Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Monday, June 29, 2009

Kenangan OBS: Part 1

Assalamu'alaikum wrm wbt,

Alhamdulillah masih diberi kelapangan untuk terus mencoret. Tulus dari hati, memang jari jemari ni dah tak sabar2 sejak balik dari OBS Jumaat lepas untuk terus mencoret segala-galanya yang telah ditempuhi utk simpanan masa hadapan. Yelah, coretan kini kan rujukan masa hadapan ;). Namun kepenatan diri mengatasi dan masa mencemburui, jadi sekarang baru berkesempatan utk mencoret.

Kalau anda baca entri sebelum ke OBS pada 20 Jun lepas mungkin dapat difahami betapa cuaknya hati ni sebelum bertolak ke OBS tu. Macam2 dah terbayang dalam kepala...tambah2 lagi dengan cerita yang pelbagai daripada senior2 dan mereka2 yang telah telebih dahulu ke OBS utk 1st dan 2nd session. Perkara yang paling amat dirisaukan sepanjang seminggu berOBS tu tak lain dan tak bukan banyak berkait rapat dengan perihal menjaga pergaulan dan solat sepanjang tempoh OBS berlangsung. Walaupun dah tahu diri ni takde la fit sangat pun, and tahu OBS ni mmg 100% aktiviti luar, tapi perkara yang paling dirisaukan bukanlah berkenaan aktiviti tu sendiri. Habis semua org yg telah melalui OBS ana interview, tanya secara details apa yang berlaku semasa di sana. Ada komen2 yang menenangkan hati...dan ada juga yang buat hati kacau kembali.

Apa2pun, kini sekembalinya dari OBS...ana mampu tersenyum dan mengatakan bahawa OBS sgt best~! Alhamdulillah, rasanya tiada masalah dari segi pergaulan mahupun solat (siap boleh solat berjemaah lagi semasa camping). Teringat balik pesan Yuyue sebelum pergi hari tu utk jaga diri dan kawan2...rasanya alhamdulillah terjaga. Pesan Yuyue yang kekuatan mental dan dalaman yg lebih penting supaya dapat melalui semuanya dgn senyuman...rasanya pun tercapai. Rasanya mungkin la tak teremosional sgt sepanjang ekspedisi2 yang telah dijalankan (mungkin ada kot sekali termelenting sikit..maklumlah...jadi 'mak').

Ana termasuk dalam kalangan 3rd session OBS utk mereka2 yang daripada UTP ataupun sesi Petronas Scholars 4/09. OBS seperti yang ana ceritakan sebelum ni berbentuk aktiviti luar yang jauh berbeza dari STE yang telah disertai sebelum ini. OBS kali ini diadakan di OBML (Outward Bound Malaysia, Lumut) yang merupakan OB yang kedua tertua di dunia...yeah, u read that right..the second oldest in the world! Since our course lasted for only one week, the activities that were planned for us involved water activities only, namely kayaking and going on the whaler.

logo OBM Lumut
to serve to strive and not to yield


Memandangkan ada terlalu terlalu terlalu banyak yang ingin diceritakan...let me split this into a day-to-day account of what went on during OBS. Kalau rasa boring/panjang, tak perlulah baca ye...catatan untuk kenangan sendiri je ni.

Day 1: 20 June 2009 (Saturday)
Bertolak dari rumah jam 11.32 pagi, mentang2 rumah dekat memang ambil kesempatan la bertolak selewat mungkin (tapi tu pun dh kira lmbt sgt dh tu..gara2 tunggu adik yg nk balik asrama bersiap). Setibanya di Main Hall UTP tepat jam 12.00 tghr sudah kelihatan 3 buah bas yang akan membawa kami ke OBML. Rasa mcm dah terlambat pula memandangkan bas sudah tersedia menanti kami di situ. Salam dengan ayah dan ayah sempat berpesan "Baca bismillah sebelum buat semua benda.." sebelum bergerak mendapatkan budak2 perempuan lain. Selesai tanda nama dan meletakkan beg ke dalam bas, kami memulakan perjalanan ke Lumut.

Kami tiba kira2 jam 1.30 ptg (anggaran je ni..tak pasti sgt) sebelum diarahkan utk berkumpul di dalam Gym Hall utk pembahagian kumpulan setelah para instructor memperkenalkan diri masing2. Antara sesi yang dinanti penuh debaran, takut jugak la kalau dpt satu group dengan mereka2 yang kurang dikenali. Yeay~ alhamdulillah bila diumumkan dapat segroup dengan Bee yang mmg la dh kenal sbb kami jiran sebelah rumah + satu event.

