Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 30, 2009

Kenangan OBS: Part 2

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Utk coretan seterusnya ana akan cuba utk tidak terlalu memanjangkan catatan...tp sgt susah sbb kalau boleh semua benda nk cerita supaya takde sikit pun yg terlupa. Almaklumlah, experience of a lifetime...kalau boleh nk buat satu buku cerita pasal ni.

Day 3: 22 June 2009 (Monday)
Pagi tu terjaga jam 5.00 pagi dengan semangat berkobar-kobar. Selesai mandi, basuh baju (mmg habit suka basuh baju pagi2...tak berebut dgn org lain), solat subuh dan bersiap, kami gadis gading turun ke bawah dengan magic bag masing2. Kami meletakkan magic bag di tempat kami mengumpulkan gallon bottles + jerry cans (jerry can = botol air yang lebih besar memuatkan 5-6 gallon air) hari sebelumnya dan mula mencari kelibat lelaki gading yang lain. And guess what? Of course they're not there yet...huhu. So kami angkat apa yang patut (baca: apa yang ringan) dr gym hall ke tepi pantai tu sementara menanti kehadiran yang lain. Dalam pukul 6.55 pagi kami diarahkan berkumpul utk sesi nyanyian Negaraku dan seterusnya sarapan nasi goreng + telur rebus (sebiji telur rebus sorang!). Waktu ni tinggal watch dalam Group 1 je (gading, trusmadi, beremban) yang ada di OBML. 4 watch lain dalam Group 2 sudah bergerak sejak petang sebelumnya utk Ekspedisi Kayak.

Selesai breakfast kami segera ke whaler kami utk sesi loading barang2 yang banyak lagi tu (sbb start lmbt kan..). Jam 8.30 pagi kami bergerak meninggalkan pantai menuju destinasi kami yang sgt amat jauh tu selepas masing2 menelan pil mabuk laut yang diberi oleh Che Wan. Time ni tak sempat pun nk warm-up or anything (kesannya mmg sakit badan la ptg tu). Memandangkan motherboat tak masuk ke dalam, maka kami terpaksa ke motherboat utk loading barang2 seperti magic bag dan jerry can ke atas boat...dan sekali lagi terpaksa jadi org first yang lompat. Cuma kali ni ada sorg instructor yang tolong ambil tali tu dan ikatkan dulu sebelum ana naik boat. Selesai unloading barang dan berbekalkan semangat yang masih membara, kami meneruskan perjalanan.

Ana dan Bee berada di bow lagi menjaga jib sail seperti hari sebelumnya, kali ini dah tahu lebih sikit berkenaan proses memasang sail ni. Che Wan memulakan arahan "Ready to make way together"...kami menjawab "Make way together...ay-ay Captain...Dip Pull Out" dan seterusnya. Kami di bow mula2 semangat juga menjerit "Dip Pull Out" bersama-sama tapi lama kelamaan penat menguasai diri dan akhirnya masing2 terdiam je. Fateha di stern bersama Che Wan menjadi tukang kira kayuhan. Utk setiap 100 kayuhan setiap row akan dibenarkan utk berehat buat sementara waktu dan selesai satu pusingan, mereka harus menunggu 500 kayuhan lagi sebelum kembali berehat. Sempat la juga ana duduk melayan perasaan tengok air laut dan pemandangan Pulau Pangkor yang, subhanAllah, sgt cantik. Selang beberapa ketika tiba2 Ipin di sebelah portside yang agak kepenatan minta tukar, "Rufai..ko pulak tolong dayung". Dalam hati dh "alamak...mcm mane ni..tak reti dayung". Tapi takkan nk kata tak boleh pulak kan...kata kerjasama berkumpulan, takkan nk naik whaler mcm tu je tak kayuh. So dengan hati yang berat terima je lah. Waktu ni Tomok di sebelah kiri dan Lan di depan. And as I expected, mmg asyik terlanggar dengan oar orang depan je la. Rasanya kalau berterusan mcm tu mmg boleh pecah oars tu. Oar pulak asyik nk terlepas masuk laut, nasib baik Lan dengan sebelah tangan je tolong tarik balik....kalau tak, mmg dh kurang satu oar. Bertahan lebih kurang setengah jam kot sebelum akhirnya tukar dengan Bee pulak.

