[note written on 28/05/09: owh man...rasa nk tergelak~]
Assalamualaikum..kite jumpe lagi yer.
kali ni kak long bagi korang yg malang ni bace kak long nyer first cerpen. x best ar...seblom ni x penah tulis cerpen tau. ana x reti pun nak bermadah indah meluah rasa...so mintak maap kalau mem'boring'kan korang sumer. nanti lpas bace korang leh letak kritik byk2 tau...ana x kesah. okey ar nak klua rumah nak bwat snowman...huhuhu..bes semalam snow kat cni. thn lpas snow lambat sket mcm bln january/february baru snow...dis year awal jugak. nanti ana taruk picture kalau snowman tu dah siap k. jumpe lg...n try to njoy cerpen tu...cian korg.
nUk¦L@n h@T¦ Se0r@NG ''@Ku"
Sesungguhnya hatiku tika ini tiada arah tuju. Aku berbelah bagi antara dua keputusan yg akan menjadi penjamin masa depanku untuk ke menara gading yang telah aku impikan semenjak aku menjejakkan kaki di sekolah rendah lagi.
Segala keputusan samada kami sekeluarga akan meninggalkan bumi perantauan UK ini tahun hadapan atau di pertengahan 2006 sedikit sebanyak terletak di bahuku.
Jikalau study ayahku berjalan seperti yg dirancang, kami akan kembali ke tanah air tercinta hujung tahun hadapan. Ini bermakna yang aku hanya perlu menahan rasa rinduku buat teman-teman dan sanak saudara di Malaysia buat lebih kurang setahun lagi.
Oh Tuhanku yang Maha Mengetahui, hanya Engkau jualah yang mempunyai pengetahuan bagaimana deritanya rindu yang kurasakan buat teman-teman dan sahabat handai; bagaimana aku rasa bersalah kerana aku tiada di sana membantu mereka melalui cabaran dan krisis hidup seorang remaja; hanya Engkau yang mengetahui sejauh mana keinginanku untuk melalui alam remaja ini bersama teman-teman tersayang dan teman-teman yang mengenali diri ini…teman-teman yang kurasa senang untuk kuceritakan suka dan duka hidup ini. Walaupun diri ini masih banyak yang jahil tentang teman-temanku itu, kurasakan seperti merekalah orang yang paling memahami…mungkin lebih memahami dari ibubapaku sendiri.
Entahlah… rahsia hidupku ini masih banyak yang belum diketahui mereka, mana mungkin mereka mahu mahu berkongsi rahsia mereka denganku. Biarlah… setiap insan mempunyai hak untuk menyembunyikan sedikit sebanyak cebisan hidup mereka hanya kepada diri sendiri. Aku sendiri belum bersedia untuk meluahkan sebahagian rahsia diri pada mereka dan kurasa akan kusimpan rahsia-rahsia ini buat diriku tanpa pengetahuan yang lain. Hanya diriku. Ya, aku rasa itulah yang terbaik buat detik ketika ini.
Ah! Aku hanya bermonolog sendirian; semua ini hanyalah luahan hatiku sahaja…apa yang aku fikirkan, apa yang aku nukilkan, apa yang aku harapkan. Aku tidak tahu dengan sebenar-benarnya apa yang mereka fikirkan tentang diriku ini. Apa pandangan teman-temanku sendiri pada diri yang dirasakan begitu kerdil ini? Adakah mereka hanya berkawan di atas dasar kasihan dan simpati kepadaku atau di atas dasar persahabatan ukhuwah islamiah yang suci, persahabatan yang diharap dapat berkekalan ke akhirat sana?
Sia-siakah perasaan yang kurasakan buat mereka? Adakah ianya hanya satu permainan untuk membuat perantauanku di UK ini terasa seperti sekelip mata? Ianya tidak bagiku…perasaan rindu ini bukanlah satu permainan untuk melalikan aku dengan masa di tanah asing ini. Tetapi sesungguhnya aku rindu…rindu pada teman-teman, rindu pada keluarga dan sanak saudara, rindu pada suasana di negara sendiri, rindu pada kemesraan yang pernah aku lalui suatu masa dulu. Yang mampu kuharap ialah rinduku untuk mengecapi cinta dan rahmat dari Ilahi mengatasi segala rindu yang ada.
Cukuplah aku berkata-kata sendirian…aku sudah penat untuk mengenangkan perasaan hati sahabat yang tak mungkin aku tahu. Hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersorok di dasar sudut hati mereka. Andainya aku tahu. Tetapi biarlah aku menangis air mata darah sekalipun, yang telah berlaku adalah perkara lalu dan yang akan berlaku telah ditetapkan Tuhan. Aku sendiri tidak mahu mempersoalkan takdir ketetapan Tuhan…setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri dalam persahabatan yang telah dibina ini.
