Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 3, 2008

Usrah Yang Lazat & Lemak Berkrim (^_^)

Assalamu'alaikum wrm wbt buat sesiapa yg sedang membaca =)


hukhuk..banyak jugak habuk kt blog ni ye..minta maaf..tapi sebenarnya tak kisah pun nk tinggal blog ni berhabuk lame2...sebab diri ini sedar blog ini tiada pembaca setia ;) (walaupun agak terkejut br tahu ada beberapa org lg yg tahu kewujudan blog ni...huhu). Lain la blog yg sgt best yg bila dh lama tak update ana pun mula la bising "cepat la update blog...nk tahu apa cerita hidup dia skrg/nk baca penulisan dia yg best2 tu"...hehe. Ini cubaan kedua untuk menulis entry ini...minggu lepas dah tulis nk siap dah cuma tak sempat nk post je...sekali hari ni masuk dh hilang ke mana draft hr tu...jadi kuatkan semangat dan menulis dari mula kembali..tak larat dh la nk karang ayat2 puitis mcm hr tu (erk..selama ni puitis ke along?) jadi ana redah je lah utk kali ni. (ada dua tiga lagi tajuk2 utk entry baru tgh terfikir skrg ni...best bila angin mengupdate blog sudah datang kembali).


Ana sudah ditag oleh dua orang dgn tag yg sgt best ni...oleh kak zahrah thru email kat gmail yg sampai sekarang ana tak reply lg (nnt lepas ni ana edit yg ni dan reply kt email tu pulak) dan oleh alkhudri. Jarang ana buat kerja menjawab tag orang ni...baca jwpn tag orang ana suka =). Kali terakhir ana jawab tag pun oleh Anis hujung 2007 lalu di kala blog ni sunyi sekian lama dan habuk makin bertimbun..mungkin Anis saja mahu lihat blog ini dibersihkan kembali. Serasanya alkhudri mungkin juga berniat sebegitu? Apapun mari kita lihat apa keistimewaan usrah yang lazat & lemak berkrim disukai ramai ni :D


[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?


kalau ikut pergi usrah tu sejak kecik kot? time still dalam perut mama kira usrah jugak tak? jawapan wajib bagi setiap pelajar musleh: ana dah ikut usrah sejak djh 4 lagi kt SRAH yg disayangi lagi dirindui tu. samada pg sabtu sebelum ko-kurikulum atau malam sabtu sebelum tidur waktu qiamullail kt sekolah...waktu tu dh guna buku "Maza Ya'ni..." tapi tak igt pun apa yg belajar...sampai djh 6 mcm tu la juga.


hujung 2002 tibalah ana di tanah orang..waktu ni mungkin masih belum mengerti kepentingan tarbiyah maka ana takdelah mencari usrah...bila makcik ajak join usrah dengan kakak2 ana ikut, tapi jarang la...sbb rasa tak berapa best disebabkan gap umur yg agak jauh. kadang2 kalau dh rindu sgt, ana tumpang sekaki dgr usrah mama...walaupun kadang2 ada je perbincangan2 yg budak bawah umur tak patut dgr :P


tahun 2004 usrah online anak2 remaja UK mula ditubuhkan atas inisiatif Kelab Remaja Islah MSM..alhamdulillah walaupun mungkin kurang efektif kerana tak dapat duduk bersama bertentang mata lutut bertemu lutut namun itulah yg termampu utk menghubungkan kami di serata UK ketika itu. kadang2 boleh dapat sampai 10 orang satu sesi usrah setiap Jumaat malam tu..2-3 jam jugak la bertapa depan laptop tu..marah para bapa yg nk siapkan thesis PhD masing2 bila anak masing2 conquer komputer ketika itu...dan biasanya usrah online brothers pulak keesokan harinya..jadi 2 malam berturut-turut la. Tapi ana yakin mak ayah kami semua ni tak kisah demi melihat anak2nya mencari sinaran nur, mengutip secebis ilmu di tanah org tika itu. Ana kira agak best jgk usrah waktu tu...walaupun kadang2 pengisian utamanya (owh..time ni cover maza ya'ni lagi dan hadith 40 dan tafsir) sejam je...perkongsian masalah selepas agenda utama tu yg lama....mmg problematic sungguh waktu tu..yelah..remaja sesama remaja...naqibahnya pun muda remaja jgk =)


dan usrah online tu pun bertahan sehinggalah ana balik ke m'sia semula pertengahan 2006 (waktu dh balik pun ana try jgk lg nk bwk usrah online tu...ana stay-up sampai 2 pg la jgk...tp lama2 terkubur bila dh makin ramai yg balik m'sia) dgn makin lama ana makin istiqamah dgn usrah kakak2 di sana. Cuma bezanya dulu ana ikut usrah online tu tp hujung 2005 ana pulak yg bwk ganti KK yg mula bawak usrah online aulad (ye...kami ada usrah online remaja utk 12+ dan usrah online aulad utk 5-11).


