Assalamualaikum wrm wbt...
Bagaimana Ramadhan kita setakat ini? Peluang beramal terbuka di sini sana....mari giatkan usaha, semarakkan suasana beribadah di bulan penuh ganjaran ini. Kempen Fast 2 Fund tinggal 14 hari sahaja lagi!!! (tarikh tutup 27 September 2008). Sudahkah anda menghulurkan sedikit buat saudara2 seislam kita....buat ayah, ibu, kakak, abang dan adik kita di sana?
Apalah sangat sumbangan kita yang kerdil ini jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka di sana saban hari...apalah sangat yang kita boleh lakukan selain menghulur doa dan bantuan kewangan...apalah sangat pengorbanan tersebut yang dibuat dari laptop di bilik semata (buat transfer melalui online banking je..)...
Semua yang membaca ni dah besar...tahu macam mana nak uruskan duit sendiri...tahu hak2 orang lain ke atas harta kita....jadi, masing2 boleh buat keputusan sendiri. Harta kita punyai adalah milik orang lain, nilai harta kita yang sebenarnya terletak pada harta yg telah diberi kepada yang lain. Fikir2kan...
Selamat mengejar ganjaran Ramadhan~
Wassalamualaikum wrm..
p/s: for utpians...you guys could contact me directly for any inquiries that you may have. tq
Manfaat GKB Tiger Milk Mushroom dan GKB Z-Well
4 months ago
No comments:
Post a Comment