Bee tak biasa mendayung di sebelah port side dan akhirnya tukar ke starboard dengan Judin. Perjalanan kami banyak diisi dengan lawak jenaka dan gelak tawa dengan teka-teki tak masuk akal...sekadar nk release stress dan supaya semua org tak rasa tension sgt kan. Jadi sedar tak sedar perjalanan pun tak terasa sangat. Judin ambil tempat Bee di bow sehinggalah kami berhenti utk lunch + zohor jam 12 lebih setelah 4 jam mendayung kt satu tempat ni (tak sure kat mana...). Whaler kami mmg yang terakhir la sampai antara 3 whaler yang bergerak hari tu. Tapi Che Wan kata ni kira ok la, kami bergerak agak laju hari tu berbanding ekspedisi biasa. Alhamdulillah, cuaca menyebelahi kami dengan angin yang agak ok pagi tu. Gadis gading mula menghidang nasi + lauk utk lunch sementara budak2 lelaki merehatkan diri (org2 yang tak penat mendayung ni la kena serve) yang lelah mendayung. Kawasan tu mcm ada chalet + tandas (tp takde air) + wakaf yang tak digunakan...di sebelah belakang ada kolam tadahan air (air sgt best walau warna coklat2 sikit). Dapat la kami makan sambil mengadap laut...selesai makan dan basuh2 mess tin dengan air laut kami ke tandas dan berwudhu di kolam belakang utk solat zohor...smpt jirus2 badan jugak dengan air yg sejuk amat tu. Budak2 lelaki solat sekali berjemaah di atas pasir pantai tu (sgt best perasaan tu~ rasa sgt rendah diri menghadap Ilahi)...kami yang perempuan ni semua tak bawak telekung so semua nak jama' takhir dan solat di Pantai Shawal je nnt. Tapi memandangkan ana + bee dah siap berstokin maka kami pun solat je la di porch salah satu chalet yang ada tu (chalet number 2..hehe).

Lebih kurang jam 1.45 petang kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Kali ni ana tak mendayung dah sehinggalah kami tiba di Pantai Shawal pukul 3 lebih (ambil masa 6 jam je tolak lunch break...biasanya Che Wan kata around pukul 5 or 6 baru sampai)...kami watch terakhir yang sampai tapi dapat spot campsite yang paling best ^_^ redup dilindungi pokok dan dekat dengan air. Selesai melipat sail utk overnight position dan mengangkut segala barang ke darat, kami mula menyusun barang2 milik watch kami di sekitar campsite. Dengan parang yang tak berapa tajam + berkarat tu team kayu api mula mencari kayu api dan team pasang khemah guna pisau kami ('pisau kami' sbb pisau tu kira kepunyaan team masak la kan) utk setup tents. Sementara itu, gadis gading menggunakan axion yang telah 'dipinjam' dari sink dining hall OBML (tiba2 terfikir utk bawak sabun basuh pinggan + sponge malam sebelumnya...dengan kain buruk yang kami jumpa kt gym hall pun dirembat sekali) utk mencuci periuk2 bekas makanan tengahari tu. Walaupun kawasan memasak agak terdedah dengan angin dari arah pantai, tapi dengan kebijaksanaan lelaki gading yang menyusun gallon bottles sebagai penghalang + menggunakan topi pekebun tu sebagai kipas, kami berjaya menjadi watch pertama menghidupkan api. Seriously tak tahu nk masak nasi berapa banyak utk 13 orang makan dengan 3 kg beras yang diberi. Mengikut kebiasaan 4 pot di rumah utk 8 org makan...so utk 13 org mungkin la 6-7 pot biasa tu. Cuma kami takde pot yg selalu digunakan tu....dengan menggunakan cawan minuman tu ana mula menyukat beras. Budak2 ni pesan "nasi lebih takpe...jangan nasi kurang. kalau lebih boleh masak nasi goreng esok pagi". So sbb agak risau nasi tak cukup mmg masak je la nasi 7 cawan...sgt byk tu sebenarnya...separuh periuk nasi tu. Nik dah risau takut tak muat periuk bila nasi dah masak nanti...sibuk Nik menyoal siasat tu beras naik periuk ke tak (huhu..tak tahu pun ada beras naik periuk, beras tak naik). Kami pun berserah je dan mula menanak nasi. Alhamdulillah nasi masak dengan cepat + tak melimpah periuk + tak mentah..mmg sedap la. Kerak pun tak banyak sangat. Bersyukur mak sebab nasi menjadi lebih2 lagi budak2 lelaki gading ni berlagak sikit, "oii..jiran sebelah...dh siap masak ke? kami dah siap masak nasi beriyani ni, amek bau jelah ye. lepas ni nk masak ikan 3 rasa pulak". Owh ye, tak tahu la sejak hari ke berapa (first day kot) start dapat gelaran mak ni...tapi mmg melekat la gelaran tu sampai habis OBS. Budak2 lelaki la beriya panggil mak...dengan Che Wan pun terikut sekali, huhu. Mungkin sbb suka mengarah sikit kot..plus mmg menjadi kebiasaan hidangkan nasi utk semua org time meals. So semua orang pun panggil mak..towards the end yang panggil ummi pun ada..waah -_-".

Sementara nasi dimasak, team memasak yang lain sibuk memotong buah oren+epal (semua start mkn oren dulu...mak tak marah la, semua lapar tu), kupas bawang besar+bawang putih, buat telur dadar+bawang, potong kobis, bukak tin sardin, bancuh air asam jawa. Budak lelaki beriya semangat nak buat air gula jadi kami guna 1.5 paket gula utk buat air gula dan simpan balik dalam gallon bottle (so senang la lepas tu kalau nk buat air). Sebahagian dari hirisan oren kami campur dengan air sirap utk buat air sirap oren. Selesai buat air kami teruskan dengan memasak sardin...nampaknya lelaki2 yang kelaparan dah mula menyibuk nk tolong time tu. Tomok si tangki besar yang kelaparan diberi tugas utk rasa sardin yang dh siap masak tu. After the OK from tukang rasa, we proceed with the telur dadar next. Memandangkan takde pinggan besar pun nk letak telur dadar + telur tu pun dah takde rupa telur dadar dah dalam kuali tu, kami buat scrambled egg je terus.

