Asssalamualaikumwrm, lama sudah tidak ketemu...mmg terasa rindu di hati (dan agak terbeban dgn desakan org2 di sekeliling..tp xpe..x kisah...mmg plan nk update pun). insyaAllah, pjg nk tulis kali ini. hati meminta-minta utk diberi peluang meluah...agak sesak rasa di dada bila sudah lama tidak meluah, bercerita, berceloteh pjg...dulu, kalau bukan di sini, ana akan tekun membelek satu-persatu helaian diari berkunci itu...tetap tak lupa meluah pabila terasa tak dpt menahan lg. tp sekarang, mungkin kerana ada lagi tanggungjawab yg lebih besar dan mungkin kerana tak pernah ada kesempatan itu, ana akur bila diri ini sedar yg mungkin hati ini terpaksa menyimpan rasa buat seketika lagi...ana akur bila diri ini sedar yg mungkin tiada peluang utk meluah hari itu.
alhamdulillah, ana diberi peluang itu hari ini. ana nk sgt bercerita kisah suka duka, gelak tawa, sedih rasa bersama kakak2 ana sepanjang minggu lepas. mungkin ramai yg terasa agak bosan, ana kerap bercerita ttg mereka di dalam blog ini...tapi..hakikatnya, kerana masa ana byk dihabiskan bersama mereka melalui denai dan liku jalan ini, mmg segala-gala yg berlaku byk berkisar akan mereka..mereka yg ana sayangi fillah, insyaAllah. dan..mungkin kerana ana amat sayang akan mereka itulah yg ana rasa sgt takut memikirkan perpisahan yg bakal terjadi antara kami...ana rasa bahawa setiap detik bersama mesti ana catatkan buat kenangan hari depan. mana tahu...10 thn dr skrg..20 thn dr skrg...ana mungkin sudah berkeluarga tika itu, melihat kembali catatan rasa seorg remaja...mungkin ianya mampu mengingatkan ana kembali apa yg pernah ana rasa suatu ketika dulu, apa yg pernah ana lalui, apa yg mesti ana cari kembali.
29/4/2006 - tazkirah dan study session di Heaton Park
hari ini kami berenam seronok menikmati keindahan tempat org di kala bunga2 sedang galak berkembangan di sana-sini...subhanaAllah. alhamdulillah, Kak Am, dgn gaya 'mission-impossible' nya berjaya mengumpulkan kami berenam. dia tegas mengatakan "study dulu sejam baru boleh pegi main2". kami akur..duduk di atas hamparan hijau milik Ilahi dgn makanan2 penuh dia atas throw biru yg kami bawa. membelek lembaran2 ilmu satu persatu sambil telinga senang menangkap nasyid2 dan mulut seronok mengunyah. tersenyum ana mengenang kembali bagaimana kami bagai anak2 kecil meminta-minta utk dibenarkan pergi..bemain bebas...berlari jauh. namun, kakak senior yg satu itu tetap menjaga masa "10 minit lagi..nnt baru boleh". mata lekas menatap buku kembali walau fikiran sudah tidak di situ lagi. setelah selesai mengulit ilmu dunia..mengisi perut dgn makanan yg pelbagai, kami diberi santapan rohani...ilmu akhirat pula. Kak Am tekun bercerita ttg tanggungjawab kami sebagai pemuda....ciri2 seorg pemuda...kenapa pemuda dipilih sentiasa di dalam setiap sesuatu. ana teliti mendengar..meihat wajahnya penuh konsentrasi. satu persatu pengetahuan masuk ke hati. pemuda berfikiran tajam...mempunnyai semangat yg unggul...kuat..pandai..berkemampuan. pemuda yg diperlukan agama ini..utk membantu di atas jalan ini. pemuda yg baik mestilah memikirkan perihal umat di sekelilingnya lebih dari dirinya sendiri. insyaAllah kami semua mungkin sudah mampu berbuat demikian. sekarang, kami semua sedang belajar...belajar cara2 berdakwah yg berhikmah...supaya kami semua mampu mengajak yg lain ke arah jalan ini. begitulah antara kata2 Kak Am tengah hari itu.
