Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
tak ingin ana berceloteh panjang...perlukan sedikit lagi ulangkaji..kemudian tidur awal supaya dapat bangun awal...biar hari pertama peperiksaan esok dimulakan dengan sedikit solat tahajjud...untuk semua yg bakal bermujahadah..."selamat bermujahadah" ana ucapkan. baik untuk yg berada di UTP, IPTA IPTS lain...ikhwah akhawat brothers sisters di universiti serata dunia...semoga Allah memberkati segala usaha dan penat peritmu dengan kejayaan yang membanggakan umat Islam. kata-kata penyejuk hati dari seorang kakak ana di sini.
sekadar untuk tatapan semua..
Isnin 28/5 - Thinking Skills [9.00pg - 12.00tgh]
Selasa 29/5 - Physics I [2.30ptg - 5.30ptg]
Rabu 30/5 - Islamic Studies [2.30ptg - 4.30 ptg]
Khamis 31/5 - Chesmitry I [9.00pg - 12.00tgh]
- English I [2.30ptg - 5.30ptg]
Isnin 4/6 - Engineering Maths I [9.00pg-12.00tgh]
- Sport Science [3.00ptg-4.00ptg]
kemudian 'merdeka' buat sementara waktu sebelum bakal menghadapi SPM Bahasa Melayu pada 26/6. 27/6 pula diri ini bakal menginjak usia 17 tahun...huhu..setahun lagi bakal berkurangan dari usia ana.
sekarang ini tertera pada sehelai kertas kuning perkataan 'agenda summer'...walimah kak am, kak hajar, kak yana...nak jumpa sumayyah mujahid...KONSIS [kalau dpt keizinan]...tak sabar menanti kelahiran baby kak iman....MIZU mmg x boleh pergi...lesen kereta mmg x sempat ambil...oral BM antara 2/7 hingga 12/7..belum pasti lagi...KIBAR tak sempat nk turut serta...nak jumpa kak zaatil kak ain kak inayah...kakak2 uk/eire lain...hmm...itu shj kot setakat ni.
alhamdulillah walimah kak tasnim baru sahaja selesai sabtu yg lalu [26/5]..ana menyempatkan diri untuk pulang dan hadir ke majlis tersebut walaupun peperiksaan makin hampir...seronok tapi memenatkan...walaupun bukan ana yg bersusah-payah seperti makcik-makcik lain menyiapkan dan menyediakan segalanya..tapi ana seakan-akan dapat merasai susahnya...ptg sebelum akad nikah pada hari jumaat tu ana sempat turut serta mengemas bilik pengantin...malam tersebut selepas isyak insyaAllah bakal berlangsung majlis akad nikah...ana pula yg berdebar tak sudah...kak tasnim lagaknya bersahaja..tapi dalam hati siapa yang tahu. mama beriya-iya menolong sejak hari selasa lg...macam tak sabar nk terima menantu je mama? hehe...along x nak kahwin awal2 la mcm ni..cancel plan along....nampak cam sgt complicated. makcik nabilah pun beriya sungguh lagaknya bagai mak andam..maklumlah..makcik nabilah pun bakal menyambut menantu pertamanya awal tahun hadapan...makcik faezah dh expert buat bunga rampai tu...bila lagi majlis anak makcik pulak? mh faridah yg sudah ada experience dgn anak lelaki sulungnya thn lepas nmpk cool shj memastikan everything in order...dh berpengalaman la katakan...geli hati ana tgk lagak
ok...selesai cerita kahwin. kita tunggu pula majlis kakak2 yg seterusnya nanti...hehe =) sekarang selesaikan dulu peperiksaaan pertama di UTP ni...jangan fikir jauh2 lagi...khas buat yang tengah bergelimang dgn jihad kecil ini...
semoga ketemu lagi...doakan ana berjaya menghadapi dugaan kecil di dunia ini...ma'at taufiq wan najah fil imtihan utk semua. insyaAllah baik2 belaka..igt formula best ni...usaha + doa + tawakal = najah. ana akan cuba giatkan lagi usaha berblogging ana usai peperiksaan nanti. wassalamualaikum wrm wbt
currently feeling: bagai tak cukup waktu..benarlah masa itu tidak ternilai