Waktu makanan2 dah mula masak ni mmg banyak teramat la lalat yg datang menyerang. Kami dah kebuntuan nk simpan mcm mana makanan2 ni dari santapan para lalat. As a last resort we cover them with topi pekebun tu je. Lastly, sementara budak2 lelaki kemas tempat kami buat persediaan memasak tu, ana proceed utk masak sayur pula. Semua nak kobis berkuah banyak...so tumis bawang, campak kobis and start letak kicap campur air utk buat kuah. Time ni Saud yang menjadi pengacau sayur....Tomok dh berlegar kt tepi tu nk jadi tukang rasa lagi. Yang paling nk tergelaknya, bila nk rasa tu boleh pulak si Saud tu ceduk kuah dengan senduk terus tuang atas tangan si Tomok...panas la pakcik oii. Kena la ajar kejap (hehe~)...tiup dulu sikit2 sebelum letak sikit atas tapak tangan utk rasa. Kebanyakan lelaki gading sibuk nk jadi tukang rasa waktu ni...mmg tak tahu pun apa rasa. Kalau budak lelaki dah kata ok tu, maknanya ok la kan. Nanti derg jugak yang nk makan :P

Sebelum tu sempat solat asar dengan Bee atas pasir pantai jugak (nk merasa)...kami ke kawasan pantai terlindung sikit, amek wudhu dalam laut dan kemudiannya dengan baju basah2 tu terus solat di atas pantai...asal bersih + menutup aurat kan? Ana masih ingat lagi pesan seorang kakak, kalau pakaian yang kita pakai tu betul2 menutup aurat mesti lepas utk buat solat kan? Sebab syarat dia sama je right? Perasaan tak dapat digambarkan saat dahi mencecah pasir tanpa alas dengan penuh rasa rendah diri. Siapa kata solat itu susah? Mcm budak2 lelaki gading asyik ckp "Islam itu mudah" (time ni derg nk mempertahankan sebab apa derg asyik solat jama' je..baik di OBML atau di campsite...tak nak comment pjg sbb byk pendapat bab ni). Selesai masak kami gadis gading minta diri utk mandi dulu sebelum gelap...kalau dh gelap susah pulak nk kena mandi perigi tu kan. Jadi lelaki gading kena jadi penyabar sekejap tahan lapar sementara menanti kami berlima tu mandi.

Nasib tak baik kami bergerak serentak ke perigi dengan gadis beremban...so kena tunggu mereka2 selesai mandi dulu. Waktu tu mmg rasa sgt2 bersalah la dgn lelaki2 gading yang kami tinggalkan kelaparan tu. Kami tak start mandi pun lagi dh boleh dengar derg menjerit-jerit (takde la jauh sgt dari campsite ke perigi tu...cuma byk semak je) "cepat weih..ktorg lapar dh ni". Selesai je gadis beremban mandi, kami buat cara mandi express supaya cepat selesai. Duduk rapat2 2-3 org dan jirus air sekaligus...sabun2 then bilas lagi sekali. Memang best experience kali pertama mandi perigi tu...Rian yang tolong tarik air dari perigi sbb katanya dulu selalu mandi perigi. Cepat2 tukar baju then gadis gading lagi 3 org minta ana n bee pergi dulu utk hidang2 mknn supaya lelaki gading tak perlu tunggu lebih lama lagi. Nampak je ana keluar dari perigi di sebalik semak tu boleh dengar derg menjerit "yeay..mak dah balik~" (huhu..). Mula la masuk mode membebel..."korg dh basuh belum mess tin? kenapa tak letak dulu nasi sementara tunggu ktorg mandi...bla bla bla"....pandai pulak lelaki gading tu reply "ktorg dh basuh lama dh mess tin tu..mana boleh letak nasi lagi..nnt lalat la..korg tak tahu apa ktorg jumpa tadi...ktorg dh siap boleh heatkan sardin tu lg skali..bagus tak ktorg". Terdiam la maknya pun O_o.

inilah campsite kami di Pantai Syawal di waktu senja sudah mahu melabuhkan tirainya....kem watch Gading yg plg belakang sekali bawah pokok tu ;)
(picture diambil dr group nina punya..pinjam ek)

