Hari-hari Kami ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Our Baby

Lilypie Maternity tickers

Friday, March 23, 2007

cinta

Asssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

wah...selepas berbulan-bulan ana senyap sepi kini ana kembali dgn satu tajuk yg cukup gempak. terdengar bisik-bisik di sana sini...sudah jatuh cinta kah rufaidah ni? padanlah lama betul blog dia yg satu ni tidak bersentuh..sibuk dgn ******* die la tu...antum akan percaya ke dgn desas-desus yg sebegitu. doakanlah ana x semudah itu lalai dan lupa walaupun mmg ana akui byk sungguh dugaannya di UT*P ni...ana tgh cuba nk tanamkan sedalam-dalamnya dlm diri ana bahawa 'there is no such thing as coupling before marriage'...dan itulah yg ana cuba bg tahu teman2 ana di sekeliling di sini..namun, ana mencuba...Allah yg pegang hati2 mereka. dan insyaAllah ana akan terus mencuba...demi melihat Islam kembali bersinar di mata dunia suatu hr nnt, amiin...[kalau bukan di mata dunia buat masa skrg ni..di u*tp ni sekurang-kurangnya].

sebenarnya hati ini sedang berkira-kira, sedang berfikir-fikir..sudah sejauh manakah larian diriku ini dalam mengejar cinta Ilahi....? dalam tempoh hampir 9 bulan ana senyap sepi ini (owh..perlukah ana memohon maaf lagi kerana membiarkan blog ini sepi tanpa bertuan sebegitu lama? ada ke org yg baca semua ni..hehe) sudah banyak kali ana jatuh tersungkur kemudian bangkit semula...dan kemudian jatuh kembali...dan bangun lagi...iman yg turun naik...adakalanya naik setinggi-tinggi...penuh semangat yg tinggi..himmah 'aaliyah. kemudian, di satu ketika lain..ianya jatuh merudum..ana umpama org yg tidak pernah diberi tarbiyyah langsung...teruk betul diri ini tika itu.

ana rindu sgt pada saat2 lalu...entah mengapa ana tak mampu merasai perasaan yang sama lagi kini...mungkin kerana waqi' yang berbeza...ikhwah akhawat sekeliling yg berbeza...suasana yg berbeza. sungguh, masakan ana mampu mencari perasaan yang sedemikian rupa lagi...tapi tidak mustahil untuk ana mewujudkan rasa sebegitu di sini, bukan? terlalu banyak yang ingin ana coretkan, yang ingin ana celotehkan di sini..namun segalanya bercampur-gaul dalam kepala tika ini..(ibarat nasi kerabu atau pasembor mungkin? hehe)..tidak tersusun langsung...kalau ana luahkan pun, mana mungkin si pembaca mengerti hujung pangkalnya. entahlah, lewat kebelakangan ini perasaan jadi tidak menentu...selepas beberapa hari mengulit RADHA versi cetak, ana terduduk sebentar, berfikir...mampukah ana dalam pelarian ini...di saat dan ketika ini...meraih cinta Ilahi yang ana idamkan itu. kadangkala, terus terang ana katakan, ana malu dgn diri ana sendiri.

ana sedar tuntutan tanggungjawab yang ada itu lebih dari masa yg dimiliki tika ini. tetapi, semua orang diberi 24 jam sehari...namun mereka mampu mencapai kejayaan yang tinggi dan pelbagai. bagaimana pula dengan ana? masih di sini...sibuk membiarkan jari-jemari menari mencoret entah apa. mungkin ana patut berhenti dulu..cuma ada beberapa perkara yang ingin ana khabarkan..

  • kepada sesiapa yang ingin tahu ---> ana sekarang pelajar tajaan petronas di UT*P dalam jurusan kejuruteraan kimia ['chemi'..bak kata budak2 you tee pea]. i'm surrounded by very very smart people [budak2 chemi mmg especially pandai2 belaka..tak tahu sbb apa] so is feeling very very inferior...and is struggling with engineering maths and physics. hah...kan senang bila dah kata mcm tu. lagi satu, kat tronoh ni [or 'toronto' as the seniors put it]..amatlah panas (mcm mana lah ye keadaan di padang masyarMu nnt, ya Allah)..dan amatlah jauh dari civilisation. kesian tgk teman2 naik bas lebih satu jam untuk ke bandar ipoh. alhamdulillah, ana dikategorikan sbg 'anak manja' dan balik rumah bila ada apa2 barang yg perlu dibeli supaya boleh la pergi shopping dgn keluarga.
  • ..dan ini belum masuk soal da'wah di sini lagi...dgn wadah yg pelbagai...rasanya tidak sesuai mahu ana luahkan di sini..biarlah dahulu..
  • kepada kakak2 nun jauh di UK ---> along kena ambil S^P^M BM julai ni..huhu. kejamnya ut*p xnk terima GCSE BM along. baru je bercadang nk ambil lesen kereta cuti semester jun/julai ni...sempat ke? nak ambil lesen cepat2 sebelum jd official umur nk ambil lesen dinaikkan ke 21 thn. kalau 21 thn tu, lambat sgt la..along dh grad pun..

geramnya...baru igt nk letak gambar..tak muat pula. ana rasa sampai di sini sahaja ana biarkan perlarian ana untuk kali ini..assignment physics dan enginnering maths sedang memanggil-manggil. ana doakan yang baik2 sahaja untuk kakak2 sekalian...dan anda juga yg sedang membaca..demi islam insyaAllah. amiin...wassalamualaikum wrm wbt.

currently feeling: dilamun cinta mungkin? ^_^