarga TERsama warna..tak dapat nak tolong la pulak

terry bogart said...

dah kata ...kalau namanya luqman ..pastu pakai baju meron..mesti handsome..


opss.. i refer it to ur little bro..
ha3

along rufaidah said...

hamba Allah yang memakmurkan: yes...true~

kalau yg kebetulan TERsama warna tu..tanye je la kt budak tu "Adik anak sape ek? mana satu mak? mana satu ayah?" (kalau tnye nama mak n ayah pun mungkin tak kenal jgk mane satu tuan punya badan tu)

terry bogart: huhu~ lagi satu traits org nama luqman...cepat perasan betul.

MamaHanan said...

amboii..satu famili merahnyee..er merah ke maroon ek..sapa nama along punya mak su tu? macam kenal je..

along rufaidah said...

MamaHanan:
che su along tu aida namanya.
along rasa satu sekolah dgn kak faiz kot..sbb dulu die pun sains muar jgk.