Selesai hidang2 dan menjamu selera kami bersiap utk menunaikan fardhu maghrib...kami ke perigi sekali lagi sementara kaum lelaki solat jama' maghrib isyak berjemaah. Selesai maghrib berjemaah gadis gading duduk menanti isyak sambil2 menyapu insect repellant ke tangan dan kaki (persediaan utk melindungi diri dari nyamuk). Rasanya time ni lelaki gading pergi mandi pulak kot. Masuk je waktu isyak kami terus solat berjemaah berlima...waktu ni Che Wan sampai utk sesi mlm tu. Selesai solat, kami duduk dalam bulatan di atas canvas tu...Che Wan minta kami reflect back on our journey so far. What should we do to improve it futher the next day and so on. Ada la sesi meluah hati juga oleh pendayung2 handalan kita ni kan. Waktu tu ada je nk share jugak tapi rasa mcm tak layak pun nk bercakap, setakat jaga sail dan pegang whiskerpole utk tegangkan sail (kena letak ur whole body weigh...sgt berat bila angin tu tolak..nk jatuh rasa) ape la sgt kan compare dgn mereka2 yg mendayung ni. Basically esok the guys will be doing most of the work sbb sekejap je pun journey esok and ada yang request utk banyakkan lagi teka-teki supaya kurang sikit mental di pagi hari tu (applicable utk encik saud).

Banyak yang dapat dipelajari dari whaling hari tu. Kerjasama sangat dan teramat la penting...plus perasaan nk menyumbangkan sesuatu utk kumpulan. Tak kisah la walau sekadar pegang tali sail je pun, or tahan whiskerpole, or even mengira kayuhan..yang mendayung apetah lagi kan. When u're in a group u would want to contribute in anyway possible and even the smallest contributions are important...so dont look down upon that. Kita takkan mampu nak duduk dan melihat je teman2 kita yg penat mendayung tu...sbb tu la bila turn utk ganti org lain mendayung, kita akan terima walaupun kita tahu benda tu susah. Ada satu lagi point yg disebut Tomok, perasaan yang sgt teramat penat yg terasa mcm dh nk give-up dh time mendayung tu...tp bila nampak destinasi pantai yg dituju...terus rasa semangat balik...sebab dh nampak apa yang kita aimkan selama ni...we've seen our final destination, the light at the end of the tunnel, the pot of gold at the end of the rainbow...whatever u want to call it. Basically it's the same in life, bila kita dah penat berusaha tapi terkenangkan kembali apa yang kita nak capai di pengakhirannya...semangat tu jadi naik balik. Jadi kita kena sentiasa begin with the end in mind...nampak dgn jelas where we're heading so that that may guide us through the difficult parts in our life journey. (pjg la pulak Rufaidah ni komen..)

gambar whaler berlabuh di senja hari (di pantai OBML)...rasa sgt tenang n damai...terfikir "ada lagi ke peluang nak naik whaler ye lepas ni?"
truly an experience of a lifetime
(ni whaler group nina...tak sure la LR ke tak)

Hampir jam 10 Che Wan meninggalkan kami....memandangkan semua tak nak tidur lagi jadi kamis sambung sembang dan main a few games dulu. Bila Che Wan dh takde semua riuh pulak nk ckp byk ye...mula2 tu diam je. Memandangkan semua dh merengek minta supper..so pegi la bancuh air teh O kejap...terpaksa minum dengan serbuk2 sekali sbb takde penapis teh (Ipin ada offer stokin dia utk buat penapis teh..baru beli katanya..but, err...no thanks). We start off dgn main game botol...duduk dlm bulatan sebut nombor mula dari 1...utk setiap nombor yg ada angka '7' dan gandaan 7 kena sebut 'botol'. Game ni Rian a.k.a. Model yang ajar (time ni Rian masih dipanggil Model..tak keluar lagi gelaran Mek tu). 3 org yang kalah dulu kena hidang air utk semua org. Sambil makan biskut gula cicah air teh O panas kami main sambung2 cerita...start dengan satu ayat...dan setiap orang kena sambung dengan 3 patah perkataan. Cerita pasal? Mcm2 keluar...biar budak2 gading je la yang tahu *_*. Bila dah rasa agak over sikit, kami stop main sambung cerita dan mula main "goreng pisang" lawan lelaki perempuan. After a few rounds we started to get tired and for the final round, we decided that the losing team has to tidy-up and washes the cups. Fair enough right? Macam dah boleh agak..gadis gading jugak la yang kalah...so kami pun kemas2 dan basuh cawan. Waktu tengah mkn biskut cicah air tu ada la jgk lelaki gading bukak cerita.
"Korg tahu tak ktorg jumpa lalat dalam sardin tu? Dalam sayur pun ada jugak terapung-apung"...
"Haaa? biar betul. Korang tak tutup ke sayur tu?" ...
"Huhu..ktorg terlupa la. Tapi sardin tu tutup apa. Nasib baik la aku bijak nak panaskan sardin tu...nampak la benda2 warna hitam yg mcm garing sikit timbul..tu yg nampak, yang tak nampak tak tahu la." ...
"Berapa ekor lalat korang jumpa?"
"Ada la 2 ekor kot.."
Dalam hati, "padan la tadi semua mulut manis (lelaki gading mmg pandai la bab puji-memuji sedapkan hati kaum wanita ni) je puji mknn2 tu sedap. Makan sardin tu pun nampak slow je...hujung2 dah takde sapa nak tambah dah. Ada lalat rupanya...huhu". Alhamdulillah tiada kes sakit perut dilaporkan untuk ekspedisi whaler ni. Selepas tu semua siap2 nk tidur...lelaki2 gading semua nk tidur di luar khemah beratapkan langit...so kami of course la tidur kt dalam. Sebelum tidur pergi cari tempat buang air dulu dgn Bee...huhu.....struggle kami pegi tepi2 pantai kt tempat sorok2 sikit. Mmg tu la cabaran utama sepanjang berada di Pantai Shawal..nk pegi perigi malam2 tak berani. Kalau bab buang air besar tu mmg rasanya semua tahan je kot...takde yang sanggup rasanya nk pergi bawak cangkul gali lubang.

