Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Sunday, March 16, 2008

Jom Ziarah~

Assalamualaikum wrm wbt,

Seronok mengupdate blog tidak hilang lagi (tapi ana dapat merasakan semangat ini bakal pudar dua tiga hari lagi apabila diri ini kembali dibelenggu dengan pelbagai tuntutan). Cuma mungkin hanya entry pendek buat kali ini. Teringat MIN'08 @ UIAM awal Februari lepas (Muzakarah IPT Nasional 2008), semangat kejiranan antara zon banyak ditekankan oleh pihak pimpinan. Ana yang sememangnya suka mengadakan ziarah bilik ke bilik sem lepas (sem ini sesi ziarah ana agak berkurangan kerana pergerakan ana yang agak terbatas dgn bilik ana nun di tingkat 5...baca: ana malas naik turun tangga) sgt sgt menyahut seruan ini. Selain mengeratkan ukhuwah, byk yang boleh dipelajari dari sesi ziarah itu sendiri. Utk ziarah ke tempat yg lebih jauh, pengalaman dalam perjalanan bersama tentunya cukup manis. Banyak hikmah yg boleh didapati semasa bergerak bersama, makan bersama, tidur bersama dan segala-galanya bersama sepanjang jaulah tersebut.

Mac 2006 ana turut serta ke Galway, Ireland bersama sisters almanchesteri. Perjalanan dari rumah Oxney ke Manchester Airport diiringi kakak2 lain cukup seronok. Setibanya di lapangan terbang sementara menanti penerbangan berlepas juga dipenuhi gelak tawa bersama. Hampir 2 jam dalam penerbangan kami selamat tiba di Dublin. Setibanya di sana, kalut mencari kereta sewa dan seterusnya meneruskan perjalanan dalam kelam malam (kebetulan Jumaat malam maka ramai pemabuk-pemabuk Irish di jalanan agak merisaukan kami sisters sekereta tanpa brothers berdekatan) mencari rumah kakak di Dublin yang bakal kami tumpang utk malam itu. Hampir jam 2 pg kami selamat tiba...dan tidur lena berhimpit-himpit...indahnya ukhuwah. Keesokan paginya bertolak awal pagi dalam perjalanan pjg 5 jam ke Galway utk bersama sisters Eire lain menadah secangkir ilmu buat bekalan diri. Perjalanan panjang tidak terasa pabila masing2 mula membuka ceritera zaman dahulu kala...banyak yg boleh diambil pengajaran buat pedoman diri. Sesungguhnya saat2 sebeginilah yang ana rindui..yang kerap kali terbayang kembali di layar mata. Akhawat Perak kita bila lagi nk berjaulah sebegini? =)

Kerana itulah juga ana sgt menantikan saat ikhwah akhawat Perak mengadakan ziarah ke zon utara melawat ikhwah akhawat Penang dan Kedah. Tak sabar nk bertemu kembali dengan kakak2 Penang yg sgt baik hati dan kakak2 Kedah yg sgt peramah. Tidak terasa diri ini amat baru dan mentah saat bersama mereka di MIN tempoh hari. Jom kita eratkan lagi semangat kejiranan zon utara ye.. Juga sangat tak sabar utk ziarah IPT Khamis ini..mohon dengan amat agar tiada aral melintang di tgh jalan...agar tiada masalah yg melanda. Tak sabar nk bertemu ikhwah akhawat yang bakal mendominasikan fikrah islam di kampus masing2 ;)

Sambil itu jgn lupa teruskan ziarah bilik ke bilik melawat mad'u masing2...ingatan ini utk diri ana juga. Jangan rasa terbeban dengan tuntutan ini (jgn malas turun naik tangga)...apalah sangat dunia sementara yg ibarat tempat bermain ini nak dibandingkan dgn akhirat yang kekal abadi. Jom hayati hikmah kembara~ Moga sentiasa di bawah pandangan penuh rahmat dan kasih sayangNya..

Wassalamualaikum wrm wbt..

currently wanting: lots of ziarah sessions [^_^]

Saturday, March 15, 2008

Menangislah...

