Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, August 16, 2011

4 minggu 4 hari = 1 bulan 1 hari

assalamu'alaikum wrm wbt,

ramadhan sudah separuh berlalu meninggalkan kita. cepatnya masa berlalu...ruginya andai selama ini masih terleka tidak segera merebut ganjaran di bulan mulia ini.
semoga ramadhan yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya..diulangi...SEPENUHNYA. biar la segala apa yang kita lakukan itu berorientasikan ibadah kerana Allah semata-mata.

semalam batch cheme_jan07 (cj7) telah berjaya mengadakan majlis iftar bersama di restoran rusna, tronoh. program yang dirancang secara acuh tak acuh itu akhirnya menjadi realiti (ayat macam teruk je ni...lama dah tak tulis blog). majlis dimulakan dengan tazkirah di masjid lama diikuti sesi bergambar kenang-kenangan. kemudian kami terus bergerak ke restoran utk berbuka :)

credit to nashunter

sempat lagi ada sesi edaran kad jemputan (minta maaf kepada encik presiden cj7, tertinggal kad utk anda!) & pengumuman rasmi oleh salah seorang bakal bapa dari kalangan cj7. teruja nampaknya semua bakal makcik dan pakcik cj7 nak sambut bakal anak saudara februari 2012 nanti ^^,

mengambil ayat encik beliau dari kalampatah:
Kemungkinan ini adalah Ramadhan terakhir kami bersama-sama di UTP sebelum semuanya akan menghabiskan pengajian pada bulan 12 ini.(kecuali aku >_<). Dan juga ramadhan terakhir sebagai anak gadis kepada dua orang coursemates yang akan bergelar isteri orang tak lama lagi. Dan mungkin juga Ramadhan terakhir hidup berdua buat salah seorang coursemate lelaki sebelum menjadi seorang bapa pada bulan Februari 2012 nanti. Insyaallah. Tahniah kepada mereka.
ada apa dengan tajuk entri kali ini? rasanya mereka yang membaca blog ini pun sudah dijemput melalui groups/FB kan? mohon doa dari semua agar dipermudahkan segala urusan kami nanti. semoga urusan tulis2 report ni dipermudahkan supaya tenang sikit nak fikir persiapan >.<

beberapa bulan yang lalu :)

jom mari siapkan kerja ye!
kena rajin2~
diulangi sekali lagi (peringatan kerana kita sering lupa): mari kita kejar ganjaran lipat kali ganda di bulan yang mulia ini. agar dapat membina taqwa dalam diri kita (2: 183) dan semoga kita terus kuat menghadapi 11 bulan seterusnya. jadilah hamba yang rabbani, bukan ramadhani ;)

wassalamua'alaikum wrm

along: biar betul tinggal 1 bulan 1 hari lagiiiiiii...kak fye kata tunggu masuk '20 hari lagi' baru rasa gelabah betul~

2 comments:

Hazwan said...

tahniah dan semoga berkekalan hingga akhir hayat =)

along rufaidah said...

hazwan arif: ameen..terima kasih atas doanya (appreciate sangat doa dari semua..lebih2 lg di bulan penuh berkat ini)