Sebelum tidur Bee minta tolong ambilkan botol air mineralnya yg ada tinggal air separuh lagi. Kami masuk ke khemah dan Bee cuci tgn dgn air tu dulu utk tukar contact lensenya..."ish, apa yg melekit2 ni". Usai menanggalkan contact lense kami menyusun beg sebagai bantal dan Bee minum sedikit air sebelum tidur. Tiba2 ..."ya Allah...air ape ni...manis gile!". Rupa2nya botol air Bee diisi air gula lebihan buat teh O sebelumnya -_-". Gara2 Nik tersilap ambil botol yang diminta oleh Bee, botol Bee sendiri yang jadi mangsa..hehe (tak tahu la ape cerita lense Bee yang dipegang dgn tgn bekas air gula tu). Rian dan Amy plus a few budak laki gading (tak dapat dikenalpasti) tidur lambat sikit jadi minta tolong derg kemas mess tin masuk dalam backpack semula. Risau takut lambat sbb esok seawal jam 7 pagi dah kena bertolak pulang ke OBML. Agak lama ambil masa utk lelap malam tu tambah2 lagi agak panas dalam khemah kami tu....banyak kali juga terjaga malam tu and check jam takut terlewat. Malam tu kami tidur tanpa sentri sampai ke pagi (budak2 watch lain ada buat rasanya)...alhamdulillah tiada perkara yg tak diingini berlaku.

Day 4: 23 June 2009 (Tuesday)
Dah sedar sejak jam 4.30 pagi (sbb nk pegi toilet~) tapi tak sampai hati nk kejut sapa2...jadi tepat jam 5 pagi seperti yang dijanjikan terus kejut Bee dan gadis gading lain utk siapkan sarapan pagi tu dan kemas2. Sementara gadis gading lain bersiap-siap, kami terus sapu jem dan kaya kt roti utk breakfast (mmg tak jln dh la plan nk buat scrambled egg, french toast ape semua..mana sempat nk hidupkn api segala..gelap2 tu pun tak nampak apa..air pun ktorg malas buat..breakfast air kosong je la ye --> gadis beremban baik hati offer air milo pagi tu)..time ni lelaki gading tak bangun pun lagi...tak tahu la macam mana nk kejut. Budak beremban time tu dah bangun dah, sempat hidupkan api lagi. Tapi takpelah..kasi lelaki gading rehat lebih sikit..nanti derg jugak nk dayung kan (tak sampai hati nk kejut sebenarnya) :P.

Waktu tengah sapu roti dengan bantuan cahaya torchlight tu, ada la jugak seorang lelaki gading yang dh bangun (tak igt sape..Lan or Saud kot). Mula la proses mengejut lelaki2 gading lain "oii..Ipin bangun..dah pukul 3 pagi dah ni. Ko sentri kan?"...kami berdua tahan sengih je la kt tepi tu sambil2 sapu roti. Pukul 3 pagi la sangat, jam dh menunjukkan jam 5.45 pagi waktu tu. Once they are awake, we didnt waste any time and started clearing off our campsite. What's important? Teaammmwork~ Hampir jam 6.30 pagi apabila hampir kesemua proses mengemas selesai, barulah kami mengambil wudhu' dari jerry can (tak masuk laut dh kali ni..air pasang, dalam) dan menunaikan fardhu subuh. Lebih kurang jam 7 lebih kami meneruskan perjalanan pulang ke OBML, tapi direct ke OBML tanpa perlu mengelilingi Pulau Pangkor. Kali ini memang kami jauh ketinggalan di belakang.