2006 barulah benar2 terasa kemanisan ukhwah yg lazat berkrim ni...sgt2 la seronok usrah waktu tu yg ana betul2 menghargai kepentingan tarbiyah. Kembali ke tanah bertuah m'sia dan an

a terkontang-kanting sekejap tanpa usrah sebelum join usrah makcik ina dan seterusnya ikada kat SMAH. Dan kini usrah di utp bersama kakak2 tersayang.


Panjangnya jawapan....jawapan pendek ialah:
Menyertai usrah dah nak masuk 8 thn....benar2 merasai kemanisan usrah dan menyedari kepentingan tarbiyah mungkin 3 thn...alhamdulillah disedarkan lebih awal.


[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?


Usrah SRAH: wajib...takkan nk ponteng kot..dh la jadi ketua usrah..huhu
Usrah online remaja: inisiatif krim =) dan pakcik makcik yg tak nk lihat anak2nya terus leka
Usrah kakak2: kakak2 ajak
Usrah sementara SMAH: wajib sbb kt sekolah....lagi satu sbb kakak2 stam ajak
Usrah utp: nama diforward...hehe....kalau nama tak diforward pun ana mmg akan lapor diri jgk utk usrah



[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Kenapa saya suka usrah saya? Sebab dia best~ (baca dgn gaya iklan: kenapa saya suka rumah saya?)

Mencari diri yang hilang di tengah2 kekacauan manusia sekeliling...menyedari tanggungjawab sebagai seorang seperti dalam 2: 30 dan 51: 56 yang mana usrah merupakan salah satu medan utk mencari bekal dan teman di atas jalan ini.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

  1. rasa disayangi...rasa kebersamaan...rasa ana bukan seorang di atas jalan ini...raaamai lg org lain serata dunia melalui tarbiyah yang sama
  2. rasa nak ajak seramai mungkin org utk turut merasai ke'best'an usrah tersebut
  3. rasa pelik kalau lebih seminggu takde usrah (mcm perasaan sekarang ni)…rasa kering kontang dan tak tentu arah tanpa usrah yg dh jadi perkara wajib dalam hidup tu


[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

  1. ilmu yg sgt banyak yg perlu diamalkan dan dipraktikkan dan dikongsi bersama yang lain
  2. persaudaraan sesama Islam yang tak pernah ana jumpa di tempat lain sebelum ini...yang mana kalau pergi usrah dgn muka monyok and kepala kusut sekalipun...balik dari usrah mesti rasa sgt lega dan tenang setelah berkongsi dgn ahli2 usrah hurun-hadid ;) (dalam erti kata lain: ukhwah liLlahi ta'ala)
  3. kesedaran dari lena yang panjang dibuai mimpi indah tak berpenghujung...kembali ke realiti yang penuh masalah umat
  4. pelbagai cara kreatif dan efektif utk berdakwah yg tidak sempit kepada cara2 tertentu sahaja...dakwah penuh kasih sayang...dakwah kerana sayangkan saudara kita yang melakukan dosa itu bukan dakwah semata-mata kerana perasaan benci terhadap dosa tersebut.
  5. makan best2~ makan jambu dan roti dalam usrah pun boleh rasa sedap yg amat sebab makan bersama =) dan macam biasa dalam usrah sendiri bilamana waktu berkemas-kemas usai usrah dan ada makanan lebih: "siapa nak suami soleh cepat habiskan..." dan confirm habis semuanya..hehe

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan
-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Memandangkan sisters almanchesteri sudah ditag Kak Yana, jadi ana tag mereka2 ini:

  1. Iya (memandangkan kak wan maryam dan kak tim sudah ditag ramai...ana tag adiknya pulak)
  2. Kak Alah (sama seperti di atas)
  3. Kak Iffah
  4. Kak Kausar
  5. Anis
  6. Abang (hoho...sudah ada blog jgk rupanya)

