Assalamu'alaikum wrm wbt,
Alhamdulillah hari ini 040110 terlakar satu lagi pengalaman baru buat simpanan dalam lipatan perjalanan hidup :) Hari yang ana kira agak mencabar dan memenatkan namun terselit rasa puas dan tidak sabar menanti hari esok untuk kembali ke sekolah!
Pagi tadi hujan renyai-renyai turun, kereta sangat la banyak sehingga sesak jalan-jalan menuju ke arah Kompleks Pendidikan Al-Hidayah. Almaklumlah sajalah, hari pertama persekolahan. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah, lebih-lebih anak-anak tahun 1 dan tingkatan 1. Ana ke sekolah bersama ayah yang kebetulan ada urusan sedikit di sekolah (adik-adik lain naik van sekolah, ana tak muat nak naik van sekali :D). Kira-kira hampir jam 7.30 pagi kami masih berada dalam kereta dengan keadaan yang jam teruk. Bantuan pasukan RELA melancarkan sedikit perjalanan kenderaan yang bertali arus namun dengan keadaan hujan, kereta masih bergerak dalam kelajuan yang amat perlahan.
"Along...ayah parking tepi ni kita jalan kaki je lah masuk dalam."
"Haaa...? (terperanjat atas idea ayah) Jauh jugak tu nak jalan, dah la hujan"
"Alaa..takpe. Ada payung ni...kalau tunggu je lambat nanti along masuk kelas"
Makanya seorang 'guru muda' dilihat berjalan dalam hujan renyai-renyai mengelak lopak-lopak air dan melangkah berhati-hati supaya sandal tak terkena selut di tepi jalan (tapi akhirnya stokin menjadi mangsa percikan-percikan selut basah juga..nasib baik sikit je). Dalam hati sempat lagi 'terperasan', agaknya beginilah perasaan guru-guru yang ditugaskan mengajar di kawasan pedalaman, kawasan orang asli...meredah segalanya demi anak didik tercinta (ceh....baru je sikit tu). Inilah pengajaran pertama ana sebagai seorang guru di al-Hidayah.
Melangkah ke pejabat sementara menanti guru besar atau penolong kanannya mengagihkan jadual kelas, kelihatan tiga orang lagi guru sandaran. Muallimah Sarah Sadida (anak Muallimah Fazilah, Guru Besar SRAH cawangan Seri Iskandar), Muallimah Maisarah (anak Pn Ros, kerani SRAH) dan Muallimah Hani (anak Pakcik Jalil, kaunselor UTP...juga anak saudara guru besar SRAH). Ketiga-tiganya merupakan lepasan SPM dan ketiga-tiganya mengajar subjek syariah. Ana menghela nafas lega...."fuh, nasib baik tak kena ajar syariah...dah lupa dah Bahasa Arab dulu2 ni". Tiba2 Muallimah Hajar bersuara "Ni sapa ganti Muallimah Syadatul ni...Rufaidah ye? Nah jadual awak...akademik. Guru kelas tahun 1 Yahya ye. Dah boleh masuk kelas ambil kedatangan murid". Wah, kusangka ada briefing lain rupanya terus kena masuk kelas. Marker pens pun takde lagi ni, apetah lagi buku rujukan. Seorang lagi muallimah menyuakan fail berkaitan murid-murid tahun 1 Yahya.
Ambil Kehadiran 1 Yahya
Dengan sedikit debaran di dada, langkah diarahkan ke kelas 1 Yahya. Kelihatan para ibu bapa sudah menanti di tepi kelas melihat anak-anak masing dari luar kelas. Ana segera mengambil kehadiran anak-anak murid ana yang comel-comel belaka ni ;) Syifa' anak Pakcik Yahanis pun ada dalam kelas ni rupanya. Ramai juga ibu bapa yang datang dengan pelbagai pesanan "Anak akak ni rabun kuat...kena duduk depan ni" "Anak saya ni malu nak cakap pergi tandas...nanti cikgu tengok-tengokan ye". Ana paling kagum dengan seorang ibu muda yang menghantar anaknya. Pakaiannnya boleh dikatakan tidak menutup aurat la...rambut diwarnakan perang panjang mengurai. Tapi ana tabik kesungguhannya dan kesanggupannya menghantar dua orang anak lelakinya ke al-Hidayah, demi memastikan didikan agama anak-anak terjaga. Semoga menjadi anak-anak yang soleh kelak.