kemudian setelah penat berbincang akan perancangan cuti summer nnt..dan juga perancangan utk tahun yg akan datang. kami masing2 leka bergambar...hati senang melihat saat2 bahagia itu di'tangkap' dan disimpan buat rujukan di masa hadapan. kemudian, tanggungjawab buat Ilahi tidak dilupa....hati bangga bersama kakak2 ini..membentang hamparan di bawah pokok..bertemu Yang Maha Esa..bersyukur padaNya kami ditemukan di jalan ini.
30/4/2006 - usrah online bersama
selepas seharian bersama hari sebelumnya, kami bertemu lagi di rumah Howarth. usrah online bersama....tapi kena duduk dlm circle usrah. seronok berbincang muqadimah fi zilal...mem'bedah' buku itu lagi walaupun sudah byk kali kami khatam bahagian itu. gembira hati dapat menelaah pengajian yg sama....biar beribu kali asal ianya tetap di hati ini....faham dgn hati bukan dgn kepala. antara yg ana kenang dari usrah hari itu ialah keseronokan kami bersama mengejar ilmu Allah...berlumba-lumba mencari jawapan pada soalan yg ditanya....satu persaingan yg sihat, insyaAllah...demi agama ini. al-quran diturunkan utk kita....Allah nk berhubung dgn kita jadi Dia turunkan al-quran utk kita...cuba bayangkan satu padang pasir yg sgt luas dan kita hanyalah sebutir pasir dlm berjuta yg lain...dan Allah tujukan al-quran tu utk kita....tak terasa berhargakah sebutir pasir yg hina itu? bila kita hidup di bawah naungan al-quran itu kita akan dapat merasai keberkatan masa kita...masa kita akan terasa sangat lama dan berharga kerana ianya di manfaatkan sepenuhnya. kita hanya akan dapat merasai kemanisan nikmat al-quran itu bila kita bersedia utk mempertahankan ayat2 dan kebenaran di dlmnya.ya Allah....kau bimbinglah daku sentiasa di atas jalanMu...sesungguhnya hati2 kami ini Engkau yg pegang (al-Anfaal: 24)....hanya Engkau yg berkuasa di atas segalanya.
1/5/2006 - usrah di Lambert Hall
alhamdulillah, hati ini tak pernah gersang hujung minggu itu...sentiasa penuh dgn santapan rohani....tak pernah jemu menghadam suapan makanan hati yg kunjung tiba. hari itu sekali lagi kami bertemu....ukhuwah makin terasa pabila kami bersama-sama kecoh di dapur...masak bersama. kemudian, kami bersama di dalam bilik kecil itu...lutut bertemu lutut. mengulangkai pengajian semalam dan kemudian kakak tuan punya bilik betah bercerita ttg the relativity of time dr buku for men of understanding - harun yahya. betapa diri terasa sgt kerdil saat itu...betapa sgt luas ilmu Allah itu....betapa sgt kecil pengetahuanku tika itu...dan betapa bodohnya mereka yg tahu akan semua ini dan masih teraba-raba dalam gelapnya kejahilan. ana pulang hari itu dgn semangat baru walau akal agak terbeban dgn beban kerja duniawi.
bak kata tulisan yg tertampal di dinding bilik 7, flat c itu..."study!! study!! setiap saat kite membazir masa x study...kite akan menyesal!!! setiap saat kite buat bende jahat...kite xleh tarik balik!!". wallahu'alam.