**********
Jikalau aku memilih untuk pulang ke Malaysia dalam tempoh masa terdekat ini sudah tentu aku dapat pulang ke pangkuan teman-teman tercinta, tetapi satu lagi ujian hidup pasti menanti kehadiranku di sebalik jalan. SPM…mengenang peperiksaan akhir itu boleh membuat aku resah dan menangis mengingatkan nasib diri. Terasa sungguh berat ujian Tuhan ke atas diriku…tak tertanggung rasanya pabila pelbagai masalah menimpa diri remajaku ini.
Namun aku terkedu bila teringat firman Allah s.w.t. dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah.
"Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya"
Astaghfirullahal'azim…Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah hambaMu ini kerana mempersoalkan ujian-ujian yang telah Kau berikan kepadaku. Aku sedar yang Engkau tidak pernah sekali-kali menguji hamba-hambaMu lebih dari apa yang dapat mereka tanggung. Aku patut sedar yang semakin usia meningkat semakin banyak liku yang melanda hidup, tanda Engkau mahu menguji sejauh mana tahap keimanan hambaMu…sebagai tanda Kau sayangkan kami. Sepatutnya aku pasrah melalui ranjau dan liku hidup kerana jalan kebenaran itu tak kan selamanya sepi. Cinta kasih sayangNya tidak bertepi dan Diakan tetap menanti kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah.
Kepulanganku ke Malaysia di hujung tahun hadapan bermakna yang aku akan memulakan sesi persekolahan 2006 sebagai seorang pelajar Tingkatan 4. Terasa muda pula sedangkan jika aku mengambil keputusan untuk menetap di bumi UK ini buat hanya tujuh bulan lagi aku akan bergelut dengan tahun terakhir di high school dan diriku ini akan hanyut bergelumang bersama bebanan peperiksaan GCSE.
Di antara SPM dan GCSE, yang mana pilihan terbaik buat diri ini tidak kutahu. Andainya SPM yang menjadi pilihanku, aku harus bekerja keras untuk kembali ke prestasiku yang dulu. SPM bukannya senang tetapi ibuku yakin jika aku gunakan dua tahun masaku sebelum SPM di sekolah berasrama penuh seperti MRSM, impianku untuk berjaya dengan cemerlang semasa SPM akan tercapai. Aku sendiri memang teringin untuk hidup berdikari bersama rakan di sekolah asrama. Pasti banyak kenangan dan pengalaman yang bakal kutimba sepanjang masaku di asrama buat panduan hidup yang akan datang. Sudah banyak cerita yang kudengar tentang suka dan duka di sekolah berasrama penuh…sudah ramai teman kukenali yang menuntut ilmu di sana. Ingin kulalui pengalaman dan kenangan itu sendiri, buat memori sepanjang hidupku nanti.
Walaubagaimanapun, aku sedar jikalau aku pulang ke Malaysia untuk menimba ilmu buat bekalan menghadapi SPM, segalanya tak mungkin terjadi seperti yang selalu kuharap, seperti yang selalu kuimpikan. Teman-temanku tersayang tidak akan berada di sisi seperti di bangku sekolah rendah dahulu. Mereka akan berada di dunia mereka sendiri mengejar impian hidup sendiri, bersama rakan-rakan baru, menuntut ilmu buat bekalan hidup sendiri; sekarang dan di akhirat kelak.
Walaupun aku akan berada di Malaysia, segalanya tak mungkin seperti yang kumahu; semua teman-temanku sudah tercampak ke sekitar negeri…tidak bersama seperti dulu lagi. Mana mungkin aku dapat bersua empat mata dengan mereka di dalam lingkungan cuti sekolah yang pendek. Mereka sendiri akan sibuk dengan urusan masing-masing bersama keluarga tercinta. Semua ini menyedarkanku yang pokok pangkalnya dalam setiap sesuatu yang aku sebagai hambaNya buat mestilah disertai dengan niat ikhlas kerana Allah. Bukannya kerana kawan dan teman ataupun kerana kehendak keluarga. Kalau tidak disertakan dengan niat ikhlas itu tiada guna aku bersusah payah menyiksa diri melalui semua ini. Sepatutnya niat aku untuk menghadapi SPM itu ikhlas kerana Tuhan yang satu bukannya kerana keiginanku untuk bersama disamping teman-teman. Barulah hasilnya tidak bertukar menjadi sebuah luka yang dalam apabila apa yang aku mahu tidak tercapai.