Kakak-kakak tersayang,
Sesungguhnya jalan ini memang sukar amat...penuh dengan duri di jalanan yang tiada berpenghujung....tiada permaidani merah yang menghampari menyambut langkah-langkah kita. Namun, ukhwah yang manis bersama kakak-kakak tersayang serasanya cukup sebagai bekalan menghadapi jalan penuh ranjau ini. Tak lupa bekal-bekal ilmu iman dan da'wah hadiah dari naqibah tersayang. Terima kasih kerana berada di sini...kerana masih setia...atas segalanya.

Banyak lagi perkara lain menanti kerana benarlah pesan Imam Hassan Al-Banna dalam 10 wasiatnya: tanggungjawab yang terpikul melebihi masa yang ada. jadi ayuh...jangan buang masa lagi. Moga ketemu lagi dalam entry seterusnya...kalau dah nampak gaya2 berhabuk tu buat la bising lagi...insyaAllah lepas tu ana update la ;)

"Allahummah dinaa, wahdi binaa, wahdin naasa jami'a, waj'alna sababan limanih tadaa"
Ya Allah berilah petunjuk kepada kami, berilah petunjuk dengan adanya kami, berilah petunjuk utk setiap manusia dan jadikanlah kami sbg sebab bg orang yang menerima petunjuk.


Doa yang diajar salah seorang dari murabbiah ana ;)

Wassalamualaikum wrm wbt...

p/s: terima kasih atas pelawaan ke adelaide tu..kak siti la belanja along tiket g sana..hehe

currently thinking of: saat2 wida' akhawat 2 minggu lepas

Sunday, March 16, 2008

Jom Ziarah~

Assalamualaikum wrm wbt,

Seronok mengupdate blog tidak hilang lagi (tapi ana dapat merasakan semangat ini bakal pudar dua tiga hari lagi apabila diri ini kembali dibelenggu dengan pelbagai tuntutan). Cuma mungkin hanya entry pendek buat kali ini. Teringat MIN'08 @ UIAM awal Februari lepas (Muzakarah IPT Nasional 2008), semangat kejiranan antara zon banyak ditekankan oleh pihak pimpinan. Ana yang sememangnya suka mengadakan ziarah bilik ke bilik sem lepas (sem ini sesi ziarah ana agak berkurangan kerana pergerakan ana yang agak terbatas dgn bilik ana nun di tingkat 5...baca: ana malas naik turun tangga) sgt sgt menyahut seruan ini. Selain mengeratkan ukhuwah, byk yang boleh dipelajari dari sesi ziarah itu sendiri. Utk ziarah ke tempat yg lebih jauh, pengalaman dalam perjalanan bersama tentunya cukup manis. Banyak hikmah yg boleh didapati semasa bergerak bersama, makan bersama, tidur bersama dan segala-galanya bersama sepanjang jaulah tersebut.

Mac 2006 ana turut serta ke Galway, Ireland bersama sisters almanchesteri. Perjalanan dari rumah Oxney ke Manchester Airport diiringi kakak2 lain cukup seronok. Setibanya di lapangan terbang sementara menanti penerbangan berlepas juga dipenuhi gelak tawa bersama. Hampir 2 jam dalam penerbangan kami selamat tiba di Dublin. Setibanya di sana, kalut mencari kereta sewa dan seterusnya meneruskan perjalanan dalam kelam malam (kebetulan Jumaat malam maka ramai pemabuk-pemabuk Irish di jalanan agak merisaukan kami sisters sekereta tanpa brothers berdekatan) mencari rumah kakak di Dublin yang bakal kami tumpang utk malam itu. Hampir jam 2 pg kami selamat tiba...dan tidur lena berhimpit-himpit...indahnya ukhuwah. Keesokan paginya bertolak awal pagi dalam perjalanan pjg 5 jam ke Galway utk bersama sisters Eire lain menadah secangkir ilmu buat bekalan diri. Perjalanan panjang tidak terasa pabila masing2 mula membuka ceritera zaman dahulu kala...banyak yg boleh diambil pengajaran buat pedoman diri. Sesungguhnya saat2 sebeginilah yang ana rindui..yang kerap kali terbayang kembali di layar mata. Akhawat Perak kita bila lagi nk berjaulah sebegini? =)