Assalamualaikum wrm wbt,

Kembali membersihkan rumah yg dibiar kosong sekian lama. Lewat ini ana rasa segan untuk klik link ke blog sendiri. Sebab sedar yang apa yang akan di lihat mungkin sama seperti apa yang dilihat minggu lepas, minggu-minggu lepas dan minggu sebelumnya juga. (intro terbaik untuk beritahu yang blog ni sudah lama tidak diupdate). Yang berbeza mungkin mereka-mereka yang meninggalkan jejak di blog ini...juga suara2 yg minta blog ini diupdate. Maaf andai ana menghampakan kalian (maaf andai along menghampakan akak2 nun jauh tanah orang). Juga kepada suara2 yg bertandang ke tingkap rumah ini...maaf buat yg ternanti-nanti kelibat entry baru..maaf buat yg bosan melihat sesawang yg penuh di rumah ini. Apa2pun nampaknya kak sya terlebih dahulu menulis entry baru dalam ana asyik menulis entry yang tak pernah siap. Jazakillahu khair kak sya sbb masih sudi menulis di sini. Juga tahniah diucapkan di atas kejayaan mendapat keputusan SPM yg sgt membanggakan..walau ana tak ambil SPM, ana turut terasa debaran menunggu result keluar...turut gembira melihat result sahabat2...turut seronok bagi nasihat utk teman2 mengambil langkah seterusnya.


Alasan blog sunyi? Tiada internet access....bohong. Sibuk...tidak sentiasa. Tiada idea...mungkin juga. Malas? hurmm... Kadangkala saat melihat sekeliling..saat duduk termenung...saat berbicara dgn teman...sgt byk yg terasa mahu dikongsi di sini...sgt sgt byk. Juga saat gembira bersama akak2 tersayang di sini..saat sama2 berkongsi masalah...saat rindu kepada akak2 di sana menjengah...saat hati menangis. Namun, bila jari mula berlari-lari mahu mencoret sekelumit rasa..larian sering terhenti separuh jalan...dan bila mahu kembali mencoret, perasaan dan semangat yg mulanya ada kian menghilang...[dan begitulah selalunya bagaimana entry2 yg byk ditulis terbiar sebagai 'draft' semata-mata...huhu -_-'].

Awal Januari lalu jiwa ini mmg melalui pelbagai jenis emosi...lepas satu, satu lagi mengunjung tak sudah. Saat rasa gembira, lega dan puas hati semuanya datang serentak sementelah selesai penganjuran program nasional di sini....hati pula dicarik-carik rasa pilu, kecil hati dan sedih yg amat. Teman-teman di sekeliling sering mengatakan ana ini tegar..susah mereka mahu melihat ana menangis...saat masing2 menangis dgn keputusan test yg tak seberapa, atau kerana dirundung pelbagai masalah...ana tetap begitu...wajah tenang tidak beriak (kata mereka..), Bukannya tiada perasaan..cuma ana takkan menangis dgn result test yg teruk...ana akan 'mengutuk' diri sendiri..."padan muka..sape suruh tak study betul2"...lagipun, seorang da'ie mesti bijak menyembunyikan perasaan supaya tidak menganggu emosi mad'u sekelilingnya. Biar sebagaimana sedih atau resah hati tika itu, saat mata bertemu mad'u...sembunyikanlah rasa hati...pamerkan wajah semanis mungkin. Seperti yg disebut oleh Abbas Assisi dalam bukunya "Bagaimana Menyentuh Hati";
"Indera mata dan penglihatan tetap memiliki kekuatan yg menjadi sarana terpenting seorang da'iyah sekaligus paling dapat menimbulkan pengaruh di dalam hati"
Jadi lemparkanlah pandangan penuh kasih sayang itu kepada mad'u masing2 ye...moga bisa kelak menawan hatinya demi agama suci ini.

Dengan mama yg kecil hati kerana Alongnya tak pulang2 usai PKN, dengan keputusan final exam yg datang dari ayah, dengan teguran yg dtg singgah...hati menangis pilu. Tak tertahan rasanya saat itu..dan antum nk tahu nasyid favourite ana tika itu? "Menangislah Di Bahuku - Firdaus"....saban hari ana mengulang nasyid yg sama sepanjang hari sehingga ana ke Port Dickson menghadiri kem STE anjuran Pet. Di sana salah satu slot yg ana kira agak berkesan menghilangkan segala luka lara di hati ialah sesi "Heart-Writing". Ana benar2 kembali dari PD dengan perasaan dan semangat baru..melupakan segala yg pahit2 sebelumnya. Biarlah segalanya dalam lipatan kemas kehidupan sebagai pengalaman yg pernah dilalui...pengalaman itu tetap berharga walau sepahit manapun ia. Belajar dari pengalaman lalu...pabila jatuh terus bangkit. Jangan terlalu lama duduk merawat luka akibat jatuh...takut tak terbangun pula kelak. Jatuh dan terus bangkit~

Ana kongsikan di sini bait-bait kata dari lirik nasyid tersebut...

