seronok menulis tak hilang lagi....sebelum tu ana nk memohon beribu kemaafan dulu. ana tulis kadangkala kalau tak dilarang mmg akan tulis dgn gaya panjang lebar dgn bahasa yg belit2. dan kadang2 boleh tertidur baca tulisan ana yg bersambung-sambung tanpa ada gambar atau apa2 yg menarik utk break-up sikit tulisan ana. ana minta maaf byk2 ye...mmg ada yg pernah bg tahu ana...baca boleh sampai tertidur..tp ana dah cuba letak gambar...tak cantik lar. tgklah nnt ana cuba, insyaAllah.
kali ini ana nk berceloteh akan fatrah exam yg melanda sekarang ni pula. mmg boleh nmpk sgt dari status YM org2 yg online dan bilangan org yg online tu sendiri (kebanyakannya invisible...ana boleh perasan la)...masing2 bagai lemas dalam arus peperiksaan sendiri...dgn ujian dunia. ana teringat kembali e-mail yg ana hantar buat rakan2 satu sekolah rendah hari tu...ana hantar e-mail itu sekadar mengajak mereka join forum ex-SRAH yg ditubuhkan seorg sahabat tp ana ambil kesempatan itu utk memberi sedikit tazkirah buat mereka yg ana tahu sedang sibuk dgn persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. antara yg ana tulis dlm e-mail tersebut...
"Ana doakan antum semua tsabat (tetap, kekal, steadfast..whatever you want to call it) di atas jalan ini. Doakanlah ana yg dh nk exam kat sini...insyaAllah ana akan buat yg sama buat antum semua di sana. Ingatlah, ni baru ujian kecil di dunia ni, ada ujian yg lebih besar lagi dlm hidup kita di masa depan nnt...dan ujian yg paling penting ialah hidup tu sendiri dan kita akan dapat result ujian kita di akhirat kelak..samada kita ke syurga atau ke neraka, nauzubillahi min zalik. Semoga antum tabah menghadapi apa jua ujian, halangan, dugaan, cabaran atau liku2 hidup ...bukankah ujian itu satu tarbiyyah dr Allah? Allah dh berfirman dlm surah al-'ankabuut ayat 2:
"Patutkah manusia menyangka bhw mereka akan dibiarkan dgn hanya berkata: 'Kami beriman' sedang mereka tidak diuji (dgn sesuatu cubaan)?"
faiinnama'al 'usri yusra..innama'al 'usri yusra - dlm setiap kesukaran ada disertai dgn kemudahan (al-insyirah: 5-6)"
ana di sini tetap begitu...sedar akan hakikat peranan seorg pelajar. kadang2 terdetik di hati..terlintas di kepala...nak abaikan sahaja semua pelajaran...tak larat dah...baik berhenti sahaja. kemudian hati cepat menahan...belajar pun jihad juga...kalau dibuat kerana Allah yg satu...bila kita buat sesuatu kerana Dia..insyaAllah, segala-galanya akan dipermudahkan. jadi, betulkanlah niat....moga2 Allah membantu kita dalam perjuangan yg sangat kecil ini..moga2 kita semua berjaya mengabiskan pelajaran kita..moga2 kita semua dapat menjadi seorg doktor, guru, pensyarah, jurutera, biotechnologist dan apa2 sahajalah lagi yang bakal menyumbangkan sesuatu ke arah Islam...semuanya atas nama Islam dan kerana Islam.
insyaAllah, banyak kita boleh dapat dari situ kan...sesuatu yg boleh naikkan balik semangat kita di kala kita terasa kita 'tertinggal' di jalan ini. ana selalu ingatkan diri ana satu je sentiasa...Allah akan tolong kita walau dalam apa jua keadaan dan situasi sekalipun asalkan kita percaya akan semua itu...yakin akan janjiNya. walaupun Allah dah tentukan apa yg kita akan dapat dalam apa2 ujian atau peperiksaan yg mendatang, namun tidak bermakna kita boleh berputus asa dan berhenti berusaha (dgn alasan - tiada guna belajar pun sebab mungkin Allah dh tetapkan aku gagal dan mungkin Allah dah tetapkan aku lulus w/pun aku tak belajar). tetapi, bukankan sudah menjadi satu sunnatullah, org2 yg berusaha akan mendapat kejayaan...dan org2 yg malas/tidak berusaha takkan dapat mengecapi kejayaan itu. igtlah...mcm apa yg ana tulis tempoh hari..Allah tak melihat pada hasilnya sahaja tetapi yg lebih utama..usaha ke arah itu.yg penting kita mestilah belajar dan belajar lagi..tiada henti di situ. ilmu kita tak pernah cukup dan kita tak patut berhenti belajar..walau seketikapun. seorg kakak mengingatkan ana ptg tadi...bila kita sudah habis kelas di sekolah, tak bermakna kita dah tak perlu ke sekolah lagi dgn alasan 'tak belajar apa2 lagi dah'. kita mana tahu...walaupun kita dh habis belajar, kita mungkin dpt memperolehi satu ilmu baru hari itu. tak kisahlah kita dh tahu topik tu, atau kita dh dgr topik tu byk kali dh..tapi mana tahu mungkin hari tu tiba2 kita baru sedar yg apa kita faham selama ni salah...dan alhamdulillah sbb kita pergi kelas hari tu..kita dpt betulkan balik apa yg kita faham. lgpun, ilmu tu ada di mana2 sahaja...dalam apa bentuk sekalipun. bukan kita yg menentukan samada kita belajar perkara baru hari itu atau tidak, tapi Allah jualah yang menentukan.
hari ini, hati ini dijentik sekali lagi. belajar itu satu amanah. Allah dh tentukan ana di sini ada sebabnya...utk ana belajar...bukan sahaja ilmu akademik...tapi belajar ilmu hidup, ilmu akhirat bersama kakak2 di sini. ana berjauhan dgn mama, ayah dan adik2 ada sebabnya..mereka nk ana belajar. mereka mengharapkan kejayaan dr ana...mereka percaya yg ana boleh...mereka percaya yg ana ini sudah cukup matang utk berjauhan dari mereka dan tetap menunaikan amanah yg telah mereka tinggalkan. (aduhai...kenapa tiba2 laptop Kak Mum ni mainkan lagu 'Belaian Ibu - Hijjaz' pula..mcm tahu2 je....dh sebak dh ni). insyaAllah, lepas ni ana takkan melupakan amanah yg satu itu...satu amanah yg bukan sahaja dr mama dan ayah ana...tp yg lebih utama...ianya satu amanah dr Allah. "ya Allah, ampunkanlah diriku andai kata aku ada mensia-siakan peluang yg telah diberi."
jadi...kita semua kenalah sentiasa ingat. kita mesti belajar dan belajar lagi.. walau dalam apa jua keadaan sekalipun. insyaAllah sampai di sini sahaja buat kali ini...nnt kalau ada masa ana takkan lupa meluah lagi di sini. cuma kalau 'rumah' ana ni sunyi sepi, tingkap tertutup rapat, daun2 kering di luar tidak bersapu, pokok2 bunga pula layu...maknanya ana mungkin sedang lemas di dalam arus peperiksaan, bukan bermakna ana sudah melupakan 'rumah' ini..bukan juga bermakna ana sudah jemu meluah. apa2pun...selamat belajar =). Assalamualaikumwrmwbt.
currently loving these nasyeeds: Pengorbananmu - Unison, Ayah - DeHearty, Odei Anak - Raihan
*dgn muka tanpa perasaan* - "mana ada along rindu rumah"
No comments:
Post a Comment