Kerana itulah juga ana sgt menantikan saat ikhwah akhawat Perak mengadakan ziarah ke zon utara melawat ikhwah akhawat Penang dan Kedah. Tak sabar nk bertemu kembali dengan kakak2 Penang yg sgt baik hati dan kakak2 Kedah yg sgt peramah. Tidak terasa diri ini amat baru dan mentah saat bersama mereka di MIN tempoh hari. Jom kita eratkan lagi semangat kejiranan zon utara ye.. Juga sangat tak sabar utk ziarah IPT Khamis ini..mohon dengan amat agar tiada aral melintang di tgh jalan...agar tiada masalah yg melanda. Tak sabar nk bertemu ikhwah akhawat yang bakal mendominasikan fikrah islam di kampus masing2 ;)

Sambil itu jgn lupa teruskan ziarah bilik ke bilik melawat mad'u masing2...ingatan ini utk diri ana juga. Jangan rasa terbeban dengan tuntutan ini (jgn malas turun naik tangga)...apalah sangat dunia sementara yg ibarat tempat bermain ini nak dibandingkan dgn akhirat yang kekal abadi. Jom hayati hikmah kembara~ Moga sentiasa di bawah pandangan penuh rahmat dan kasih sayangNya..

Wassalamualaikum wrm wbt..

currently wanting: lots of ziarah sessions [^_^]

Saturday, March 15, 2008

Menangislah...

Assalamualaikum wrm wbt,

Kembali membersihkan rumah yg dibiar kosong sekian lama. Lewat ini ana rasa segan untuk klik link ke blog sendiri. Sebab sedar yang apa yang akan di lihat mungkin sama seperti apa yang dilihat minggu lepas, minggu-minggu lepas dan minggu sebelumnya juga. (intro terbaik untuk beritahu yang blog ni sudah lama tidak diupdate). Yang berbeza mungkin mereka-mereka yang meninggalkan jejak di blog ini...juga suara2 yg minta blog ini diupdate. Maaf andai ana menghampakan kalian (maaf andai along menghampakan akak2 nun jauh tanah orang). Juga kepada suara2 yg bertandang ke tingkap rumah ini...maaf buat yg ternanti-nanti kelibat entry baru..maaf buat yg bosan melihat sesawang yg penuh di rumah ini. Apa2pun nampaknya kak sya terlebih dahulu menulis entry baru dalam ana asyik menulis entry yang tak pernah siap. Jazakillahu khair kak sya sbb masih sudi menulis di sini. Juga tahniah diucapkan di atas kejayaan mendapat keputusan SPM yg sgt membanggakan..walau ana tak ambil SPM, ana turut terasa debaran menunggu result keluar...turut gembira melihat result sahabat2...turut seronok bagi nasihat utk teman2 mengambil langkah seterusnya.


Alasan blog sunyi? Tiada internet access....bohong. Sibuk...tidak sentiasa. Tiada idea...mungkin juga. Malas? hurmm... Kadangkala saat melihat sekeliling..saat duduk termenung...saat berbicara dgn teman...sgt byk yg terasa mahu dikongsi di sini...sgt sgt byk. Juga saat gembira bersama akak2 tersayang di sini..saat sama2 berkongsi masalah...saat rindu kepada akak2 di sana menjengah...saat hati menangis. Namun, bila jari mula berlari-lari mahu mencoret sekelumit rasa..larian sering terhenti separuh jalan...dan bila mahu kembali mencoret, perasaan dan semangat yg mulanya ada kian menghilang...[dan begitulah selalunya bagaimana entry2 yg byk ditulis terbiar sebagai 'draft' semata-mata...huhu -_-'].