Mulanya Bee di bow bersama ana seperti biasa, namun dek kerana terlupa memasang jib sail sebelum bergerak kami terpaksa mula memasang apabila whaler sudah mula bergerak. Dah la dua2 ni muka tak reti ikat sail (pandai letak sail dalam position ready n standby je..nk pasang balik dari position overnight tak reti)...so terpaksa minta tolong Tomok org yang dengar penjelasan proses pasang jib sail ni waktu hari ke-2 tu. Jadi Bee terpaksa ganti Tomok mendayung di starboard side..mulanya Bee igt nak dayung sekejap je. Tapi dengan semangat oleh Ipin di sebelah dan Che Wan dari arah depan Bee kuatkan semangat utk mendayung hingga ke akhirnya. Kebetulan pagi tu angin mmg takde sgt...ada di sebelah starboard je, jadi ana je yang handle sail kt depan tu. Tomok dh start boring kt bow tu duduk diam je tak buat apa2 "korang tak mabuk laut ek semalam duduk je kt sini?" ..."erm, ok je...rasa biasa je". Pemandangan pagi tu subhanAllah sgt lawa....sbb kami gerak awal so matahari masih malu2 nk menampakkan cahaya. Boleh nampak kabus lagi di sekeliling kami. Ada rasa macam satu scene dari Pirates of the Caribbean je...dengan pandangan hadapan yang samar2, keadaan sunyi yang hanya dipecahkan oleh kocakan dayung bertemu air laut, dan riak wajah serius setiap seorang dari kami pagi tu.

Satu ketika tu kami mendayung melepasi pangkalan TLDM, sempat la lelaki2 gading berbalas-balas sahutan dengan abang pakcik TLDM yang menyorak dari tepi tu. Tatkala ada speedboat yang mencelah dari tepi, pasti ada riak2 ombak yang terbentuk melanggar whaler kami. Tersenget-senget juga kami di atas whaler LR tu. Lebih kurang 2 jam lebih berlayar dan mengayuh sambil makan roti jem + kaya di atas whaler, selamatlah kami tiba di OBML kembali. Kerja tidak berakhir di situ. Kami terpaksa mengeluarkan kembali semua barang dari whaler, mengemas peralatan ekspedisi dan mencuci life jacket yang telah digunakan. Seperti biasa, lelaki gading buat kerja2 berat angkat sail, basuh oars, kemas peralatan sailing, cuci tent sheet...kami gadis gading mula mencuci life jacket satu persatu, membasuh mess tin yg telah digunakan, menggonyoh periuk kuali yang hitam dan kerja2 'wanita' yang lainnya. Sejam kemudian kami naik kembali ke dorm utk membersihkan diri (ye...semua orang tak mandi pagi lagi waktu tu), membasuh baju yang berbau air laut dan merehatkan badan yang lenguh di sana sini. Jam 12.30 kami turun utk lunch di dining hall.

Surprise2....lepas lunch kami dikehendaki kembali berkumpul jam 2.15 petang di Boat House dengan pakaian aktiviti air lagi utk latihan kayak pula. Semua menunjukkan muka tak puas hati "alaa...baru je selesai basuh baju. kalau tahu tak basuh dulu baju tu" ..."Che Wan, tangan tak hilang lenguh lagi...tak larat nk mendayung dah ni". Che Wan tersengih mcm biasa dengan gelagat kami yang banyak komplen ni. Petang tu usai solat zohor dengan badan yang masih sengal2 kami diajar cara2 utk mengangkat kayak dan mendayung ke kiri, ke kanan, hold water, reverse dan pelbagai lagi terma yang dipelajari. Sebelum tu kami diberi latihan water confidence...we have to learn to trust our life jacket. Berbekalkan life jacket kami diminta bergerak ke tengah laut sehingga kaki tak jejak pasir di dasar dah. Kami diminta utk berada dalam posisi bulatan (pegang tangan antara satu sama lain) dan baring melintang di atas laut dengan badan diapungkan life jacket. Kemudiannya kami diminta berada dalam posisi meniarap pula sebelum di arah berenang ke tepi pantai. Macam2 gaya la waktu tu.

Selesai latihan water confidence, kami dibahagikan kepada partner utk latihan kayak hari itu dan ekspedisi kayak keesokkan harinya. Amy+Nik, Mek (waktu ni gelaran Model dah berganti Mek)+Saud, Teha+Farid, Bee+Judin, Rufy+Lan, Ipin+Mayak dan Tomok bergerak solo utk latihan petang itu (tapi utk ekspedisi esoknya Tomok dipartnerkan dengan Farid memandangkan Teha tak dapat berkayak -- masalah tangan -- dan terpaksa naik motherboat). Kami diajar bagaimana utk menyelamatkan diri jika capsized (kayak terbalik) di tengah laut, macam mana utk berada dalam posisi rafting (rapatkan kayak antara satu sama lain) bagi proses menyelamat, melepaskan lelah atau menukar partner kayak. Mulanya setiap pasangan kayak diterbalikkan secara sengaja oleh Che Wan (waktu ni still tak jauh dari pantai....so tak takut sangat) supaya semua orang merasa pengalaman capsized dan tahu cara utk keluar dari bawah kayak. Seterusnya kami bergerak ke tengah laut. Kayak Ipin+Mayak merupakan kayak pertama yang diterbalikkan...budak gading lain segera mendayung dan membentuk posisi rafting bagi rescue process. Agak berat utk tarik kayak mereka dari air dan menterbalikkannya di atas rafting kayak yang telah dibentuk tu. Belum selesai kami menyelamatkan Ipin+Mayak, Che Wan bergegas menterbalikkan kayak Mek+Saud. Kerjasama berkumpulan mmg benar2 diuji tika itu. Kesian tengak Mek yang terkapai-kapai berusaha utk panjat kembali masuk ke dalam kayaknya. Bila ditanya apa perasaan waktu tu, Mek menjawab "Debor nok mati..". Seterusnya setelah semua diselamatkan dan kembali ke posisi rafting, kami diarahkan utk berdiri dalam kayak (mula2 org depan berdiri, kemudian org belakang berdiri dan orang depan duduk) dan dibuli menyanyikan lagu UTP + lagu Petronas. Kami juga diajar bagaimana utk melangkah dari satu kayak ke kayak lain utk proses pertukaran partner...dan seperti biasa jadi mangsa lagi "Rufai..." .. "Yes Che Wan? (dlm hati, ape la yg che wan ni nk suruh pulak)" ..."Awak berdiri tukar tempat dengan..ermm....dengan Bee". So bergerak la kami berdua. After a few more rounds and learning the tricks of handling the kayak, we stopped for the practice session that afternoon. Dengan baju yang basah kami kembali mencuci life jacket sementara kaum lelaki mencuci kayak (lg susah + berat!).