2/5/2006 - picnic take-away di Platfield Park
akur dgn permintaan kakak sebilik, kami semua tekad bersua muka buat kesekian kalinya minggu itu...benarlah..jika bertemu kerana Allah hati tak pernah kan jemu. jari seronok berlari di atas punat2 mobile biru itu. "salam akak, hr ni k.mum nk buat sesi dinner bersama di platfield park - amek2 gambar skali. jom lar join skali klu x bz sgt. lpas asar k.mum kate. mkn take-away je pun =P"...begitu mesej yg dihantar kepada enam kakak2 yg lain...kami berempat yg lain sudah setuju nk ke sana ptg itu. bertolak dr rumah dgn perut yg kosong tp purse yg penuh...ana dan Kak Mum ke Mirchi's utk membeli mknn2 yg mengarut antara lainnya pizza, chips dan burger...kakak yg berdua lagi pula pergi 'mengisi' purse masing2 dan terus ke Chicken Cottage selepas itu. kami semua berjanji akan berjumpa di Platfield Park nnt. kakak yg lg tiga sudah pun mula ke sana..insyaAllah kami bertujuh ptg itu.
sambil menunggu pesanan kami siap ana dan Kak Mum duduk diam tanpa kata....kemudian, ana ditanyakan satu soalan yg ana tahu kan kunjung tiba jua...hati tersentap sebentar..cuba mencari jawapan yg sesuai kepada soalan yg ditanya...sedudah berfikir sebentar hati merelakan saja perkara sebenar diceritakan..mungkin itu yg terbaik buat situasi masa itu. kakak berjiwa halus itu mengangguk tanda faham akan apa yg ana perkatakan...kami berjalan berganding tangan selepas itu dgn pizza dan plastik burger di tangan sebelah lg. setibanya di Platfield Park, ana mengorak langkah menurut jejak Kak Mum memandangkan ana sendiri tak tahu di mana kami berjanji utk bertemu..kemudian dari sebalik pokok2 rendang kami terdengar akan gelak ria akak2 yg lain....seronok bermain dgn itik dan angsa rupanya...senang hati ini melihat mereka bagai anak2 kecil...mengingatkan diri yg ada masanya yg kita mmg perlu utk membiarkan segalanya dan mula 'membuat' perangai keanak-anakan...mmg ada masanya yg kita tak mahu peduli apa yg dikata org lain..yang paling penting kepuasan diri tika itu. ana tersenyum melihat gelagat mereka dan kami mula bergerak ke satu kawasan yg penuh dgn pohon2 rendang berbunga merah jambu dan putih....cherry blossom....tp ada gaya2 bunga sakura...kata kami yg perasan diri di Jepun ketika itu.
tikar pink dan throw biru dihampar....makanan disusun rapi...air dan cawan dikeluarkan. kemudian sedikit tazkirah dr kakak tersyg...mengingatkan kami supaya sentiasa bersyukur dgn apa yg telah diberi Tuhan...bersyukur kerana kami diberi kesempatan utk bertemu dan bergurau senda ptg itu. beberapa ketika kemudian kami semua leka mengisi perut masing2 yg lapar dgn hati tak putus2 memuji keindahan ciptaan al-Khaliq...mata tak sudah melihat ke atas dan sekeliling kami...hati seorang perempuan mekar bahagia...semekar kuntuman bunga2 di atas pohon tanpa daun tp penuh bunga itu. dgn perut yg penuh dan hati yg gembira itu kakak2 berbaju ceria yg bertiga itu bangkit dan kemudiannya leka dgn camera masing2....membuat pelbagai aksi dgn camera cekap merakam segalanya buat memori masa hadapan. kakak2 bertudung hitam dan berbaju putih/cream yg lagi tiga senang melihat dr hamparan biru di bawah pohonan rendang..lagaknya bagai ibu2 yg sabar melihat kerenah anak2 comel bermain gembira. ana pula? sekejap bersama mereka yg ceria mengambil gambar...seketika kemudian bersama kumpulan 'ibu2 sabar' memandangkan ana juga mengenakan tudung hitam dan coat cream ptg itu.