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah …Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

Terima kasih juga pada kak asma' yang tika itu secara tak langsung sempat merawat lara di hati ini. Tiba2 terkenang sisters di almanchesteri...mereka pernah berkata ana ni ibarat seorang doctor yg sedia on-call mendengar luahan hati mereka...tapi doctor pun kadangkala sakit jg kan? Saat itu siapa yg sedia on-call utk along pula ye? Siapa yg akan pinjamkan bahu utk ana meluah segala? Bukan niat di hati menjadikan lara ana haru-biru semua,..namun ada saat ana pun tak kuasa, maka berderailah air mata. Ana percaya ana ada kakak2 tersayang..di sini dan juga di sana....tak lupa teman2 di samping...walau mereka mungkin tak memahami semua yang ana tempuhi saat ini, tapi ana yakin mereka sedia pinjamkan bahu...walau sekadar buat menadah air mata dan mendengar luahan hati. Itu sudah cukup buat ana pabila hati ini terluka.

Melihat entry-entry lepas...baru tersedar...ana banyak berkongsi yang sedih2 sahaja di sini bukan? Tak bermakna hidup ana ni sedih sentiasa...tak juga bermakna apabila ana tak update blog hidup ana tiada yang sedih (seperti telahan sesetengah org )...namun ana lebih senang meluah segala yg sedih di sini daripada membebankan org lain. Menulis mmg salah satu cara yg paling berkesan ana kira utk menghapuskan segala rasa sedih sendu di hati ini (sbb tu ana suka sgt heart-writing). Teringat kira2 dua minggu lepas...menemani salah seorg kakak di sini menempuh saat2 yg penuh debaran baginya (kata kakak tersebut "rasa berdebar mcm org nak nikah!")...selesai saat penuh debaran itu, kakak tersayang terus menarik tgn ana ke tandas berdekatan. Ana agak tergamam melihat kakak ana menangis meluah segala..."akak tahu Allah tak uji seseorang melebihi kemampuannya...tapi kenapa Allah uji banyak sangat?"...Kakak, bersyukurlah Allah uji akak..menunjukkan betapa Dia sayangkan akak...hingga dia berikan ujian bertimpa-timpa pada akak sebagai tarbiyah, sebagai satu rahmat dariNya. Tak sangka kakak yang ana sering nampak tegar itu menangis di sisi ana tika itu...diri ini tidak banyak bercakap saat cuba menenangkannya. Cuma menadah telinga sambil menahan sebak.."Akak nangis Along pulak rasa nak nangis jgk...dh lama tak nangis..". Akak itu pula yg menepuk bahu ana "Menangislah..luahkan semua..best tau..." =).

Memang air mata itu tidak menunjukkan kelemahan seorang wanita....malah ianya ana kira menggambarkan betapa kuatnya seorang muslimah itu...terlalu banyak yg perlu ditanggungnya di atas jalan ini. Sudah berapa ramai kakak2 yg menangis bersama ana di sini...lebih ramai lg yg meluah berkongsi rasa di sana jg....dan ana? Ana masih begini....sedia menadah telinga mendengar juga meminjamkan bahu...andai terdaya akan ana ucapkan butir kata pemberi semangat...cuma diharapkan akak2 sedia menanti ana saat ana benar2 memerlukan nnt.

Tapi walau apapun...ingatlah...menangis di hamparan sejadah kepada Yang Maha Mendengar adalah perasaan yg paling indah...menangisi dosa-dosa lalu...mengadu perasaan di hati pada Yang Maha Mengetahui...merintih merayu pada Yang Maha Menerima Taubat.

Ana tinggalkan antum dengan sepotong ayat dari pengubat hati paling berkesan... the best balm for every sore and pain...from the compilation of love letters from Him..

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." [Ali-Imraan 3: 139]

Iman pra-syarat segalanya..ana doakan iman ana, antum dan sesiapa sahaja sentiasa dipeliharaNya dan sentiasa ditingkatkan demi menggapai mardhatiLlah. Sehingga ketemu lagi (ana harap tidak terlalu lama pertapaan ana kali ini) di entry seterusnya. Wassalamualaikum wrm wbt..

currently feeling: tak rasa nak menangis =)