Group di OBS ni dipanggil "watch" dan diberi nama mengikut nama2 gunung (ada 7 semuanya: Gading, Beremban, Trusmadi, Tahan, Ulu Sepat, Ledang, Jerai). Kami berdua dimasukkan ke watch Gading (sepanjang seminggu di sana tertanya-tanya Gunung Gading ni kt mana...rupa2nya Gunung Gading ni di Sarawak -- ada Gunung Gading National Park lg -- and Gunung Gading is home to the world's largest flower, the Rafflesia ...ayat copy paste dari google) dengan instructor kami yang sgt best, Encik Irwan a.k.a Che Wan. Watch kami terdiri daripada 5 gadis gading (2 satu batch + 3 budak Julai07) dan 8 lelaki gading (semua same batch ek?). Mereka2 yang dah jadi mcm another small family ni terdiri dari:

- Rufaidah (nama panggilan: Rufy pronounced Rufai...nama panggilan di OBS: Mak o_O)
- Rabiatul Adawiyah (nama panggilan: Bee)
- Nurulain Amelia (nama panggilan: Amy)
- Nurul Fateha (nama panggilan: Fateha/Teha)
- Rian Farisha (nama panggilan: Rian...nama panggilan di OBS: Model/Mek :P)
- Farid (nama panggilan: Babat)
- Shafuan (nama panggilan: Spawn...nama panggilan di OBS: Tomok -_-)
- Nik Nor Azrizam (nama panggilan: Nik)
- Hafizuddin (nama panggilan: Judin)
- Sadruddin (nama panggilan: Sadd...nama panggilan di OBS: Saud)
- Wan Amierul Azrif --> nama plg sedap nieh (nama panggilan: Mayak)
- Izwan Ariffin (nama panggilan: Ipin)
- Izzwan (nama panggilan: Lan...nama panggilan di OBS: Upin...kembar Ipin kan)

Walaupun budak2 lelaki ni rasanya semua dari batch Jan07 jugak, tapi mmg tak berapa kenal la. Mungkin la kenal bakal isteri masing2 je..or kenal time tutorial English zaman foundation dulu...or kenal muka je. Si Mayak yang sekelas tu pun tak berapa kenal sgt. Akhirnya setelah seminggu menatap muka2 yang sama ni je, mmg rasa rapat sgt la. Rindu saat bersama2 dengan budak2 Gading yang havoc ni.

Seterusnya kami lunch bersama-sama. Rupa2nya peraturan di Dining Hall OBML ni agak ketat juga. Kena makan guna sudu dan garfu sahaja! Makan pula dalam tray dan kena hidang sendiri sesama dalam watch...selesai makan kena basuh semua peralatan yang telah digunakan. Selesai makan tengahari + menunaikan fardhu zohor di surau, kami berkumpul semula jam 3pm (time ni lmbt sket dgn Bee...nasib baik tak kena marah) di dalam watch utk mengisi borang2 berkaitan serta menyerahkan segala barang peribadi milik kami. Kehidupan di OB yang back to basic tentunya tidak memungkinkan kami utk berkepit dengan segala gadget yang menjadi kebiasaan terutamanya handphone. Handphone, IC, purse, barang2 elektronik, duit dan segala bahan bacaan yang tidak berkaitan diserahkan utk simpanan Che Wan. Terfikir macam mana la nak survive seminggu tanpa handphone ye.

Sebelum menyerahkan semua duit yang ada, Che Wan terlebih dahulu meminta kami berbincang berapa banyak yang perlu setiap seorang daripada kami serahkan utk kegunaan Che Wan membeli barang2 keperluan kami sepanjang seminggu di situ. Akhirnya kata sepakat mengatakan RM10 perlu diperuntukkan oleh setiap seorang yang nyata mmg cukup2 je pun utk Che Wan membeli keperluan kami yg pelbagai tu (Lifebuoy lelaki gading, berus gigi si Saud, crocs tak ori, glove utk mendayung, penapis teh, batu asah etc etc). Seterusnya kami dibawa ke Medical Bay utk check-up ringkas sebelum ditunjukkan ke kawasan sekitar OBML termasuklah Dataran Diraja, BBQ Area, Boat House dan sebagainya.