Ah! Aku sendiri tidak faham…semakin dewasa diri ini, semakin sibuk aku dengan urusan dunia. Dan aku berharap bekalanku untuk akhirat nanti tidak kulupakan di sebalik kesibukan diri di dunia fana ini. Sepatutnya sebagai seorang yang matang umur dan pemikirannya, aku sudah perlu tahu mengurus masaku yang terhad ini. Tetapi sebaliknya yang berlaku; kurasakan seperti tiada masa yang cukup buat diriku ini. Jika masa boleh dibeli, sudah lama aku habiskan berjuta ringgit berbuat begitu. Sesetengah orang ada mengatakan yang 'Masa itu emas'…bagiku masa itu bukan emas, masa itu sebenarnya lebih berharga dari emas. Sekurang-kurangnya walaupun ianya sangat berharga, emas itu masih boleh dijual beli. Tetapi masa itu tidak mungkin dapat dijual beli, masa yang telah berlalu tidak boleh didapati semula.
Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa "Demi masa…Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - ".
Entahlah…andai masa boleh diputar kembali ke bangku persekolahan rendah dahulu, ingin aku berhentikan masa di situ buat selamanya. Aku mahu tinggal di alam sekolah rendah yang dirasakan begitu 'selamat', terkawal dan protective. Walaupun guru-guruku di waktu itu dirasakan seperti mahu mengongkong hidup, ingin aku kembali ke zaman yang telah berlalu itu…zaman yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam menuju alam remaja. Sesungguhnya kini aku mengerti yang segala yang dilakukan pendidikku itu hanyalah untuk yang terbaik buat diriku. Aku berharap segala yang sedang kualami saat ini akan kufahami sebab kejadiaannya di masa hadapan. Aku pasti setiap yang buruk itu ada baiknya.
Di zaman persekolahan dulu aku tidak perlu bimbang mengenang nasib hidup. Semua perkara seperti terkawal dan berada di tempat yang sepatutnya. Tetapi kini duniaku dirasakan seperti kapal terbalik. Segalanya di luar kawalanku dan aku tidak tahu apa yang perlu kubuat untuk meletakkannya di tempat yang betul. Aku menyesal kerana tidak menggunakan masaku di alam persekolahan dahulu dengan bijak. Sesungguhnya ada banyak perkara yang kurasa hampa melakukannya. "Alangkah rugi…'' keluh hatiku setiap kali mengenangkannya. Mahupun begitu, ada sedikit sebanyak kenangan suka dan duka yang akan sentiasa terpahat segar di hati dan memoriku ini. Kenangan yang akan sentiasa mempengaruhi hidup ini…kenangan yang akan menghantui hidup ini…kenangan yang akan menemani hidup ini.
**********
Kembaliku ke Malaysia untuk menghadapi SPM akan bermakna kembalinya aku kepada cara pembelajaran yang telah menjadi asing bagiku. Aku masih belum bersedia untuk kembali kepada cara pembelajaran di Malaysia. Ini akan menambahkan lagi beban usaha aku untuk meraih keputusan SPM yang sering diidam-idamkan. Cara pembelajaran di negara empat musim yang relax dan easy-going ini amat mudah mempengaruhi aku. Aku sedar untuk kembali semula kepada rutin belajar yang dahulu akan mengambil sedikit masa.
Apatah lagi aku bimbang jika pabila aku kembali semula ke tanah melayu itu English yang telah aku pelajari dan petahkan lidah berkata di sini akan hilang begitu sahaja hari demi hari. Rugi kata orang…dah belajar elok-elok English di luar negara dan bila balik Malaysia disia-siakan saja. Aku tahu yang di Malaysia sekarang ini sudah meluas kegunaan English dalam pembelajaran; Matematik dan Sains pun sudah diajar dalam bahasa antarabangsa ini. Tetapi dengan perkara seperti bahasa ini bukannya sekadar menggunakannya dalam penulisan sahaja, kena guna dalam percakapan sehari hari…kalau tidak memang ter'bazir' saja masa yang digunakan untuk mempelajarinya. Lagipun, kepulanganku ke Malaysia akan bermakna yang aku diharapkan untuk menguasai kembali Bahasa Melayu buat peperiksaan SPM aku nanti. Bukannya suatu perkara senang untuk kulakukanapabila aku berada di bawah stress yang maha hebat dari subjek-subjek SPM lain.
Ya Allah, Ya Tuhanku…bantulah hambamu ini. Aku memang teringin yang amat sangat untuk menghadapi SPM seperti rakan-rakan yang lain tetapi ia juga bermakna yang aku terpaksa mensia-siakan setahun masaku di alam persekolahan. Jika aku tinggal di sini aku hanya perlu belajar di sekolah menengah hingga ke usia 16 tahun, kemudian bolehlah aku melanjutkan pelajaranku ke peringkat A-Level di kolej sesudah itu. Namun di Malaysia, aku terpaksa belajar setahun lagi sehingga ke usia 17 tahun untuk 'merdeka' dari sekolah. Aduh, berbelit-belit juga masalah aku ini!