Selesai urusan dengan ibu bapa, ana memulakan proses suai kenal dengan murid-murid 1 Yahya...nama, tadika, apa perasaan hari pertama sekolah. Bila difikirkan balik, ada gaya macam first meeting department/event je...nama, course, apa perasaan/harapan join event/department ni...haha~
Sebenarnya waktu tu dah agak buntu dan blur tak tahu nak buat apa, sebab tu saja nak budak-budak ni bercakap...boleh kenal nama + personaliti sorang-sorang dan build-up their self-confidence. Selesai suai kenal, resah menunggu cikgu matapelajaran seterusnya masuk. Idea pagi-pagi pun tak kunjung tiba.
"Erm..muallimah dah takde idea la nak buat apa? Ada idea tak?" << boleh la pulak cikgu tanya anak murid kan :D
"Muallimah kita main games....kita buat tulis2"
"Muallimah takde marker la, buku pun takde. Nak buat apa ye?"
"Muallimah...sebelum buat apa2 kena baca doa dulu la~"<< alamak, dah terkantoi lupa nak suruh baca doa
"Oh, ha'ah la...ok, awak Irfan kan? Baca doa kuat2 ye...yang lain ikut" << cover malu :P
Bismillahirrahmanirrahim...allahummaftah 'alaina....
Tersenyum sendiri ana tengok bakal pemimpin ummah ini. Moga kekal soleh solehah ye adik2.
Seterusnya muallimah yang mengajar English masuk, ana segera keluar dengan perasaan lega kerana berjaya mengharungi cabaran pertama.
Di Bilik Guru
Masuk bilik guru, cari tempat duduk dan mula duduk melepas lelah. Tak ternampak pula kelibat tiga orang lagi muallimah ganti tu, ada kelas agaknya. Beberapa orang muallimah yang pernah mengajar ana sewaktu zaman sekolah rendah dahulu mula menegur "Laa...dah besar dah anak murid muallimah. Dah jadi cikgu jugak dah ni". Seronok diberi layanan sebegitu sekali, tak sangka muallim muallimah masih ingat lagi..hehe. Kelihatan kelibat Muallimah Sarah Sadida dari jauh, dialah yang membawa ana ke pejabat untuk mengambil marker pens dan alat-alat lain yang mungkin diperlukan.
Pendidikan Seni 4 Yusuf
Hampir sesat juga mencari kelas 4 Yusuf ni, rupanya berada jauh di hujung bangunan belakang. Khaulah anak Makcik Nadzrah yang becok tu rupanya ada juga "Eh, kenal kakak ni :D". Sudahnya ana pun asyik tersasul sekejap bahasakan diri "akak" sekejap bahasakan diri "muallimah".
"Pendidikan Seni? Nak ajar apa ni. Kertas pun tak bawak", hati mula berbisik. Apa lagi...buat kuiz je :D Seperti biasa...perkenalkan diri, suai kenal dengan murid-murid: nama, apa aktiviti waktu cuti. Kemudian ana mula buat quiz spelling...aulad (murid lelaki) lawan banat (murid perempuan). Nasib la ye dapat Muallimah Rufaidah ni, balik2 english spelling la kan. Intelligence, failure, daughter, castle, storm, neighbour, knowledge: keputusannya aulad menang (rasanya la...tak ingat sangat dah).
Usai kelas pendidikan seni ana menjenguk anak-anak murid 1 Yahya yang sudah mula sesi rehat. Memandangkan kelas seterusnya agak lambat lagi, ana melayan kerenah anak-anak murid dan ibu bapa di kelas. Macam-macam ragam ada. Rata-rata nampak seronok, ada la seorang dua yang menangis, yang diam tak bercakap pun ada. Saat inilah terasa beban tanggungjawab yang ibu bapa letak pada bahu para pendidik ini. Anak-anak orang ni yang kena ajar, tak boleh main2..kena buat betul2.
Bahasa Melayu 1 Yahya
Lebih kurang 40 minit berehat di bilik guru, ana melangkah ke kelas 1 Yahya lagi. Kali ini untuk subjek Bahasa Melayu pula. Nasib baik la murid-murid tahun 1 je, kalau tak hancur BM anak2 orang ni ^_^. Cuba teka Muallimah Rufaidah buat apa? Kuiz lagi...hehe. Kali ini antara aulad dan banat lagi. Kuiz simple sementara menanti waktu pulang (sepanjang minggu ini murid tahun 1 pulang awal pada jam 11 pagi). Cuba bagi muallimah binatang yang mula dengan huruf S, benda yang mula dengan huruf B, makanan yang mula dengan huruf K..dan seterusnya...memang agak boring sebab takde modal, tapi sekurang-kurangnya budak2 ni seronok je. Banat menang kali ini.