Sepanjang berada di OBML, 3 orang manager akan dilantik setiap hari di kalangan ahli setiap watch: Manager, Assistant & Logistic Manager. Utk hari pertama Nik dilantik sebagai Log Manager (menjaga kunci utk locker alatan mkn di dining hall dan stor simpanan barang Gading) oleh Che Wan dan seterusnya Nik diminta utk memilih Manager dan Assistant bagi hari tersebut. Spawn was chosen as the manager for the day and I was his assistant. Tugas assistant utk hari pertama tak banyak pun...sebelum naik ke dorm masing2 kami berkumpul di Dataran Diraja supaya assistant manager ni dpt bahagikan bedsheets dan pillow case pada setiap org. Kami gadis gading ditempatkan di Dorm Ledang bersama gadis Beremban + Trusmadi dengan bilangan 80 anak tangga, manakala lelaki gading ditempatkan di Dorm Bubu dengan 60 anak tangga (sahaja!). Lelaki gading tak share dorm dengan budak2 watch lain, tu yg selalu lambat setiap kali berkumpul tu.

ini signage ke tangga menuju dorm kami...kalau nk banding dgn dorm lain..kira rendah je tu
(credit to nash for the picture...dh crop buang nash...nash tinggal kt camah, tu yg ada tgn die sket tu :P)


Apa2pun kami bersyukur ditempatkan di Ledang walaupun tiap kali naik tangga nk balik dorm tu ada rasa nk menangis jugak la..lebih2 lagi bila baru tamat ekspedisi dan terpaksa mengangkat beg yang byk tu.

u can see most of the dorms in this picture..gmbr sgt tak clear, pls do click to enlarge (cropped n edited from nash's picture again :P)

Selesai mengangkut barang dan cop katil di dorm (watch Beremban n Trusmadi tak naik lg time ni), kami bergegas turun utk berkumpul semula jam 4.45 ptg di Gym Hall bg upacara perasmian. The school director did the officiating and basically told us to enjoy our one week stay at OBML. Sebelum muka masing2 burn setelah seminggu di OBML, gambar kami semua bersama instructor diambil sebagai tanda kenang-kenangan (hari ke-6 tu dpt la gambar ramai2 tu). Seterusnya kami bergerak ke stor Gading utk kira barang2 yang kami ada sebelum bersuai-kenal di Coconut Square (Che Wan yg bg name ni...tak tahu la betul ke tak). Kami dikehendaki memperkenalkan nama, tempat lahir, asal, status, harapan utk diri serta harapan utk kumpulan. Rasanya ramai yang dh 'beristeri' mengaku single waktu tu...hehe...my status? Single but not available? Well, it's actually single tp tak nk mengavailablekan diri. Got it? U guys know my stand on this stuff anyway kan. Harapan utk diri basically just to get myself to enjoy the outdoor activities because it's been so long since the last time I got myself involved with such things. Stamina pun kurang -_-" Waktu ni mmg dah rasa mcm dh kenal budak2 Gading ni walaupun mungkin budak2 perempuan ni malu2 sikit...budak2 laki as usual, mmg tak tahu malu kan :P (ampun, jgn marah..heh). But to be honest, I'm glad to be with Gading because they truly are the best. Awal2 lg ktorg dh boleh bergelak ketawa dgn Che Wan..mcm dh lame kenal je..so dh rasa close dr mula lg.

Kemudian kami kembali 'mendaki' pulang ke Gunung Ledang utk solat asar sebelum turun kembali pada jam 6.30 ptg utk dinner. Usai dinner dan basuh-membasuh dgn group members yang lain, kami naik semula (yeah...time OBS ni byk naik turun tangga je) utk siap2 mandi dan maghrib sebelum diarahkan berkumpul semula jam 8.15 mlm di Dataran Diraja. Malam tu sepatutnya diperuntukkan utk sesi ice-breaking tapi memandangkan kami dh berkenal-kenalan ptg tu, jadi Che Wan menguji kami semua dgn permainan Traffic. Malas nk explain mcm mane games ni dijalankan..tp basically kami duduk mengadap dalam 2 barisan dan mereka2 di sebelah kiri kena bergerak ke sebelah kanan and vice versa. Tapi ada la rules utk games tu. Mula2 ternganga juga nk main game ni..tak reti nak main. But once we understood how it worked, we manage to complete the task. Rupa2nya tu baru Level 1, utk Level 2 kami tidak dibenarkan utk menggunakan suara...body language pun tak boleh digunakan (tp ada la mengelat sikit2). Tak berjaya menyelesaikan Level 2 yg agak susah tu...asyik salah buat je.