menjelang lewat petang kami bersiap utk pergi...hati agak sedih terpaksa meninggalkan keindahan itu di belakang. namun dalam berjalan pulang kami tidak lupa 'mengambil' beberapa kuntum tulip buat kenangan hr itu...diletak elok dalam balang kaca di atas meja study...setiap kali melihat pasti tidak lupa kenangan hari itu..pasti tidak lupa akan eratnya ukhuwah yg kami kongsi bersama. ya Allah, Engkau kekalkanlah perasaan itu segar di dalam hati kami ibarat segarnya alamMu sesudah hujan rahmatMu....kuatkanlah ikatan di antara hati2 itu bak pohon yg tegar melalui musim yg pelbagai di sini...yg tetap cekal utk hidup mesti dlm kesejukan musim luruh, frost di musim salju, basah di musim bunga dan terik kering di musim panas.
4/5/2006 - usrah online remaja
petang itu ana sekali lagi menggunakan laptop kakak sebilik utk memberi sedikit pengisian usrah buat adik2 tersayang di serata UK..tak lupa juga akak2 lain yg sudi mendengar biasanya. namun, hr tu tidak ramai yg hadir...mungkin kerana masing2 sibuk dirantai belenggu exam. ana mengambil keputusan utk memberi sedikit tazkirah dari apa yg baru dipelajari ahad itu ttg al-quran memandangkan ada adik yg bersungguh-sungguh mahu mendengar secoret ilmu Allah. hati senang menyampaikan meskipun diri tika itu byk kelemahan...tanpa ada apa2 persediaan..nota yg dicatat dr perbincangan ahad lepas dibuka kembali dan ana sekadar mengulang sambil memberi penjelasan apa yg termampu. hati puas ptg itu...kerana hati itu sedar tika itu akan adanya adik2 yg bakal dan berbakat utk menggatikan diri ini sepeninggalan ana nnt. insyaAllah mereka semua mempunyai semangat utk berjuang di jalan ini, ana akan sentiasa doakan itu semua utk mereka...biar susah tp ganjaran drNya tetap kan menanti.
5/6/2006 - 6/6/2006 - usrah dan qiyam session di rumah Howarth
ana sungguh tidak sangka hr itu.kami diberi peluang bertemu lagi....utk usrah dan qiyam pula. masing2 membawa sedikit hidangan utk mkn mlm...kami makan dan mula berusrah...muqadimah fizilal dibelek lagi..tak pernah ada rasa jemu di situ. pengisian dari Kak Asyif...kali ini mengupas sistem Islam yg syamil, kamil dan mutakammil...sistem Islam yg dpt dilihat di bawah naungan al-quran..yg digubal sesuai utk setiap masyarakat, segala tempat, sepanjang masa. tanpa perlunya akan sistem manusia...sistem Islam yg sudah penuh cukup...tanpa perlunya akan sebarang perubahan...sistem Islam yg sesuai sepanjang zaman..dari dulu sehingga hr ini. sesudah usrah, Kak Mum menambah sedikit...memberi sedikit tazkirah sekadar satu peringatan buat kami. kami kemudiannya bercerita lg ttg perancangan cuti musim summer kami...membuat perancangan baru...melihat akan kesempatan yg ada....peluang yg mungkin wujud tika itu. pabila kami selesai waktu sudah mula merangkak ke arah angka satu...subuh akan masuk tatkala waktu belum lagi tiga pagi. sebelum bangun utk tahajjud malam sebilangan kakak2 itu tidur sebentar...sementara itu ana dan dua org lg kakak duduk2 di bilik study dgn laptop masing2....sekadar cuba menyelesaikan apa2 yg sempat tika itu....amanah kami utk belajar tetap tidak kami lupa walau masa byk digunakan utk perjuangan di atas jalan ini. kakak2 yg lain mula bgn bila jam sudah mula menunjukkan 2.30 pagi....bersiap sedia utk tahajjud dan subuh..kemudian tidur kembali.