Jikalau GCSE yang kupilih, bukan sahaja aku terpaksa menahan rindu di hati ini buat seketika lagi malah akan terlepaslah peluangku untuk belajar berdikari di sekolah berasrama penuh. Lagipun GCSE bukanlah semudah yang kusangka selama ini…bukannya senang nak dapat A* dalam subjek-subjek itu. Hancurlah impianku untuk beroleh keputusan cemerlang yang akan menunjukkan bahawa anak melayu sepertiku boleh berjaya setanding atau lebih baik lagi dari mereka yang telah membesar seumur hidup mereka di negara eropah ini.
Belajar untuk GCSE ini berkonsepkan belajar sendiri…aku perlu mengerah segala tenaga dan kesungguhan yang ada untuk menyiapkan courseworks dan assignments yang bertimbun, tak lupa juga pada ulangkaji seharian. Guru-guru di sini tidak akan sentiasa mengerah kami untuk menyiapkan courseworks kerana ianya adalah pilihan sendiri. Tiada lagi guru yang akan spoon-feed segala maklumat yang diperlukan. Kalau hendak berjaya terpaksalah berkerja keras…guru-guru tak akan sentiasa berada di sisi memberi nasihat dan dorongan setiap detik dan ketika. Kena berusaha sendirilah kalau kejayaan yang ingin digapai…guru-guru di sekolah tak boleh buat apa-apa untuk kejayaanku selain memberitahu apa yang perlu kulakukn.
Aku tidak mahu diri ini hanyut dibawa ombak hidup sehingga aku leka dan lalai akan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar. Sesungguhnya diri ini pernah hanyut sekali sehingga aku melupakan peranan aku sebagai pelajar. Tidak kuingin perkara yang sama untuk berulang lagi; tidak kumahu untuk pisang berbuah dua kali. Kerana jika itu yang berlaku dalam persediaan aku untuk peperiksaan GCSE aku nanti, alamat gagallah aku dalam ujian akhirku itu, musnahlah segala harapan, punahlah segala cita-cita.
**********
Aduhai…dilema hati ini. Aku betul-betul tak tahu keputusan mana yang harus kuambil tapi aku tahu sebenarnya keputusan itu telah sentiasa ada. I haven't got any choice really walaupun pada mulanya nampak macam aku ni boleh buat keputusan sendiri. Contohnya kalau aku balik Malaysia untuk hadapi SPM, tak tertanggung rasanya beban pelajaran kelak. Lagipun untuk peperiksaan SPM nanti ada lebih banyak lagi subjek yang perlu kuambil, dengan syllables yang berbeza memang kurasa sukar untuk catch-up dalam jangka masa singkat dua tahun itu. Bukankah rugi untuk tinggalkan course GCSEku separuh jalan untuk kembali ke Malaysia hujung tahun hadapan. Untuk kembali ke tanah kelahiranku itu sebelum aku memulakan course GCSE dapat memberiku masa yang lebih panjang lagi untuk bersedia menghadapi SPM. Tetapi memulakan sesi persekolahan di dalam Tingkatan 3 akan bermakna yang aku harus menghadapi PMR, satu cabaran dan masalah yang aku tidak mahu sentuh buat selamanya. Tambahan lagi aku tak fikir yang aku dapat berpisah dengan keluarga selama setahun lamanya tanpa bersua muka, aku masih belum bersedia untuk itu.
Akan kucuba harungi GCSE walaupun SPM masih melambai-lambai padaku. Untuk pulang ke Malaysia sekarang seperti mengaku kalah dengan dugaan di negara orang…akan kucekalkan hati; manalah tahu ianya dapat menjadi persediaan untuk hidup sebagai seorang undergraduate di universiti nanti. Aku hanya mampu berdo'a pada Yang Esa. Ingatanku melayang pada firmanNya dalam Surah Al-Baqarah.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu megenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdo'a kepadaKu.'' [Ayat 186]
Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Engkaulah yang Maha Mengetahui Tuhanku, bantulah hambaMu yang tak berdaya lagi ini. Berikanlah aku petunjuk yang terbaik… boleh jadi aku benci pada sesuatu padahal ia baik bagiku, dan boleh jadi aku suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagiku. Hanya Engkau jualah, Ya Rabbul Izzati, yang tahu apa yang paling baik buat diriku. InsyaAllah dengan Nur cahaya kasihmu sebagai penunjuk jalan aku akan membuat keputusan yang sesuai dengan keadaan.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Pembantu kami; oleh itu, bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
Al- Baqarah: 286
[futher note on 28/05/09: wants to know what happens next? here I am nearly 5 years later having done with my GCSE...stayed a further 6 monts in Manchester after my family went back to Malaysia just to complete my GCSE and alhamdulillah i got 12As for that~ currently just completed my 2nd Year 1st Semester in UTP, taking (guess what?) Chemical Engineering..huhu]
No comments:
Post a Comment