Seterusnya kami naik bersihkan diri utk solat Asar, turun kembali utk dinner, naik semula utk solat Maghrib sebelum berkumpul kembali jam 8.15 malam di Dataran Diraja. Selang beberapa ketika semua watch sudah sedia berkumpul. Bila ditanya "Gading cukup?" ..."Err...budak laki gading tak turun lagi". Malu kami waktu tu...huhu. Che Wan dah mula buat muka..."Bee, Rufai..awak pergi dekat tangga dorm derg tu jerit suruh cepat sikit". Kami berdua pun menuju ke arah yang dimaksudkan...baru je nk menapak naik tangga dah nampak kelibat lelaki2 gading. Nasib baik la semua turun in time, kalau tak mmg kami terpacak depan pintu dorm Bubu tu terus. Malam tu kami diajar menyanyikan lagu OB School, OB Spirit dan "Bertemu Berpisah" serta "Auld Lang Syne" (slang Scottish yang membawa maksud..."Old Long Since"). Lagu2 tersebut akan dinyanyikan pada malam terakhir kami semasa BBQ Night. Abg Nazim (instructor Beremban) turut mengarahkan kami utk menyediakan persembahan ringkas daripada setiap watch utk malam tersebut. Kemudiannya kami dibrief tentang perjalanan Ekspedisi Kayak kami keesokkan harinya ke Teluk Segadas/Sekadih. Perjalanan hari pertama akan menuju ke Pulau Katak terlebih dahulu sebelu ke destinasi akhir, Pantai Teluk Sekadih. Perjalanan 8 km ini dijangka mengambil masa kira2 4 jam dan perjalan balik terus ke OBML dari Teluk Sekadih akan mengambil masa 2 jam bagi 4 km perjalanan.

Usai penerangan tentang air pasang surut (tak berapa faham sgt pun, yang pasti kami akan menentang arus la bagi hari pertama nanti), kami diajar bagaimana utk bergerak dalam diamond formation esok harinya secara beramai-ramai. Sea Captain akan berada di depan, Right Flanker (RF) di sebelah kanan diamond, Left Flanker (LF) di sebelah kiri diamond dan yang terakhir, Sweeper yang akan menjaga bahagian belakang memastikan tiada siapa yang ketinggalan dari luar lingkungan diamond. Hasil perbincangan, Arai + Zaza as partner akan menjadi captain, Wafi + Sarah di posisi LF, Ipin + Mayak as partner menawarkan diri sebagai RF dan Tomok + Farid di posisi Sweeper. Kami diberitahu Group 2 (yang melalui Ekspedisi Kayak terlebih dahulu pada hari ke-2) tidak berjaya ke Teluk Sekadih kerana angin kuat menolak mereka dan mereka terpaksa ke Pantai Shawal utk kedua-dua ekspedisi. Encik Arai as sea captain sgt2 berharap cuaca menyebelahi kami supaya dapat kami menjejakkan kaki ke Teluk Sekadih.

Kami berpecah mengikut watch dan Che Wan menyerahkan batu asah + penapis teh yang telah dibeli utk kegunaan kami (supaya tak perlu la minum teh berserbuk lagi). Seterusnya bergerak ke dining hall utk supper dan proses memeriksa barang dalam ration drum. Rupa2nya kali ini kami tidak diberi gula, bawang dan teh. Teh sudah habis dibazirkan oleh Mayak..jadinya mmg terpaksa minum milo je la nnt. Bawang lebihan ekspedisi whaler pula lelaki2 gading dah buang sekembalinya dari Pantai Shawal (tapi berjaya diselematkan oleh Amy + Rian...malangnya lupa jugak kami nk bawa pergi Sekadih). Melihatkan kari ayam dalam tin dan sayur kobis, timun, carrot dan cili sudah terbayang nk buat acar sayur. Setelah bertanya pandangan yang lebih pakar (Encik Nik), beliau menyarankan supaya kami tolak tepi rancangan nk buat acar tu sbb acar tak sedap katanya kalau takde cuka..mana boleh buat dengan gula + garam je. Kami pun turutkan sahaja. Telur lebihan ekspedisi whaler juga kami bawa...boleh buat telur dadar nnt fikir kami.