Che Wan concludes the session with a few lesson learnt. Basically, our one week stay would involve teamwork very much and we would only know what our group members are really like in those stressful situations on the whaler, at the campsite and so on. Jadi ni baru je ujian kecil utk test sejauh mana kami kenal dan faham sesama kami. With that in mind kami bergerak utk supper (padahal still kenyang lg with the heavy dinner) di dining hall sebelum kembali ke dorm masing2. Jam tak menunjukkan pukul 10 pun lagi waktu kami tiba di dorm tapi memikirkan yang esok kami mesti berkumpul seawal jam 6.30 pg di hadapan Gym Hall DAN kami takde handphone utk bertindak sebagai alarm, ana terus bersiap utk tidur. Budak2 perempuan lain ada yang sibuk bersembang, basuh baju dan kemas barang...tapi bagi ana baik la tidur dulu supaya dpt bgn awal.

Day 2: 21 June 2009 (Sunday)
Malam tu tak dapat tidur lena sgt sebab risau tak dpt bangun on time....so I kept waking up every one hour after 2 am. Pukul 4.30 pagi terjaga utk ke tandas dan lepas tu dh tak boleh tidur. So terus basuh2 baju dan mandi. Lebih kurang pukul 5 lebih mula kejutkan budak2 perempuan lain. Selesai solat subuh dan kemas2 barang sikit, kami dengan semangatnya bergerak turun ke bawah. Pagi kami dimulakan dengan nyanyian Negaraku diikuti dengan sesi senaman pagi di dalam Gym Hall. Rupa2nya senamrobik kami pagi tu ialah tarian poco2. Nasib baik dah pernah berpoco-poco time BH (Beyond Horizon...salah satu event di UTP) kt SEMESTI (Sek Men Sains Teluk Intan) last sem, jadi takde la kekok sgt. Hampir sejam kami berpoco-poco (habis peluh2..mcm tak mandi je rasa) sebelum kami berhenti utk sarapan pagi. Che Wan mengarahkan kami utk berkumpul semula selepas breakfast dengan pakaian utk aktiviti air.

Mmg excited sungguh waktu tu menantikan apa agaknya aktiviti kami pagi tu. Mula2 kami dibrief tentang ciri2 campsite yang elok dan cara2 memasang khemah (bukan khemah proper tu ye...ni khemah buat guna canvas je...ada atap and dlm lapik dgn tent sheet je). Seterusnya kami diajar tentang ikatan2 yang perlu utk setup tent nnt antaranya ikatan manok, ikatan lapan berkembar dan sebagainya. Dpt la refresh balik ilmu ikatan yang belajar time sekolah rendah dulu. Kemudian Che Wan membawa kami ke boat house utk menunjukkan whaler (banyak istilah yang dipelajari...bow/depan, stern/belakang, starboard side/kanan, port side/kiri) dan alat2 yang diperlukan utk setup whaler nnt (sail, anchor, row lock, oars, flags, tiller, york, rudder, buoy, bailer, whiskerpoles dan mcm2 lg...tak igt dh). Watch Gading menggunakan whaler Louis Rothman II bagi ekspedisi kami....OBML memiliki 3 lagi whaler lain termasuklah Sydney Rothman, Maxis dan HSBC (kalau tak silap). Whaler ni mcm kapal layar tapi agak tradisional sikit sebab bergerak hanya dengan tenaga 8 org pendayung + angin kalau bernasib baik. Walaupun nampak kecil, whaler ni mampu je memuatkan 15 org penumpang dengan keadaan agak selesa.

empat whaler milik OBML...rasanya Louis Rothman II (LR) tu yg dua dari kiri tu kot
(gmbr 'dicuri' dari blog farid)