Awal Januari lalu jiwa ini mmg melalui pelbagai jenis emosi...lepas satu, satu lagi mengunjung tak sudah. Saat rasa gembira, lega dan puas hati semuanya datang serentak sementelah selesai penganjuran program nasional di sini....hati pula dicarik-carik rasa pilu, kecil hati dan sedih yg amat. Teman-teman di sekeliling sering mengatakan ana ini tegar..susah mereka mahu melihat ana menangis...saat masing2 menangis dgn keputusan test yg tak seberapa, atau kerana dirundung pelbagai masalah...ana tetap begitu...wajah tenang tidak beriak (kata mereka..), Bukannya tiada perasaan..cuma ana takkan menangis dgn result test yg teruk...ana akan 'mengutuk' diri sendiri..."padan muka..sape suruh tak study betul2"...lagipun, seorang da'ie mesti bijak menyembunyikan perasaan supaya tidak menganggu emosi mad'u sekelilingnya. Biar sebagaimana sedih atau resah hati tika itu, saat mata bertemu mad'u...sembunyikanlah rasa hati...pamerkan wajah semanis mungkin. Seperti yg disebut oleh Abbas Assisi dalam bukunya "Bagaimana Menyentuh Hati";
"Indera mata dan penglihatan tetap memiliki kekuatan yg menjadi sarana terpenting seorang da'iyah sekaligus paling dapat menimbulkan pengaruh di dalam hati"
Jadi lemparkanlah pandangan penuh kasih sayang itu kepada mad'u masing2 ye...moga bisa kelak menawan hatinya demi agama suci ini.

Dengan mama yg kecil hati kerana Alongnya tak pulang2 usai PKN, dengan keputusan final exam yg datang dari ayah, dengan teguran yg dtg singgah...hati menangis pilu. Tak tertahan rasanya saat itu..dan antum nk tahu nasyid favourite ana tika itu? "Menangislah Di Bahuku - Firdaus"....saban hari ana mengulang nasyid yg sama sepanjang hari sehingga ana ke Port Dickson menghadiri kem STE anjuran Pet. Di sana salah satu slot yg ana kira agak berkesan menghilangkan segala luka lara di hati ialah sesi "Heart-Writing". Ana benar2 kembali dari PD dengan perasaan dan semangat baru..melupakan segala yg pahit2 sebelumnya. Biarlah segalanya dalam lipatan kemas kehidupan sebagai pengalaman yg pernah dilalui...pengalaman itu tetap berharga walau sepahit manapun ia. Belajar dari pengalaman lalu...pabila jatuh terus bangkit. Jangan terlalu lama duduk merawat luka akibat jatuh...takut tak terbangun pula kelak. Jatuh dan terus bangkit~

Ana kongsikan di sini bait-bait kata dari lirik nasyid tersebut...

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah …Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

Terima kasih juga pada kak asma' yang tika itu secara tak langsung sempat merawat lara di hati ini. Tiba2 terkenang sisters di almanchesteri...mereka pernah berkata ana ni ibarat seorang doctor yg sedia on-call mendengar luahan hati mereka...tapi doctor pun kadangkala sakit jg kan? Saat itu siapa yg sedia on-call utk along pula ye? Siapa yg akan pinjamkan bahu utk ana meluah segala? Bukan niat di hati menjadikan lara ana haru-biru semua,..namun ada saat ana pun tak kuasa, maka berderailah air mata. Ana percaya ana ada kakak2 tersayang..di sini dan juga di sana....tak lupa teman2 di samping...walau mereka mungkin tak memahami semua yang ana tempuhi saat ini, tapi ana yakin mereka sedia pinjamkan bahu...walau sekadar buat menadah air mata dan mendengar luahan hati. Itu sudah cukup buat ana pabila hati ini terluka.

Melihat entry-entry lepas...baru tersedar...ana banyak berkongsi yang sedih2 sahaja di sini bukan? Tak bermakna hidup ana ni sedih sentiasa...tak juga bermakna apabila ana tak update blog hidup ana tiada yang sedih (seperti telahan sesetengah org )...namun ana lebih senang meluah segala yg sedih di sini daripada membebankan org lain. Menulis mmg salah satu cara yg paling berkesan ana kira utk menghapuskan segala rasa sedih sendu di hati ini (sbb tu ana suka sgt heart-writing). Teringat kira2 dua minggu lepas...menemani salah seorg kakak di sini menempuh saat2 yg penuh debaran baginya (kata kakak tersebut "rasa berdebar mcm org nak nikah!")...selesai saat penuh debaran itu, kakak tersayang terus menarik tgn ana ke tandas berdekatan. Ana agak tergamam melihat kakak ana menangis meluah segala..."akak tahu Allah tak uji seseorang melebihi kemampuannya...tapi kenapa Allah uji banyak sangat?"...Kakak, bersyukurlah Allah uji akak..menunjukkan betapa Dia sayangkan akak...hingga dia berikan ujian bertimpa-timpa pada akak sebagai tarbiyah, sebagai satu rahmat dariNya. Tak sangka kakak yang ana sering nampak tegar itu menangis di sisi ana tika itu...diri ini tidak banyak bercakap saat cuba menenangkannya. Cuma menadah telinga sambil menahan sebak.."Akak nangis Along pulak rasa nak nangis jgk...dh lama tak nangis..". Akak itu pula yg menepuk bahu ana "Menangislah..luahkan semua..best tau..." =).