pagi itu kami bangun dan bersarapan bersama...berbincang ttg usrah online keesokkan hrnya di rumah Oxney pula. kami tinggalkan rumah Howarth memandangkan kakak2 tuan rumah ada yg tidak sihat dan yg lainnya perlu bersiap sedia utk ke usrah yg lagi satu....jadual seorg muslimah di jalan ini tidak pernah kosong. ana bersyukur...Allah dh berfirman dalam surah Muhammad ayat 7...kalau kita membela agama Allah, insyaAllah, Allah pula yg akan membela kita utk mencapai kemenangan. lgpun, Allah kan dh bg tahu kita akan satu perniagaan yg boleh menyelamatkan kita dr azab seksa neraka..satu perniagaan yg takkan merugikan kita lansung...iaitu dgn cara kita beriman kpd Allah dan RasulNya dengan berjuang membela dan menegakkan agama ini dgn segala yg kita ada termasuk diri kita sendiri..as-Saff:10-11. mmg jalan ini penuh kesusahan...mmg kadangkala kita akan rasa penghujungnya sgt jauh..kita tak nampak akan penghujung jalan itu. tp semua ni akan memakan masa yg sgt panjang....sgt. kita patut bersabar..mungkin kita tak dapat melihat hasil perjuangan kita itu dlm hayat hidup kita ini tapi insyaAllah kita akan dpt sama merasai nikmat ganjarannya nnt. Allah tidak melihat kepada hasil dr apa yg kita lakukan tp kepada usaha kita ke arah itu.kita mungkin tidak berjaya...tp kerana kita sudah berusaha dan terus berusaha...Allah dh siapkan ganjaran lumayan itu utk kita nnt. hasil dr perjuangan ini takkan dapat kita capai dlm masa satu malam sahaja..tidak. tamadun Islam dulu dibina dlm masa hampir 600 thn...tapi pernahkan Rasulullah, para sahabat dan para tabiin berputus asa? alhamdulillah, tidak....kita diberi peluang utk mengecapi nikmat Islam itu juga hari ini. jadi, kita tak patut sesekali berputus asa dalam perjuangan di atas jalan ini...jangan sesekali!! Allah dh bg tahu yg Islam akan menang juga akhirnya nnt...cuma adakah kita mahu bersama mereka2 yg mencapai kemenangan itu nnt? semuanya terpulang pada diri kita sendiri....Allah tak perlukan kita...tapi kita yg perlukan Allah. kita yg perlukan agama ini....kita yg mahu bersama-sama org2 yg mencapai kemenangan buat Islam nnt. mungkin kita takkan dapat melihat hasil dr penat lelah kita di atas jln ini sekarang..tapi macam yg ana katakan tadi...Allah akan tetap melihat pd apa yg telah kita sumbang ke arah itu. insyaAllah.
hari ahad lepas, kami bertemu lagi dan sekali lagi duduk lutut ke lutut di salah satu bilik rumah Oxney....telinga leka mendengar suara yg di sebalik sana walau ianya agak putus2 kerana connection yg tak berapa bagus. namun kami bersyukur masih diberi kesempatan utk menadah sedikit ilmu darinya minggu itu. sesudah dijamu sedikit juadah yg disediakan Kak Mum, kakak2yg lain mula beredar..ada tugas yg menuntut masa utk disiapkan di rumah masing2.
panjang coret dan celoteh ana hari ini...(siapa suruh mintak update sgt)...alhamdulillah ana bersyukur kerana di kala org lain sibuk menyediakan jadual belajar dan jadual dalam fatrah peperiksaan..'jadual ila mardhatillah' ana tidak dilupa..cukup penuh diisi bersama kakak2 ana yg tersayang. sesungguhnya, itulah yg lebih utama...di situlah adanya keberkatan, insyaAllah. hanya di sini sahaja buat kali ini. ada kesempatan ana update lg nnt. assalamu'alaikum wrm buat semua.
currently my Y!M status read: i've-only-got-two-weeks-to-go-till-my-first-paper-masyaAllah and i'm-happy-because-i-did-well-in-all-my-courseworks-alhamdulillah mode