Kami diarahkan utk mengeluarkan segala barang yg diperlukan dan menyusun atur di atas padang mengikut kedudukan sebenar barang2 tersebut di atas whaler nnt. Agak berat oars tu (ada org kata 4kg each), kami budak perempuan mampu angkat sorang satu je la walaupun budak laki boleh angkat sampai 3-4 sorang. Sementara lelaki gading mengeluarkan 3 sail yg diperlukan (main sail, jib sail...letak kt depan/bow, satu lg sail letak kt belakang/stern), kami gadis gading berusaha mengeluarkan barang2 lain termasuk anchor yg sgt berat tu (kami angkat berempat~ hehe). Selesai semuanya, kami mengenakan life jacket masing2 dan mula mengangkat barang tersebut ke dalam whaler. Cabaran jugak la nk menaikkan diri ke atas whaler tu, bukannya senang. Terpaksa la pijak atas tangan Nik sebagai tangga utk step naik. Di atas whaler, Che Wan menerangkan satu persatu cara utk memasang setiap sail dalam keadaan ready, standby dan overnight. Waktu tu berada di kedudukan belakang/stern dengan Amy dan Teha jadi banyak terfokus pada cara2 memasang dan menanggalkan sail belakang je la. Tak dengar sangat penerangan utk memasang sail lain so mmg tak reti la. Waktu ni mmg rasa agak blur2 sbb byk jugak ikatan yang kena igt dan setiap sail ada cara pemasangan yang berbeza. Selesai penerangan terus kena pasang sail dan cabut sail tu sendiri...banyak kali la jugak buat silap dengan Nik dan Saud utk pasang sail belakang tu.

Seterusnya kami diarahkan utk mengeluarkan semula kesemua barang2 whaler dan menyusunnya di atas rumput kembali sebelum kami berhenti utk lunch dan solat zohor. Che Wan nak tengok semua barang2 ready di atas whaler mengikut posisi yang betul by 2.15 ptg, so our manager for the day (Ipin) told us to be ready by 2.00 pm. Dengan life jacket masing2 dan semangat berkobar-kobar, kami pun bergerak dengan pantas sehingga menjadi watch yang pertama bergerak dari pantai. Waktu tu air dah pasang jadi time nak naik whaler tu masing2 diangkat mcm ikan je (huhu~) naik ke atas. Selesai memasang sail belakang dan bila diarahkan utk duduk, dh takde tempat di belakang jadi terus mara ke bow dan duduk bersama Bee. Makin blur bila disuruh cabut tali, tarik tali, ikat tali (ada tersilap ikat sekali tu n kena marah dengan che wan..hehe..salah tali sbb tali byk sgt jenis kt depan tu...tertukar-tukar) dan sebagainya utk memungkinkan whaler tu bergerak. Dah la mmg tak terer ikatan manok, jadi asyik mengharapkan bantuan ipin, tomok & judin yang duduk hampir dengan bow tu. Kami berdua agak berbangga la di posisi anchorman ni (kalau watch lain, ni keje lelaki ni) walaupun tak kuat sgt pun bab tarik2 tu (kena minta tolong laki jgk in the end). Paling mendebarkan bila kena naik atas bow tu utk pasang/cabut jib sail...gayat sgt especially bila laut berombak kt tgh2 tu. Nasib baik ada bee sbb time che wan bagi explanation di sebelah pagi tu mmg tak dengar sgt pun...tak tahu pun nk kena ikat apa etc. Tu la igt kena duduk belakang sgt, lain kali kena concentrate je semua. Lagi satu time kami semua menuju ke motherboat utk Che Wan ajar cara2 rescue dan buang air dari atas whaler, agak susah nk bergerak menuju ke motherboat tu. Tiba2 Che Wan pun mula la mengarah "Rufai...nnt awak amek tali tu bila dh dekat dengan motherboat..awak lompat naik motherboat and ikat tali tu"..time ni melopong sebentar. Sempat ckp dgn Bee "biar betul Che Wan ni nk suruh org lompat2 pulak"...dengan penuh debaran berjaya jugak lompat naik (nasib baik la tak terjatuh masuk laut) dan ikat tali (buat gaya ikatan sendiri..tak reti nk ikat mcm mane) tu tu pada motherboat utk memudahkan yang lain panjat naik ke atas boat.

i was seated with Bee most of the time where the red arrow is pointing
(picture courtesy of google :P)


Mmg nmpk agak payah la mendayung tu...dengan jeritan "Dip Pull Out" yg makin lama makin perlahan dapat membayangkan kepenatan pendayung2 ni. Selepas dari motherboat tu ada jugak cuba mendayung sebab teringin nk try...sgt berat especially bila oars tu asyik nk terlepas dari tangan. Waktu ni mmg rasa better la duduk kt bow tu wpun kena panjat2 pasang sail pun. Kesian sgt kt Lan kt sebelah sbb oars tu asyik nk terkena muka dia je. Rasanya silap cara pegang oars kot, tgk org lain dayung ok je..takde nk terlanggar-langgar pun. Che Wan pun dh tak larat nk tegur dh. Perasaan bila dah menuju balik ke darat tu mmg tak dpt digambarkan la. Tak sabar2 nk berhenti mendayung. Waktu ni whaler group lain dh selamat sampai dah (dari sini la datang motto watch kami: keluar awal, balik lmbt).