Memang air mata itu tidak menunjukkan kelemahan seorang wanita....malah ianya ana kira menggambarkan betapa kuatnya seorang muslimah itu...terlalu banyak yg perlu ditanggungnya di atas jalan ini. Sudah berapa ramai kakak2 yg menangis bersama ana di sini...lebih ramai lg yg meluah berkongsi rasa di sana jg....dan ana? Ana masih begini....sedia menadah telinga mendengar juga meminjamkan bahu...andai terdaya akan ana ucapkan butir kata pemberi semangat...cuma diharapkan akak2 sedia menanti ana saat ana benar2 memerlukan nnt.

Tapi walau apapun...ingatlah...menangis di hamparan sejadah kepada Yang Maha Mendengar adalah perasaan yg paling indah...menangisi dosa-dosa lalu...mengadu perasaan di hati pada Yang Maha Mengetahui...merintih merayu pada Yang Maha Menerima Taubat.

Ana tinggalkan antum dengan sepotong ayat dari pengubat hati paling berkesan... the best balm for every sore and pain...from the compilation of love letters from Him..

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." [Ali-Imraan 3: 139]

Iman pra-syarat segalanya..ana doakan iman ana, antum dan sesiapa sahaja sentiasa dipeliharaNya dan sentiasa ditingkatkan demi menggapai mardhatiLlah. Sehingga ketemu lagi (ana harap tidak terlalu lama pertapaan ana kali ini) di entry seterusnya. Wassalamualaikum wrm wbt..

currently feeling: tak rasa nak menangis =)

Sunday, November 25, 2007

jagalah hati..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

abaikan dedaunan kering di luar 'rumah' ini...tidak bersapu..pepohon bunga kering layu tidak bersiram....malah ada yang sudah mati tidak terjaga....sekian lama meninggalkan blog sunyi sepi...almaklumlah, tuntutan2 lain lebih banyak menggasak utk masa yang mmg sedikit. lebih2 lagi diri ini cukup susah mahu menzahirkan apa yang dirasai kepada kata2 yang mudah difahami semua... (baca: diri ini tidak ada perbendaharaan kata yang cukup untuk menterjemah perasaan kepada kata2 yang sesuai)

seminggu 'minggu belajar' (baca: study week) sudah hampir tamat....timbunan yang perlu diulangkaji begitu jua...dalam keadaan seminggu ini..hati tidak pada yang dipelajari..susah..hati tidak setenang biasa. alhamdulillah, pagi tadi kembali tenang dapat kembali mengulit mentadabbur ayat2Nya...sebelah petangnya ke masjid bersama dua orang teman dengan akak tersayang. perasaan yang tidak dapat digambarkan tenangnya bersolat maghrib dan isyak di sana. harap dapat ke sana lagi pagi esok~!

seminggu ini juga makin sibuk dengan tugas2 lain...tugas yang menuntut perhatian yang bukan sedikit..kerja sepenuh masa ana....mana mungkin ana ambil kira sambil lewa sahaja. biarpun tuan pengarah berkata "letakkan ianya jauh2 tersorok dalam almari. lepas tu kunci kuat2!". ah...andai ia semudah itu. semalam, jumaat, ana betul2 terasa perasaan yang tidak mampu ana zahirkan betapa sedihnya. usrah lewat petang itu juga tidak dapat kubawa dengan baik...ana sedar pengisian yang berterabur...perbincangan yang tidak serancak minggu sebelumnya. maafkan ana teman2, diri ini juga manusia..punya masa turun naiknya. walauapapun yang berlaku...ana tetap sayang ikhwah akhawat. biar kepercayaan ana diragut....biar keyakinan ana disentap...biar prinsip ana diuji. namun, ana sudah jatuh hati dengan mereka2 di sana...mana mungkin ana tinggalkan dalam saat2 getir seperti ini. itu sahaja yang ana hendak katakan di sini.

anis, cubaanmu untuk buat ana mengupdate blog berhasil. ini dia hasil kerja anis men-tag ana di blognya. izinkan ana berbahasa inggeris di bawah (melanggar peraturan sendiri di sini).

