Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
tajuk di atas tiada kena-mengena dengan celoteh kali ini sebenarnya...cuma teringat kembali perbualan petang tadi dengan Bahariah, jiran bilik depan. katanya tengah rindu...tapi rindu dendam dengan seseorang...ana membalas "wah, boleh jadi tajuk novel tu - Rindu Dendam".
iklan habis...masuk cerita utama. seminggu berlalu dari minggu peperiksaan. tinggal sehari sahaja lagi yg perlu ana harungi. 2 subjek terakhir...namun perlarian yg tinggal sedikit sahaja ini makin sukar kurasakan. bukan sukar kerana subjek itu sendiri..tetapi sebab diri ana ni yang sudah tidak sabar2 nk bercuti panjang...yang sudah geram melihat teman-teman sekeliling sibuk mengemas barang...gaya macam 'terlupa' sekejap isnin ni masih berbaki dalam fatrah peperiksaan. aku sendiri semalam entah sibuk buat apa...tidak produktif langsung..bangun lambat dan tidur pun awal..kononnya berniat nk bgn awal-awal pagi sebelum subuh untuk menelaah ilmu matematik tapi lambat juga. hari ini pula sibuk walking down the memory lane (minta maaf..kena guna frasa kata itu juga...kalau diterjemah ke dalam bahasa melayu lain bunyinya). seharian hari ini 'sibuk' melihat fotopages gambar2 di UK...mengimbau kenangan zaman 'jahat2' semasa di Manchester Academy dulu sambil sibuk meneliti satu persatu gambar2 teman persekolahan. memori lama mengasak-ngasak di kepala...sebak di dada masih mampu di tahan...air mata kekal di birainya. kemudian satu persatu blog kakak2 ana masuk...bukan sekali..malah berkali-kali dalam masa sehari ini ana masuk ke sana...aih..penangan apa pula ini?
membazir masa bukan? dalam saat masa boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran seperti rakan2 ana yg lain yg semuanya rajin2 belaka...ana sibuk mengenang nostalgia lalu...dan sekarang ini pula. sibuk menaip entah apa sedangkan baru sahaja seminggu yang lepas ana menulis di sini. janji di hati tidak mahu menulis sehingga selesai tempoh peperiksaan namun apakan daya. kehendak hati diturut jua. hati ini tiada pada buku precalculus yg tebal itu saat ini. juga bukan pada nota sport science yg tidak kurang tebalnya itu. hati ini pada bumi yang pernah ditinggalkan setahun yang lalu..mungkin kerana cuti musim panas yang kian hampir di bumi manchester itu mengingatkan ana akan saat-saat terakhir ana di sana dulu..entahlah..yang ana pasti ana teringin untuk kembali.
memang itulah yang ana rasakan sejak duamenjak ini...rindu. benarlah....kita mula menghargai sesuatu saat ia tiada lagi bersama kita. jadi...marilah kita sama2 hargai apa yg kita ada SEKARANG supaya kita takkan menyesal andai kita tidak memilikinya lagi. marilah menghargai engineering maths dgn sport science ni...bercakap tentang benda yg sudah lepas ni...'terkenang-kenang' pula 5 subjek yang telah berlalu tu...huh...menggunakan ayat seorang senior yang ana baca di blognya dalam penjelajahan blog-ke-blog ana semalam dan hari ini.."boleh menjangkakan ketensionan bila dapat result nanti"...tapi harap2nya tak lari jauh sangat la dari target ana...xnak mama sedih...='(
'ala kulli haal, ana rasa ada baiknya ana berhenti dulu dari berceloteh panjang...supaya entry ana kali ini bukan entry picisan semata-mata maka marilah kita "ijlis bina nukman sa'ah"..kita duduk sebentar dan beriman sejenak..kita hayati ayat dari surah Hud ini bersama-sama..."fastaqim kamaa umirta...";
jadi...jom...tabahkan hati...tetapkan langkah....teguhkan pendirian..kita hadapi sedikit lagi jihad kecil ini bersama-sama. biar jadi rajin sikit lepas tulis blog ni. allahummaghfirli wa li ukhti~ wassalamualaikum wrm wbt
p.s: entry ini mula ditulis jam 9.10 mlm apabila tiba-tiba seorang teman datang bilik nak tengok soalan engineering maths dan print soalan ["alamak, yana nampak kite buat kerja lagha..." "hehe....apa lah yang rufi buat sampai lagha tu?"]...kemudian selesai yg tu, baru je nk sambung tulis...seorang lagi masuk "rufiii....ada cerita best ni"..ana pun turut 'tergoda' bawa nota sport science pergi depan tv....jadi selepas semua tu baru la post nk dekat pukul 12 malam ni.
currently targetting: that i should at least finish 3 chapters by tonight..and a little bit of sport sci T_T
No comments:
Post a Comment