Kami segera mengeluarkan segala barang2 dari whaler dan mula mencuci life jacket yang digunakan (kerja budak perempuan la ni bab2 basuh life jacket). Selesai solat asar, dinner dan mandi, kami berkumpul semula jam 8.15 mlm di Gym Hall utk briefing ekspedisi kami esok hari. Penat di badan tak hilang lagi tapi mendengarkan esok kami akan mendayung MENGELILINGI Pulau Pangkor menuju Pantai Shawal, makin penat rasanya. Perjalanan dianggarkan mengambil masa 8 jam. Selesai briefing kami berkumpul dengan Che Wan utk arahan selanjutnya. Kami diminta utk membahagikan watch kepada 3 team (team masak, team pasang khemah, team cari kayu api)...of course la semua gadis gading jadi team memasak. Secara tak rasminya dilantik sebagai 'head chef', jadi ana menjalankan tugas memeriksa dry ration drum kami. Selesai supper, kami bergerak ke stor utk menyiapkan barangan yang diperlukan utk ekspedisi ke Pantai Shawal (kuali, mess tin, periuk, pisau, tin opener, parang, tent sheet, tent pegs, ladle, rake, cangkul dan mcm2 lg). Alhamdulillah petang tu kami dah isi gallon bottles + jerry cans kami dengan air yang mencukupi so tak perlu la susah2 mlm tu.

Perjalanan akan dimulakan jam 8.30 pagi keesokkan harinya jadi kami bersepakat untuk turun pada jam 6.30 pagi utk memasukkan barang2 ke dalam whaler seawal mungkin. Sekembalinya ke bilik hampir jam 11 malam, gadis gading memulakan perbincangan menu (budak2 beremban n trusmadi tergelak tgk kami ada meeting discuss menu segala) kami sepanjang di pantai shawal nnt (dinner, supper, breakfast). Usai menyiapkan barang keperluan dan memasukkannya ke dalam magic bag yang diberi (transparent plastic sebesar plastik sampah utk letak baju + brg2 personal), kami bersiap utk tidur mengumpul tenaga menanti hari ekspedisi esoknya.

------
Plan asal nk menulis sehingga selesai ekspedisi whaler utk Part 1 ni, malangnya dah rasa terlampau panjang n meleret ala2 tulis novel jadi ada baiknya berhenti dulu di sini. InsyaAllah esok akan disambung dengan Part 2 pula. Nantikannya~

Wassalamu'alaikum wrm wbt

along: gambar2 dlm post ni semua gambar curi je. tak sempat nk ambil gambar dari rian + farid lg..so nnt bila dh ada gmbr2 lain, akan diupdate semula.

5 comments:

beliamuda said...

"Mungkin la kenal bakal isteri masing2 je"

best je ayat dia..

~~erk, ni tak abih baca lagi.. tak sabar nak komen..

beliamuda said...

berjaya juga habiskan.. ingatkan dah habis untuk semingu.. mmg detail la...

Amin Baek said...

huh...ko handle main sail ke??sama ngan aku..haha

umi adnin said...

salam along,

baru minggu pertama ni, banyak tul pengalaman. camna leh along ingat semua detail eh? bagus tul. Boleh tulis buku pengalaman ni, banyak modal =)

along rufaidah said...

beliamuda/nipi: huhu..itu la hakikat. kenal bakal isteri masing2 je. terima kasih sudi membaca...jangan serik sudah la.

amin: tak2...bukan main sail...jib sail kt depan tu la. main sail tu susah kot nak tarik naik..kerja lelaki tu. main sail tu keje tomok/spawn...ipin...judin.

umi adnin/kak dzilal: salam kak dzilal, bukan minggu pertama pun...baru je 2 hr tu. tu yg kena tulis cepat2 sementara masih igt. tulis buku? hehe..