Kelas seterusnya pada jam 11.55 pagi. Mulanya bercadang nak ke kantin bersama Muallimah Hani usai kelas jam 11 pagi. Namun melihatkan anak2ku (dah jadi anak dah sekarang) itu berkeliaran dengan ibu bapa tak sampai lagi, ana duduk di kelas memastikan keselamatan mereka terjaga. Macam-macam kerenah ada...mendidik kesabaran juga la. Sepanjang hari ini jug banyak terlihat kelibat makcik2...makcik Haslinda, makcik Nabilah, makcik Ide....semua seronok menyakat "Kesian awak ke sana ke mari ye..hehe." "Baguslah tu Rufaidah, gunakan sifat penyayang tu kat budak2" "Nasib baik Rufaidah yang kena, kalau tak derang nak panggil Makcik dah ganti...nasib la ye dapat darjah 1".
Tulisan Jawi 2 Khidir
Pulang ke bilik guru sebentar (minum air banyak-banyak untuk tahan lapar sekejap) sebelum melangkah ke kelas 2 Khidir. Dengar cerita dari Muallimah Maisarah, nakal juga budak2 kelas ni. Mula melangkah dengan muka konon sirius. Memang bising la kelas tu. Ana seperti biasa nak buat kuiz lagi. Tak nak aulad lawan banat....jadi berpecah la kepada tiga kumpulan; 2 kumpulan aulad, 1 kumpulan banat. Nak bagi nama kumpulan pun dah ambil masa dekat 10 minit. Banyak kisah kat sini. Group 1 (Ben10), Group 2 (Ben10 Alien Force << tak tahu la betul ke tak, suruh eja sendiri tak tahu...pandai sebut je budak2 ni), Group 3 (Butterfly).
Ana bagi perkataan jawi yang mudah (yang senang2 je la, takut yang susah2 Muallimahnya pun tak tahu nak eja nanti) untuk ditulis. Gigi, gula, lada, baju, bakul (dua perkataan lagi dah lupa dah)....kuiz dimenangi kumpulan 2. Ada juga banat yang bising2 "ala...tulisan jawi ke muallimah? Ana tak nak main, ana tak suka tulisan jawi" << boleh la pulak. "Nak main ke tak... muallimah tak kisah, asalkan senyap. Tapi kena salin perkataan-perkataan ni, nanti next class muallimah nak check". Seronok juga ada kuasa mengarah ni ;)
Selesai kelas tulisan jawi jam sudah hampir 12.30 tengahari, segera mencari Muallimah Hani dan bergerak ke kantin menjamu nasi. Lapar sungguh!
Alhamdulillah...selesai sudah hari pertama. Buku tulisan jawi pun dah dapat, boleh la prepare untuk kelas tulisan jawi esok. Ada 2 kelas tulisan jawi tahun 2 esok beserta kelas BM tahun 5. Kena buat persediaan awal supaya tiada lagi kes blur esok, takkan hari-hari nak buat kuiz kan.
Ok lah....muallimah berhenti dulu rasanya. Sudah teramat panjang. Mahu tengok kembali lessons plan for tomorrow (macam la ada proper2 sangat pun). Doakan hari esok lebih baik dari hari ini ya!
Wassalamu'alaikum wrm wbt.
Seorang pendidik jiwanya besar, mendidik anak bangsa menjadi orang berguna...pemimpin ummah di masa hadapan. Beratnya amanah yang tergalas bukan mainan, tanda kepercayaan ibu dan bapa. Muallim, muallimah, cikgu, teacher, sir, madam, miss....terima kasih atas segalanya. Baru kumengerti jerih payahnya bergelar seorang guru.
along: subjek yang perlu diajar dalam tempoh seminggu ini
Pendidikan Seni - 4 Yusuf, 1 Yahya
BM - 5 Ishak, 1 Yahya
Tulisan Jawi - 2 Khidir, 2 Zulkifli, 2 Sulaiman
Seerah - 4 Ilyas, 4 Ilyasa'
PJ - Tahun 4, Tahun 6
Manfaat GKB Tiger Milk Mushroom dan GKB Z-Well
4 months ago