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

(a) a complete set of syed qutb's tafsir fi dzilalil quran (juz 1-30)
(b) my own car
(c) books, books and more books
(d) unlimited times
(e) erm...suami soleh?

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICE:

(a) Well...because a whole set is too expensive for me to afford on my own.
(b) A car in UTP is a necessity...trust me. Plus it's vital on this path of da'wa...to do stuff,
to go places, to take people. (I've even got a name prepared...haha..don't ask). I can't wait for the time when my own would join Najah, Syifa', 'Izzah and Fatih here.
(c) Same reasoning as Anis's. I love books....I love buying books..but rarely got the time nowadays to read them. I've already got a whole pile to read this holiday..and yet I've got a list of "books-to-buy" prepared as well.
(d) Who wouldn't want more times in their lives? But I think, people would never be satisfied with whatever amount of time they're given. So I should be grateful with what I've got and learn to manage my time more effectively I supposed.
(e) Do I need to say why? So that I would be able to have a family full of sakeenah, mawaddah wa rahmah. After all, bait al-muslim is the second step towards ustaziatul 'alam that we all want....so hopefully I would be solehah enough for a soleh husband (arrgh..tidak...jangan sakat2 belakang dah...ana tak jiwang ok).

THE PERSON WHO TAG-ED YOU IS:
My ukhtifillah...Tengku Norhanisah a.k.a Anis =)

5 IMPRESSION OF HIM/HER:

(a) She is super-good with words...love reading her works. She could really contribute something for the ummah.
(b) A strong-willed lady (?) - I felt the word 'girl' to be inappropriate
(c) Can stand on her own - independent.
(d) Knows a lot about current issues...be it issues of the ummah or local issues or political issues.
(e) I love listening to her opinions...reading her views...discussing her points.

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:
Her written works are all memorable to me...be it her blog entries, or her e-novels.

MOST LOVED INVENTION: (does not need to be technologically advanced)
Laptop (with internet connection..otherwise it would be pretty useless to me), E-novels and blogs.

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:
Back-stabbers. Hyprocrites. (O Allah, may I be protected from such deeds myself).

PEOPLE YOU WANNA TAG:
Kak Hajar
Kak Iffah
Iya
At least one of the al-manchesterians (Kak Zaatil/Kak Ain/Kak Inayah/Kak Yana/Kak Sheila)

Selesai...sudah lama tidak buat kerja menjawab tag orang ini sebenarnya..tapi memandangkan jiwa tengah tenang...sebelum kembali menelaah ilmu Kimia...kiranya baik ana laksanakan 'hasrat' anis ini. Ana rasa mungkin sekadar itu buat kali ini...tentulah ada lagi yang mahu dicelotehkan...ana kan suka berceloteh.
Tapi biarlah ana berundur diri dahulu...sebelum itu...mahu ana titipkan sebuah pesanan. Hati ini mudah berbolak-balik...maka berdoalah pada Yang Maha Membolak-balikkan Hati...Yang Maha Memberi Hidayah..

"Ya Muqallibal quluub...thabbit quluubana 'ala deenik wa 'ala sabilik"
"Rabbanaa laa tuzigh quluubana ba'da iz hadaitana wa hablana mil ladunka rahmah, innaka antal wahhaab" [3:8]

Jagalah hati....biar tetap di jalan ini. Jagalah hati dari yang tidak perlu buat masa ini. Jagalah hati....agar bersih sentiasa disinari nur iman.

Wallahu'alam....moga ketemu lagi.

currently loving the word: charismatic


Sunday, June 3, 2007

rindu dendam [??]

