lama sungguh ana tak buat kerja2 meng'update' blog ni kan. macam yg ana katakan di hujung entry ana yg lepas, jikalau rumah ana ni nmpk sunyi tak berpenghuni jgn andaikan yg ana sudah tidak betah menulis lagi..tidak..cuma mungkin tika itu ada byk lagi perkara lain yg menuntut masa singkat yg ana ada ni.
tika ini mmg diri dirantai byk tanggungjawab...tanggungjawab buat diri, keluarga, agama, saudara2 di negara KITA nun jauh di palestin sana. insyaAllah hr ni ana letakkan secebis karya yg ana dh tulis beberapa minggu lepas..cuma tak kesampaian utk dibetulkan apa yg salah dan diletakkan buat catatan masa depan dlm blog ni.
Kakak…
Tuhanmu tahu kehendak di hati
Tuhanmu tahu tekad yg ada
Tuhanmu tahu apa yg dimahu
Tuhanmu tahu usaha yg disumbangmu
Tuhanmu tahu kadang2 hasil tidak seperti yg disangka
Sesungguhnya itu ketetapan Ilahi buatmu
Kakak…
Dia sedar apa yg kau rasa tika ini
Dia ambil kira apa yg telah kau beri
Dia tidak melihat pada hasil semata, tapi lebih pada usahamu
Dia rancang semua ini
Sesungguhnya tiap2 mehnah disertai dgn hikmah
Kakak…
Sabarlah dalam apa yg berlaku
Sabarlah dalam ketentuan hidupmu
Sabarlah dalam apa yg Dia beri
Sabarlah dgn situasi sekelilingmu
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama org2 yg sabar
Kakak…
Kuatkanlah dirimu
Tabahkanlah hatimu
Cekalkanlah jiwa ragamu
Tegarlah menghadapi liku hidupmu
Sesungguhnya Tuhan tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya
Kakak…
Jangan takut meluah rasa
Jangan bimbang membuka cerita
Jangan risau membawa kisah
Jangan malu melirik memori lalu
Sesungguhnya seorg adik sudi menjadi pendengar setia biar mungkin tidak memahami
Kakak…
Adik tak mahu melihat bayang suram di ruang wajahmu
Walau kadangkala terukir senyum di bibir lesumu
Adik tahu susah membuka langkah kaki di denai ini
Namun dikau tabah menurut jejak mereka yg terdahulu
Adik sedar resah dan gelisah di hatimu
Tetapi Tuhan sudah selesai mengatur segalanya
Adik melihat kakak2 sebagai seorg yg bakal memberi secebis semangat
InsyaAllah, semoga kita kekal di atas jalan ini bersama.
tu saja dr ana buat kali ini...karya yg di atas tu mmg ana sendiri tak sedar sebab apa sebenarnya ana menulis waktu tu. sedar2 dah siap...mungkin dh lama tersimpan cuma tak terluah je. yg di bawah ni sekadar satu peringatan utk diri ana sendiri...tolong ingat-ingatkan ana selalu sebab "kabura maqtan 'indallahi antaquuluu ma la taf'aluun" (as-saff:3).
credit: ikomik
insyaAllah mungkin lepas ni ana akan letak lagi any random entries. ilalliqa' wassalamualaikum wrm wbt.
currently concentrating on: Biology - Inheritance and Selection, Environment, Human as Organism, Maintenance in Life, Movement and Feeding