Seterusnya bergerak ke stor barangan utk mengemaskan barang2 camping. Sementara beberapa lelaki gading duduk mengasah parang dan pisau, kami diketuai Ipin (yang semangat sikit bab2 performance ni) mula duduk berbincang persembahan apa yang akan kami sediakan utk BBQ Night nnt. Perbincangan malam tu agak kurang efektif memandangkan semua penat dan tak sabar menanti katil di dorm. Kami yang perempuan pula tak sabar nak buka spa urut badan yang sengal. Hasil perbincangan kami mengambil keputusan utk mempersembahkan sketsa situasi penuh ragam di atas whaler dan menggunakan kedudukan tersebut kami akan menyanyikan dikir barat watch Gading. Gadis Gading menyerahkan tanggungjawab mengarang dikir barat kepada kaum lelaki (memandangkan Mayak yang jadi tukang karut nnt); dikir barat yang akan kami sertakan deskripsi pendek setiap seorang dari kami di dalamnya. Sempat kami berpesan "utk part perempuan tu korang pandai2 la describe kami mcm mane pun.." ....ada suara yang menyahut dalam diam "owh..yang tu tak kisah..tiap2 malam pun kami ckp kt dorm". Hoho T_T ini rupanya kerja kaum lelaki, ingatkan kami2 kaum perempuan je yang bercerita komen itu ini dalam dorm.

Dengan muka penat kami bergerak ke dorm masing2 dengan janji utk berkumpul semula jam 6.30 pagi di stor Gading. Setibanya di bilik, segera menunaikan solat isyak kemudian sempat mengemas barang ke dalam magic bag dan menyapu minyak panas ke tempat2 sengal sebelum tidur merebahkan badan yang menuntut rehat.

-----
Selesai kisah hari ke-3 dan ke-4 di OBS..apa akan terjadi semasa Ekspedisi Kayak? Nantikan Part 3 ye. (Kena kuatkan diri utk terus menulis ni...post ni pun byk kali edit sbb ada tertinggal kenangan best2 yang tak boleh tak coret).

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: takde gambar langsung dalam post ni..tulisan semata-mata. maaf ye.
along on 12/7: dh tambah 2 gambar yg baru 'dicuri' ;)

12 comments:

SAP Perform said...

wah..
macam novel..
huhuhu
tp siyes
obs sgt best!!
haha

beliamuda said...

baru abih separuh... nnt sambung esok plak..

daripada Along, naik pangkat kepada Mak.. hehe~~

sanishaqifah said...

salam rufaidah,
this is seriously....aaaa....

Amin Baek said...

gle detail a cte ko..
papepn,intructor beremban best..big shah..hahah

beliamuda said...

fuh.. latihan kayak tu.. mencabar sangat..

Syazwan Zubir said...

woho..leh wat novel ni.. =D

along rufaidah said...

sap: hehe...tu la..best sgt sampai tulis pun ada rasa best. mcm novel? ni mesti tak baca ni sbb pjg sgt :P

beliamuda/nipi: tahniah sbb anda antara golongan tegar yg sudi membaca. tu la pasal...pangkat Along dh naik ke Mak...huhu.
mencabar ek latihan kayak tu? part mane tu? rasanya time buat tu...wpun berdebar-debar sket bab nk kena diterbalikkan, still manageable la. (dh lepas boleh la ckp kan..haha)

kak shaqifah: salam
yeah..i know..so "aaaaa" :D

amin: crite detail2..tak nk lupa sket pun. o0o..abg nazim tu panggilan lain die big shah ek? (mmg patut la..tinggi gile~)

syazwan: heh...mungkin suatu hari nanti keluar satu buku di pasaran bertajuk "experience of a lifetime: OBS" ...siapa tahu..

k e r e p e k t e m p e said...

wah best! seronok dgar rufaidah bercerita.. kene usha obml nih :)

terry bogart said...

saya budak MARA..MARA sayang rakyat..lalala

along rufaidah said...

kerepektempe: acab...yeap2..obml tu sgt best la. kan seronok klu boleh dtg saje2 main kayak or anything (meaning dtg tanpa join courses die tu la)

terry bogart: petronas pun sayang scholars die..sbb tu die sanggup spend duit byk2 bg ktorg lalui semua benda ni...to produce well-rounded graduates la katekan.

terry bogart said...

well rounded @ crying well sebab xbalik umah?..lalala

teha =) said...

salam..
akhirnye jpe ur blog...
hehe.. obs mmg best..
nengkali nak sme group ngn rufai agy..
t'ingt kes dak2 gading sakit perut tue..
pegi toilet 3 pagi..
hihihi
=P