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

tajuk di atas tiada kena-mengena dengan celoteh kali ini sebenarnya...cuma teringat kembali perbualan petang tadi dengan Bahariah, jiran bilik depan. katanya tengah rindu...tapi rindu dendam dengan seseorang...ana membalas "wah, boleh jadi tajuk novel tu - Rindu Dendam".

iklan habis...masuk cerita utama. seminggu berlalu dari minggu peperiksaan. tinggal sehari sahaja lagi yg perlu ana harungi. 2 subjek terakhir...namun perlarian yg tinggal sedikit sahaja ini makin sukar kurasakan. bukan sukar kerana subjek itu sendiri..tetapi sebab diri ana ni yang sudah tidak sabar2 nk bercuti panjang...yang sudah geram melihat teman-teman sekeliling sibuk mengemas barang...gaya macam 'terlupa' sekejap isnin ni masih berbaki dalam fatrah peperiksaan. aku sendiri semalam entah sibuk buat apa...tidak produktif langsung..bangun lambat dan tidur pun awal..kononnya berniat nk bgn awal-awal pagi sebelum subuh untuk menelaah ilmu matematik tapi lambat juga. hari ini pula sibuk walking down the memory lane (minta maaf..kena guna frasa kata itu juga...kalau diterjemah ke dalam bahasa melayu lain bunyinya). seharian hari ini 'sibuk' melihat fotopages gambar2 di UK...mengimbau kenangan zaman 'jahat2' semasa di Manchester Academy dulu sambil sibuk meneliti satu persatu gambar2 teman persekolahan. memori lama mengasak-ngasak di kepala...sebak di dada masih mampu di tahan...air mata kekal di birainya. kemudian satu persatu blog kakak2 ana masuk...bukan sekali..malah berkali-kali dalam masa sehari ini ana masuk ke sana...aih..penangan apa pula ini?

membazir masa bukan? dalam saat masa boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran seperti rakan2 ana yg lain yg semuanya rajin2 belaka...ana sibuk mengenang nostalgia lalu...dan sekarang ini pula. sibuk menaip entah apa sedangkan baru sahaja seminggu yang lepas ana menulis di sini. janji di hati tidak mahu menulis sehingga selesai tempoh peperiksaan namun apakan daya. kehendak hati diturut jua. hati ini tiada pada buku precalculus yg tebal itu saat ini. juga bukan pada nota sport science yg tidak kurang tebalnya itu. hati ini pada bumi yang pernah ditinggalkan setahun yang lalu..mungkin kerana cuti musim panas yang kian hampir di bumi manchester itu mengingatkan ana akan saat-saat terakhir ana di sana dulu..entahlah..yang ana pasti ana teringin untuk kembali.


Manchester - Manchester City Centre
pernah merayau di sini di satu petang setahun yang lalu bersama kak zaatil + kak sheila

memang itulah yang ana rasakan sejak duamenjak ini...rindu. benarlah....kita mula menghargai sesuatu saat ia tiada lagi bersama kita. jadi...marilah kita sama2 hargai apa yg kita ada SEKARANG supaya kita takkan menyesal andai kita tidak memilikinya lagi. marilah menghargai engineering maths dgn sport science ni...bercakap tentang benda yg sudah lepas ni...'terkenang-kenang' pula 5 subjek yang telah berlalu tu...huh...menggunakan ayat seorang senior yang ana baca di blognya dalam penjelajahan blog-ke-blog ana semalam dan hari ini.."boleh menjangkakan ketensionan bila dapat result nanti"...tapi harap2nya tak lari jauh sangat la dari target ana...xnak mama sedih...='(

'ala kulli haal, ana rasa ada baiknya ana berhenti dulu dari berceloteh panjang...supaya entry ana kali ini bukan entry picisan semata-mata maka marilah kita
"ijlis bina nukman sa'ah"..kita duduk sebentar dan beriman sejenak..kita hayati ayat dari surah Hud ini bersama-sama..."fastaqim kamaa umirta...";


[112] Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu....

jadi...jom...tabahkan hati...tetapkan langkah....teguhkan pendirian..kita hadapi sedikit lagi jihad kecil ini bersama-sama. biar jadi rajin sikit lepas tulis blog ni. allahummaghfirli wa li ukhti~ wassalamualaikum wrm wbt

p.s: entry ini mula ditulis jam 9.10 mlm apabila tiba-tiba seorang teman datang bilik nak tengok soalan engineering maths dan print soalan ["alamak, yana nampak kite buat kerja lagha..." "hehe....apa lah yang rufi buat sampai lagha tu?"]...kemudian selesai yg tu, baru je nk sambung tulis...seorang lagi masuk "rufiii....ada cerita best ni"..ana pun turut 'tergoda' bawa nota sport science pergi depan tv....jadi selepas semua tu baru la post nk dekat pukul 12 malam ni.

currently targetting: that i should at least finish 3 chapters by tonight..and a little bit of sport sci T_T